HaRi LiBuR

Hari Sabtu dan weekend menjelma lagi. Seperti biasa, aku akan duduk di rumah menonton Astro dari satu chenel ke chenel yang lain. Aku tak terasa ingin keluar, kerana pada aku, biarlah aku duduk dirumah semasa cuti setelah penat bekerja. Banyak lagi yang aku boleh buat seperti basuh baju yang seminggu tak basuh (malas sungguh aku ni), tidur dan berehat, vakum dan mop rumah (macam tiap-tiap minggu je buat, padahal, sebulan sekali pun agak susah) dan membasuh bilik air dan jamban.

Bukannya aku anti sosial, tapi aktiviti bersosial hujung minggu telah lama aku tinggalkan. Dekat 5 tahun jugak. Bukannya aku tak keluar rumah langsung, tapi, aku akan keluar sekiranya sudah plan terlebih awal. Kalau last minit planning, aku akan ikut mood. Biasanya, last minit planning, aku jarang keluar. Buat masa skarang, masih belum ada out station trip. Mulai bulan depan, bila dah out station trip, lagi la aku akan merindui rumah dan lagilah aku akan kurang keluar pada hujung minggu.

Ayat tak boleh blah: Jadi, sekiranya ada awek yang ingin keluar dengan aku. Harap buat appointment terlebih dahulu yea (macam ada jer yang ingin date sama aku).

KuBuR BeRaSaP

Dengar tajuk macam seram, tapi cerita ni masih tidak boleh dikategorikan di dalam kategori 18SX dan sebagainya. Masih dikategorikan sebagai U.

Masih aku ingat semasa aku berumur 19 tahun. Masa tu aku masih belajar di IPTA. Suatu hari raya, seperti biasa, aku, sepupu aku dan adik aku akan mengunjungi pusaraya arwah atuk aku. Seperti kebiasaan, kami akan pergi bertiga, tanpa mengikut ayah-ayah kami atau pakcik-pakcik kami. Kebiasaannya, aku akan menggunakan kereta ayah aku untuk kesana.

Bila sampai dikawasan perkuburan. Kami pun mulai membaca alfatihah dan berdoa kepada arwah atuk, onyang dan atuk saudara kami (arwah tok pin). Selepas menghadiahkan alfatihah dan berdoa, aku dan sepupu aku akan merokok. Adik aku, bertugas untuk cover line, melihat sekiranya ada pakcik-pakcik kami yang datang menziarah. Sedang aku dan sepupuku asyik menikmati kenikmatan Mr Dunhill 20, adik aku berlari ke arah kami. Dia memberitahu kami bahawa Pak Long datang untuk menziarah kubur. Kami membuang rokok kami, pergi ke arah Pak Long dan keluarganya dan bersalaman dengan Pak Long dan anak-anaknya. Sepupu aku (anak Pak Long) tersenyum kepada kami. Kami pun beredar dan pergi ke rumah tok ngah (arwah) untuk beraya.

Beberapa ketika setelah kami di rumah tuk ngah, keluarga Pak Long pun tiba. Pak Long dan keluarganya masuk. Aku dan sepupuku memandang sesama kami (adik aku tak rasa apa-apa sebab dia tak merokok). Sejurus selepas duduk, Pak Long mula membuka cerita.

"Tadi Pak Long pergi kubur arwah atuk, Pak Long nampak kubur atuk berasap tau" kata Pak Long ku membuka perbualan di tengah rumah.

"Ko biar benar Long" mak aku tenya dengan keadaan konpius.
Pak Long memandang kami, "korang tak nampak ke kubur atuk berasap tadi? Lepas korang pergi tadi, Pak Long nampak atuk terbatuk-batuk. Dia cakap dekat Pak Long, suruh kirim salam dekat korang. Cakap, bertuah punya cucu, ada ke berasap dekat kubur aku."

Keadaan menjadi gamat dengan gelak tawa. Aku dan sepupu aku, lantas keluar dari ruang tamu dan duduk di luar rumah.

Moral of the story: Jangan merokok di kawasan tanah perkuburan.

