aKu SeoRaNG CaSHieR PaSaRaYa

Masuk minggu ni, dah dua weekend aku kena jadi cashier di sebuah pasaraya besar di Kota Damansara. Sebenarnya, aku bukannya nak berkira pasal hal kerja. Cuma aku rasa tak berbaloi. Aku masih mempunya baki minggu hadapan untuk menjadi cashier.

Aku rasa, korang mesti pernah berhadapan dengan cashier (pasaraya, kedai makanan segera mahupun kedai mamak). Aku tau, ramai antara korang selalu merungut, cashier slow, barangan dengan harga tak sama, baki tak mencukupi dan berbagai-bagai lagi sebab yang buat korang rasa bengang. tapi, korang pernah tak pk, bagai mana sebenarnya keadaan mereka bila bekerja?

Kerja sebagai cashier ni sebenarnya tak menjanjikan pulangan lumayan dan tidak lah
semudah yang korang sangkakan. Aku berani bet tak ramai orang yang dapatbertahan kerja jadi cashier sampai satu tahun. Selalu aku mendapat rungutan dari Manager Pasaraya turnover cashier merupakan satu masalah bagi mereka. Mungkin korang akan cakap, apa susah kerja jadi cashier? Kerja scan barang jer dan kasi duit baki dekat customer. Kerja tak payah gerak-gerak. Sebenarnya, ianya tidak semudah yang dilihat. Korang tau tak, kalau korang nak kasi kuat kaki korang, korang carila kerja sebagai cashier. Dari pagi sampai ke petang berdiri. Rest pun one hour jer. Aku ni, still sakit lagi kaki sebab berdiri jadi cashier tadi.

Gaji cashier tak la besar mana pun. Tapi setiap short, kena bayar, extra, tak pernah dapat, bahkan, kalau nasib ak baik, dengan extra tu kena tolak dari elaun. Weekend dengan public holiday, jangan harap la nak dapat cuti. Nak mintak cuti pun susah time-time macam tu. Sebab tu, korang tengok, cashier yang kerja public holiday dengan hari Ahad, muka selalu tatak senyum. ialah, dia orang tekanan juga.

Tekanan paling besar sebagai
seorang cashier, ialah menghadapi kerenah pelanggan. Pelanggan ni selalu nak salah dan marahkan cashier. Harga tak sama, salah cashier. Que panjang, salah cashier. Baki tak cukup, salah cashier (tapi memang salah cashier pun). Kalau boleh, semua benda tak puas hati dengan kedai, semua nak hamburkan dekat cashier. Kalau ikut logik, marahlah dekat Manager. Ni tak. Kesian siut, dah la gaji kecik, tapi kena maki jer.

Tu belum kira
mereka-mereka yang berlagak, main campak-campak duit dekat cashier. Part ni, memang aku kurang gemar sikit la. Ingat cashier ni mintak ke duit dekat customer. Dia orang pun kerja la. Jadi, cuba la kasi duit tu elok-elok sikit. Bukan macam peminta sedekah. Korang ingat, kalau korang tak beli, dia orang tak dapat gaji ke? Huhuhu. Macam-macam ragam.

Selalu orang
memandang rendah pada cashier ni. Ada sekali tu, ada makcik tu remark dekat anak dia "kau kalau tak belajar, ko kerja la macam dia orang ni." pastu, bayar dekat counter aku plak masa tu. Nak jer aku jerit, "makcik, anak makcik tu belum tentu lagi dapat degree. Saya yang dapat degree ni pun, rilex jer jadi cashier." Tu Melayu tu. Aku diam, ketap mulut dan dengan sengaja menunjukkan ID aku sebagai audit dalaman. Biar dia sedo sikit. Pada aku lar, kerja apa pun kita buat, adalah bagus selagi ianya halal.

Aku harap
, apa yang aku tulis ni, korang baca dan korang cuba lah belajar-belajar untuk menghargai mereka yang berkerjaya sebagai cashier. Kalau korang baik, korang berborak ler dengan dia orang sementara dia tgh wat kerja tu. Tak pun tlg la masukkan barang dalam plastik. Kalau korang tak nak wat tak pe, cuma aku harap, korang tak maki hamun or marah-marah cashier ni. Hormatilah dia orang. Diaorang ni pun manusia gak. Mencari rezeki halal untuk menampung kehidupan mereka seharian. Mereka adalah 1,000 kali lebih baik dari perompak dan peragut.

Bayangkan,
kalau suatu hari nanti, anak, adik atau ada antara saudara-mara kalian kerja sebagai cashier dan menerima layanan yang buruk dari pelanggang. Apa korang akan rasa?

8 Response to "aKu SeoRaNG CaSHieR PaSaRaYa"

  1. Dania says:
    May 17, 2009 at 10:45 PM

    yeayyy...kamoo jadi cashier..sowii x dpt datang tadi..sah2 i tatau cemana nak masuk sana..tehehehehehe

  2. ~Imm~ says:
    May 18, 2009 at 7:58 AM

    i think, kerja apa2 pun, kena ikhlas. kdg2 sakit hati bila kita beli barang, beratur nak membayar, sampai kat cashier dia buat muka puaka. helo? taulah penat, tapi dah itu kerja kamu, kenalah terima. pamer muka puaka tu, dengan berlagak2 bila ditanya, kamu igt org lain takde masalah ke masa kerja? kalau mau rehat2, pegi la kerja dalam pejabat. sapa suruh jd cashier?

    benda ni mana2 pun sama. keje fastfood, keje 7-e pun kena diri berjam2 jugak. tapi takde lak diorg wat muke blagak mcm cashier hypermarket or kedai biasa. i rasa, maybe sbb big chains ni bg training kat frontliners diorang. small or local chains, xde courtesy training kot? u tell me, ur employer ada ke hantar budak2 cashiers training cemana nak sentiasa ikhlas dan manis muka masa kerja?

  3. ~Imm~ says:
    May 18, 2009 at 7:58 AM

    eh lupa. dulu masa i keje 'sana', bukan u ke jd customer yg menyakitkan hati? ahahahaha.

  4. JASA says:
    May 18, 2009 at 3:28 PM

    asalkan halal.....saya pun dah macam2 kerja saya buat....

  5. GRuNGe says:
    May 19, 2009 at 6:55 PM

    Wahahaha Imm, I am an irritating person. Maybe you deserve it kut that time? :p

  6. Cik Skaf says:
    May 19, 2009 at 9:54 PM

    ..pun selalu jadi cashier..

  7. ~Imm~ says:
    May 20, 2009 at 8:06 AM

    i deserved it? helo? at least i reti gak mintak maap tiap kali nk balik for all the salah silap of the day. haha u xde pun mintak maap~

  8. badek_gonzalez says:
    June 15, 2009 at 7:59 PM

    melayu dengan sifat tipikal mereka..
    selalu menganggap yang di bawah itu bodoh dan di atas mereka itu pandai...

    dunia ni bulat..
    nak cakap mana depan and belakang pon susah..
    lagikan nak tentukan status seseorang...

    haih