BuaT SeoRaNG SaHaBaT - aie BaHRi (http://aiebahri.blogspot.com)

Gambar mu yang berkaca mata itu,
Dengan gaya rambutmu yang pendek,
Pasti membuka hati para gadis,
Untuk mengenali dirimu.

Bicara sopanmu di blog,
Meruntun si dara,
Untuk mendampingi blogmu,
Serta ketagihan hasil penulisanmu.

Kata-kata dan penulisan entrymu,
Menunjukkan empunya diri,
Seorang pimikir,
Seorang yang berilmu,
Seorang yang berwawasan dan berpendirian.

Sepanjang ku kenal kamu,
Tiada riak yang ku lihat,
Hanya perasaan rendah diri,
Walaupun ku tahu,
Ilmu yang kau ada,
Tidaklah secetek mana.

Kau tidak pernah lokek,
Berkongsi apa yang kau tahu,
Kau jalinkan persahabatan,
Dengan keikhlasan,
Demi ukhwah Islamiah.

Sekiranya hanya melihat gambarmu itu,
Pasti ramai yang sangka,
Kau seorang ulat buku,
Yang tiada rasa humor,
Tapi itu semuanya silap,
Kerana ayat kamu,
Seringkali menggeletek hatiku,

Ku harap persahabatan yang terjalin,
Berpanjangan,
Walaupun kau sudah berteman istimewa,
Kerana aku masih ingin belajar darimu,
Menjadi insan cool yang penuh muhasabah diri.

Seperti yang bro katakan tadi. Memang terdetik untuk menulis puisi untuk Aie. Sebagai menghargai kamu, sahabat. Sila rujuk ke http://aiebahri.blogspot.com untuk mengenali sahabat aku ini (rasanya kalian pembaca juga telah menjadi sahabat dia). Harap suatu hari kita dapat bersua secara offline.

P/S: Menghargai seorang sahabat lelaki tidak bermakna aku seorang gay. Aku masih lelaki yang menyukai wanita.

19 Response to "BuaT SeoRaNG SaHaBaT - aie BaHRi (http://aiebahri.blogspot.com)"

  1. haruan tasek says:
    June 14, 2009 at 7:46 AM

    kalau ko gay grunge... aku sendiri pi tembak ko. Grunge nama seorang lelaki sejati. Aie sahabat blogger aku juga.

  2. anak laut says:
    June 14, 2009 at 7:50 AM

    salam bro,

    sajak yang sangat menarik..untuk anaklaut tak de ke? :))

  3. rhapsody LiN says:
    June 14, 2009 at 8:42 AM

    pergh....bes lol~
    aku fan ko lah.
    aku nie peminat poem. tp xde talent nk menulis. mengarut reti la.
    muahahha~

  4. ░♥si lampu neon♥░ says:
    June 14, 2009 at 9:45 AM

    ewah2 bagusnye
    ko wat seniri ke puisi ni?

  5. chimera says:
    June 14, 2009 at 10:27 AM

    haha... saya pun suka jugak baca apa yg ditulis aie... semuanya berisi dan berilmu...

    salam ziarah

  6. puspawarna says:
    June 14, 2009 at 11:05 AM

    huhu....
    grunge berpuitis jer skang ni...
    hik2...

  7. KhairiL's says:
    June 14, 2009 at 11:20 AM

    yup
    aie mmg cool

  8. miSs siv says:
    June 14, 2009 at 12:18 PM

    waa~~
    utk miSs siv xdew ke??
    =p

  9. badek_gonzalez says:
    June 14, 2009 at 1:00 PM

    haha..ko mmg bukan gay.tp,bangsat lah kepada mereka yang gay.arghht

  10. GRuNGe says:
    June 14, 2009 at 1:40 PM

    Haruan tasek: Tabik kapten. Konpim saya lelaki sejati dan bukan gay.

    Anaklaut: Insya-Allah, ada kesempatan, akan saya nukilkan sebuah puisi mengenai anda. Perlu menulai dan kenali diri anda dengan lebih.

    Rhapsody Lin: Adeh, boleh jer nak tulis. Tulis dengan penuh perasaan, nescaya, akan boleh menulis poem. Aku pun banyak meraban jer. Masih kena perbaiki perbendaharaan kata. Belum sampai tahap puisi anak laut lagi.

    Si lampu neon: Ko ni, lagi satu macam kawan aku Iyda7. Mesti tanya, aku buat sendiri ke puisi tu.

  11. GRuNGe says:
    June 14, 2009 at 1:44 PM

    Chimera: Samalah kita. Sya suka penulisannya. Walaupun umurnya jauh lebih muda dari saya, tapi hasilnya amat matang. Terima kasih kerana sudi menziarah. Nanti saya akan balas kunjungan.

    Puspawarna: Bukan puisi jer la. Kadang-kadang berpuisi sebab dah tak reti nak mengarang karangan. Masih akan membuat penulisan yang dirancang semalam.

    Khairil's: Kamu pun apa kurangnya khairil.

  12. GRuNGe says:
    June 14, 2009 at 1:46 PM

    Miss Siv: Suatu hari nanti Insya-Allah Miss Siv.

    Badek: Mereka ni masih belum mengambil iktibar dari kisah-kisah dalam al-quran.

  13. ::@FiQ says:
    June 14, 2009 at 5:09 PM

    btol tu..kdg2 ilang idea...

  14. AiE bAhRi says:
    June 14, 2009 at 8:15 PM

    Ya Allah..
    Abg man,
    terima kasih kerana menulis puisi yang berkenaan dengan diri saya..
    Alahai...terharunya.Terima kasih sekali lagi.

    "Ya Allah, semoga kau redhai dengan persahabtan ini dan jadikan kami golongan yang saling ingat meningati antara satu sama lain.."

  15. GRuNGe says:
    June 14, 2009 at 8:47 PM

    Fiq: Terima kasih kerana singgah dan komen.

    Aie Bahri: Saya kagumi anda Aie. ;)

  16. CikYana(",) says:
    June 14, 2009 at 9:10 PM

    pandai la abg man wat puisi
    puisi tuk yana xde ke?
    hikhikhik
    :)

  17. GRuNGe says:
    June 14, 2009 at 9:14 PM

    CikYana: Insya-Allah, mungkin di masa hadapan.

  18. DeVoTeD LiLy says:
    June 15, 2009 at 8:13 PM

    yeay..
    dan shaye tao..
    wanita mane y kamoo berkenan..
    miahahah..

  19. addyaholix says:
    June 16, 2009 at 6:02 PM

    aiebahri jugak sahabat blog saya. dia manusia hebat. apa yang dia pernah tempuh buat saya belajar tentang hidup.