HuJaN

Entry ini tiada kena mengena dengan lagu dari kumpulan "Hujan" mahupun lagu "Hujan Yang Turun" dari alahyarham Sudirman.

Hujan

Manusia menadah tangan memohon hujan,
Di kala kepanasan melanda,
Sambil berkata,
"Dimanakah dikau wahai hujan?",
"Mengapakah engkau tidak mahu turun?",
"Sedangkan kami kepanasan",
"Tanaman kami kering",
"Ternakan kami mati",

Sang hujan memandang kebumi,
Memandang dengan nada yang mencemuh,
Kemudian sang hujan menjawab,
"Ada apa lagi kemahuan manusia ini?",
"Kau salahkan aku kerana panas?",
"Bukankah pemanasan global, kerana keangkuhan mu sendiri?",
"Untuk menunjukkan bahawa kalian boleh melawan alam",
"Kau boleh tumbangkan pokok yang berkali ganda besar dari kau",
"Kau tunjukkan bagaimana kau boleh meratakan gunung",
"Kau buktikan kau boleh membuat laut dan menghasilkan sumber air",

"Kenapa kau masih memohon untuk kami turun?",
"Sedangkan bila kami turun, kalian merungut",
"Merungut tidak dapat pergi bercucuk tanam",
"Merungut banjir",
"Padahalnya, kami cuma ingin membantu",
"Menyuburkan ladang kalian",
"Memenuhkan sumber air kalian",
"Tapi seringkali kami disalah erti",
"Dituduh membawa kemusnahan",
"Kami punya perasaan",
"Sekarang, kalian rasakan",

Manusia yang dengar terkedu,
Menyesali kekhilafan diri,
Lalu berlalu pergi,


Rasanya, kita ni banyak sangat meminta dan merungut. Cuba kita belajar bersyukur. Belajar untuk mengambil berat mengenai alam sekitar. Kerana, apa yang berlaku sekarang ini, adalah hasil dari kita sendiri.

21 Response to "HuJaN"

  1. v says:
    June 13, 2009 at 6:01 PM

    Hah .. ambik ko manusia. Padan muko!

  2. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    June 13, 2009 at 6:19 PM

    suka bawak motor dalam hujan..
    Eh macam takde kaitan.

  3. haruan tasek says:
    June 13, 2009 at 6:52 PM

    hujan tak turun ke grunge

  4. GRuNGe says:
    June 13, 2009 at 7:04 PM

    Betul-betul. Manusia mudah lupa. Manusia ni selalu merungut. Jadilah manusia yang tidak lupa dan tidak suka merungut.

  5. Nana says:
    June 13, 2009 at 7:08 PM

    adoiyai baru je lepas kene hujan....

  6. GRuNGe says:
    June 13, 2009 at 7:09 PM

    Notso viloet: Suka hujan ek mot?

    Haruan tasek: Masih tak hujan kapten. Meh hantar bomoh ujan sorang dekat Shah Alam ni Kapten. :P

  7. GRuNGe says:
    June 13, 2009 at 7:18 PM

    Misz Nana: Sejuk sikit bila dah berhujan.

  8. anak laut says:
    June 13, 2009 at 8:41 PM

    apappun hujan adalah rahmat allah swt pada mahkluk di bumi..

  9. rhapsody LiN says:
    June 13, 2009 at 8:47 PM

    smlm bru ckp pasal hujan ngn kakak ak..
    :p

    ape2 pn manusia xpernah kenal erti cukup..

  10. unknown says:
    June 13, 2009 at 8:48 PM

    ya btul
    manusia sepatutnya bersyukur
    bukannya merungut itu ini

    hehe =)

  11. Zulfadli Zainal says:
    June 13, 2009 at 8:50 PM

    setuju.

  12. Mrs Nurul says:
    June 13, 2009 at 9:24 PM

    eh, aku suka gila hujan..sebab time tu kalau nangis, tade sape dgr..nangis dlm hujan pon best..shahdu je.

  13. GRuNGe says:
    June 13, 2009 at 9:37 PM

    Anak laut: Setuju sangat anak laut. Anak laut, maaf kerana dua tiga hari ni kurang komen di blog kamu. Kepenatan dan kekurangan waktu. Tapi tadi sudah mula menjengah.

    Rhapsody Lin: Hahahaha, kau bercakap pasal apa ek dengan kakak ko pasal hujan? Mau main hujan ke? Tapi, kita memang tak pernah cukup. Wasatiahnya tiada dah Lin.

    Khairil's: Mari kita bersyukur dengan anugerah kepanasan ini. Semoga kita lebih menghargai musim hujan nanti.

  14. GRuNGe says:
    June 13, 2009 at 10:00 PM

    Melon: Setuju juga dengan kamu.

    Si lampu neon: Wah wah wah, nanes dalam hujan? Kenapa perlu nanes ek? Ceria-ceriakan lah diri anda lampu. Semoga hidup anda terang seperti lampu neon.

  15. mamai says:
    June 13, 2009 at 11:02 PM

    tapi itu la kita manusia yang tak pernah bersyukur dengan apa yang diberi....lebih banyak meminta dari memberi

  16. GRuNGe says:
    June 13, 2009 at 11:26 PM

    Mamai: Aku pun suka minta masa kecik2. Suka mintak duit masa Raya. :P Sekarang, nak beri duit raya pun agak susah. Betul kata ko, manusia, suka meminta, sukar memberi.

  17. AiE bAhRi says:
    June 14, 2009 at 1:22 AM

    Bang, begitulah manusia kan..
    Bila diberi panas, merungut mengapa tidak diberikan hujan tetapi bila diberi hujan, mengeluh pula mengapa tidak diberikan panas..

    Mengapa ya?Sebabnya kita manusia memang sentiasa lupa untuk bersyukur..

    Alhamdulillah, hari ni bumi JB diturunkan hujan..

  18. GRuNGe says:
    June 14, 2009 at 2:18 AM

    Aie Bahri: Aie, kamu ni sekali lagi memberikan idea untuk bro. Nanti akan bro buat puisi, manusia mudah lupa. Tapi ingat nak buat dalam English la.

  19. AiE bAhRi says:
    June 14, 2009 at 2:57 AM

    Kadang2 entri bro juga membuatkan saya memikirkan sesuatu untuk merangka entri seterusnya..Saya jadi ketagih!!hahaha..

    wow!good job if u create a poem in english..Mesti terangkat punya lah!!

  20. GRuNGe says:
    June 14, 2009 at 3:42 AM

    Aie Bahri: Maaf mengecewakan anda. Sudah tertulis poem BM la pulak.

  21. CikYana(",) says:
    June 14, 2009 at 9:28 PM

    bro ni pndai tulis puisi la
    BM ke BI ke sume sedap dibaca
    jeles nye