SoaLaN MauT

Aku ada soalan maut untuk kalian tolong jawab.

1. Sekiranya anda menetap di sesuatu tempat melebih 3 hari, adakah anda masih boleh dikira musafir?

2. Sekiranya anda menaiki kapal terbang pada pukul 6:00 petang dari Sabah, dan menuju ke KLIA dan dijangka sampai pukul 9:30 malam. Adakah anda boleh berbuka puasa pukul 6:30 petang mengikut waktu Sabah atau perlu mengikut waktu di Semenanjung iaitu pada pukul 7:30 malam?

Harap kalian boleh bantu aku.

P/S: Entry terpendek aku setakat ini.

55 Response to "SoaLaN MauT"

  1. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    September 2, 2009 at 9:51 PM

    1. lebih 3 hari dah x kira musafir.

    2. As-syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi, Ketua Persatuan Ulamak Sedunia telah mengeluarkan fatwa pada hari Ahad lepas mengenai penentuan waktu berbuka puasa bagi orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang. Beliau menyatakan bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka ini adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka, iaitu bukan mengikut negara yang mereka berada di atasnya.


    Mengikut fatwanya, setiap penumpang kapal terbang yang ingin berbuka puasa, waktunya tidak boleh mengikut negara yang mereka bertolak daripadanya dan juga tidak boleh mengikut negara yang ditujukannya dan juga negara yang dia berada di atasnya. Akan tetapi waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata lender mereka.

    As-Syeikh berkata, sesungguhnya dia dikejutkan ketika sekembalinya beliau daripada Kaherah ke Doha pada awal Ramadhan baru-baru ini dengan pengumuman daripada seorang pilot asing yang bukan islam bahawa sekarang telah masuknya waktu berbuka puasa, dalam waktu yang sama matahari masih terpampang dan siangnya masih jelas. Pengumuman itu berpandukan kepada negara yang berada di bawahnya telah memasuki waktu berbuka.

    Heh malas nk rumuskan :p

  2. oranglidi says:
    September 2, 2009 at 9:51 PM

    1st

  3. oranglidi says:
    September 2, 2009 at 9:51 PM

    wa tekan first tadi dulu!!!

  4. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    September 2, 2009 at 9:53 PM

    eh smbungan..

    ...Fadhilatul Syeikh telah menceritakan dialognya bersama penumpang-penumpang first class yang duduk bersebelahannya. Syeikh berkata, "Tidak harus kamu berbuka puasa sebelum terbenamnya matahari, sebenarnya waktu maghrib masih belum masuk, adakah sah kamu solat maghrib pada tika ini?" Jawab mereka, "Tidak!!" Maka aku menjawab balik, "Demikianlah juga berbuka puasa, tidak boleh ia dilakukan sebelum tiba masanya."

  5. oranglidi says:
    September 2, 2009 at 10:08 PM

    yang 2 tu xpasti.

    yg 1st tu bukan kalu niat bermukim kat tmpat tu baru ilang status musafir?? ke mcamne?

  6. anak laut says:
    September 2, 2009 at 10:29 PM

    salam..bro,

    anaklaut taklah pandai dalam hukum hakam agama, tapi anaklaut cuba ya..

    Musafir berasal dari perkataan safar dan ia dari sudut istilah fiqh didefinasikan sebagai: Suatu perjalanan dengan jarak dan tujuan tertentu yang memberikan pengaruh terhadap ketentuan sesuatu hukum. Musafir yang membolehkan seseorang itu berbuka puasa dalamnya adalah sama syarat-syaratnya dengan musafir yang membolehkan solat-solat diqasar, Namun berikut dihuraikan semula secara ringkas syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu mengkategorikan dirinya sebagai seorang musafir.

