MeTRoSeXuaL

Entry ini tiada kena mengena dengan Transexual mahupun Bisexual. Pesanan dari penulis Blog.

Sedikit tip-tip penjagaan muka dari seorang lelaki Metrosexual.

Seorang lelaki mengeluh kepada kawan perempuannya mengenai kulit mukanya yang berminyak dan cepat berjerawat walaupun sudah berumur 27 tahun. Bagi lelaki tersebut, sepatutnya, pada usia tersebut, tidak mungkin jerawat naik seperti remaja berumur belasan tahun. Kawan perempuannya kemudian bertanya kepada mamat tersebut sama ada dia menggunakan apa-apa produk untuk menjaga mukanya. Lelaki itu menjawab tidak. Perempuan itu kemudian menyuruh lelaki tersebut menjaga muka dengan menggunakan pencuci muka dan sebagainya. Perempuan itu kemudiannya menemankan lelaki itu pergi ke sebuah Pasaraya besar terkemuka, membawanya ke tempat produk penjagaan muka dan mula memperkenalkan lelaki tersebut dengan produk-produk asas penjagaan kulit.

Tip-tip asas dan alat-alat yang perlu untuk penjagaan kulit muka:

1. Pencuci Muka. Muka hendaklah sentiasa dicuci dengan menggunakan pencuci muka. Mula-mula, kenal pasti kulit muka, adakah jenis yang berminyak atau pun jenis yang kering. Pencuci muka yang dibeli perlulah bersesuaian dengan jenis kulit muka. Pencuci muka hendaklah di pakai sekurang-kurangnya dua kali sehari, sekali sebelum keluar rumah dan apabila pulang ke rumah pada waktu petang. Ada juga yang mengamalkan cuci muka sebelum masuk tidur. Pencuci muka digunakan bagi tujuan menghilangkan daki dan kotoran yang kita dapat semasa keluar dari rumah.

2. Toner dan Kapas Muka. Selepas memakai pencuci muka muka hendaklah disapu dengan menggunakan toner. Letakkan toner ke kapas muka dan sapukan ke atas keseluruhan muka anda. Sapu sehingga air toner di kapas habis atau kapas bertukar menjadi hitam (akibat kulit muka yang dicemari sisa toksid udara). Ulang perbuatan sehingga anda rasa muka anda sudah tidak kotor (boleh mengetahui dengan melihat keadaan kapas muka). Toner digunakan untuk menutup liang-liang roma yang terbuka selepas membasuh muka menggunakan pencuci muka.

3. Moisturiser (Krim pelembab). Selepas habis menyapukan toner, sapukan pula moisturiser ke kulit muka. Moisturiser digunakan sebagai satu lapisan penghalang di atas muka disamping berfungsi sebagai pelembab dan skin protection bagi mengelakkan sunburn.

4. Mask. Mask (sama ada peel off ataupun mask biasa) hanya perlu digunakan paling kerap seminggu sekali ataupun biasanya dua minggu atau sebulan sekali. Tujuan menggunakan mask adalah untuk membuang white head (jerawat putih) yang terbentuk apabila liang roma kita tidak tertutup rapi dan dicemari kotoran semasa muka terdedah kepada udara luar. Cara penggunaan adalah, basuh muka guna pencuci muka (biasanya pencuci muka jenis scrub digunakan bagi memastikan riang terbuka dengan lebih luas). Lap muka dan kemudian sapukan krim mask (ada setengah menggunakan mask dan ada yang guna putih telur). Biarkan mask selama 30 minit (sehingga keras, sekiranya menggunakan peel off mask). Kemudian tarik mask itu dari muka. Selepas menggunakan mask, dinasihatkan mencuci muka menggunakan pencuci muka, dan guna toner dan moisturiser.

5. Pencuci muka jenis scrub. Kebiasaannya hanya digunakan seminggu sekali atau sebelum menggunakan mask. Tujuan, krim ini adalah lebih kuat menyental (kadang-kadang rasa seperti kertas pasir) dan boleh menanggalkan kesan degil dan kerak di muka.

6. Vitamin E Oil. Pada anda yang ingin mengkacakkan dan mencantikkan diri dan menghilangkan kesan parut dimuka, anda dinasihatkan menggunakan minyak ini. Minyak ini agak mahal dan agak berlengas apabila disapukan kepada kulit muka yang kita ingin cantikkan. Amalkan ianya selalu (sapu ke tempat yang ingin diperelokkan), lebih elok jika tempat yang ingin kita cantikkan dibubuh minyak ini (kalau rasa minyak tu dah takde dekat muka, sila taruk lagi). Insya-allah, muka kita akan nampak lebih elok dari sebelumnya.