RaKaN MaSJiD

Entry ini tiada kena mengena dengan program Rakan Muda yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Masa semayang Jumaat petang tadi, aku mendengar khatib membaca khutbah Jumaat mengenai umat Islam. Kemudian dia memasukkan ayat ni "Cuba lihat keadaan Masjid dan Surau di kariah kita, berapa ramaikah jemaahnya. Cuba lihat Giant pada pukul 7, dan bandingkan dengan Surau kita. Mana lebih ramai orang." Kemudian dia ada cakap, "Yang penting, adalah bukan kebesaran Masjid itu, mahupun keindahan senibinanya. Yang penting, adalah roh yang ada didalamnya (lebih kurang macam tu la)." Dia juga berkata, "Untuk membentuk umat Islam yang bagus, marilah kita mengimarahkan Masjid, sayangi Allah dan Agama dan marilah kita mengajak anak-anak muda kita, mengimarahkan Masjid, bagi mengelakkan gejala-gejala yang kurang baik."

Aku rasa, betul apa yang disampaikan dalam khutbah Jumaat tu tadi. Banyak tempat, Masjidnya besar, tapi jemaahnya, hanya penuh pada hari Jumaat. Paling sedikit, pada waktu Subuh. Aku ni pun bukan kaki Masjid, tapi, aku berazam, untuk mendekatkan diri ke rumah Allah tu apabila aku punyai masa lapang. Insya-Allah.

PeRGi YaNG TaK KeMBaLi

Maaf. Tidak dapat meluangkan masa yang panjang untuk melawat blog sahabat semua. Semalam selepas interview, keluar makan sekejap bersama Dart dan kawan lelakinya(adakah boyfriend kamu Dart?) Kemudian mendapat panggilan telefon kematian Tuk Ngah pada pukul 3:30. Dengan meminta izin, aku pun balik kerumah, rehat sebentar dan kemudian rushing pulang ke Kajang.

Jenazah dikebumikan pada malam tu juga. Rasa agak terkilan kerana tidak sempat untuk menatap wajahnya buat kali terakhir. Talkin habis dibaca tepat ketika azan Isya'. Malam tadi, tahlil habis pada pukul 10:50. Pulang kembali ke Shah Alam sudah hampir 12. Mandi, kemudian melawat blog. Tidur dan bangun untuk ke kerja.

Hari ni sungguh penat. Masih perlu menghadirkan diri ke tahlil arwah. Kepada pakcik, makcikku dan nek ngah ku. Redhokanlah pemergian arwah tuk ngah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.
"Sesungguhnya, setiap yang hidup, pasti akan mati."

DaRJaH Dua

Darjah dua aku dah makin nakal. Masa ni, aku ada seorang kawan baik. Kawan aku yang sorang ni, walaupun darjah dua, dia dah pandai macam-macam pasal kehidupan. Ialah, dia ada abang-abang atas dia yang ajar dia macam-macam. Dalam pertengahan tahun darjah dua, ada seorang cikgu yang cantik, nama cikgu Suraya dating mengajar sekolah kami. Aku dengan kawan ku berharap agar dia mengajar kami. Tapi, harapan tinggal harapan. Owh, lupa, nama cikgu ni mula-mula aku tak tau, tapi kemudian, kawan aku (yang pandai tu) bagitau aku nama cikgu tu. Kami berdua, yang darjah 2 dan berumur 8 tahun ketika tu, amat etrtarik dengan cikgu tu dan sentiasa tak melepaskan peluang untuk mengusha (bahasa zaman ni, zaman dulu time aku, takde ayat ni lagi).

Ada sekali tu, ada sorang budak darjah dua (bukan satu eklas dengan aku) memberitahu cikgu Suraya ni, cikgu, saya suka la dekat cikgu, cikgu ni cantik. Saya nak kahwin dengan cikgu (pergh, gila berani budak tu, kecik-kecik dah pandai ngayat). Pastu cikgu tu jawab, awak, saya ni lagi tua dari awak. Awak kecik lagi, mana boleh kahwin. Budak tu jawab lagi. Nanti saya besar, saya nak kahwin dengan cikgu. Cikgu Suraya menjawab, kalau kamu dah besar, cikgu pun dah tua masa tu. Dah tak cantik. Dah kerepot.


