RaKaN MaSJiD

Entry ini tiada kena mengena dengan program Rakan Muda yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Masa semayang Jumaat petang tadi, aku mendengar khatib membaca khutbah Jumaat mengenai umat Islam. Kemudian dia memasukkan ayat ni "Cuba lihat keadaan Masjid dan Surau di kariah kita, berapa ramaikah jemaahnya. Cuba lihat Giant pada pukul 7, dan bandingkan dengan Surau kita. Mana lebih ramai orang." Kemudian dia ada cakap, "Yang penting, adalah bukan kebesaran Masjid itu, mahupun keindahan senibinanya. Yang penting, adalah roh yang ada didalamnya (lebih kurang macam tu la)." Dia juga berkata, "Untuk membentuk umat Islam yang bagus, marilah kita mengimarahkan Masjid, sayangi Allah dan Agama dan marilah kita mengajak anak-anak muda kita, mengimarahkan Masjid, bagi mengelakkan gejala-gejala yang kurang baik."

Aku rasa, betul apa yang disampaikan dalam khutbah Jumaat tu tadi. Banyak tempat, Masjidnya besar, tapi jemaahnya, hanya penuh pada hari Jumaat. Paling sedikit, pada waktu Subuh. Aku ni pun bukan kaki Masjid, tapi, aku berazam, untuk mendekatkan diri ke rumah Allah tu apabila aku punyai masa lapang. Insya-Allah.

9 Response to "RaKaN MaSJiD"

  1. anak laut says:
    June 6, 2009 at 12:47 AM

    kesemua perwira kebanggaan kita telah gugur semasa melawan tentera jepun.

  2. mamai says:
    June 6, 2009 at 12:47 AM

    masjid kat malaysia ni banyak tapi yang penuhnya cuma hari jumaat tak caya tengok...termasuk aku...

  3. AiE bAhRi says:
    June 6, 2009 at 12:55 AM

    bang, jom sama2 kita berazam untuk mengimarahkan lagi suasana masjid! Jom! Taubat taknak g Jom Heboh lagik.!!!

  4. GRuNGe says:
    June 6, 2009 at 1:01 AM

    Anak laut: Terima kasih atas info ini.

    Mamai: Tapi mamai, masih lagi mahu buat Masjid yang grand walaupun tahu, yang jemaah subuhnya, tak sampai satu saf penuh.

    Aie Bahri: Insya-Allah, akan cuba untuk imarahkan masjid.

  5. anak laut says:
    June 6, 2009 at 2:01 AM

    salam..GRuNGe

    saya baru tulis puisi khas buat saudara dan sahabat 2 anaklaut..

    wasalam..

  6. haruan tasek says:
    June 6, 2009 at 6:54 AM

    alhamdulillah.... pi le masjid tiap waktu solat tak lama pun setengah jam je.

  7. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    June 6, 2009 at 7:24 AM

    Ada yang singgah masjid nak buang air jer huhuh

  8. lili11 says:
    June 6, 2009 at 8:43 AM

    Ayoyooo ... malunyer! Jom jom ... penuhkan masjid! Amin!!

  9. GRuNGe says:
    June 6, 2009 at 12:46 PM

    Anak laut: Terima kasih. Terharu saya.

    Haruan tasek: Kamu di Sabahkah sekarang?

    Notso Violet: Betul tu mot. Jadi janganlah buat gitu yea.

    Lili11: Saya pun malu juga.