KeBaKaRaN

Aku duduk di atas meja pejabatku sambil memandang gambar-gambar di atas meja semasa aku menerima pingat. Aku tersenyum bangga. Bangga dengan pencapaianku sekarang. Berkat keberanianku, usaha gigihku dan disiplin, aku kini telah dinaikkan pangkat menjadi Station Master.

Aku memandang gambar ketika aku menerima Pingat Gagah Berani ku daripada Sultan Selangor. Pingat itu ku terima kerana keberanian ku menyelamatkan 4 beradik yang terperangkap dalam kebakaran akibat kebakaran kilang mercun berhampiran perkampungan setinggan di Rawang.

Neno neno neno neno. Keheningan malam Rabu itu di hidupkan dengan suara siren kereta bomba. Di kala ini, jalan menuju ke Kampung Baru Rawang agak suram membolehkan 4 buah kereta Bomba dari daerah Rawang memecut. Kira-kira pukul 8:15 tadi, kami mendapat berita mengenai kebakaran di sebuah kilang mercun haram di Rawang. Selaku balai Bomba paling hamper dengan tempat kejadian, kami telah di arahkan bersiap untuk mengawal keadaan. Rata-rata anggota kami ketika kejadian sedang menghadap televisiyen menonton Buletin jam 8:00.

15 minit telah berlalu, aku masih lagi memaut di bahagian belakang kereta Bomba. Angin malam sepoi-sepoi bahasa menyapa mukaku. Dari jauh kami sudah nampak kelibat api yang sedang marak. Ku kira, kami akan sampai dalam masa 5 minit lagi.

2 buah kereta Bomba telah di arahkan mengawal kebakaran yang berlaku di kilang mercun itu manakala lagi 2 buah di tugaskan untuk memadamkan kebakaran yang berlaku di perkampungan setinggan itu.

Aku dan pasukan ku ditugaskan untuk mengawal dan memadamkan kebakaran yang sudah merebak ke perkampunag berdekatan. Hos dipasang ke pili bomba berdekatan dan dikawal oleh 3 orang ahli, kami mula memancutkan air dari hos itu kearah api yang sedang marak. Api berjaya di kawal dari merebak lagi jauh dengan menggunakan hos. Itupun dengan 2 kereta Bomba dari balai yang terletak di Sungai Buluh.

“Majid”. Kapten memanggilku. Kapten menyuruhku untuk ke tengah-tengah kampong yang masih dijilat api sebagai peninjau dan sebagai penyelamat. Aku segera mengumpulkan lagi dua orang ahli pasukan ku untuk ke tempat kejadian. Aku, Raj dan Ong mula memakai topeng gas, membawa kapak dan berlari menuju ke tengah kampung.

“Tolong………. Tolongggggggggg”. Kedengaran suara seorangwanita menjerit meminta tolong. Aku, Raj dan Ong memandang sesama kami dan mulai tercari arah datangnya suara itu. 297 meter dari tempat kami berdiri, ternampak seorang wanita terduduk dengan tangannya menggapai ke arah api sambil menjerit meminta tolong. Kami berlari ke arah wanita itu.

Wanita pertengahan umur, ku kira dalam 33 tahun memandang kepada kami seraya berkata. “Encik, tolong selamatkan anak-anak saya. Mereka masih berada di dalam bilik semasa kejadian ini berlaku. Saya sempat keluar kerana ditolong oleh jiran kami. Tak sempat saya kejutkan mereka. Tolonglah encik, mereka sajalah keluarga yang saya ada”. Kata wanita tersebut sambil menangis meraung-raung. Aku memandang Raj dan Ong dan berkata, “korang tolong tengok-tengokkan akak ni, aku akan pergi cari anak-anak kakak ni.” Aku mulai berlari sambil memegang kapak menggunakan kedua belah tanganku kearah api yang semakin marak. Mujurlah pakaian seragam kami dibuat dari bahan yang tahan panas. Sisa-sisa kayu yang menghalang perjalanan ku habis ku patahkan menggunakan kapak. Aku berlari simpang siur tanpa arah tujuan. Sesal juga kerana tidak bertanyakan arah sebenar rumah kakak tadi.