Owh, gatal juga aku ni masa darjah dua. Bukan gatal mengayat macam dak kelas lain tu. Gatal dari segi mengusha. Seb bek la skang ni dah tak gatal lagi. :P

BaPaK ToYoL

Kes 3

4 orang budak lelaki memasuki bilik Profesor manakala ada seorang lagi rakan mereka menunggu diluar bilik di hadapan pintu. Dua orang dari mereka memulakan perbualan dengan professor itu. Pelajar pertama, “Professor, any tips for the final exam you can tell us?” Professor, “As I have announce in class, I have given the question that I would give for my final exam. There will be 10 essay question, as in the paper that I have distribute. Want I want is the exactly same answer and examples from my lecture. If you can give me that, I’ll guarantee you an A.”

Dua budak lelaki yang masuk sekali dan berdiri agak hampir dengan pintu sedang memerhatikan bilik Professor itu ketika perbualan itu berlaku. Majid berbisik kepada Joe sambil menunjukkan selonggok test pad yang disusun berhampiran coffee table di dalam bilik itu. “Joe, tu dia kertas jawapan yang dah bercop yang Professor akan guna esok.” Majid dan Joe perlahan-lahan menghampiri meja itu dan dengan berhati-hati mula mengambil kertas tersebut sedikit demi sedikit. Kertas etrsebut kemudian di berikan kepada rakan yang menunggu di luar bilik.

15 minit kemudian, keempat-empat pelajar terbabit keluar dari bilik Professor itu. Pelajar pertama, “Majid, Joe, berapa banyak kertas korang dapat amik tadi?” Majid menjawab, “aku rasa, adalah dalam 7 helai sorang. Apa lagi, jomlah kita balik. Ada 10 essay nak kena salin dekat kertas tu.” Kelima-lima mereka berlalu dengan tersenyum. Satu bahana dah lepas, tinggal esok jer cemana nak seludup masuk kertas tu masa exam.

DaRJaH SaTu

Masih aku ingat ketika aku di darjah satu. Masa tu, aku darjah satu merah. Cikgu aku Puan Syarifah. Cikgu aku ni mengajar matapelajaran matematik. Aku rasa, aku merupakan seorang kanak-kanak aktif dan banyak bercakap. Masih aku ingat ada sekali tu, sebab tengah bercakap dengan kawan aku, tiba-tiba satu benda asing singgah kemuka aku. Aku tengok, rupa-rupanya, cikgu aku baling daster ke aku sebab tak menumpukan perhatian masa belajar dan bercakap. Bengong sebentar jugaklah aku masa tu.

Ada sekali tu bila hantar homework matematik. Puan Syarifah memanggil aku kedepan. Aku masa tu bangga la, sebab ingat kerja rumah matematik aku bagus. Pastu, satu tamparan hinggap ke muka aku. Aku terkedu. Dia Tanya aku, tahu tak kenapa dia tampatr aku. Aku jawab tak tau. Pastu, dia tunjukkan kerja aku. Berapa kali saya dah cakap, kayu tu, buat sampai sembilan, masuk yang kesepuluh, awak pangkah kayu yang awak lukis tu. Ni awak buat sepuluh, pangkah satu. Kan dah jadi 11.

Tapi, apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih kepada cikgu aku Puan Syarifah. Kalau tak kerana dia, mungkin aku tak minat nombor dan tak pandai mengira. Terima kasih cikgu.

SaMPai BiLa Mau GRuNGe

Sebenarnya, dah agak lama aku nak menulis pasal ni. Tapi, ketepuan otak tahap maksima telah menyebabkan aku tak mampu untuk menyiapkan artikel ni. Aku terpanggil untuk menulis entry ni selepas melihat betapa fanatiknya manusia ni terhadap sesuatu bentuk hiburan.

