KuBuR BeRaSaP

Dengar tajuk macam seram, tapi cerita ni masih tidak boleh dikategorikan di dalam kategori 18SX dan sebagainya. Masih dikategorikan sebagai U.

Masih aku ingat semasa aku berumur 19 tahun. Masa tu aku masih belajar di IPTA. Suatu hari raya, seperti biasa, aku, sepupu aku dan adik aku akan mengunjungi pusaraya arwah atuk aku. Seperti kebiasaan, kami akan pergi bertiga, tanpa mengikut ayah-ayah kami atau pakcik-pakcik kami. Kebiasaannya, aku akan menggunakan kereta ayah aku untuk kesana.

Bila sampai dikawasan perkuburan. Kami pun mulai membaca alfatihah dan berdoa kepada arwah atuk, onyang dan atuk saudara kami (arwah tok pin). Selepas menghadiahkan alfatihah dan berdoa, aku dan sepupu aku akan merokok. Adik aku, bertugas untuk cover line, melihat sekiranya ada pakcik-pakcik kami yang datang menziarah. Sedang aku dan sepupuku asyik menikmati kenikmatan Mr Dunhill 20, adik aku berlari ke arah kami. Dia memberitahu kami bahawa Pak Long datang untuk menziarah kubur. Kami membuang rokok kami, pergi ke arah Pak Long dan keluarganya dan bersalaman dengan Pak Long dan anak-anaknya. Sepupu aku (anak Pak Long) tersenyum kepada kami. Kami pun beredar dan pergi ke rumah tok ngah (arwah) untuk beraya.

Beberapa ketika setelah kami di rumah tuk ngah, keluarga Pak Long pun tiba. Pak Long dan keluarganya masuk. Aku dan sepupuku memandang sesama kami (adik aku tak rasa apa-apa sebab dia tak merokok). Sejurus selepas duduk, Pak Long mula membuka cerita.

"Tadi Pak Long pergi kubur arwah atuk, Pak Long nampak kubur atuk berasap tau" kata Pak Long ku membuka perbualan di tengah rumah.

"Ko biar benar Long" mak aku tenya dengan keadaan konpius.
Pak Long memandang kami, "korang tak nampak ke kubur atuk berasap tadi? Lepas korang pergi tadi, Pak Long nampak atuk terbatuk-batuk. Dia cakap dekat Pak Long, suruh kirim salam dekat korang. Cakap, bertuah punya cucu, ada ke berasap dekat kubur aku."

Keadaan menjadi gamat dengan gelak tawa. Aku dan sepupu aku, lantas keluar dari ruang tamu dan duduk di luar rumah.

Moral of the story: Jangan merokok di kawasan tanah perkuburan.

13 Response to "KuBuR BeRaSaP"

  1. I n n z says:
    June 6, 2009 at 11:45 AM

    pergh !
    sekali kene daaa
    haha !
    ;)

  2. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    June 6, 2009 at 12:49 PM

    Pak Long u lawak hehe.

  3. GRuNGe says:
    June 6, 2009 at 12:52 PM

    Innz: Wakakaka, nak wat cemana. Dah memang terkena batang hidung sendiri.

  4. mamai says:
    June 6, 2009 at 1:17 PM

    cittt buat wa suspen....tapi pak long lu mmg orang melayu sejati cakap berhias tapi pedas

  5. GRuNGe says:
    June 6, 2009 at 1:21 PM

    Notso_violet: Dia tak lawak, dia seorang yang serius.

    Mamai: Yea betul, seorang yang cakap berhias dan pedas.

  6. haruan tasek says:
    June 6, 2009 at 2:40 PM

    hebat bahasa pak long ko tu... kata2 yang mendalam tu

  7. GRuNGe says:
    June 6, 2009 at 4:22 PM

    Haruan tasek: Betul tu kapten. Pedas gile.

  8. AiE bAhRi says:
    June 6, 2009 at 4:37 PM

    pak long cakap kias sambbil melawak sikit..tapi kalau bro grunge tak faham gak tak tau la..
    hehehe

    udah2 la bang, tak yah isap rokok. Bau busuk nanti satu badan!=)

  9. GRuNGe says:
    June 6, 2009 at 4:44 PM

    Aie bahri: Hajat hati nak nak berhenti. Masih mencuba ni Aie.

  10. ░♥si lampu neon♥░ says:
    June 8, 2009 at 12:41 AM

    hahahaha kubur berasap sebab org merokok rupenye

  11. GRuNGe says:
    June 8, 2009 at 1:14 AM

    Lampu neon: Mesti ko tertipu dengan tajuk ni kan. Seram giler tu tajuk. Wakakakaka.

  12. badek_gonzalez says:
    June 19, 2009 at 4:02 AM

    perghh..
    mmg kene..
    haha

  13. anak laut says:
    June 21, 2009 at 11:32 AM

    hahaha..best entri ni bro..