Kraaaaakkkk. Alang bumbung rumah jatuh betul-betul 32.7cm depanku. Nasib aku sempat mengelak. Dari sayup-sayup bunyi api, aku terdengan suara tangisan kanak-kanak. Mungkin ni lah anak-anak kakak itu. Aku mengekori bunyi tangisan itu. Aku sampai di sebuah ruang yang menyerupai bilik tidur. Di suatu sudut, aku melihat empat beradik berpelukan sesame sendiri. Aku berlari mendapatkan mereka. Sebaik sahaja aku dapat mencapai mereka, gedegum. Sebatang tiang jatuh menghempap kakiku. Nasib aku berjaya menolak anak-anak itu jauh dari ku. Aku cuba mengalihkan tiang itu, tapi kudratku seorang tidak mampu menggerakkannya. Aku membuka seragamku dan memberikan kepada anak-anak tersebut agar dapat melindungi mereka dari api dan bahang dari api. Disebabkan aku tidak terlindung, seluar ku mulai terbakar. Sedikit demi sedikit aku mulai terbakar. Pernafasan ku semakin sukar. Topeg gas ntah di mana aku tinggalkan. Mata ku semakin tertutup sambil menahan kesakitan akibat dibakar oleh api.

Gedegung. Suatu bunyi yang kuat membuatkan diri ku yang sudah hampir nyawa-nyawa ikan kembali membuka mata. Aku dapat lihat sayup-sayup, 6 orang berpakaian oren sedang memegang hos cuba untuk mengawal api yang berada si sekitar kami. Dengan tenaga yang ada, aku mengangkat tangan dan menjerit, “Tolongggggggggggggggg”. Jeritan dan lambaian ku disedari oleh mereka. Sepasukan 3 orang anggota dengan hos mulai merapati aku. Melihat aku yang terbakar, mereka mula memancutkan air daripada hos itu kepadaku. Seluruh badanku basah disimbahi air rahmat, air yang bakal menyelamatkan nyawaku dan empat orang anak wanita itu.

“Ya Allah along. Kau ni hapa nak jadi. Dah umur 31 tahun pun masih kencing dekat tilam lagi”. Laungan nyaring mak ku membuatkan ku dari tidur yang lena. Aku kemudian terasa kebasahan yang melanda diriku, seluar katok ku, totoku dan keseluruhan tilamku. Alamak, betul la cakap mak aku, aku terkencing dalam seluar. Aku memandang emakku seraya tersengih. “Dah, cepat bangun, mandi. Pastu kau kemaskan bilik ko ni. Hancing benar, tak tahan mak. Pastu kau siap-siap, mak dah sediakan sarapan untuk kau. Kau kan ada interview hari ni selaku Pegawai Bomba.” Emakku memulakan hariku dengan syarahan panjang lebar. Aku pula, masih tersengih sambil berkata dalam hati. Punyalah nak sangat kerja Pegawai Bomba ni, sampai termimpi basah.

P/S: Toto yang basah tu sebenarnya kepunyaan Jard, aku pinjam untuk memeriahkan cerpen aku kali ni. :P

59 Response to "KeBaKaRaN"

  1. enyheartsdiamond says:
    August 5, 2009 at 8:09 PM

    haha..funny~

    eny pnh kencing dlm suar gak..

    b4 arwah tok wan meninggal..

    eny g toilet byk kali nk kencing..

    tp np masih kencing dlm suar?

    mungkin peristiwa aneh berlaku..???

    tnpa kita sedari..

