aSaBiYaH (18PL)

"Majid, Amran kena pukul dekat Kampung Pinang Sebatang." Scud menjerit aku dari bawah rumah.

Aku tukar seluar jeans ku ke seluar trek, pakai kain ikat kepala menuju kepintu dengan gaya Pendekar Kundur. Aku kemudian menyarung kasut kungfu ku dan bergerak menuju Scud.

"Scud, ko dah panggil bebudak kampung kita berkumpul belum? Ni tak boleh jadi, kita kena balas apa dia orang dah buat dekat Amran. Takkan kita nak tengok jer budak kampung kita kena belasah. Nanti lagi naik lemak bebudak kampung seberang ni." Kataku kepada Scud.

15 orang budak kampung pinang dua batang mengerumuni Amran. Muka Amran yang masih lebam-lebam. Ke lima belas-lima belas pemuda itu membawa kayu dan kini manaiki motor menuju kampung sebelah untuk REVENGE perihal Amran.

Situasi di atas merupakan suatu kejadian yang biasa dilalui oleh budak lelaki. Aku pun pernah melalui kejadian seperti ni. Aku tau, benda ni terjadi kerana ikatan "Brotherhood" yang telah kita bina bersama kawan-kawan kita. Tapi betulkah applikasi "Brotherhood" dalam kamus hidup kita ni?

Aku malu, sebab kejadian begini, sentiasa berlaku sesama Melayu. Lebih memalukan, beragama Islam. Kenapa ek Melayu mahu bergaduh sesama Melayu? Kenapa Islam perlu bertelagah sesama Islam?

Aku rasa, Melayu dan Islam di Malaysia ni kuat. Kuat sekiranya bersatu. Tapi, yang kita dengar skang ni, puak sini, puak sana. Ades, lemahhhhh semangat. Kita ni terlalu banyak budaya Asabiyah.

1. Asabiyah kampung.
2. Asabiyah sekolah.
3. Asabiyah negeri.
4. Asabiyah Universiti (ada ke part ni?)
5. Asabiyah parti.

Cuba korang kategorikan, koang asbiyah tahap mana agaknya? Kenapa kita perlu ada semangat kekampungan? Semangat kenegerian?

Bukan ke, kampung mana sekalipun, negeri mana sekali pun, kita tetap Melayu. Okieslah, mungkin Melayu adalah tak kuat asasnya. Kita adalah Islam. Saudara seagama. Tak rasa ke, dengan bergaduhnya kita, orang-orang lain akan nampak kita lemah. Dan masa nilah kita akan diserang. Serangan dari dalam. Serangan yang kita tak sedari.

Sedarlah, walau mana kampung, sekolah, negeri, universiti dan parti mana sekalipun kita. Kita tetap melayu islam. Islamlah yang sepatutnya menyatukan kita. Bangunlah semua, kita yang ramai makin lemah. Makin dipijak. Mahukah kita jadi seperti negara jiran kita yang kecil. Dimana negara tu telah tergadai kerana melayu islamnya tidak bersatu? Binalah ukhwah sesama kita, berdasarkan tiang agama Islam.

Takbir.

P/S: Maaf sekiranya entry ini menyentuh sensitiviti sesetangah pihak. Tujuan menulis untuk menyedarkan bangsa melayu Islam supaya bangkit dari perpecahan yang sedang berleluasa.

36 Response to "aSaBiYaH (18PL)"

  1. ticnube says:
    June 18, 2009 at 7:05 PM

    tak maju dok asabiah bagaii..open minded la.. kan.. :) heheh..jadi org islammm... senang...same ... xde beza kan martabat o kasta...:P

  2. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    June 18, 2009 at 7:08 PM

    u penah blasah orang ke?hohoh

  3. zanetti_be says:
    June 18, 2009 at 7:27 PM

    asabiyah university pun ade gak.cth 2 buah yang dkt pantai timur laa.2 u nie berdekatan dan mcm berkongsi kawasan asrama gitu.pantang je ada pape mesti riuh satu dua blok.

  4. anak laut says:
    June 18, 2009 at 7:28 PM

    salam..

