BLoG KeGeMaRaNKu PaRT 1 - http://srisufi.blogspot.com

Hari ni, aku nak menulis mengenai salah sebuah blog yang aku akan kunjungi sekiranya ada update dan entry baru (setakat ni, aku rasa, aku mengikuti kesemua update dari blog-blog yang aku ikuti perkembangannya). Aku tak tahu kenapa aku terpanggil untuk membuat komentar mengenai blognya di laman blog aku. Mungkin kerana aku amat tertarik dengan gaya penulisannya? Tertarik dengan gaya bahasanya dan susunan ayatnya? Ataupun tertarik dengan gambar yang dipaparkannya (maaf sekiranya kenyataan ini sedikit menggangu tuan punya blog)?

Aku pernah
menceritakan kepada seorang kawan aku dan memberitahu betapa kagumnya aku dengan penulisan penulisnya. Pada aku, lenggok bahasa, susunan ayat dan pemilihan kata menyebabkan aku rasa membaca karay seorang sasterawan. Tapi, yang paling aku kagumi adalah maksud yang tersurat dan tersirat di dalam setiap ayat-ayat nya itu. Saat aku mula membaca blognya, aku sudah jatuh hati. Pabila membaca nukilannya pada hari aku memasuki blognya, aku terasa sedih, kerana terasa akan kehilangan sebuah karya penulisan yang agung (pada diri aku). Tetapi, alhamdulillah, penulisnya masih berkarya.

Sesungguhnya, aku senantiasa menanti
hasil karaya penulis itu. Aku menjadi ketagih untuk membaca blognya. Kepada Srisufi, sesungguhnya aku ternanti-nantikan hasil penulisanmu. Karyamu, mengingatkan aku pada kisah para sufi yang pernah aku baca di kala aku di sekolah rendah. Aku pingin untuk menghasilkan karya sebagus hasil penulisan mu. Sesungguhnya, aku mengagumi bakat kamu.

"Maafkan aku sekiranya
penulisan mengenai blogmu ini sedikit menggangu. Sesungguhnya aku ikhlas dalam mengagumi bakat yang dikurniakannya kepadamu."

7 Response to "BLoG KeGeMaRaNKu PaRT 1 - http://srisufi.blogspot.com"

  1. ~Imm~ says:
    May 20, 2009 at 8:40 PM

    hahaha. i can relate to this.

    u have ur sri, and i have my artozy. i truly am in love with his blog. i linked him over at my blog, under Sang Pujangga Jiwa. See? If i'm still single, i'd go all out to get this guy.

    His words are seductive. My fav sampai bila2!

  2. GRuNGe says:
    May 20, 2009 at 9:08 PM

    Okies, perhaps I will view his blog. Thanks for your info Imm.

  3. Cik Skaf says:
    May 25, 2009 at 6:18 PM

    Stkat ni blum pnah lg tertarik hati dgn lelaki disebbkan indah bahasa cintanya.. Ttp mudah terpikat hati disebbkan kematangan bahasa ilmu yg diucapkannya.. yg mana pada keBIASAannya ia menggambarkan kecerdikan akal si pengucap kata..

  4. SRISUFI says:
    May 30, 2009 at 2:28 AM

    Salam saudara,

    Maafkan sri kerana tidak menyedari kewujudan entry khas ini. Ya Tuhan, saya rasa sangat dihargai walau saa
    ya bukanlah seorang yang terkenal dan mahu dikenali. Saya hanya menulis dengan minda miskin yang sentiasa mencari dan terus mencari ilmu yang boleh dipanjangkan kepada generasi akan datang.

    Terima kasih saudara.

    ***kredit buat kawan saya Azlan yang memberitahu saya tentang entry ini dan mencadangkan saya mem'publish'kannya dalam diari saya.

  5. GRuNGe says:
    May 30, 2009 at 2:44 AM

    Sri: Ingatkan sri dah baca entry khas ni. Entry khas ni saya tulis kerana tertarik dengan blog sri. Kebanyakan blog hampir sama. Kebanyakan blog menarik. Tapi hanya sebilangan blog yang punya identiti. Ikhlas, blog sri ada identiti tersendiri. Saya pun sedang mencari identiti untuk blog saya.

    Thanks to Azlan too.

  6. joegrimjow says:
    May 30, 2009 at 3:49 AM

    bangga untuk sri
    hihik

  7. GRuNGe says:
    May 30, 2009 at 5:49 PM

    Joegrimjoe: Tulisan kamu pun agak menarik. Cara penulisan dari UK. Salam perkenalan.