HaRi LiBuR

Hari Sabtu dan weekend menjelma lagi. Seperti biasa, aku akan duduk di rumah menonton Astro dari satu chenel ke chenel yang lain. Aku tak terasa ingin keluar, kerana pada aku, biarlah aku duduk dirumah semasa cuti setelah penat bekerja. Banyak lagi yang aku boleh buat seperti basuh baju yang seminggu tak basuh (malas sungguh aku ni), tidur dan berehat, vakum dan mop rumah (macam tiap-tiap minggu je buat, padahal, sebulan sekali pun agak susah) dan membasuh bilik air dan jamban.

Bukannya aku anti sosial, tapi aktiviti bersosial hujung minggu telah lama aku tinggalkan. Dekat 5 tahun jugak. Bukannya aku tak keluar rumah langsung, tapi, aku akan keluar sekiranya sudah plan terlebih awal. Kalau last minit planning, aku akan ikut mood. Biasanya, last minit planning, aku jarang keluar. Buat masa skarang, masih belum ada out station trip. Mulai bulan depan, bila dah out station trip, lagi la aku akan merindui rumah dan lagilah aku akan kurang keluar pada hujung minggu.

Ayat tak boleh blah: Jadi, sekiranya ada awek yang ingin keluar dengan aku. Harap buat appointment terlebih dahulu yea (macam ada jer yang ingin date sama aku).

8 Response to "HaRi LiBuR"

  1. I n n z says:
    June 6, 2009 at 9:21 PM

    waa..
    maO date pOwn kene appontment maa

    t da kawen,kalo nk suh p kedai beli ikan bilis pown kene gtaw awal2 erk :)

  2. haruan tasek says:
    June 6, 2009 at 10:08 PM

    sama le kita grunge. malas nak keluar rumah time cuti-cuti weekend nie. aku suka lepak kat umah aje.


    grunge aku kat semenanjung le. ko nak pi sabah tu area mana?

  3. GRuNGe says:
    June 6, 2009 at 11:02 PM

    Innz: Hehehehe. Tu la anjangtu Innz.

    Haruan tasek: Aku ingat ko Sabah. Aku akan ke Labuan-KK-Sandakan-Tawau.

  4. mamai says:
    June 6, 2009 at 11:41 PM

    dok ghumah layan anak bini di hujung minggu lagi best dari melepak kat kedai kopi atau window shopping....

    aku rasa kalau lu ada awek...sure dia ajak kawin cepat....

  5. haruan tasek says:
    June 7, 2009 at 6:34 AM

    ko buat apa kat sana grunge. bila ko ke sandakan dan bg tawau? rindu lak kg alaman aku tu.

  6. GRuNGe says:
    June 7, 2009 at 6:36 PM

    Mamai: Tu la pasal mamai. Tengah dalam proses mencari. Sok dah ada, lagi aku tak kuar rumah.

    Haruan tasek: Kije la Kepten. Insya-allah, mungkin bulan 7 ke Sabah.

  7. AiE bAhRi says:
    June 9, 2009 at 4:29 PM

    Salam.
    Baru sempat tgk umah bro grunge..
    saya baru balik dr jalan2 cari awek di kl..haha8. Penat tapi sesekali untuk keluar lepak bersama kawan2 seronok jugak kan..

  8. GRuNGe says:
    June 9, 2009 at 9:06 PM

    Aie bahri: Terima kasih Aie kerana sudi singgah. So cemana, dah dapat calon ke masa jalan-jalan KL?