Aku rasa, ramai antara korang yang tahu mengenai gejala “Shuffle” dan “Gothic” yang melanda Negara kita sekarang ni (aku rasa, bukan Malaysia sahaja, perkara ni berlaku di Negara-negara lain juga).Seperti biasa juga, akan ada dua pihak berlainan generasi dan berbeza pendapat bila memperkatakan mengenai hal ini. Golongan remaja yang terlibat akan menyatakan apa salahnya mereka melakukan aktiviti ini kerana ianya bukan kegiatan tidak bermoral dan agak sihat. Golongan dewasa pula akan mengatakan betapa budak-budak yang mengikuti aktiviti ini sebagai tidak menghormati budaya dan mengikut adapt resam orang timur.

Aku tidak mahu memperkatakan soal yang tiada jalan penyelesaian ni. Aku Cuma nak menanyakan satu soalan. Sampai bila mahu jadi begini? Shuffle, Goothic, Rock, Punk, Skin, Metal mahupun Grunge adalah satu budaya pembawakan yang di ambil dan disadur dari luar. Perkara ini bukan sesuatu yang asing bagi negara dan masyarakat negara kita. Kalau diundurkan kembali, kita boleh melihat rentetetan budaya saduran yang diikut oleh generasi muda negara. 70’an kita dapat melihat betapa budaya hippies menjadi ikutan. 80’an pula memperlihatkan budaya seperti rock dan breakdance. 90’an kita dapat melihat kemunculan grunge, rap (abang kepada hip hop) dan hardcore. Manakala di new millineum ni kita boleh lihat shuffle, gothic dan rave.

Aku pernah bertanya kepada seorang remaja gothic sampai bilakah dia akan mengikuti gothic? Dia menjawab dia akan mengikuti gothic sampai bila-bila. Aku kemudian senyum dan berlalu. Bukan apa, aku Cuma memikirkan bagaimana remaja ni nak mengothickan dirinya apabila pergi interview kelak. Adakah dia akan memakai baju dan seluar belang hitam putih? Mekap muka dengan bedak putih dan memakai celak serta bertindik di mulut ketika interview? Aku tak rasa perkara itu mustahil.

Aku pernah melihat seorang hard core punk, dating ke gigs bersama isterinya dan baby (mungkin berusia kurang dari 2 tahun) didalam stroller. Masih dengan image punknya. Malah, anaknya itu juga telah dipunkkan dengan mewarnakan rambut anaknya dengan warna hijau. Owh, sungguh kurang sesuai pula fakir ku. Cukup-cukuplah fanatic ketika zaman remaja dan muda, tapi bila dah berumahtangga, lebih baik tinggalkan sahaja.

Owh, bercakap lupa pula menceritakan pasal aku yang grunge ni. Sebenarnya, grunge aku hanyalah pada lagu dan jiwa. Aku rasa, aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang tidak terlalu fanatik. Aku tidak berambut panjang (terpaksa gunting demi untuk interview esok hari). Aku tidak memakai jeans koyak semasa bekerja (sebab tak boleh, kalau boleh memang aku dah pakai kut). Cuma jiwa jer, jiwa yang sedikit memberontak.

Ok. Apa kesimpulan yang dapat dibuat (ada kesimpulan ke)? Aku rasa, tak kira apa juga benda yang remaja tiru skang. Aku yakin, suatu hari nanti, mereka akan kembali seperti orang lain. Benda ni Cuma sementara ja (kecuali kalau dia orang ni tak sedar diri). So, tak payah la nak marah-marah, Cuma kita perlu lihat, kawal dan selia je. Sebab, aku rasa, ramai antara kita masa muda remaja dulu, ada gak terikut dengan benda-benda macam ni. Kalian semua masih lagi menjadi manusia bukan?