    Sekiranya anda menetap di sesuatu tempat melebih 3 hari, adakah anda masih boleh dikira musafir?

    jawapannya : ya:

    Para ahli fiqh membahagikan tujuan musafir itu kepada dua, pertama kerana tujuan kebajikan atau kedua kerana tujuan maksiat. Musafir kebajikan ialah seperti menunaikan amalan umrah / haji, menziarah saudara / rakan, menuntut ilmu dan berniaga manakala musafir maksiat ialah seperti ke Las Vegas semata-mata bagi bermain di Kasino dan lain-lain yang seumpama. Ulama'-ulama' Shafie, Malik, Hanbali dan lain-lain mensyaratkan bahawa kemudahan hukum agama dalam musafir hanyalah bagi tujuan kebajikan kerana mustahil agama Islam memudah serta menggalakkan musafir bagi tujuan kemaksiatan. Dalil mereka ialah firman Allah Ta'ala: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. (Maksud Surah al-Maidah 05 - 02). Ulama'-ulama' Hanafi serta sebahagian yang lain membolehkan musafir sekalipun bagi tujuan maksiat kerana dalil ayat al-Qur'an yang membolehkan berbuka ketika bermusafir tidak. pada bro..berada 3 hari di sabah adalah dengan tujuan baik, maka dikira mufasir.

    bagi soalan n0 2 pula,


    Dibolehkan berpuasa atau berbuka ketika musafir tanpa sebarang syarat atau halangan.

    2. Sebaiknya berbuka puasa apabila menemui kesukaran dalam musafir walaupun sedikit.

    3. Wajib berbuka, haram jikalau enggan, apabila menemui suasana kesusahan yang amat berat lagi membahayakan ketika berpuasa dalam musafir.


    Prof. Dr. Abdul Karim Zaidan merumuskan: Orang yang dalam keadaan musafir dan menempuh jarak yang membolehkan solat qasar dibolehkan untuk berbuka pada bulan Ramadhan, sesuai dengan kesepakatan para ulama' ; samada dia mampu untuk melakukan puasa atau tidak mampu;

    setuju dengan pendapat nosto tu.

  7. patungcendana says:
    September 2, 2009 at 10:40 PM

    kenapa jawapan bercanggah2 ni...

    sorry aku tak berani nak bantu...kurang ilmu dalam hal ni...

    have a great time in sabah...:-)

  8. miSs siv says:
    September 2, 2009 at 10:41 PM

    err..
    1st: erm kalau berade dlm keadaan darurat plus still pindah2 even dekat, masih dikira musafir..nie kawan yg ckp..

    2: buka puase pukul 9.30 la bro~
    ekekee~~

  9. DaliaLiyana says:
    September 2, 2009 at 10:59 PM

    bro...lebih 3 hari tak kira musafir..kena solat cam biase k..jgn malas! hehehhe

  10. DaliaLiyana says:
    September 2, 2009 at 11:00 PM

    no 2 tu lak...nak buka puasa bila dah tak nmapk matahari k...bukan ikot negara..
    tp nak confirmkan lagi tnye la yg lebih arif...ni yg dalia tau la...
    sekian terima kasih..
    20 sen utk kedua2 jawpan...hehhehe...

  11. Cik Skaf says:
    September 2, 2009 at 11:08 PM

    salam grunge.
    Awk mintak bantuan? ok sy cuba bantu ya.. :)

    1. Jika melebihi 3 hari - bukan lg dianggap musafir.
    Tp bg kes en grunge ke sabah misalnya, 2 hari di KK, 3 hr di sandakan, 2 hari lg di Tawau - 7 hari itu tetap dikatakan en grunge dlm kedaan bermusafir. So sgala syarat puasa dan solat boleh tertakluk kepada syarat2 org musafir.

    2. utk kes ini - berbuka puasa mengikut masuk masuk maghrib di atas kapal terbang, spt yg ditulis oleh Notso violet "waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata lender mereka." (atau lebih tepat adalah bersamaan dgn waktu tmpatan di mana kapal terbang berada)

    wallahulam.

