Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

KeBaKaRaN

Aku duduk di atas meja pejabatku sambil memandang gambar-gambar di atas meja semasa aku menerima pingat. Aku tersenyum bangga. Bangga dengan pencapaianku sekarang. Berkat keberanianku, usaha gigihku dan disiplin, aku kini telah dinaikkan pangkat menjadi Station Master.

Aku memandang gambar ketika aku menerima Pingat Gagah Berani ku daripada Sultan Selangor. Pingat itu ku terima kerana keberanian ku menyelamatkan 4 beradik yang terperangkap dalam kebakaran akibat kebakaran kilang mercun berhampiran perkampungan setinggan di Rawang.

Neno neno neno neno. Keheningan malam Rabu itu di hidupkan dengan suara siren kereta bomba. Di kala ini, jalan menuju ke Kampung Baru Rawang agak suram membolehkan 4 buah kereta Bomba dari daerah Rawang memecut. Kira-kira pukul 8:15 tadi, kami mendapat berita mengenai kebakaran di sebuah kilang mercun haram di Rawang. Selaku balai Bomba paling hamper dengan tempat kejadian, kami telah di arahkan bersiap untuk mengawal keadaan. Rata-rata anggota kami ketika kejadian sedang menghadap televisiyen menonton Buletin jam 8:00.

15 minit telah berlalu, aku masih lagi memaut di bahagian belakang kereta Bomba. Angin malam sepoi-sepoi bahasa menyapa mukaku. Dari jauh kami sudah nampak kelibat api yang sedang marak. Ku kira, kami akan sampai dalam masa 5 minit lagi.

2 buah kereta Bomba telah di arahkan mengawal kebakaran yang berlaku di kilang mercun itu manakala lagi 2 buah di tugaskan untuk memadamkan kebakaran yang berlaku di perkampungan setinggan itu.

Aku dan pasukan ku ditugaskan untuk mengawal dan memadamkan kebakaran yang sudah merebak ke perkampunag berdekatan. Hos dipasang ke pili bomba berdekatan dan dikawal oleh 3 orang ahli, kami mula memancutkan air dari hos itu kearah api yang sedang marak. Api berjaya di kawal dari merebak lagi jauh dengan menggunakan hos. Itupun dengan 2 kereta Bomba dari balai yang terletak di Sungai Buluh.

“Majid”. Kapten memanggilku. Kapten menyuruhku untuk ke tengah-tengah kampong yang masih dijilat api sebagai peninjau dan sebagai penyelamat. Aku segera mengumpulkan lagi dua orang ahli pasukan ku untuk ke tempat kejadian. Aku, Raj dan Ong mula memakai topeng gas, membawa kapak dan berlari menuju ke tengah kampung.

“Tolong………. Tolongggggggggg”. Kedengaran suara seorangwanita menjerit meminta tolong. Aku, Raj dan Ong memandang sesama kami dan mulai tercari arah datangnya suara itu. 297 meter dari tempat kami berdiri, ternampak seorang wanita terduduk dengan tangannya menggapai ke arah api sambil menjerit meminta tolong. Kami berlari ke arah wanita itu.

Wanita pertengahan umur, ku kira dalam 33 tahun memandang kepada kami seraya berkata. “Encik, tolong selamatkan anak-anak saya. Mereka masih berada di dalam bilik semasa kejadian ini berlaku. Saya sempat keluar kerana ditolong oleh jiran kami. Tak sempat saya kejutkan mereka. Tolonglah encik, mereka sajalah keluarga yang saya ada”. Kata wanita tersebut sambil menangis meraung-raung. Aku memandang Raj dan Ong dan berkata, “korang tolong tengok-tengokkan akak ni, aku akan pergi cari anak-anak kakak ni.” Aku mulai berlari sambil memegang kapak menggunakan kedua belah tanganku kearah api yang semakin marak. Mujurlah pakaian seragam kami dibuat dari bahan yang tahan panas. Sisa-sisa kayu yang menghalang perjalanan ku habis ku patahkan menggunakan kapak. Aku berlari simpang siur tanpa arah tujuan. Sesal juga kerana tidak bertanyakan arah sebenar rumah kakak tadi.

Kraaaaakkkk. Alang bumbung rumah jatuh betul-betul 32.7cm depanku. Nasib aku sempat mengelak. Dari sayup-sayup bunyi api, aku terdengan suara tangisan kanak-kanak. Mungkin ni lah anak-anak kakak itu. Aku mengekori bunyi tangisan itu. Aku sampai di sebuah ruang yang menyerupai bilik tidur. Di suatu sudut, aku melihat empat beradik berpelukan sesame sendiri. Aku berlari mendapatkan mereka. Sebaik sahaja aku dapat mencapai mereka, gedegum. Sebatang tiang jatuh menghempap kakiku. Nasib aku berjaya menolak anak-anak itu jauh dari ku. Aku cuba mengalihkan tiang itu, tapi kudratku seorang tidak mampu menggerakkannya. Aku membuka seragamku dan memberikan kepada anak-anak tersebut agar dapat melindungi mereka dari api dan bahang dari api. Disebabkan aku tidak terlindung, seluar ku mulai terbakar. Sedikit demi sedikit aku mulai terbakar. Pernafasan ku semakin sukar. Topeg gas ntah di mana aku tinggalkan. Mata ku semakin tertutup sambil menahan kesakitan akibat dibakar oleh api.