SiGNaL oH SiGNaL

Kisah 1

Sebuah kereta Volvo kaler pink memasuki Lebuhraya persekutuan. Pemandunya memandu dengan perlahan. Dari lane sebelah kiri ke sebelah kanan seolah-olah jalanraya itu dibina oleh ayahnya untuk dirinya. Paling mengagumkan, kereta Volvo S60 itu, menukar lane tanpa memberikan signal. Apakah kereta Volvo memang di manufacture tanpa signal kiri dan kanan?

Kisah 2

Sebuah motor dari lane tengah tiba-tiba membelok masuk ke simpang. Kereta kelisa kelabu yang memandu dengan agak sederhana perlahannya terpaksa brek dengan tiba-tiba kerana motor itu tidak memberikan signal ketika membelok. Akibatnya, 3 kereta terlibat dalam kemalangan bertunda. Akibat kemalangan itu, Lebuhraya Guthrie mengalami kesesakan lalulintas sepanjang 3 kilometer.


Korang mesti pernah melalui keadaan dimana kereta korang di pangkah oleh kenderaan lain tanpa signal. Apa korang rasa ek masa tu? Aku ni plak, jenis keras kepala. Kalau aku dah nampak kereta nak pangkah kereta aku tanpa signal, dengan sengaja aku melajukan kenderaan aku merapati kereta depan aku. Akibatnya, pemandu kereta yang nak pangkah kereta aku tu, musti mukanya tekanan. Wakakakaka. Padan muka dia. Kadang-kadang aku rasalah, penat jer manufacturer kenderaan, design kereta siap dengan signal, tapi manusia bengong ni tak reti nak guna plak. Ni membuatkan aku geram. Kadang-kadang, aku rasa macam.

“Nak je aku pecahkan lampu signal kenderaan dia orang dan patahkan signal mereka.”

Aku rasa, aku bukanlah pemandu berhemah (masih memecut semasa lampu kuning). Tapi, aku masih menghayati dan tahu bagai mana nak guna signal kenderaan aku. Buat mereka-mereka yang tak guna signal tu.

“Sila-silalah patahkan signal kenderaan anda dan pecahkan lampu signal itu. Bukan korang tau guna pun.”

JoM KePoH (BuKaN VeRSi aie)

Tempat: TS (Bukan Times Square) dan tempat-tempat lain yang sewaktu dengannya.

Masa: Setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 12:00pm sehingga 6:00pm.

Pakaian: Sepelik yang mungkin. Contoh: Baju kaler pink yang berkilat dan mempunyai gold dusk dipadankan dengan seluar jingga tiga suku. Topi yang dipakai senget. Kasut selain dari kasut kulit. Rantai basikal. Spek mata biru sebesar mata belalang. Rambut perlulah dikaler selain dari kaler hitam dan perang (kaler pink, oren dan kuning). Bertindik dimerata tempat seperti di mata (kalau boleh tindik dekat anak mata), gigi dan sebagainya. Mekap kaler hitam, kaler lain adalah tidak dibenarkan (sempena mengikut gaya sedih orang mati).

Aktiviti: Melepak bersama kawan-kawan sambil buat freak fashion show. Usha awek-awek dan balak-balak seangkatan. Bergaduh dengan puak-puak lain (kira asabiyah la ni). Mengganggu ketenteraman awam dan lalu lintas (kesesakan lalu lintas kerana pemandu menyangka mereka telah terjumpa sekumpulan makhluk asing lantas memperlahankan kenderaan mereka untuk mengambil gambar kenang-kenangan). Menari dengan gaya bebas (tak kira shuffle, breakdance, pogo, poco-poco dan sebagainya).

Kelebihan menyertai aktiviti ini: Mengurangkan berat badan (menari gaya bebas mengeluarkan peluh). Mendapat kenalan dari pelusuk Malaysia. Dapat membebaskan diri dari tekanan mental (sebab orang yang melihat mempunyai peratusan yang besar untuk mendapat penyakit mental, terutamanya golongan ibu bapa mereka yang terlibat).

Marilah beramai-ramai menyertai aktiviti yang tidak berfaedah ini.

P/S 1: Kalau nasib tak baik, kena tangkap polis dan kena senduk (pinjam ayat pinses) dengan parents.