  2. TerubukMasin says:
    August 5, 2009 at 8:15 PM

    hahaha...lu dpt pingt gagah berani bro??lu gk jadi bomba g siram toto tu?hahaha..

    lu ada bkt le buat cerita pendek ni bro...hahah

  3. Nadd says:
    August 5, 2009 at 8:27 PM

    grunge,
    publish buku la..
    best!
    ;)

  4. I n n z says:
    August 5, 2009 at 8:42 PM

    x boleh bla

  5. I n n z says:
    August 5, 2009 at 8:43 PM

    x senonoh
    haha !
    ;D

  6. I n n z says:
    August 5, 2009 at 8:43 PM

    aku nk cite kat awek ko
    xD

  7. Idalara says:
    August 5, 2009 at 8:44 PM

    wah..rupanya grunge pun pandai tulis cerpen..kak ida belum dapat mulakan lagi..insyaallah.

    p/s grunge tinggal di mana?sering ke nilai ke..

  8. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    August 5, 2009 at 8:44 PM

    wah best nyer mimpi basah. Itu tanda bakal berjaya dalam interbiu la tu haks.

  9. ber_uwang says:
    August 5, 2009 at 8:45 PM

    jard ko mungkir janji..kata toto nak bagi aku, last last grunge yang ambik..tak nak geng la

  10. dark says:
    August 5, 2009 at 8:46 PM

    mimpi basah?!
    wat?! wet?!
    hahahahahahahahahahaahahahaha!!!!

  11. I n n z says:
    August 5, 2009 at 8:49 PM

    opsz.. termerepek sudaaa..
    haha !
    bese la name pown spam
    :D
    merepek je r
    haha !

  12. mamai says:
    August 5, 2009 at 9:15 PM

    dahsyat kau yer begitu semangat nak jadi ahli bomba sampai termimpi dan terkencing lagi

  13. NuR says:
    August 5, 2009 at 9:34 PM

    loh.. igtkan bebetul tadi
    baca keseluruhan baru tau..
    haha!
    bersemangat waja tul nak jadi bomba ye incik grunge??

  14. Encik Azizan says:
    August 5, 2009 at 10:13 PM

    sangat menarik..olahan crta mantap.tahniah dan semoga berjaya intebiu.

  15. ░♥si lampu neon♥░ says:
    August 5, 2009 at 10:41 PM

    mati2 ingat cite ko tu betul. hahahaha cita2 ko tu murni beb. hahah

  16. CikYana(",) says:
    August 5, 2009 at 10:48 PM

    ape la abang nie

    ingatkn cite betul td

    wakakaka..lawak tul la

  17. sayeJAJA says:
    August 5, 2009 at 10:56 PM

    wakakakkaa
    penat bace penoh pasaan
    neno neno bumbe ea?
    huhu

  18. lili11 says:
    August 5, 2009 at 11:03 PM

    Hi hiii ... haku kasi A.

  19. lili11 says:
    August 5, 2009 at 11:09 PM

    Woii ... dah basuh ker toto tu? Bau laa ...

  20. SasHa Lee says:
    August 5, 2009 at 11:41 PM

    hehehe..tersenyum sengeh aku baca cerpen ko nie..hehe..ko kencing dalam suar ke bro..hihihik..;P

  21. fitriah says:
    August 5, 2009 at 11:49 PM

    haha kelaka!

  22. miSs siv says:
    August 5, 2009 at 11:58 PM

    u r unpredictable la br0!
    =D

  23. GRuNGe says:
    August 6, 2009 at 12:37 AM

    Ishhhh, ni bukan cerita sebenar yea. Cuma cerita fantasi rekaan aku semata-mata. Kecik-kecik adalah aku kencing dalam seluar, orang jawa kata ngompol.

    Alhamdulillah, ramai yang menyokong usaha murni aku untuk menulis cerpen. Aku bercita-cita untuk membuat cerita ala-ala lord of the ring tak pun harry porter ataupun twilight (just google it).

    Insya-Allah, kalau ada masa terluang dekat office, aku akan cuba pula mereka cerita sains fiksyen.

  24. AiE bAhRi says:
    August 6, 2009 at 12:41 AM

    Tinggi betul imaginasi kamu bro..

