SoaLaN MauT

Aku ada soalan maut untuk kalian tolong jawab.

1. Sekiranya anda menetap di sesuatu tempat melebih 3 hari, adakah anda masih boleh dikira musafir?

2. Sekiranya anda menaiki kapal terbang pada pukul 6:00 petang dari Sabah, dan menuju ke KLIA dan dijangka sampai pukul 9:30 malam. Adakah anda boleh berbuka puasa pukul 6:30 petang mengikut waktu Sabah atau perlu mengikut waktu di Semenanjung iaitu pada pukul 7:30 malam?

Harap kalian boleh bantu aku.

P/S: Entry terpendek aku setakat ini.

uPDaTe MaLaM MeRDeKa

Assalamualaikum w.b.t. Sebenarnya, masih lagi tidak tahu apa yangmahu di update. Bulan Ramadhan ni, mood untuk berblog memang tidak ada. Event untuk buka blog sendiri mahupun blog kamu semua pun tidak berkesempatan (konon-konon busy beramal dan bekerja sepanjang bulan Ramadhan ni). Tak tahulah. Kali ni aku letak entry tajuk merdeka, tapi aku masih keliru, adakah aku ni sudah merdeka?

Negara kita mungkin sudah merdeka selama 52 tahun. Tapi, aku rasa, jiwa kita ni, masih ramai yang belum merdeka sepenuhnya. Erk, maaf, bukan diri kita, aku maksudkan aku. Kenapa aku cakap macam tu?

Macam mana aku nak cakap aku ni sudah merdeka sedangkan diri aku ni dibelunggu hutang piutang keliling pinggang. Owh, bukan aku nak tagih simpati, cuma aku terasa macam hidup untuk menjadi hamba kepada bank. Adakah itu dinamakan jiwa yang merdeka? Aku punya banyak hutang. Hutang study, hutang kereta, hutang rumah, hutang ASB, hutang kad kredit dan hutang lain-lain lagi.

Aku masih lagi belum merdeka kerana aku rasa sekiranya aku merdeka, aku tidak perlu lagi bekerja dibawah telunjuk orang. Jadi, jiwa aku meronta-ronta inginkan kemerdekaan itu. Aku ingin bekerja secara bebas, pukul berapa aku ingin datang kerja, aku boleh datang dan pukul berapa aku ingin pulang, aku boleh dan berapa lama aku nak cuti, ikut suka aku. Tapi, aku masih tidak dapat mengecapi kemerdekaan dari segi itu.

Merdekakah aku sekiranya kehidupan aku ni masih ingin belas ihsan dari kerajaan. Masih ingin dibantu? Masih ingin mendapat kemudahan itu dan ini dari mereka. Aku masih marah dengan subsidi minyak dan berbagai perkara lagi yang pastinya akan memberikan impak kepada hidup aku seharian.

Jadi, bolehkah aku atau kita kata kita ni sudah merdeka? Sebab, ikutkan erti kemerdekaan, adalah kebebasan. Bebaskah kita dari belenggu hutang? Belenggu orang sekeliling? Atau, adakah kita masih lagi dijajah? Dijajah oleh diri sendiri? Fikir-fikirkanlah.

P/S: Aku akan ke Sabah 1/9 ni dan pulang ke Shah Alam 11/9 ni. Tak sempat untuk bershopping la gamaknya. TM, kalau kau rajin, email aku phone number ko. Aku akan ada dekat KK untuk 7-8 hari. Harap dapat berjumpa kau dekat sana. Aku akan mula melawat blog kalian semua semasa di Sabah, harap-harap, ada masa terluang sebelum aku tidur nanti.