P/S 2: Bukan aku yang sebarkan poster ni, Qarin aku yang suruh buat. Jadi kepada peminat aktiviti ni, jangan marah aku. Wakakakaka.

P/S 3: Inilah antara perkara pelik tapi benar yang berlaku di Malaysia. Tak kira di KL, mahupun di Tepen (Pinses bagitau aku gejala ni dah sampai Tepen, tapi aku tak pernah nampak lagi).

P/S 4: Maaf Aie, masih gunakan nama kamu. Nanti saya kasi royalti yea.

STuDeNT VS PeKeRJa

Budak Sekolah (Student Universiti-tak kira awam atau swasta) VS Pekerja (tak kira awam atau swasta jugak)

Budak Sekolah: Bosannya cuti lama-lama. Tak tau nak buat apa. Nak kerja, malas.

Pekerja: Kalau boleh cuti lama-lama kan best. Macam-macam boleh buat. Pergi pejabat LHDN, renew roadtax, kemas rumah dan basuh baju yang dah sebulan tak sempat nak basuh.

Budak Sekolah: Kan best kalau kerja. Cukup bulan dapat gaji. Boleh enjoy. G shoping dan jenjalan. Tak sabar plak rasa nak kerja.

Pekerja: Kalau lah boleh balik zaman sekolah dulu kan best. Walaupun sentiasa sengkek, tapi hati senang. Tak perlu fakir pasal tanggungan. Ni tak, dapat gaji, bayar rumah, bil, kereta dan lain-lain, tup-tup, dah habis gaji. Nak shopping pun tak mampus. Seluar kecik yang koyak pun, dah dekat setengah tahun tak berganti. Baru tengah bulan, dah makan magi balik.Kalau tak bayar, mula la bank hantar notis saman. Tarik rumah, kereta dan nak declare bangkrup. (Dulu aku dengan kawan-kawan yang senasib takde awek dengan aku selalu pk macam ni)

Budak Sekolah: Senang jer orang dah kerja ni dapat girlfriend. Ialah, mentang-mentang duit berkepuk. Habis bebudak dekat universiti aku ni yang lawa-lawa, cun-cun dan gojes-gojes kena amik. Pakat lambat la aku nak ada gf selagi aku tak stabil.

Pekerja: Perghhhh, habis duit aku. Kena kikis dengan awek aku. Ialah, mentang-mentang aku dah keje. Nak cari awek dah kije, semua career women ni choosy. Stakat kerani cabuk, exec low class macam aku ni, mana nak pandang. Atleast nak cari bf gaji 5 angka. Cemana aku nak kumpul duit nak kawin kalau macam ni.

Budak Sekolah: Penat betul naik public transport ni. Timing dah la tak tepat, pastu bila dating, penuh macam tin sardine plak tu. Nak keluar lewat-lewat tengok midnite pun tak boleh. Naik teksi kang, habis elaun mak bapak aku kasik. Dah kerja nanti, aku nak beli kereta.

Pekerja: Aduh, harga minyak naik lagi. Pakat tak gerak le kete aku ni. Kete aku dah la makan minyak. Sehari minyak kete aku RM20, aku pun makan sehari RM5 jer. Tak leh jadi ni. Kena naik public transport jugak. Ramai orang pun tak pe la. Janji sampai.

Jadi, korang rasa korang punya kedudukan tak best? Fikir lagi sekali. Rasanya, dimana kita berada tu, adalah sesuatu yang terbaik untuk kita. Fikir-fikirkan.

P/S: Entry di atas adalah hasil ilham dari Cik Milimilo the lawyer setelah berborak dengannya di shoutbox pukul 12:30 pagi.

aKu BuKaN FaHRi

Ini adalah entry yang tak boleh blah tajuknya. Sila rujuk movie dan buku cerita "Ayat-Ayat Cinta."