    Tapi ending kencing malam tu yg buat gelak guling2

  25. sha89 says:
    August 6, 2009 at 3:00 AM

    hahahah..perghh bro grunge...mula2 baca brsemangat..last2 mimpi je ek? haishh...siap kencing lg haha!!

    xpe2 yg pnting mimpi yg murni tu...tolong selamatkn org~hik2~

    sorry sbb lame xsinggah sini...bz skit bro...hehe..truskn menulis entry2 yg best...mmg ade bakat jdi penulis la..:)

  26. Anak Gemilang says:
    August 6, 2009 at 7:07 AM

    adui2..punya la smgt sy nk tya..
    grunge ni.. dah jd bomba ke.. haha.. =)
    ish2..
    best la cerpen ni..
    ish32..
    klu kt cni ada bomba berani mati cmni..
    mmg best la..
    haha..
    eeiks..
    sy pulak yang duk feeling bca cerpen ni.. cm kt tmpt kjadian lak.. waka3..
    best2...
    hihi...
    =) thniah.. kerana berjya mbuakn sy trtrik nk bca endingnya.. gaga

  27. momentinlife says:
    August 6, 2009 at 8:27 AM

    aiseh!
    aku bru je tgk twilight smlm.. tuk ke-4 kali..huhu

    Eh! btw, toto jard kalis air la... mana bleh basah~ hahah

  28. Jard The Great says:
    August 6, 2009 at 8:30 AM

    waduh! waduh!! Ber_uwang dgn grunge berebut toto aku.. ahahaha.. lawak2!

    grunge lepas ko pakai toto aku.. ko pass kat ber_uwang lak.. nnt die tak nk geng dgn aku.. aku yg susah... wakaka..

  29. Masy says:
    August 6, 2009 at 9:19 AM

    ahahaahahhaa ingatkan takat berangan je, siap ade scene terkencing atas tilam yg tak tahan tuh hahahaha

  30. lili11 says:
    August 6, 2009 at 9:49 AM

    Eh semenjak 2 menjak ni, ko very d positip ler. Bagus tuuu ...

  31. Ivy Metaga says:
    August 6, 2009 at 10:08 AM

    dulu masa kecik, tiap2 pagi kena marah mumy sebab asyik kencing seluar jak, selalu mimpi masuk tandas hahahahaa

  32. DaliaLiyana says:
    August 6, 2009 at 10:39 AM

    cehhhh...pengotor je kencing atas tilam...nasib mimpi je..kalau betul2 sure bau cam nak pengsan...ahhahaha....

  33. DaliaLiyana says:
    August 6, 2009 at 10:39 AM

    cehhhh...pengotor je kencing atas tilam...nasib mimpi je..kalau betul2 sure bau cam nak pengsan...ahhahaha....

  34. DilOt says:
    August 6, 2009 at 12:59 PM

    haha...hebat berangan ko tu..smpi jadi pelakon dalm mimpi...dengan aksi terkencing skali..haha..sabau jela..

  35. miMiE aZim@Sk ^V^ says:
    August 6, 2009 at 4:13 PM

    wwakakaakakakkwakwkakakakakaak

    adoiii
    sakit perut aku wei kawan tadika...

    adehh adeeeehhh.......


    emmm mimpi basah????

    hhiikk :">

  36. patungcendana says:
    August 6, 2009 at 6:29 PM

    ahahahaha...menarik...

    aku suka baca stephen king...:-)

  37. patungcendana says:
    August 6, 2009 at 9:00 PM

    lupa...kau ada dapat email aku kan?

  38. anak laut says:
    August 6, 2009 at 9:40 PM

    salam..bro,

    bro sangat berbakat..:))nilah cerpen yang bro kata nak siapkan ari tu..:)

    ceritnya sangat menarik saya terhibur membacanya..:))

    tq singgah anaklaut

  39. Anis Mohd says:
    August 6, 2009 at 10:31 PM

    tinggi cita2 nak dpt pingat tuh.
    tp, bkn ssh pon nak dpt kan.
    hehe

  40. VIP| fLoRa ™ © says:
    August 6, 2009 at 11:57 PM

    cte2 nk jd ahli bomba yer.. gud2.. somebody call 994.. its fire burning.. lalala~ (btul ke??)

