SHoP-a-HoLiC

Sebenarnya, dulu aku selalu fikir yang perempuan merupakan golongan yang gila shopping. Tapi, semenjak 3 bulan yang lepas, aku mula mengubah pikiran aku. Mana taknya, setelah aku belek kembali perbelanjaan aku dari hujung bulan empat (up to today), aku dapati, aku telah berbelanja dekat RM 2,000 untuk shopping. Gila bukan? Okies, biar aku senaraikan benda-benda yang telah aku beli dari bulan 4 hari tu sehingga ke hari ni.

Pertengahan Bulan Empat

Aku membeli sehelai Jeans Levis 501 dan cap Levis di butik di Sunway Pyramid. Jumlah keseluruhan perbelanjaan untuk hari itu sahaja mencapai RM 350.

Hujung Bulan Empat

Aku shopping di Metrojaya warehouse sales. Aku membeli 3 perfume, 2 helai seluar slack, 3 helai kemeja kerja, 2 helai collar t-shirt dan sebuah beg tangan (untuk birthday mak aku pada bulan 11 nanti. Jumlah keseluruhan perbelanjaan untuk hari tersebut mencecah RM 750.

16/5/2009

Aku membawa dua adik aku pergi ke Alamanda Putrajaya dengan niat untuk membelikan mereka sesuatu. Adik perempuan aku, yang menyambut harijadinya hari ini, telah membeli sebuah bagpack untuk kegunaannya bila memasuki UITM nanti. Adik lelaki aku (dia ni memang susah nak suruh pilih barang sebab dia hanya akan membeli barang yang disukai dan hanya membeli selepas membuat perbezaan harga dan memikirkannya sedalam mungkin), tak membeli apa-apa pun. Aku plak, yang memang tidak berniat untuk membeli apa2, end up membeli sehelai seluar pendek dan stokin (untuk futsal) dan sepasang kasut. Jumlah perbelanjaan aku sahaja RM 270 (kalau campur beg adik aku, perbelanjaan total hari ini adalah RM 350).




Jadi, secara accountnya. Perbelanjaan aku untuk shopping, dalam tempoh sebulan ni, dah mencecah RM 1,450. Satu jumlah yang agak banyak pada aku memandangkan aku tak pernah menganggap aku seorang shop-a-holic.


7 Response to "SHoP-a-HoLiC"

  1. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    May 17, 2009 at 9:30 AM

    mesti sexy u pakai suar tuh hakhak
    takpe kadang2 je bukan selalu
    asalkan hati u bahagia:D

  2. Dania says:
    May 17, 2009 at 2:46 PM

    wohh shopaholic wannabe??

  3. GRuNGe says:
    May 17, 2009 at 8:02 PM

    Dania, I learn from you. You are the best in shopping. ;)

  4. Dania says:
    May 17, 2009 at 10:24 PM

    I am a self confess shopaholic...i've always been thinking of stopping this behavior but how could i??i'm a shopaholic since i was a kid..nothing can stop me from the satisfaction of shopping..tehehehehehhehe

  5. ~Imm~ says:
    May 18, 2009 at 7:47 AM

    the last pic yg ada pink2 tu apa?

  6. GRuNGe says:
    May 19, 2009 at 6:58 PM

    Mot: Seksi bangat bila main futsal. Meh la tgk I main futsal nanti Mot.

    Imm: Yang kaler pink bunga-bunga tu, my lil sis bag yang baru dibeli di alamanda putrajaya.

  7. badek_gonzalez says:
    June 15, 2009 at 7:56 PM

    pergh...
    itu baru kamu yg tidak mengelarkan diri shopaholic...
    mereka yang shopaholic??
    no wonder r kapitalis lebih mudah berjaya..haha

    tapi, tiada perbezaan nafsu membeli belah dalam gender..dedua sama.