  12. mamai says:
    September 2, 2009 at 11:15 PM

    kamu bukan musafir tapi bukan juga penduduk tetap...tapi dalam konteks kamu ni rasanya 3 hari tu sudah tidak kira musafir lagi.

    dalam zaman moden ini perjalan yang jauh boleh dekat tapi ukur masih tetap sama jika kita masih bloleh bersolat dalam waktunya maka tak perlulah nak dijamak

    dan waktu berbuka puasa itu bukan kawasan atau negara tapi ikut waktu terbenamnya matahari..dan begitu juga dengan solat.

    nak lbih mendalam kena rujuk kat yang lebih arif tu..aku sekolah setakat tingkatan 5 ajer

  13. lili11 says:
    September 2, 2009 at 11:15 PM

    Ust kat skolah cakap utk tujuan solat qasar dan jamak boleh 5 hari termasuk hari pergi dan balik ...
    Allahuwa'alam.

  14. lili11 says:
    September 2, 2009 at 11:19 PM

    Seelok2nya pasal hukum hakam ni eloklah berguru ngan yang lebih arif. Bukan haku ler tu ...

  15. Cik Skaf says:
    September 2, 2009 at 11:24 PM

    Sedikit nak tambah ttg waktu berbuka puasa, harap kita semua x keliru ya.

    Ok, Bbalik kpd definisi wktu berpuasa - ia adalah dari mula terbit fajar hingga terbenamnya matahari DI MANA TEMPAT KITA BERADA KETIKA ITU (samada di darat atau di udara). Ia bukannya berdasarkan berapa jam atau berapa lama puasa kita.

    sy nak bg cth :- KATALAH pun, kita bertolak dr M;sia selps imsak, dlm masa 3 jam perjalanan naik flight, kita sampai 1 negara yg mana dah tiba waktu maghrib,maka adalah wajib kita berbuka puasa m'ikut waktu sana, walaupun baru cuma 5 jam berpuasa.

  16. GRuNGe says:
    September 2, 2009 at 11:28 PM

    Terima kasih atas jawapan kalian semua.

    Tujuan pertanyaan soalan pertama adalah kerana saya disini dapat meluangkan masa untuk ke masjid dengan kenderaan sahabat pada waktu zuhur, manakala waktu asar, sudah agak sibuk untuk ke masjid/ surau (sesetengah tempat disini tiada kemudahan untuk beribadat). Jadi kesempatan tu digunakan untuk jamak zuhur dan asar. Tapi memandangkan akan berada 8 hari, maka soalan ini ditanya.

    Soalan kedua pula merujuk kepada jadual penerbangan pulang. Secara tiba-tiba terfikir akan soalan ini. Maka, mungkin saya akan menggunakan pandangan terhadap matahari (tak tau la boleh nampak ke tidak).

    Terima kasih atas penerangan kalian. Saya cuma ingin memastikan dan cetek dalam ilmu hukum hakam ini. Apa pun, saya tidak akan was-was kerana bila was-was, maka jatuh haram.

  17. Cik Skaf says:
    September 2, 2009 at 11:42 PM

    Grunge, saya fikir SEPATUTNYA kapten kapal atau asst. dia beritahu penumpang apabila telah masuk waktu maghrib (sekaligus waktu b'buka juga) jd tidaklah penumpang yg b'agama Islam ini tertanya n terjengah2 nak tengok matahari dah terbenam ke belum.. huhu :)

  18. balqissy says:
    September 3, 2009 at 1:28 AM

    oh, nmaknya persoalan dah terjawab. hehe~

    Tapi, Grunge, pasal soalan no. 1 tu, memang hukum dia tidak boleh melebihi 3 hari jika masih berada di tempat yang sama. betul cakap cik skaf ni,kalau berpindah2, masih lagi di kira musafir, asalkan tidak balik ke tempat sebelumnya berulang-ulang. (kalau tak silap). Jika kawasan di situ tiada kemudahan bersolat seperti surau, mungkin boleh bersolat di kawasan yang bersih. kerana muslim2 yang bukan di Malaysia pun selalunya bersolat di kawasan yang bersih, tidak semestinya surau atau rumah atau masjid. asalkan tmpat tu bersih dari najis. sekian. ^.^

  19. flygurl says:
    September 3, 2009 at 1:42 AM

    terima kasih kpd yg telah memberi jawapan..
    sy pun kurang arif tntg hal ini..
    dan terima kasih jugak kpd tuan blog yg mmberi soalan...

