PeRNaHKaH aNDa 1

Aku rasa, perkara-perkara begini pernah terjadi dekat korang, tanpa korang sedari atau dengan kesedaran korang semua. Cuba lihat senarai-senarai di bawah ini.

1. Melayan sms atau panggilan telefon dari number yang tidak dikenali, sebab takut kantoi yang korang dah terdelete nombor telefon kawan-kawan korang.

2. Bercakap dengan confident di dalam telefon dengan orang yang anda tidak kenal kerana ingatkan mereka adalah rakan anda (serius, suara dalam telefon semua orang lebih kurang sama je).

3. Menegur seorang yang mirip dengan rakan anda, berborak dengan orang tersebut dan bertukar nombor telefon dengan mereka. Part yang menariknya, orang yang anda tidak kenali itu juga mengingatkan anda adalah rakannya. Perkara ini biasa terjadi selepas bertahun meninggalkan alam persekolahan/ Universiti dan anda lupa nama sebenar kawan anda, dan hanya ingat nama panggilannya sahaja. Kebetulan ula, nama panggilan tersebut adalah sesuatu yang kurang enak didengar dan anda malu untuk menyebutnya.

4. Naik lebih setingkat atau kurang setingkat dari rumah anda (bagi rumah teres, lebih satu atau kurang satu rumah), mendapati pintu rumah tidak berkunci, masuk kerumah dan anda dapati kerusi rumah anda berbeza, kemudiannya, anda terpadang kepada tuan rumah dan anda mendapati rumah itu bukan rumah anda.

5. Dengan confident menaiki bas yang berhenti (kerana tersalah pandang nombor bas). Kebetulan pula, anda tidak pasti jalan ketempat yang anda ingin pergi (ingin ke rumah sahabat atau saudara) dan bila berhenti ditempat terakhir (secara kebetulan, rumah tersebut anda patut berhenti di tempat terakhir), secara kebetulan ada mempunyai landmark yang sama seperti yang diberitahu (7-11 atau stesen minyak). Anda hanya menyedari anda salah menaiki bas hanya setelah menunggu selama sejam (lebih kronik anda tidak mempunyai telefon bimbit atau telefon bimbit anda ketika itu kehabisan bateri).

Rasanya, ada jer yang pernah terkena perkara-perkara di atas. Al maklumlah, kita ni manusia, tidak lepas dari melakukan kesalahan-kesalahan bengong ini.

25 Response to "PeRNaHKaH aNDa 1"

  1. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    June 9, 2009 at 9:13 PM

    tak alami lagi salah satu kejadian di atas, adakah itu bermakna saya maseh muda?hikhik

  2. mamai says:
    June 9, 2009 at 9:27 PM

    3 dan 5 tu dulu pernah berlaku kat aku sewatu dulu...
    tapi yang no 3 tu kira okay juga dapat lagi kawan baru..

    no 5 tu...buat habis duit aku jer...yang tak best driver bas kena marah hahahah

  3. GRuNGe says:
    June 9, 2009 at 9:39 PM

    Notso Violet: Anda masih muda. Suatu hari nanti, anda akan mengalami salah satu kejadian di atas. :P

    Mamai: Zaman kita dulu mamai, perkara ke 5 tu mungkin sesuatu yang biasa. Kena pula telefon rumah pun satu benda mewah masa tu. Public phone selalu vandalisme.

  4. CikYana(",) says:
    June 9, 2009 at 9:50 PM

    peristiwa 1..2..3 penah yana alami
    hahahaha
    malu pun ade..tp tahan jela
    erkkkkk

  5. milimilo says:
    June 9, 2009 at 9:51 PM

    huhu..salah nek bas xpnah lg tp komuter n lrt pnah la..tp kalo slh naek xpyh beli tiket baru,just pth balik je..sbb tu xsuke nek bas..

    melayan sms dr no xdikenali tu jarang kecuali die introduce in the proper way :)

  6. nuyu farhan says:
    June 9, 2009 at 10:01 PM

    1. x penah alami kot..

    2. sederhana alami..haha.tp last2 tak layan jugak

    3. hohoo..penah menegur dan terbukti bukan. sangat malu :p

    4. penah terbukak bilik org lain kat ostel ni..dia tengok saya, saya tengok dia..sama2 berpandangan dan keliru..haha

    5. x penah kot :)

  7. AiE bAhRi says:
    June 9, 2009 at 10:05 PM

    perkara 3 dan 4 je belum..yang lain pernah! (eh, tiba2 je buat pengakuan secara jujur..ceh..)

    bang, baru tau nama kamu man!

  8. GRuNGe says:
    June 9, 2009 at 10:32 PM

    Cikyana: 1 2 dan 3 tidak terlalu teruk kalau berbanding 4 dan 5. :P

    Nuyu: Banyak juga pengalaman anda kalau dibandingkan dengan umur anda.

