STuDeNT VS PeKeRJa

Budak Sekolah (Student Universiti-tak kira awam atau swasta) VS Pekerja (tak kira awam atau swasta jugak)

Budak Sekolah: Bosannya cuti lama-lama. Tak tau nak buat apa. Nak kerja, malas.

Pekerja: Kalau boleh cuti lama-lama kan best. Macam-macam boleh buat. Pergi pejabat LHDN, renew roadtax, kemas rumah dan basuh baju yang dah sebulan tak sempat nak basuh.

Budak Sekolah: Kan best kalau kerja. Cukup bulan dapat gaji. Boleh enjoy. G shoping dan jenjalan. Tak sabar plak rasa nak kerja.

Pekerja: Kalau lah boleh balik zaman sekolah dulu kan best. Walaupun sentiasa sengkek, tapi hati senang. Tak perlu fakir pasal tanggungan. Ni tak, dapat gaji, bayar rumah, bil, kereta dan lain-lain, tup-tup, dah habis gaji. Nak shopping pun tak mampus. Seluar kecik yang koyak pun, dah dekat setengah tahun tak berganti. Baru tengah bulan, dah makan magi balik.Kalau tak bayar, mula la bank hantar notis saman. Tarik rumah, kereta dan nak declare bangkrup. (Dulu aku dengan kawan-kawan yang senasib takde awek dengan aku selalu pk macam ni)

Budak Sekolah: Senang jer orang dah kerja ni dapat girlfriend. Ialah, mentang-mentang duit berkepuk. Habis bebudak dekat universiti aku ni yang lawa-lawa, cun-cun dan gojes-gojes kena amik. Pakat lambat la aku nak ada gf selagi aku tak stabil.

Pekerja: Perghhhh, habis duit aku. Kena kikis dengan awek aku. Ialah, mentang-mentang aku dah keje. Nak cari awek dah kije, semua career women ni choosy. Stakat kerani cabuk, exec low class macam aku ni, mana nak pandang. Atleast nak cari bf gaji 5 angka. Cemana aku nak kumpul duit nak kawin kalau macam ni.

Budak Sekolah: Penat betul naik public transport ni. Timing dah la tak tepat, pastu bila dating, penuh macam tin sardine plak tu. Nak keluar lewat-lewat tengok midnite pun tak boleh. Naik teksi kang, habis elaun mak bapak aku kasik. Dah kerja nanti, aku nak beli kereta.

Pekerja: Aduh, harga minyak naik lagi. Pakat tak gerak le kete aku ni. Kete aku dah la makan minyak. Sehari minyak kete aku RM20, aku pun makan sehari RM5 jer. Tak leh jadi ni. Kena naik public transport jugak. Ramai orang pun tak pe la. Janji sampai.

Jadi, korang rasa korang punya kedudukan tak best? Fikir lagi sekali. Rasanya, dimana kita berada tu, adalah sesuatu yang terbaik untuk kita. Fikir-fikirkan.

P/S: Entry di atas adalah hasil ilham dari Cik Milimilo the lawyer setelah berborak dengannya di shoutbox pukul 12:30 pagi.

13 Response to "STuDeNT VS PeKeRJa"

  1. milimilo says:
    June 2, 2009 at 7:56 PM

    memang betulla..seronoknye kalo jadi org dah keje..hehe
    tp org dah keje pulak rindu zmn blajar.. :)

    cepat je idea tu dpt ilham eik?bagos2 :)

  2. DeVoTeD LiLy says:
    June 2, 2009 at 8:32 PM

    hahha.. pinses selalu pikir camtu..
    klu da keje kan best.. bole ade card credittt pehtuu shopping gile2..tyme lunch mkn kt stone grill..The Manhattan Fish Market..starbucks.. pehtu mlm g candle lite dinner..naili's plak.. ujung taon g vacation...europe..paris... gle pnye daya imaginasiii...keh3..

  3. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    June 2, 2009 at 8:33 PM

    lagi susah bila berada di antara dua zaman.. zaman selepas habes belajar dan sedang mencari kerja huhuh.

  4. +MisZ NuRuL+ says:
    June 2, 2009 at 9:02 PM

    wahahhaha~~ btol3~~

    nurul pon pk cmtuh gak ouhh..=PPP

    tp ag suke zaman ckola! wee~ XD

  5. GRuNGe says:
    June 2, 2009 at 9:13 PM

    Milimilo: Idea saya kebanyakkan datang dari orang. Manusia pencetus idea yang paling bernas.

    Devoted Lily: Kamo dah tgk cite shop a holic? Patut tgk citer tu, sesuai dengan kamoo tau pinses. :P

    Notso_violet: Betul tu, part tu yang paling susah.

    Miss Nurul: Sis, enjoylah zaman setadi anda.

  6. puspawarna says:
    June 2, 2009 at 9:42 PM

    huhu....
    betoi ugok 2...bile da kje, windu zmn sek..
    ble mse kt sek2 dlu, skmo berangan2 nk cpat kje...
    so, kne laa bnti brangan nih...
    wakakaka....

  7. GRuNGe says:
    June 2, 2009 at 10:11 PM

    Puspawarna: Kita diletakkan di tempat tersebut kerana ada tujuannya puspa. Enjoylah diri kamu sementara boleh kay. ;)

  8. mamai says:
    June 2, 2009 at 10:47 PM

    aku kerja sambil belajar....
    sambil belajar aku kerja...
    masa belajar aku impi gaji besar...
    bila dah gaji besar rasa baik aku belajar...

  9. GRuNGe says:
    June 2, 2009 at 11:11 PM

    Mamai: Saya sanjung awak. Belajarkan ke dituntut dalam agama. Harap hajat saya nak sambung kesampaian.

  10. mamai says:
    June 2, 2009 at 11:25 PM

    selagi kita ada niat berserta dengan usaha dan berbekal semanggat maka tiada apa yang mampu menghalang....cuma takdir yang menentukan...

    Hari-hari aku belajar sesuatu yang baru...dari kamu semua...

  11. AiE bAhRi says:
    June 3, 2009 at 12:14 AM

    Itulah namanya manusia. Tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Sebab tu kena guna masa sebaik mungkin sebelum datang 5 perkara.Jadi budak sekolah atau pekerja semuanya ada pro dan kontra yang tersendiri.Jadi untuk mendpata apa yang dihajati, semuanya perlu usaha sendiri.

  12. GRuNGe says:
    June 3, 2009 at 9:29 PM

    Mamai: Saya sokong apa yang awak kata. Kita belajar dari semua orang.

    Aie Bahri: Aie, betul tu. Macam saya kata, Allah jadikan kita dan letakkan kita ditempat tersebut ada tujuannya. Syukurlah.

  13. badek_gonzalez says:
    June 19, 2009 at 3:46 AM

    hanya membuang masa kerana memikirkan apa yang nak dikejar..
    hargai apa ada depan mata..
    rencana untuk hari esok lusanya..
    setel...

    bende yg xde dalam genggaman,tetap xde dalam genggaman..usah dicurigai kedudukannya