  20. TerubukMasin says:
    September 3, 2009 at 2:06 AM

    gua nk jwb soalan numb 2 bro..
    gua mengalaminye msa g sbh ari tu..
    anak kpl akan umumkn masa berbuka..
    ikut kawasan yg dilalui..
    gua rasa cm tk cye buka jam 7.09 minit..kira awal sket la tu..
    ntah mse tu lalu negeri ape..
    gua buke je la..kahkahkah..

  21. Anis Mohd says:
    September 3, 2009 at 2:08 AM

    x de la maut sgt soklan nye

  22. dark says:
    September 3, 2009 at 2:13 AM

    alhamdulillah..byk ilmu aku dpt kat sini..

  23. varsha says:
    September 3, 2009 at 2:22 AM

    Sudah banyak yang membantu jawab soalan. harap2 persoalan sudah terjawab.

    Rata-rata jawapan hampir sama, so boleh diterima pakai la.

    terima kasih juga pada GRuNGe kerana dah tanya soalan-soalan ni. saya juga boleh ambil iktibar dan aplikasi jika tiba masa perlu bermusafir nanti (kalau ada peluang :P)

  24. ░♥si lampu neon♥░ says:
    September 3, 2009 at 3:07 AM

    boleh bg komen ke walopon tak pandai agama?

    keh keh. takpe pendapat aku je la ek wlopon salah disisi undang2 ke pe ke..lantak la..

    erm lebeh 3 hari? takleh! 3 hari cukupla musafir..

    yang kedua..aku rase aku akan berbuka waktu sabah.. kol 6.30 ptg ler..lapor dah time tu..

  25. Anak Gemilang says:
    September 3, 2009 at 7:15 AM

    salam rmdhn...
    singgh mjguk..
    hehe..
    rmi dh yang jwb kt ats..
    ok2..

    ora x tau nk jwb ape..


    erm..
    sori lama x singgh...

    akan cuba singgh salu..
    salam rmdhn.. =)

    *erm.. btul gk. myb ora perlu pki lense.. hehehe

  26. sI tEDI says:
    September 3, 2009 at 10:32 AM

    aku tidak berapa rif. aku rasayg arif sudah menjawab

  27. IT'S Me N.a.N.a says:
    September 3, 2009 at 12:25 PM

    urmm..tak tahu dah mcm mana nak jawab. Coz, dah ramai sangat bagi jawapan. Ramai penolong awk kan?bagus..

  28. Ivy Metaga says:
    September 3, 2009 at 1:20 PM

    alamak sy tak tahu...

  29. puspawarna says:
    September 3, 2009 at 1:43 PM

    betoi2...
    kalo daa lbeyy 3 ari...
    bkn musafir nmenyerrr....

    slamat berbuke...

  30. azzaliena suziantie says:
    September 3, 2009 at 4:53 PM

    3 ari lu bukan musafir..tp musangfir..

    boleh jee..lu bukak jek ikut sabah...best pe..

    hehehe

    jgn terase..men2 jek

  31. enyheartsdiamond says:
    September 4, 2009 at 1:51 AM

    oppss.....

  32. badek_gonzalez says:
    September 4, 2009 at 2:48 AM

    soklan 1 tu,
    ikut mazhab bro. kalau kita, Malaysia, pakai shafie.
    so, dah tak kire musafir.

    soklan 2,
    waktu buka adalah pada waktu magrib. waktu magriba dalah bila amta tak nampak matahari. so, memandangkan die naik kapal terbang, die buleh nampak matahari. bile tak nampak, kire buka r tu. tapi, kalau cuca mendund dan menyukarkan penglihatan, bule r berbuka ikut masa di negara akan sampai kalu tak silap..