    Aie Bahri: Yea betul aie, nama saya Man. Selamat berkenalan. Esok balik study, jangan silap bilik macam Nuyu plak. :P

  9. haruan tasek says:
    June 9, 2009 at 10:33 PM

    semua perkara tak pernah. tapi makan nasi lemak orang dalam kantin pernah tersilap duduk meja... malu ooooooooooo

  10. GRuNGe says:
    June 9, 2009 at 10:36 PM

    Milimilo: Cik lawyer, yang part no 4 tu pernah tak? Saya masa kecik, pernah masuk banglo yang salah ketika bercuti di PD. Nampak orang bercium (suami isteri) lepas tu lari keluar dan rasa nak nangis sebab ingat family tinggalkan saya. Maklumlah, leka mandi laut. Maluuunyaaaaa masa tu. Seb bek kecik lagi (sekolah rendah).

  11. GRuNGe says:
    June 9, 2009 at 11:06 PM

    Haruan tasek: Kapten, ko makan nasi orang ke? Wah wah wah. Rezeki tu kapten.

  12. cik ateen says:
    June 9, 2009 at 11:52 PM

    pernah sgt laa tuhh..
    wiso takott kwn kata sombonk dah xingt dier...
    huhuhu..
    ;)

  13. GRuNGe says:
    June 10, 2009 at 12:16 AM

    Cik ateen: Ingatan tak semestinya bertanda. Yang penting keikhlasan. Walau jauh beribu batu, tetap dekat dimata. Sial rujuk Encik Aie Bahri untuk penerangan lanjut.

  14. rhapsody LiN says:
    June 10, 2009 at 12:26 AM

    wargh....petang td lps joging aku terbabai cilap orang!!
    malu giler!! huhu~

    lps nie da xnk kua umah seminggu!
    hehe~

  15. Fakhitah Muhammad Iqbal says:
    June 10, 2009 at 12:35 AM

    4 dan 5 macam x pernah je..hehe

  16. puspawarna says:
    June 10, 2009 at 1:44 AM

    hik2...mmg lawak ar kalo pkir2 blik...
    sume2 pnh jdik...malu sehhh...
    tp 2 laa kngannyerr...

  17. melon. says:
    June 10, 2009 at 2:10 AM

    haha.selalu selalu.

  18. iyda7 says:
    June 10, 2009 at 11:39 AM

    ape point ko tulis n3 ni pes?..pnh jd kat die la tu..kan2?..huhu..petanda ko da tua..setelah melalui pelbagai perkara..hehe

  19. GRuNGe says:
    June 10, 2009 at 8:54 PM

    Rhapsody Lin: Wakakaka. Musti orang yang anda babai tu terpinga-pinga kan tgk anda babai dia.

    Fakhitah: Wah, maknanya anda pernah terkena dari 1 hingga 3.

    Puspawarna: Wah, rekod paling hebat ni puspawarna. Lima per lima, seratus peratus.

    Melon: Salam melon. Terima kasih kerana sudi singgah dan komen. Anda selalu kena part yang mana yea?

    Iyda7: Kau rasa-rasa, aku tulis sebab apa yea iyda7? :P

  20. iyda7 says:
    June 10, 2009 at 10:36 PM

    hehe...aku paham2..x pe..sanyap2 je..demi menjaga martabat diri ko..wakaka..

  21. GRuNGe says:
    June 10, 2009 at 11:17 PM

    Iyda7: Syyyyy, sambil nyanyi lagu Dato Siti Nurhaliza (exgf sebelum dia clash dan kahwin dengan Dato K) "Biarlah Rahsia".

  22. Cik Skaf says:
    June 12, 2009 at 12:58 AM

    1. sms dr no x dikenali - x layan lngsung. Tapi kalau rasa2 mcm kwn lama, terus tanya sapa n mintak maaf nombor da terdelete. pastu trus buat cite da tukar henfon baru..huhu.

    2. & 3 - huhu sy tak lg penah wat pangai camtu

    4 & 5 - pun blum penah berlaku .. tapi penah tersilap msuk keta org. sekali masuk2 tgk kat sebelah.. alamak salah org!! huahua.. mmg tak terkira malu.

  23. GRuNGe says:
    June 12, 2009 at 11:27 PM

    Cik skaf: Anda layak masuk kategori orang yang banyak pengalaman (berumur). :P

  24. anak laut says:
    June 21, 2009 at 11:30 AM

    salam...bro,

    "Bercakap dengan confident di dalam telefon dengan orang yang anda tidak kenal kerana ingatkan mereka adalah rakan anda (serius, suara dalam telefon semua orang lebih kurang sama je).:

    yang ni anaklaut pernah..wat malu je..

  25. rhapsody LiN says:
    June 30, 2009 at 5:48 PM

    ahahaha~
    teringat cilap babai org
    h0h0~