iNTeRVieW 04/06/2009

Kali ni aku nak ceritakan pengalaman interview aku hari Khamis yang lalu. Interview dalam pukul 10.00 am. Pukul 8:30 pagi aku dah tercongok dekat building tu. Ialah, kul 10:00 interview, tapi before interview, confirm2 kena isi borang dulu. Perkara yang paling aku bosan semasa interview. Bukan apa, borang tu jer kekadang sampai 6-8 page. Penat jari nak menulis. Ada sekali aku gi interview dekat CIMB Investment Facilities, bukan sahaja kena isi borang, tapi siap kena buat test, dimana test merangkumi soalan essay, calculation dan bagai-bagai. Exam degree aku pun tak susah macam ni.

Dah habis isi borang, aku submit la borang tu kepada receptionist. Then tunggu, HR personnel datang, bawak aku masuk bilik interview. Then dia bagitau aku, nanti ada dua orang akan interview, salah seorang darinya adalah Finance Director. Finance Director company Berhad interview aku? Wah, kalau ikutkan, post aku apply, tak la hebat mana pun, tapi kenapa Finance Director company kena interview aku. Interviewer aku masuk pukul 10, sorang perempuan, sorang lelaki (FD). Bermulalah interview aku.

Sebenarnya, aku bukan nak citer isi interview aku. Cuma nak kongsi beberapa perkara yang selalu aku kantoi bila jawab. Dalam mana-mana interview, aku selalu kantoi bila menceritakan pasal diri aku dan pasal kenapa aku mintak kerja. Aku tak tau la, adakah aku kurang confident atau aku memang tak pandai goreng (dalam english term, sell your self). Tapi, kalau interviewer tu tanya aku dan suruh aku citer pasal kerja aku, aku yakin mereka akan berpuas hati dan impress. Sebab, I know my work whole hearted. Apa-apa kerja yang aku buat pun, memang dengan sepenuh hati. Keinginan aku belajar, dan master kerja aku, merupakan strength aku. Hari tu pun, aku rasa aku puas hati masa dia orang tanya aku pasal kerja aku in retail la. Aku rasa, mereka agak impress (perasannya aku ni) dengan cerita aku pasal retail.

Aku agak berharaplah dapat kerja tu. Aku dah agak bosan buat kerja aku skang ni. Aku nak buat account balik. Memang susah dan penat buat account, tapi bak kata member aku la. Buat account ni umpama picit jerawat, dipicit sakit, tapi sedap. Apa-apa pun, aku tak la meletakkan harapan yang tinggi. Sebab kalau aku buat gitu, aku akan frustrated bila tak dapat. Lagi pun, what to loose? Aku bukannya tak kerja pun. Cuma aku apply, sebab kerja, post lagi tinggi dan harapan gaji yang tinggi (macam gaji sekarang tak cukup je).

11 Response to "iNTeRVieW 04/06/2009"

  1. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    June 7, 2009 at 12:13 PM

    Wah macam best hohoh. Kalau berjaya dapat job tu jgn lupa blanja kami pengomen2 sekalian:D

  2. Mrs Nurul says:
    June 7, 2009 at 1:19 PM

    FIRST!!


    terase la pasal picit2 jerawat ni !

  3. vandella says:
    June 7, 2009 at 2:29 PM

    reti la bersyukur beb.. hahah..

  4. GRuNGe says:
    June 7, 2009 at 6:50 PM

    Notso Violet: Boleh boleh je nak belanja.

    Si lampu neon: Hehehehe, saya pun suka picit jerawat.

    Intan Ismail: Wah wah wah, Cik Intan sudah pandai komen. Wei, cepat siapkan kije ko, boss ko nak Isnin ni.

  5. mamai says:
    June 7, 2009 at 11:45 PM

    pie interview mmg hobi aku....bukan pasal aku nak sangat kerja tu tapi pasal suka argue dengan si penginterview...dari situ aku belajar apa yang aku tak tahu dan tak semua penginterview tu tahu...

  6. GRuNGe says:
    June 7, 2009 at 11:50 PM

    Mamai: Kalau boleh argue dalam BM, dah lama aku debat dgn orang yg interview tu. Hehehehe. English aku ampes sket.

  7. haruan tasek says:
    June 8, 2009 at 9:12 AM

    gaji tak cukup ke grunge... tak pa daripada tak ada kerja langsung. bak pepatah walaupun sedikit kalau jujur dalam berkerja pasti cukup. Ini formulanya


    Gaji banyak + Kerja tak ikhlas = Tak perna cukup gaji walau dah banyak

    Gaji Sikit + Kerja Ikhlas + Zakat = Walaupun sikit. rasa sukar untuk dihabiskan

    coba le mana2 diantara 1

  8. GRuNGe says:
    June 8, 2009 at 9:42 PM

    Haruan tasek: Bukan gaji tak cukup, cuma ada lagi 2 orang adik yang perlu ditengok-tengok. Pastu nak simpan duit nak kawin, nak beli rumah dan bagai-bagai lagi. Umur 31, leh tak apply jadik kadet? Mana tau, untung-untung leh jadi Kapten. ;)

  9. puspa says:
    June 9, 2009 at 3:03 AM

    huhu....x penah ag pg interview...
    nebes arr gi2...
    kalo wt account 2,mmg da kne wt skmo...
    kni ku pasrah....

  10. puspa says:
    June 9, 2009 at 3:20 AM

    huhu...x penah pg interview...
    nebes ni kalo gi2...
    tp kalo account 2, beselerr kne wt...
    tensen tol ble x imbabg...
    hua2..

  11. GRuNGe says:
    June 9, 2009 at 9:10 PM

    Puspawarna: Sedikit tips untuk accounting student. Kalau boleh, buatlah account dulu. Kemudian, kalau berpeluang, kemudian buat audit, untuk meningkatkan lagi pengetahuan account. Sebab kalau dah buat account, senang nak buat audit. Kalau dah buat audit, akan lebih appreciate account.