    kite tak bule buka ikut masa negara yang kite berlepas sebab kite bukan pergi angkasa lepas..

    lagi satu nak tegur, bile kite musafir tu, elok kute amik kemudahan dalam peraturan agama tu. mmg kite tak naik unta jalan lbh 2 marhalah. tapi, bile dalam kes ni, menimbulkan kecelaruan dan barangkali menimbulkan pertelingkahan, untuk apa kite berpuasa?tak datang dosa bila kita mempergunakan kemudahan dalam islam dalam jalan betul. namun, boleh datang dosa kering apabila kite tak mempergunakan kemudahan yang diberikan kerana akan timbul fatwa sendiri punya logik akal. yang dalam jangka masa panjangnya, mampu membawa kepada kesesatan kerana belajar tanpa guru.

    namun, jika ada fatwa yang sahih,
    harap kasi kongsi link. sebab sekarang nbi, byk fatwa men forward2 dalam internet.
    bukan berfikiran negatif, namun,
    hanya berwaspada kepada bentuk penipuan si kafir dalam memesongklan pemikiran dan informasi kita.

    harap dapat saya membantu.
    harap dapat saya dibantu jika silap.
    salam

  33. badek_gonzalez says:
    September 4, 2009 at 2:58 AM

    sambung sikit,
    nak jadi musafir, kene ingat.kite kene niat baik.(demi agama)..sebarang corak maksiat, mmg tak dikira musafir.sebab, musafir adalah bg mereka yang 'berjalan' kerana Allah.
    so, kamu pergi keseberang, adalah untuk tujuan baik.bukan berdosa. so, dikira musafir.

    kenapa ada kemudahan/rukhsah dalam agama?
    Allah megerti hambaNya lemah dalam fisikal, mental dan pemikiran. ilmuNya usahlah kite cabar atau pertikai.ada sebab munasabah mengapa hukumnya kata begitu. so, bila digalakkan si musafir untuk qasar solat n dalam berbuka puasa, maka, ikutlah. bukan nak mengambil kesempatan. hanya memudahkan pemikiran dengan jalan yang telah diberi.

    macam bila dah ditetapkan olehNya manusia perlu bernafas dengan oksigen, usah kita cabar nak bernafas guna karbon dioksida.(contoh mudah).

    so, bila musafir kamu pada tahp yang mudah dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan mahupun memudaratkan, puasa r..xde hal..

    namun, bila dah datangkan kekeliruan yang menggalakkan percanggahan pendapat, berbuka r.
    bukan nak cakap apa, Dia paham hambaNya.
    Dia maha adil
    Dia maha mengetahui.
    Dia maha memahami.
    Dia maha segalanya.

    semoga kita berjalan di jalanNya.

    apa yang aku cakap ni, aku cungkil dari ilmu sekolah agama n ceramah2 yang aku penah pergi. aku tak buat perkongsian logik akal sendiri. kalau salah cikgu aku tu, maka salahlah aku..

    harap nasihat menasihati..

    salam

  34. noor afzan says:
    September 4, 2009 at 8:11 AM

    bagi say..
    soklan first tu camnih..

    kalau hari pertama..
    anda musafir..
    hari kedua still musafir..
    bile masuk hari ketiga..
    anda dah tak dikira musafir..
    camtu la..

  35. lionteen says:
    September 4, 2009 at 8:38 AM

    yg 1st tu,da xdianggap musafir da after 3ari..

  36. citahrudin says:
    September 4, 2009 at 1:22 PM

    untungla lu brader...suma2 pun nak explain ...tahniah atas soklan lu...

  37. chipsmore says:
    September 4, 2009 at 8:32 PM

    lebih 3 hari..musafir rasanya..tah la..xpakar sgt bab ni..hehe ;)

  38. VIP| fLoRa ™ © says:
    September 5, 2009 at 3:02 AM

    Salam ramadhan incik grunge.. wah ada soalan maut.. sy cba jwb k..