Gedegung. Suatu bunyi yang kuat membuatkan diri ku yang sudah hampir nyawa-nyawa ikan kembali membuka mata. Aku dapat lihat sayup-sayup, 6 orang berpakaian oren sedang memegang hos cuba untuk mengawal api yang berada si sekitar kami. Dengan tenaga yang ada, aku mengangkat tangan dan menjerit, “Tolongggggggggggggggg”. Jeritan dan lambaian ku disedari oleh mereka. Sepasukan 3 orang anggota dengan hos mulai merapati aku. Melihat aku yang terbakar, mereka mula memancutkan air daripada hos itu kepadaku. Seluruh badanku basah disimbahi air rahmat, air yang bakal menyelamatkan nyawaku dan empat orang anak wanita itu.

“Ya Allah along. Kau ni hapa nak jadi. Dah umur 31 tahun pun masih kencing dekat tilam lagi”. Laungan nyaring mak ku membuatkan ku dari tidur yang lena. Aku kemudian terasa kebasahan yang melanda diriku, seluar katok ku, totoku dan keseluruhan tilamku. Alamak, betul la cakap mak aku, aku terkencing dalam seluar. Aku memandang emakku seraya tersengih. “Dah, cepat bangun, mandi. Pastu kau kemaskan bilik ko ni. Hancing benar, tak tahan mak. Pastu kau siap-siap, mak dah sediakan sarapan untuk kau. Kau kan ada interview hari ni selaku Pegawai Bomba.” Emakku memulakan hariku dengan syarahan panjang lebar. Aku pula, masih tersengih sambil berkata dalam hati. Punyalah nak sangat kerja Pegawai Bomba ni, sampai termimpi basah.

P/S: Toto yang basah tu sebenarnya kepunyaan Jard, aku pinjam untuk memeriahkan cerpen aku kali ni. :P

SuDaH NaSiBKu

Ani seorang gadis kampung yang tidak pernah ke Bandar seumur hidupnya. Dia telah mendapat keputusan SPM yang agak memberangsangkan dan telah diterima masuk ke sebuah IPTA tersohor di ibu negara. Dia sungguh gembira dan tidak sabar menanti detik kemasukannya.

Ibu Ani, Mak Jah berasa risau dengan keberangkatan Ani ke IPTA tu. Dalam hatinya terdetik, owh, macam mana lah agaknya keadaan anak aku nanti. Ke Bandar pun dia tak pernah, inikan pula hendak ke kota metropolitan yang penuh dugaan dan cabaran. Di ceritakan kebimbangan nya kepada suaminya, Pak Haji Daud. Haji Daud tersenyum lalu berkata, “Jah, anak kita dah besar. Pandailah dia menyesuaikan dirinya di sana nanti. Lagipun anak kita ni pandai jaga diri.”

Masuk bulan ni dah tiga bulan Ani menjejakkan kaki di ibu kota. Macam-macam perkara baru yang Ani telah pelajari dan kenal. Kena pula roommatenya, Edriana merupakan anak jati kota metropolitan ini. Ani telah diperkenalkan dengan Cineplex, makanan segera, shopping mall dan shopping. Malah tidak ketinggalan kehidupan malam di kota ini.

“Ani, malam ni aku nak bawak ko enjoy dekat disko. Ko nak pergi tak?” Tanya Edriana kepada Ani. “Disko tu apa Ed?” Tanya Ani pula. “Kau siap ajer la Ani, pakai seksi-seksi sikit. Baju yang kita beli dekat MidValley hari tu pun ko tak pakai lagikan?” sambung Edriana. Ani mula terbayang baju body hugging yang dibelinya tempoh hari bersama Edriana. Sebenarnya, dia agak menyesal membeli baju tu. Kerana setelah dicubanya, ternyata baju itu menyerlahkan tubuhnya yang montok lebih-lebih bahagian dadanya yang semakin membesar. Arghhhh, bila lagi aku nak mencuba kehidupan yang baru, lain dari kehidupan kampungku. Kata Ani didalam hati.

