DaRJaH SaTu

Masih aku ingat ketika aku di darjah satu. Masa tu, aku darjah satu merah. Cikgu aku Puan Syarifah. Cikgu aku ni mengajar matapelajaran matematik. Aku rasa, aku merupakan seorang kanak-kanak aktif dan banyak bercakap. Masih aku ingat ada sekali tu, sebab tengah bercakap dengan kawan aku, tiba-tiba satu benda asing singgah kemuka aku. Aku tengok, rupa-rupanya, cikgu aku baling daster ke aku sebab tak menumpukan perhatian masa belajar dan bercakap. Bengong sebentar jugaklah aku masa tu.

Ada sekali tu bila hantar homework matematik. Puan Syarifah memanggil aku kedepan. Aku masa tu bangga la, sebab ingat kerja rumah matematik aku bagus. Pastu, satu tamparan hinggap ke muka aku. Aku terkedu. Dia Tanya aku, tahu tak kenapa dia tampatr aku. Aku jawab tak tau. Pastu, dia tunjukkan kerja aku. Berapa kali saya dah cakap, kayu tu, buat sampai sembilan, masuk yang kesepuluh, awak pangkah kayu yang awak lukis tu. Ni awak buat sepuluh, pangkah satu. Kan dah jadi 11.

Tapi, apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih kepada cikgu aku Puan Syarifah. Kalau tak kerana dia, mungkin aku tak minat nombor dan tak pandai mengira. Terima kasih cikgu.

13 Response to "DaRJaH SaTu"

  1. SRISUFI says:
    June 4, 2009 at 11:44 AM

    Salam...

    betul kan Grunge, zaman yang paling manis dalam hidup adalah zaman sekolah...jika diberi kesempatan dan pilihan mahu rasanya mengulangi zaman itu.


    ~Try to Teach Good Things~


    kamu sihat kah?

  2. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    June 4, 2009 at 12:12 PM

    sekarang pun mesti maseh kira pakai kayu kan?hee

  3. I n n z says:
    June 4, 2009 at 12:49 PM

    garang nyer cikgu..
    x pnh tgk ckgu baling duster
    skdr acah2 jew
    ;)

  4. mimi mimi. says:
    June 4, 2009 at 12:57 PM

    skrg ni kalu cekgu sentuh sket pon, mak bapak datang serang..

  5. AiE bAhRi says:
    June 4, 2009 at 1:30 PM

    Bang,
    dulu aku 1 kenanga.
    Mana best ! merah,mesti markah pon selalu merah kecuali matematik kan?
    kah8

  6. +MisZ NuRuL+ says:
    June 4, 2009 at 1:57 PM

    ahahha darjah satu ek?
    nurul time ckola menengah..
    sumernye chegu2 BM yg attck nurul..wakakkaka
    mane ta nye,,nurul g titow lam kelas dowg..ahaks!=PP
    ckali kne blg kapor,,ta pon duster..hua3 XD
    yg besh tuh..bukan nurul yg kne..
    tp owg sebla nurul yg kne..agagaga~
    tp pastu insaf da la..ta brani mao titow ag...adehh3~~~ :DD

  7. mamai says:
    June 4, 2009 at 3:15 PM

    sekolah rendah.....mmg banyak kenangan...
    cikgu aku pernah nak sangku aku kat papan hitam pasal tak hafal sifir 3....

    tapi sekarang sifir 30 pun aku tau macam mana nak kira....hehehe pakai calculator..

  8. GRuNGe says:
    June 4, 2009 at 4:21 PM

    Sri: Salam kembali. Alhamdulillah masih sudi menjengah ketika sedang sibuk di pantai. Zaman sekolah, zaman yang tidak dilupakan. Kadang-kadang fikir balik apa yang pernah dilakukan masa tu, malu pun ada sri.

    Notso_violet: Itu tak tau la mot, kena tanya dak-dak zaman skang.

    Innz: Memang cikgu dulu agak garang dan tegas. Sekarang bukan taknak garang dan tegas, tapi nanti mak bapak budak saman. Susah skang ni.

    Mimi: Skarang ni kena amik insuran iabiliti Mimi. Kalau tak, bankrup kena saman. :P Murid skarang ni mungkin agak manja. Jadi approachnya perlu berbeza. Good luck yea kepada bakal cikgu.

  9. haruan tasek says:
    June 4, 2009 at 4:29 PM

    itu memang tabiat guru dahulu. kin semangkin kurang yg begitu

  10. GRuNGe says:
    June 4, 2009 at 4:33 PM

    Aie Bahri: Tak kira kelas mana Aie, kenangan akan tetap bersama kita.

    Nurul: Sis, sib baik tak kena. Kalau kena duster tu, mau bingung seminggu tu sis.

    Mamai: Bro, kalau calculator, sifir 231 pun boleh bro. Tapi betul kan bro, cikgu zaman kita dulu, brutal yang amat.

  11. GRuNGe says:
    June 4, 2009 at 4:41 PM

    haruan tasek: Sekarang, zaman dah berubah sangat kut. Rasanya, lepas ni, tak perlu datang sekolah, guru mengajar online sahaja. Ada negara yang dah praktikkan perkara ni. Tapi effektif ke?

  12. Cik Skaf says:
    June 4, 2009 at 8:34 PM

    masih relevankah keganasan dalam mendidik?

    dahulu kita pandang cikgu dgn pandangan sgt hormat, mereka adalah idola. rata2 kalau tanya nak jd apa semua nak jd cikgu.sbb kita pandang profesion tu sgt2 tinggi kedudukannya dlm msyarakat.

    Tapi skrg, budak2 skrg msh pandang cikgu cikgi dgn pandangan yg serupa mcm kita ke? kalau kena baling duster atau kena penampar tiba2, pelajar tu akan berdiam diri aje ke dan mengaku mmg salah sendiri???

  13. GRuNGe says:
    June 5, 2009 at 12:27 AM

    Cik skaf: Mungkin inilah harga yang harus dibayar disebabkan arus kemodenan. Skarang, cemana anak murid nak respek cikgu, bila dia orang rasa mak bapak dia orang lagi bagus dari cikgu. Mak bapak Dato', Tan Sri dan VIP company. Susah wooo ini macam.