Di atas adalah serba sedikit ilmu yang dipelajari dari kawan perempuan saya. Amalkan setiap hari dan anda akan nampak keberkesanannya.

P/S: Wudhuk juga telah dikenal pasti sebagai salah satu cara untuk mencantikkan kulit muka.

12 Response to "MeTRoSeXuaL"

  1. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    June 7, 2009 at 8:09 PM

    Erm bagus lelaki tuh huhu utamakan kebersihan dan kecantikan wajah. Tapi ada kemusykilan lah kat sini, sebab kalau yang saya tahu kan toner tu jangan lap sampai macam tu. Cuma tepek-tepek kat wajah dan leher jer dan tepuk2 pakai tapak tangan sampai dia kering huhuh. Jadi tiada pembaziran kapas hehe. Lagipun dah basuh muka mesti dah bersih dah kan he.

  2. GRuNGe says:
    June 7, 2009 at 9:07 PM

    Notso_violet: Toner perlu digunakan dengan kapas muka la mot. :P

  3. nuyu farhan says:
    June 7, 2009 at 9:11 PM

    haha..kelakar je ayat sapu sehingga air toner di kapas abes :p
    bagus la laki zmn skng..dh pndi jaga kecantikan.
    kalah i..hahaha

  4. GRuNGe says:
    June 7, 2009 at 9:22 PM

    Nuyu farhana: Salah ke begitu? Ishhh, dah dua orang komen cara penggunaan toner ni. Mungkin betul cara penggunaan toner salah.

  5. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    June 7, 2009 at 9:57 PM

    hehe yela kot, cuba u tgk link bwh nih

    http://www.ehow.com/how_2213463_use-toner-skin-care.html

    cuma nak kongsi ilmu sama cam u gak:D

  6. ░♥si lampu neon♥░ says:
    June 7, 2009 at 9:57 PM

    zzzzzz aku rase aku ade je semua produk tu..tapi tak rajin pakai..tats y jerawat tumbuh secara berleluasa. zzzzz

    good post . nice to share =)

    aku tak excellent in english, aku try je...dulu pon lagi teruk kene condemn..cube tgk post ni : http://neorul87.blogspot.com/2008/09/my-broken-english-my-broken-heart.html

  7. GRuNGe says:
    June 7, 2009 at 10:58 PM

    Notso_violet: Erk, macam lebih kurang je cara I terangkan dan cara dalam website tu. Maybe penggunaan ayat salah kut. :P

    Si lampu neon: Aku rasa kalau aku tulis entry english, jadi macam skema gaban. Tak macam penulisan dalam BM. Cemana nak buat ayat santai dalam english? Btw, sharing is caring kan. So share je apa yang mampu nak share.

  8. rhapsody LiN says:
    June 8, 2009 at 12:10 AM

    ahaha~
    bgus2..alu x ske lelaki selekeh yg busuk. kalau selekeh yg stylo x pe gak
    ngee~
    (^_^)

  9. GRuNGe says:
    June 8, 2009 at 12:24 AM

    rhapsody Lin: Tak pernah dengar dan tengok selekeh yang stylo. :P

  10. VIP| fLoRa ™ © says:
    June 9, 2009 at 1:41 AM

    fuyoo.. tips penjagaan muka..

    p/s : penulisan yg sgt bgna skali bwt sy.. leh amalkan.. bguslh lelaki zaman skrg dh jga sume bnda.. kalah flora cmni.. malunya.. adess..

  11. AiE bAhRi says:
    June 9, 2009 at 4:33 PM

    penggunaan toner memang memerlukan kapas kan? Kalau yang tepek2 pakai tangan sampai dia kering tu bukan bedak sejuk ke namanya? Betul la yang bro Grunge bgtau tu..

    **info ni adik saya yang bagitau..tapi rasanya betul kot!

  12. GRuNGe says:
    June 9, 2009 at 9:15 PM

    VIP flora: Lelaki sekarang make up kalah perempuan la Cik Flora. Kadang-kadang, teralu metrosexual sehingga dah jadi macam pompuan modeling. Set rambut, pedicure dan manicure.

    Aie bahri: Betul aie. Owh, terima kasih sebab ingatkan mengenai bedak sejuk. Peralatan turun temurun yang bagus untuk kacantikan. Tak caya, tengok nenek-nenek kita dahulu. Cantik hanya dengan bedak sejuk je.