DaRJaH Dua

Darjah dua aku dah makin nakal. Masa ni, aku ada seorang kawan baik. Kawan aku yang sorang ni, walaupun darjah dua, dia dah pandai macam-macam pasal kehidupan. Ialah, dia ada abang-abang atas dia yang ajar dia macam-macam. Dalam pertengahan tahun darjah dua, ada seorang cikgu yang cantik, nama cikgu Suraya dating mengajar sekolah kami. Aku dengan kawan ku berharap agar dia mengajar kami. Tapi, harapan tinggal harapan. Owh, lupa, nama cikgu ni mula-mula aku tak tau, tapi kemudian, kawan aku (yang pandai tu) bagitau aku nama cikgu tu. Kami berdua, yang darjah 2 dan berumur 8 tahun ketika tu, amat etrtarik dengan cikgu tu dan sentiasa tak melepaskan peluang untuk mengusha (bahasa zaman ni, zaman dulu time aku, takde ayat ni lagi).

Ada sekali tu, ada sorang budak darjah dua (bukan satu eklas dengan aku) memberitahu cikgu Suraya ni, cikgu, saya suka la dekat cikgu, cikgu ni cantik. Saya nak kahwin dengan cikgu (pergh, gila berani budak tu, kecik-kecik dah pandai ngayat). Pastu cikgu tu jawab, awak, saya ni lagi tua dari awak. Awak kecik lagi, mana boleh kahwin. Budak tu jawab lagi. Nanti saya besar, saya nak kahwin dengan cikgu. Cikgu Suraya menjawab, kalau kamu dah besar, cikgu pun dah tua masa tu. Dah tak cantik. Dah kerepot.


Owh, gatal juga aku ni masa darjah dua. Bukan gatal mengayat macam dak kelas lain tu. Gatal dari segi mengusha. Seb bek la skang ni dah tak gatal lagi. :P

7 Response to "DaRJaH Dua"

  1. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    June 5, 2009 at 12:27 PM

    kecik2 dah pandai iskh iskh

  2. nuyu farhan says:
    June 5, 2009 at 1:06 PM

    oooo..
    kecik kecik udah pandai ni!
    :p..teringat je. ade jugak suke cikgu laki zaman kecik dulu. tp xde sampai nk kawin kot..haha

  3. mamai says:
    June 5, 2009 at 2:20 PM

    darjah dua..hehehehe aku suka letak cermin kat kasut...
    faham-faham apa maksud.

  4. Park Chick says:
    June 5, 2009 at 4:07 PM

    teringat geng2 skodeng pakcik mase sek.rendah dulu.

  5. zarina says:
    June 5, 2009 at 6:26 PM

    skrg nih dah tak gatal lgk ker mr. grunge..kompius den..:p

  6. GRuNGe says:
    June 5, 2009 at 8:48 PM

    Notso_violet: Kecik pandai, dah besar ni kurang sikit kepandaiannya.

    Nuyu: Wah wah wah, masa tu darjah berapa Cik Nuyu?

    Mamai: Wah, sungguh advance. Aku benda-benda tu semua aku belajar masa tingkatan tu. :P

    Park Chick: Sekolah rendah sekarang ada geng bas sekolah je, dulu-dulu ada geng skodeng kan Park Chik. Selamat datang ke blog saya.

    Zarina: Tak lah gatal, sangat kurang gatalnya (cover line banyak ni).

  7. anak laut says:
    June 21, 2009 at 11:34 AM

    anaklaut tersenyum dan ketawa membaca entri ini..hahahahaa..