HaRaPaN

Assalamualaikum semua,

Seperti biasa, sebulan sekali atau dua bulan sekali baru la aku mengupdate blog aku. Harap-harap lepas ni aku makin rajin mengupdate blog. This one is for you Badek, sebab kau rajin mintak cerita pasal thoughts.

(Kosong)
Sejak akhir-akhir ni aku sentiasa terasa kekosongan dalam hidup. Kenapa? Mesti korang tertanya-tanya aku takde kawan ke? Aku takde benda ke nak buat? Kenapa kenapa dan kenapa? Kalaulah aku boleh menjawab segala persoalan ni, pasti aku tak rasa kekosongan. Sejak akhir-akhir ni juga aku mendapati diri aku semakin lama semakin kurang mempunyai sahabat. Mana pergi semua sahabat-sahabatku?

(Memori)
Teringat aku ketika aku masih study dulu. Mana-mana pergi, mesti kena angkat tangan. Ada saja orang yang perlu ditegur, disalam dan senyum. Aku masih ingat, ada satu ketika dimana seorang kawan aku bertanya kepada aku, "Majid, satu KL ni kawan kau ke?" Tapi itu semua hanya memori. Memori 10 tahun yang lalu. Salah siapakah ini? Aku yakin, semua ni berpunca dari diri sendiri. Mungkin aku bukan seorang sahabat yang baik sehingga aku dah kurang punya sahabat sekarang ni.

(Kecewa)
Aku ada rakan-rakan yang sentiasa mengingati aku ketika waktu susah, sedih, kecewa, marah, bosan dan tertekan. Masa tu, aku rasa bangga, sebab dalam keadaan yang sebegitu, rakan-rakan aku datang kepada aku. Maknanya, aku merupakan antara orang yang dipercayai. Tapi, seperti biasa, bila dah selesai semuanya, maka aku pun mulalah di sebulan setahun sekalikan. Apa maksudnya tu? Maksudnya, aku ni jarang-jarang dihubungi. Aku tidak pernah salahkan mereka, sebab aku percaya mereka busy dengan kehidupan mereka seharian. Dengan jadual kerja dan sebagainya. Bukankah aku juga sebegitu?

(Masih kecewa)
Setiap manusia akan ada masa up and down mereka. Memerlukan sahabat untuk melepaskan perasaan semasa up, semasa down dan semasa kecewa. Tapi seperti biasa, aku masih tidak tahu kepada siapa aku perlu luahkan. Terus terang, aku ada beberapa orang yang aku betul-betul selesa bila berbual dengan dia orang. Yang boleh membuatkan aku rasa ceria dan membuatkan aku ketawa. Thanks, sebab masih melayan aku. Walaupun aku kerap mungkir janji dengan kau. Aku selesa dengan kau.

(Masih lagi kecewa)
Kadang-kadang aku rasa macam tidak adil bila rasa orang treat aku macam barang hiasan. Bila suka datang, bila dah bosan buang. Tapi bila fikir-fikir balik, mungkin juga aku ada buat orang begitu. Jadi kesempatan ini aku nak meminta maaf sekiranya aku ada berbuat demikian. Bila perasaan tidak adil itu muncul, pasti akan ada bisikan-bisikan didalam hati supaya aku berbuat kejahatan. Pasti ada suara-suara yang menyuruh aku supaya jangan menjadi seorang yang baik (baik sangat ke aku ni?). Bisikan-bisikan supaya aku mengambil kesempatan pun banyak juga. Buat masa ni, aku rasa aku bisa lagi menepis bisikan-bisikan hati itu. Masih lagi bertahan. Tapi sampai bila?

(Harapan)
Ya Allah, kau kuatkanlah diri aku ini. Aku insan yang lemah. Aku memerlukan sahabat yang boleh menyinarkan hidup ini. Semoga kau pertemukan aku dengan mereka yang bergelar sahabat.