  39. VIP| fLoRa ™ © says:
    September 5, 2009 at 3:03 AM

    Jawapan 1

    Dalam masalah ini, para fuqaha berselisih pendapat kepada tiga pendapat. Ringkasnya sebagaimana berikut;

    i) Mazhab Jumhur yang terdiri daripada kalangan Malikiyyah, Syafieyyah dan Hanabilah mengatakan tempoh bermukim itu apabila melebihi 4 hari berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a “Bahawa Rasulullah sampai ke kota Mekah pada waktu subuh hari keempat dalam bulan Zul Hijjah. Beliau menetap di situ pada hari ke empat, ke lima, keenam dan ke tujuh. Kemudian beliau menunaikan solat subuh pada hari ke lapan, lalu keluar menuju ke Mina. beliau mengqasarkan solatnya dalam tempoh hari-hari tersebut dan menjama’kannya dalam tempoh beliau bermukim (iaitu selepas empat hari).

    ii) Menurut golongan Hanafiyyah, tempoh dianggap bermukim ialah selama 15 hari. Dalam tempoh ini dibenarkan qasar solat. Mereka berpegang dengan beberapa nas hadis sebagai hujjah. Antaranya ialah hadis daripada Ibn Abbas ra yang diriwayatkan oleh Abu Daud “Rasulullah menetap di Mekah pada tahun Pembukaan Kota Mekah selama 15 hari dan dia mengqasarkan solat dalam tempoh itu”.

    iii) Mengikut golongan yang berpendapat bahawa seseorang musafir boleh mengqasarkan solatnya selama-lamanya tanpa tempoh had selama mana dia tidak berniat untuk bermukim. Golongan ini berpegang dengan nas-nas hadis berikut, iaitu;

    1) Daripada Ibn Abbas r.a “Rasulullah menetap di suatu tempat selama 19 hari dan mengqasarkan solatnya. Maka kami apabila berada dalam perjalanan selama 19 hari, kami juga mengqasarkan solat. Jika tempoh itu lebih, kami akan sempurnakan rakaat sebanyak empat rakaat”.

    2) Daripada Imran bin Hushain berkata ” Aku berperang bersama Rasulullah dan aku menyaksikan peristiwa pembukaan Kota Mekah. Beliau menetap di Mekah selama 18 malam dan melakukan solat secara dua-dua rakaat (qasar) dan bersabda “Wahai penduduk Kota Mekah! Sempurnakanlah sebanyak empat rakaat sesungguhnya kami masih berada dalam perjalanan”.

    3) Daripada Jabir bin Abdullah r.a ” Rasulullah menetap di Tabuk selama dua puluh hari dan beliau mengqasarkan solatnya”.

    Semua hadis-hadis ini menunjukkan bahawa seseorang musafir itu tidak tertakluk kepada tempoh tertentu. Malah Rasulullah sendiri pernah mengqasarkan solatnya dalam tempoh masa 19 hari, 18 hari dan juga 20 hari.

  40. VIP| fLoRa ™ © says:
    September 5, 2009 at 3:04 AM

    Jawapan 2

    Menurut fatwa Syeikh ‘Athiyah Saqar Rahimahullah (bekas pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar); Seorang yang bermusafir –sebagaimana juga orang lain yang tidak bermusafir- ia hendaklah berbuka apabila telah tiba malam (yakni telah jelas terbenam matahari). Ini kerana Allah berfirman (bermaksud); “Kemudian sempurnakanlah puasa hingga (tiba) malam (yakni terbenam matahari)” (al-Baqarah; 187).

    Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim diceritakan; Nabi s.a.w. bermusafir di bulan Ramadhan bersama sahabatnya. Apabila matahari terbenam, baginda meminta seorang lelaki menyediakan makanan untuknya. Bila telah disediakan, baginda minum sambil berkata –dengan tangannya menunjuk ke arah Timur dan Barat-; “Apabila matahari telah terbenam dari arah sana (arah Barat) dan datang malam dari arah sana (yakni Timur), maka orang berpuasa bolehlah berbuka” (HR al-Bukhari dan Muslim dari Umar r.a.).