“Ani! Kenapa ko pakai tudung ni? Kita nak pergi disko lar, bukan nak pergi surau atau masjid dengar ceramah agama.” Kata Edriana dengan nada yang agak tinggi. “Erkkk, kena bukak ke Ed? Aku tak biasalah keluar tanpa tudung.” Jawab Ani. “Ani, ko pakai tudung memang lawa, tapi kalau kau tak pakai, aku jamin, ramai lelaki dekat disko tu akan tergila-gilakan kau. Tak pe Ani. Ramai jer yang bertudung semasa dalam kampus tapi bila mereka keluar dan pergi disko, mereka pakai lagi seksi dari ko. Spaghetti Stripe dan Thong lagi. Hahahahaha.” Ani terdiam. Dia tidak tahu apakah benda yang disebutkan oleh Edriana tadi. Hatinya masih lagi berbelah bahagi sama ada mahu membuka tudungnya atau tidak.

“Ed, aku rasa tak sedap badan la. Rasa macam pening dan nak muntah.” Ani memberitahu Edriana. “Aku rasa malam ni aku tak boleh ikut kau la.” Ani memberikan alas an. Sebabnya, dia tidak sanggup keluar di khalayak ramai tanpa memakai tudung. Dia masih ingat lagi pesan ayahnya yang juga Imam di kampungnya yang rambut tu merupakan aurat bagi wanita. “Kalau kau nak, kau boleh pakai baju aku Ed. Aku rasa baju yang aku beli hari tu, kecik sangat. Senak badan aku bila memakainya.” Sambung Ani sambil menghulurkan body huggingnya kepada Edriana. Edriana memandang Ani dengan nada sedikit terperanjat. Tak sangka, t-shirt body hugging jenama Guess yang Ani beli dengan harga RM300 tu hendak diberikan kepadanya. Sambil tersenyum Edriana berkata, “Kau betul nak kasi aku baju ni? Aku ni pantang benda-benda free, kena pulak Guess.” Dalam hati Ani, “Amiklah ko Ed, aku tak sepatutnya beli baju macam ni. Tapi disebabkan aku agak terpengaruh hari tu, aku beli. Cantik memang cantik, tapi aku tak sanggup fakir dosa-dosa yang bakal aku tanggung di akhirat kelak. Lagipun malu la nak pakai baju yang menampakkan tubuh badan. Tubuh badan aku ni, hanya untuk tatapan suami aku je.”

Pukul 10, Edriana dengan baju Guess barunya dan seluar jeans keluar dari bilik. Di bawah, boyfriendnya yang ke 10 menunggu didalam kereta Satria Neo. Ani hanya melihat dari tingkap bilik mereka. “Fuhh, nasib aku tak ikut. Ada lelaki rupanya. Selama ni, aku keluar pun dengan Ed dengan kawan-kawan perempuannya.” Detik hati Ani. Sejam kemudian, Ani pun tertidur. Dalam tidurnya Ani bermimpi yang dia dan Ed dalam kesusahan. Dikerumini lelaki lalu memperkosa mereka beramai-ramai. Ani terjaga. “Astaghafirullah Al Azim” ucap Ani. Ani melihat ke jam dindingnya. Jam telah menunjukkan pukul 2 pagi. Dilihat katil sebelahnya, masih tidak berpenghuni. Ani bangkit, pergi ke kamar mandi dan mengambil wudhuk. Dia kemudiannya melakukan solat Tahajud. Selesai memberi salam, handphone Nokia 3210 Ani berbunyi.

“Ani, kau kena tolong aku Ani. Aku di aniaya.” Sambil teresak-esak Edriana berkata. “Ko dekat mana ni Ed? Bagitau aku. Nanti aku pergi ambil kau. Cerita dekat aku apa yang terjadi?” bertalu-talu pertanyaan yang Ani hujankan kepada Edriana. Suara Edriana semakin kuat menangis. “Jumpa aku dekat Concorde Hotel sekarang juga. Aku tak boleh keluar dari sini.”

Setengah jam kemudian Ani pun sampai ke Concorde hotel dengan motosikal Comel nya. Ani mengeluarkan henset nya lalu mendail no telefon Edriana. “Ed, kau dekat mana skarang? Aku dah sampai ni.” Ani memberitahu Edriana. “Kau masuk Hard Rock Café. Kau cuba cari pintu belakang. Aku kena tahan dekat sini.” Edriana memberikan arahan kepada Ani.

Di pintu dapur Hard Rock Café. Ani melihat Edriana dengan nada sayu. “Ed, apa yang telah kau buat sampai jadi macam ni Ed?” Ani sedih melihat kawannya yang kusut masai, berserabut dengan baju basah dan kusut masai. “Ani……………. Aku kena tipu dengan boyfriend aku Ani. Dia ajak aku lepak Hard Rock, makan kemudian minum. Kemudian dia ajak kawan-kawan dia. Last-last, dia tinggalkan aku dekat sini sorang-sorang. Waitress datang bawak bil, RM 600 tu. Mana la aku mampu bayar. Jadi, mereka terpaksa tahan aku dekat sini dan suruh aku cuci pinggan dan cawan.” Edriana menjawab sambil meraung.