  41. VIP| fLoRa ™ © says:
    August 6, 2009 at 11:58 PM

    erk.. dh beso2 kencing dlm suar lg.. ish ish.. huhu.. :p

  42. VIP| fLoRa ™ © says:
    August 6, 2009 at 11:59 PM

    papepn cerpen yg mnarik.. keep on gud writing.. :D

  43. Faizal Nizam says:
    August 7, 2009 at 2:15 AM

    hahahahaha.. encik grunge.. saya hanya mampu ketawa..

    mimpi basah la plak.. wahahahaha

  44. lili11 says:
    August 7, 2009 at 9:57 AM

    Haihhh!! Banyak2 larrr komen kat sini. Jeles lah lak!!

  45. lili11 says:
    August 7, 2009 at 12:26 PM

    Uihh ... bila ler ko nak update ni? Sebenarnya haku nak TQ sebab ko wish haku ari tu. TQ.

  46. imHepPie says:
    August 7, 2009 at 12:34 PM

    adeiii..apeda dah syok2 layan ending lak hak3...yg xley blah lagik siap boley ukur tepat tuh jarak 297 meter ngan kayu jtuh 32.7cm cayalah...haha

  47. GRuNGe says:
    August 7, 2009 at 8:45 PM

    Imheppie. Tahniah, anda orang pertama yan komen mengenai ukuran yang siap ada titik perpuluhan. Wakakakaka. Memang sengaja buat begitu, tapi orang masih lagi konsentret pasal kencing dekat toto tu. Wakakakakaka. Tahniah sekali lagi kerana prihatin.

  48. puspawarna says:
    August 8, 2009 at 6:50 PM

    hua2....
    mmg bgos laaa....
    syok jerr bce...hik2..

  49. flygurl says:
    August 8, 2009 at 11:29 PM

    ingatkan citer betul td..huhuhuhu...

  50. oranglidi says:
    August 8, 2009 at 11:58 PM

    wa ke 50!! haha!

    maap wei lame x komen. cuti.


    weh, wa tak puas ati a mcm ni.. 31 taun membasahi katil jugak ke? cis.

  51. k.A says:
    August 9, 2009 at 4:09 PM

    haha
    gile lawak
    penah mimpi kencing tp sempat terjaga dan cepat2 pegi kencing kat toilet.haha

  52. DaliaLiyana says:
    August 9, 2009 at 8:46 PM

    nak tunggu sampai komen 100 org baru tkr entry ek?? hehhehe....

  53. DaliaLiyana says:
    August 9, 2009 at 8:47 PM

    nak tunggu sampai komen 100 org baru tkr entry ek?? hehhehe....

  54. rathiqah azmira rosli says:
    August 9, 2009 at 10:28 PM

    hehe..dlu pun sye ade penyakit nih.sampaikan bile duk dlm bilek air,cubit2 badan dulu.bila rasa sakit badN, bawulah membuang..hehe

  55. idap says:
    August 10, 2009 at 1:09 AM

    menarik.. hehehe...
    encik bomba.. kalau berlaku kebakaran, satu bende je yang terselamat.. hanya toto anda saja tak dijilat api...

  56. badek_gonzalez says:
    August 10, 2009 at 8:56 AM

    aku baca dari awal...

    hahahahahhaa..
    giler ah ding dong!

  57. noor afzan says:
    August 11, 2009 at 9:15 PM

    dapat ke keje pegawai bomba tu bro?
    x sabar nak tgk mimpi bro jadi kenyataan~

  58. d|n says:
    August 16, 2009 at 8:28 PM

    boleh wat novel ni..hehe

  59. 日月神教-任我行 says:
    May 9, 2010 at 11:55 PM

    AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
    情色論壇