    Jadi, berdasarkan ayat al-Quran dan hadis tersebut, seorang yang berpuasa tidak harus berbuka kecuali apabila telah tiba malam dan malam tiba dengan terbenam matahari. Selama orang yang berada di atas kapal terbang tidak melihat malam (yakni ia masih melihat siang) tidak harus ia berbuka. Apa yang akan berlaku ialah; jika ia bermusafir ke Timur, maka siangnya semakin pendek dan tempoh puasanya juga akan jadi singkat. Dan jika ia menuju ke arah Barat, siang dan puasanya akan jadi panjang. Arah mana pun yang ia tujui (sama ada Timur atau Barat), yang dijadikan perkiraan untuk berbuka ia dengan tibanya malam (terbenam matahari), bukan merujuk kepada waktu di tempat ia bertolak atau waktu di tempat tujuannya atau waktu semasa di Negara/kawasan yang dilalui oleh kapal terbangnya.

    Jika berpuasa menyukarkannya –khusus bagi yang menuju ke Barat- kerana masa berpuasa yang menjadi lebih panjang, harus ia meninggalkan puasa atas sifatnya sebagai seorang musafir dan kemudian mengqadhanya selepas Ramadhan.

  41. VIP| fLoRa ™ © says:
    September 5, 2009 at 3:08 AM

    incik grunge.. persoalan anda sudah sy cba jwb dgn bantuan beberapa web & hasil bacaan perihal agama td..

  42. VIP| fLoRa ™ © says:
    September 5, 2009 at 3:10 AM

    have fun in sabah.. tunaikan ibadah dibln ramadhan ini selagi termampu & tiada halangan.. do take care of ur self k.. *peace*

  43. I n n z says:
    September 6, 2009 at 12:49 AM

    aku kene jwb panjang2 gak ke ?

  44. I n n z says:
    September 6, 2009 at 12:50 AM

    aku dtg nk spam je
    as usual
    :D

  45. I n n z says:
    September 6, 2009 at 12:50 AM

    ouh2
    nk ckp gak laa
    ustazah kat uia
    lom aja ag tajuk neyh
    jd x taw pape
    slmt ke sbh bah :)

  46. I n n z says:
    September 6, 2009 at 12:52 AM

    eh lupe
    da separuh pose da
    mahu ckp
    "selamt berhari raya"
    (awlnye ;p)

  47. Att Ashburn says:
    September 6, 2009 at 8:38 AM

    thanks Grunge coz kamu buka soalan mcm ni..sy pun sblm ni confuse psl waktu berbuka tu..anyway, thanks to u..n sume yg dah menjawab..hehe

  48. blueCITY says:
    September 6, 2009 at 3:49 PM

    salam grunge...

    moga sihat2 selalu disanan..

    wahhhhh dah ramai yg menjawab soalan mu itu, etul betul,betul...

    bagi biru pun, mestilah u dikira musafir...

    =)

  49. VIP| fLoRa ™ © says:
    September 6, 2009 at 6:38 PM

    hahaha.. innz.. welkam back to spam.. kihkih.. :p

  50. lili11 says:
    September 6, 2009 at 9:53 PM

    hopefully terjawab sudah persoalan ini. Sebanarnya penting jugak keyakinan diri dlm apa yg kita amalkan. ingat, was2 itu permainan Syaitan.

  51. oranglidi says:
    September 6, 2009 at 11:38 PM

    bizi nye lu skang. hehe.

  52. miss lolly a.k.a luvfareda says:
    September 7, 2009 at 11:19 AM

    orang lidi mengamuk:)

  53. miss lolly a.k.a luvfareda says:
    September 7, 2009 at 11:19 AM

    orang lidi mengamuk:)

  54. miss lolly a.k.a luvfareda says:
    September 7, 2009 at 11:20 AM

    eyh top komentar tu tiap2 bulan lain ke?

  55. miss lolly a.k.a luvfareda says:
    September 7, 2009 at 11:20 AM

    jap2 pasal soal tu. lol nak p belek kamus jap