Aku yakin ramai antara kita yang telah tengok cerita ataupun membaca buku cerita "Ayat-Ayat Cinta". Bila tengok cerita tu, yang awek-awek, pasti akan jatuh cinta pada watak "Fahri", watak utama dalam cerita tersebut (saya sungguh yakin Dart, Pinses mahupun Mimi telah jatuh cinta dan bermimpikan watak Fahri). Kalau awek-awek jatuh cinta dengan Fahri, yang balak-balaknya pun pasti mengimpikan untuk menjadi Fahri (sama ada sebab karektornya yang baik, ataupun sebab dibenarkan untuk berkahwin dua). Sungguh hidup watak Fahri tu kan.

Tapi dalam kehidupan kita, ada ke manusia yang mempunyai karektor seperti itu? Adakah kita mampu untuk berjumpa karektor secun tu dalam seribu, sepuluh ribu, seratus ribu atau sejuta (mungkin sejuta dalam satu) orang yang kita kenal dan jumpa? Aku pun, bila tengok cerita tu, jadi jatuh hati dengan kelembutan, kewarakan dan kebaikan watak Fahri tu. Aku cuba menjadi (mampukah aku?) seperti watak tersebut. Tapi yang nyata, aku tak mampu.

Aku bukan lelaki yang seperti dia. Masih mampu menahan sabar bila didatangi musibah. Aku tak kuat beb, baru kena tolak kereta sikit, dah mengadu dalam blog (wakakakaka, ayat bengong). Aku tak rasa, aku boleh boleh menolak cinta perempuan sebab aku bukan Fahri. Aku tak rasa aku boleh berkahwin hanya dengan "Takruf" (sesungguhnya, inilah konsep sebenar berkahwin didalam Islam). Aku masih ingin dating dan keluar tengok wayang dengan gf aku (bila aku sudah mempunyai gf).

Aku ingin menjadi sepertinya. Aku adalah aku dan tak mungkin menjadi sebaik watak tersebut. Aku insan yang lemah dan penuh kekurangan (tapi agak macho dan tough la-ayat puji diri sendiri).

"Aku bukan Fahri."

eVeRYoNe iS a SuCCeSSFuLL PeRSoN

What is success? Most of us will define success as an achievement in an event or in life. A student will define success when they achieve straight A’s in their examinations. Working persons will define success when they have climbed the highest ladder in their organisation and businessman/women will define success when they become millionaire. But is that all?

I always complain about my life. For me, I am not categories as a successful person. However, these past few days, I have come to realize that I am quite success compare to some other people. Quite fortunate with the kind of life I had right now. Why I say this? Here are some of the achievement in my life (I consider it some sort of success for myself). I had a degree in B.B.A. Finance (Hons), if I would compare to some people who could not afford to further their study to higher level, I am consider fortunate enough. I had job which pay me sufficiently for me to maintain my car, my apartment and my other expenses (which is quite luxury comparing with others). With the current economic condition, I am very fortunate to still have my job, earn my yearly increment and bonus when some of us are suffering with unemployment and retrenchment.

Can I consider myself success? I guess yes. Everyone is a success person. What you need is to analyze your accomplishment, compare it with other which is not as fortunate as you. As all the motivator did say, “Everyone is a winner. Success is something inside you, not something that the world potray it.”

KeLaNa DiRi

Berikanlah aku ruang bersendiri,
Untukku berfikir muhasabah diri,
Agar aku lebih mengerti,
Memahami diri sendiri,

Izinkan diri bermusafir kelana,
Agar ilmu penuh didada,
Kerana Rasulullah pernah bersabda,
Carilah ilmu sehingga ke negeri China,

Ingin aku mencari guru,
Agar tak tersilap mentafsir ilmu,
Kerana syaitan sentiasa mengelirukan kalbu,
Dengan dorongan hawa nafsu,

Cukupkah amalan kita?
Untuk kita bawa kesana?
Di tempat dimana hanya kita,
Bergantung pada diri kita semata-mata,
Bergantung pada amal dan kebajikan kita,
Tempat dimana pangkat dan harta,
Tidak dapat kita guna,

Ampunkanlah dosa-dosaku,
Tingkah laku dan perbuatanku,
Kerana aku, hanyalah aku,
Insan kerdil yang penuh kejahilan perilaku,
Sesungguhnya, aku berdosa atas segala yang berlaku.

