ReaLiTi KeHiDuPaN (iNi BuKaN ReaLiTi TV)

Makin hari, makin banyak hiburan berbentuk realiti sekarang ni kan. Kalau ikut konsep asas ekonomi, "When there is Demand, there will be Supplies". Dari segi positifnya (ada positif ke benda-benda sebegini?) kita dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk menjadi pelapis bagi artis, pereka fashion dan berbagai-bagai lagi. Tapi adakah ianya berbaloi?

Kes 1: Seorang remaja perempuan tingkatan lima menyanyi di dalam biliknya. ayah dan ibu remaja ini puas menegurnya. Disuruhnya remaja itu mengulang kaji pelajaran kerana SPM hampir tiba. Ibunya memberitahu bahawa keputusan SPM penting kerana ianya merupakan tiket untuk masa depan. Lantas dengan bersahaja, remaja perempuan itu berkata, "Tak apa mak, nanti kalau along tak lulus SPM, along masuk lah rancangan realiti TV yang banyak sekarang. Sekarang ni tak ada SPM pun boleh kaya mak. Jadi je artis. Ada suara, ada rupa, ramai orang suka mak."

Kes 2: Seorang bapa dengan diat menghantar anaknya yang berumur 9 tahun ke kelas tarian dan nyanyian. Si bapa sanggup berhabis duit untuk pakaian anaknya itu. Kawan si bapa pernah bertanya, kenapa dididik anak dengan sebegitu, lebih mementingkan nyanyian dan fashion dari pelajaran. Si bapa menjawab," Aku nak didik anak aku jadi artis. mana tau, esok bila dia dah glamor, leh kahwin dengan VIP. Aku jugak yang senang esok."

Mungkin ramai yang tak percaya dua senario di atas benar-benar terjadi di Malaysia. Kenapa yea jadi begini? Adakah kerana ianya trend atau sesuatu yang di sogokkan oleh media hiburan? Kalau di Brazil, remaja-remajanya bermain bolasepak demi untuk mengeluarkan diri mereka dan keluarga mereka dari belengu kemiskinan, di Malaysia, kita boleh lihat anak-anak muda kita, menyanyi untuk mengejar harapan mereka. Masih adakah harapan?

10 Response to "ReaLiTi KeHiDuPaN (iNi BuKaN ReaLiTi TV)"

  1. Cik Skaf says:
    May 31, 2009 at 2:00 PM

    Apabila matlamat hidup dah lari dari yang sepatutnya maka ada banyak perkara2 lain dalam aspek kehidupan yang lari dari landasan yang sewajarnya.
    - Bila matlamat belajar hanya untuk dapat A atau lulus SPM maka pelajar2 hanya memikirkan cara utk dapatkan itu dgn cara yg mudah, maka krn itulah wujudnya toyol, meniru kawan dan soalan bocor sewaktu exam.
    - Bila matlamat lulus SPM adalah utk mdapat kerja yang baik seterusnya gaji yg banyak semata2 maka budak2 muda memikirkan bagaimana cara lain utk mendapat duit banyak tanpa perlu cemerlang SPM. MATLAMAT HIDUP mereka hanyalah utk dapat gaji/duit yg banyak

    Bg saya didikan awal dr ibu bapa kepada anak-anak itu yg terpenting. Ibu bapa perlu memberi pemahaman selengkap dan sebetul2nya - "Mengapa kamu perlu ada ilmu, mengapa kita semua WAJIB menimba ilmu, untuk apa, untuk siapa dan apa kelebihan orang berilmu? apa fungsi ilmu dalam kehidupan manusia di dunia dan di akhirat kelak? dan mengapa perlu adanya peperiksaan?" jika SEMUA anak2 boleh difahamkan dgn secukup2nya, sy percaya kecelaruan fikiran anak2 muda seperti kes2 di atas dapat dikurangkan.

  2. GRuNGe says:
    May 31, 2009 at 3:06 PM

    Cik Skaf: Bagaimana pula dengan didikan dari golongan pendidik yea? Rasanya, ni juga tak kurang pentingnya.

  3. Cik Skaf says:
    May 31, 2009 at 3:49 PM

    En Grunge.. saya memaksudkan golongan pendidik juga. Pendidik juga merupakan ibu bapa.Ibu bapa juga termasuk penjaga, nenek datuk, bapak saudara mak saudara, jiran2 tetangga, termasuklah kita ini yang lebih dewasa yg menjadi abg kakak kepada bdk2 remaja. huhuhu.. Kita perlu menekankan bahawa kepentingan material bukanlah segala2nya dalam hidup. dan kita perlu menunjukkan cntoh di mana pembudayaan hiburan dlm kehidupan sehari2an adalah pada paras yg paling minimum.

  4. GRuNGe says:
    May 31, 2009 at 4:40 PM

    Cik Skaf: Bagaimana nak meminimakan hiburan bila ianya terletak di tempat paling atas di media Malaysia?

  5. Cik Skaf says:
    May 31, 2009 at 8:18 PM

    sebab itu perlu ada usaha dan rasa tanggungjawab dari semua pihak. Tetapi kalau tak mampu juga mengubah org lain untuk sama2 betanggungjawab mendidik generasi muda lebih mencintai ilmu. Maka Ibu bapa/pendidik/penjaga itu sendiri perlu bersungguh2 memantau dan membimbing apa jua bentuk hiburan yang ditawarkan. Kita bukan menyekat tetapi membataskan. cth termudah - ttg AF,kalau dah yg dewasa, mak bapak yg giler2 mengikut segala diary, setiap konsert, ceting AF dikapet dr pagi smpai ke malam, jd bagaimana mgkin nak memastikan anak2 tidak terpengaruh dengan dunia glamer hiburan, maka niat utk meminimakan pembudayaan hiburan dalam keluarga sendiri tidak akan berjaya. Lupakanlah sahaja.

  6. GRuNGe says:
    May 31, 2009 at 9:24 PM

    Cik Skaf: No komen dah part ni. Tak boleh memikir dah.

  7. Cik Skaf says:
    June 4, 2009 at 7:22 PM

    mueh2.. tiba2 terasa diri cam poyo r en grunge. cam karangan spm jew.pasni takmo tulis pepanjang lg.. hoho.

    "sesiapa yg menunjukkan kpd kebaikan, ia mendapat ganjaran akan amalannya itu dan ganjaranyg seumpama org yg mengikutinya.."

  8. BadekGonzalez says:
    June 18, 2009 at 9:20 PM

    xpe..perna jd dpn mata...
    biarkn merea mmilih utk buta..
    memudahkn utk aku berjaya...
    hahaha

  9. anak laut says:
    June 21, 2009 at 11:36 AM

    dunia dah berubah bro..biasalah..

  10. anak laut says:
    June 21, 2009 at 11:36 AM

    dunia dah berubah bro..biasalah..