KaRYa SaMPaH???

Aku merasakan aku perlu menyajikan sesuatu untuk membina minda para pengunjung blog aku. Sejak akhir-akhir ini, aku mula merasakan nukilanku penuh dengan hasil-hasil yang kalau di baca oleh minda-minda berjiwa sastera akan dikategorikan sebagai hasil karya tong sampah atau karya picisan. Tapi, percayalah, aku sudah memberikan yang terbaik dari diriku.

"Aku bukan seorang penyair, penyajak atau pun sasterawan".

Seorang sahabatku pernah memberikan ulasan bahawa karya milikku terlalu mirip kepada seorang yang bukan berjiwa sastera. Atau dengan kata selengkapnya, karya milik orang nombor. Aku akui, setelah meninggalkan bangku persekolahan, aku terlalu banyak bergaul dengan nombor dari dengan perkataan. Jadi, maaflah sekiranya coretan-coretanku, tidak mampu menjadi sebuah karya agung.

Adakah kita boleh dilabel? Adakah label yang diberikan boleh bertukar? Aku pun kurang arif mengenai perkara-perkara ini. Tapi, aku pernah mengikuti sebuah kursus kepimpinan, dimana, penceramah itu ada menyatakan bahawa manusia ini boleh berubah-ubah.

"Manusia berubah mengikut keadaan sekeliling".

Aku pasti ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat aku ini. Tapi, cuba kita renungkan kehidupan kita dahulu dan kehidupan sekarang (perlu diingat, faktor kematangan tidak boleh di ambil kira dalam situasi ini). Tapi percayalah, bahawa ada sedikit kebenaran didalam kenyataan tersebut.

Betapa kerdilnya aku jika dibandingkan dengan mereka yang menghabiskan masa lapangnya dengan membaca. Aku akui, dua tahun terakhir ini, aku amat kurang membaca. Tapi, aku masih dahagakan ilmu. Sebab itu, aku rajin membuka rancangan dokumentari apabila menonton astro. Banyak yang aku pelajari di sini. Betullah kata guru ku dahlu, ilmu akan lebih kekal sekiranya ianya dalam bentuk visual daripada bentuk bacaan. Tetapi, membaca itu masih menjadi jambatan ilmu.

Rasanya, cukuplah nukilan ku untuk hari ini. Insya-Allah, akan ku cuba lebihkan penulisan yang menjadi santapan minda dan penulisan yang berkauliti, dari segi ayat, tatabahasa dan juga cara karyanya. Aku mahu transformasi diri ku, dari seorang nombor kepada seorang berjiwa sastera.

8 Response to "KaRYa SaMPaH???"

  1. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    May 22, 2009 at 10:22 AM

    kalau nak puaskan hati semua orang memang susah
    kalau pada saya, saya tulis apa yang saya rasa dan selesa
    don't push urself too hard
    bila dah lama berblogging mungkin satu hari nanti karya awak lebih kepada sastera:D

  2. milimilo says:
    May 22, 2009 at 12:08 PM

    pernah jugak rasa mcm menghasilkan karya sampah utk pembace blog..tp ape bole buat..ketandusan idea..hoho ;)

  3. oranglidi says:
    May 22, 2009 at 11:24 PM

    wo.. dalam grunge ade jiwa seni? hebat2..

  4. GRuNGe says:
    May 22, 2009 at 11:33 PM

    notso_violet: Thanks for your support.

    milimilo: Boleh tak berkongsi idea bagai mana anda terfikir untuk menghasilkan sebuah blog yang sebegitu comel. Saya tertarik untuk mengikuti blog anda kerana kecomelan blog anda dan hasil penulisan anda.

  5. GRuNGe says:
    May 22, 2009 at 11:36 PM

    oranglidi: Grunge hanya pada genre music kegemaran. Jiwa seni tak ada, cuma minat dunia penulisan, cuba untuk berjinak-jinak.

  6. ░♥si lampu neon♥░ says:
    June 8, 2009 at 12:38 AM

    tak salah kalau ko jadi org yang berjiwa seni, dan berjiwa nombo..kan best camtu

  7. GRuNGe says:
    June 8, 2009 at 1:36 AM

    Lampu neon: Pergh, penat mencari komen kamu. Akhirnya, setelah 1 jam, jumpa juga.

  8. badek_gonzalez says:
    June 15, 2009 at 8:13 PM

    seni dan nombr..memasing ada istimewa memasing..bila ada, hanya perlu asah bakat dan hargai..baru berbaloi bakat diberiNya itu..

    manusia mmg berubah..
    bahkan cinta boleh dipupuk..
    lagikan pula perangai..
    hanya mereka yang ego akan berkata"aku tetap aku"