ReaLiTi KeHiDuPaN (iNi BuKaN ReaLiTi TV)

Makin hari, makin banyak hiburan berbentuk realiti sekarang ni kan. Kalau ikut konsep asas ekonomi, "When there is Demand, there will be Supplies". Dari segi positifnya (ada positif ke benda-benda sebegini?) kita dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk menjadi pelapis bagi artis, pereka fashion dan berbagai-bagai lagi. Tapi adakah ianya berbaloi?

Kes 1: Seorang remaja perempuan tingkatan lima menyanyi di dalam biliknya. ayah dan ibu remaja ini puas menegurnya. Disuruhnya remaja itu mengulang kaji pelajaran kerana SPM hampir tiba. Ibunya memberitahu bahawa keputusan SPM penting kerana ianya merupakan tiket untuk masa depan. Lantas dengan bersahaja, remaja perempuan itu berkata, "Tak apa mak, nanti kalau along tak lulus SPM, along masuk lah rancangan realiti TV yang banyak sekarang. Sekarang ni tak ada SPM pun boleh kaya mak. Jadi je artis. Ada suara, ada rupa, ramai orang suka mak."

Kes 2: Seorang bapa dengan diat menghantar anaknya yang berumur 9 tahun ke kelas tarian dan nyanyian. Si bapa sanggup berhabis duit untuk pakaian anaknya itu. Kawan si bapa pernah bertanya, kenapa dididik anak dengan sebegitu, lebih mementingkan nyanyian dan fashion dari pelajaran. Si bapa menjawab," Aku nak didik anak aku jadi artis. mana tau, esok bila dia dah glamor, leh kahwin dengan VIP. Aku jugak yang senang esok."

Mungkin ramai yang tak percaya dua senario di atas benar-benar terjadi di Malaysia. Kenapa yea jadi begini? Adakah kerana ianya trend atau sesuatu yang di sogokkan oleh media hiburan? Kalau di Brazil, remaja-remajanya bermain bolasepak demi untuk mengeluarkan diri mereka dan keluarga mereka dari belengu kemiskinan, di Malaysia, kita boleh lihat anak-anak muda kita, menyanyi untuk mengejar harapan mereka. Masih adakah harapan?

SiaPa KaTa MeLaYu TaK RaJiN MeMBaCa

Sebenarnya aku menjadi amat marah bila orang cakap masyarakat kita ni tak rajin membaca. Pergilah kemana sahaja kedai majalah, korang semua pasti akan melihat ramai orang kita duk belek surat khabar Harian Metro, baca majalah Mangga dan Mastika. Kalau korang pegi dekat tempat yang menyediakan akhbar percuma, pasti anda akan melihat tak kurangnya orang kita, berbanding dgn kaum lain yang berpusu-pusu untuk mengambil akhbar tersebut. Mestilah untuk bacakan, takkan nak buat lapik atau bungkus nasi lemak je kut. Kalau orang kita tak rajin membaca, tak adalah makin banyak akhbar-akhbar baru muncul di pasaran dan majalah-majalah baru di kedai majalah. Ni menunjukkan ada jer permintaan untuk akhbar dan majalah.

Dan yang paling aku banyak lihat, adalah orang kita membaca pesanan SMS di mana-mana sahaja kita berada. Ketika di pejabat, menunggu bas dan di dalam tren komuter atau pun Star dan Putra (ada sekali tu, aku tengok satu row tempat duduk Star, memegang telefon bimbit membaca dan menjawab pesanan SMS), pasti akan nampak situasi orang membaca. Jadi, dimanakah kebenaran perkara ini?

Mungkin, kenyataan tak rajin membaca tu perlu dikupas atau diberi nafas baru, sebagai contoh, kurang membaca sesuatu yang memberikan pengetahuan. Hmmmmm, maaf kalau entry ini dianggap menyindir dan kurang disenangi, tapi korang tak rasa ada kebenaran ke disebalik entry ni?