    "Aku malu, sebab kejadian begini, sentiasa berlaku sesama Melayu. Lebih memalukan, beragama Islam. Kenapa ek Melayu mahu bergaduh sesama Melayu? Kenapa Islam perlu bertelagah sesama Islam?"

    memang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ni..

    tahniah buat saudara yg banyak membuka mata dan menyedarkan kita semua dalm aspek assbiyah ni..

    anaklaut

  5. enyheartsdiamond says:
    June 18, 2009 at 7:30 PM

    mn2 pon ada assabiah~
    huhu...

    skolah asrama paling ketara..

    hey..
    u pnh terlibat?

  6. sarah al -idrus says:
    June 18, 2009 at 7:30 PM

    asabiyah..ya ya
    lama x guna and dengar perkataan ni.hee

  7. badek_gonzalez says:
    June 18, 2009 at 7:38 PM

    haha
    syukur sebab aku xpernah terlibat dengan situasi begini..
    aku bukan nak tunjuk lagak..
    tapi, kita mmg xsepatutnya bersikap bias dan menidakkan sebelah pihak..
    itu kerja bodoh..
    kerja bodoh, d buat oleh orang??
    org bodoh r..
    kalu kite pernah bodo dulu,ubah r..
    semoga berjaya..

    yeargh

  8. MISZ NaNa says:
    June 18, 2009 at 8:04 PM

    memang selalu rejadi semangat asabiyah ni...dekat u lagi banyak! bermula dari kaum,negeri tu yg akhirnya merebak pada parti politic etc etc...aish x best la semangat asabiyah ni...perlu ade tapi utk tujuan yg baik kalau dah teruk mcm ni adeh...hancur bangsa! kenapa x nak buat semangat asabiyah Bangsa Malaysia ek? huahua...

  9. rhapsody LiN says:
    June 18, 2009 at 8:06 PM

    hurm...setan seronok bergembira bila umat Muhammad bertelagah antara mereka.
    so,
    mantapkan iman
    kukuhkan ukhwah..

    ikhlas....
    ustazah Lin
    ehehehe~
    (^_^)

  10. rhapsody LiN says:
    June 18, 2009 at 8:06 PM

    hurm...setan seronok bergembira bila umat Muhammad bertelagah antara mereka.
    so,
    mantapkan iman
    kukuhkan ukhwah..

    ikhlas....
    ustazah Lin
    ehehehe~
    (^_^)

  11. GRuNGe says:
    June 18, 2009 at 8:21 PM

    Ticnube: Bukan semua orang boleh terima pendapat kita semua Islam. Sedangkan bangsa arab sendiri menganggap mereka adalah penganut agama Islam paling hebat dan memandang rendah kaum lain.

    Notso_violet: Hehehehe, tak pernah mot (tipu sungguh). Zaman jahiliah ku disekolah akan di ceritakan nanti.

    Zanetti be: Ko pun dak UDM gak ek. Makin ramai penuntut UDM yang aku kenal melalui blog ni.

    Anak laut: Rasanya, perkara ni semua orang tahu. Cuma untuk orang berubah, adalah agak sukar. Aku pun begitu juga anaklaut.

  12. DuRiAn rUnTuH says:
    June 18, 2009 at 8:22 PM

    ye..memg sesetgh org melayu atau org islam hari ni suke berpuak2..tambah2 lagi kalo bab politik..sampekan kalo kat kapung tuh,org2 lain parti ni taknak solat satu surau..teruk kan???

  13. GRuNGe says:
    June 18, 2009 at 8:29 PM

    Eny Yasmin: Wah, sudah terbiasa pula panggil kamu sebegini. Assabiyah ada dimana-mana.

    Sarah al idrus: Lama dah tak dengar selepas tinggalkan mata pelajaran tingkatan 5.

    Badek: Wah, malu siut aku zaman jahiliah dulu, bersikap assabiyah juga.

    Misz Nana: Assabiyah agama Islam paling penting. Kadang2 kita terlalu melihat bangsa sehingga saudara seagama kita pandang rendah (saudara seagama dari Bangladesh dan sebagainya). Aku pun double standard dengan dia orang ni. Astaghafirullah.

  14. GRuNGe says:
    June 18, 2009 at 8:30 PM

    Rhapsody Lin: baik ustazah. Semoga ustazah dapat menyebarkan syiar islam bila g oversea nanti.

  15. GRuNGe says:
    June 18, 2009 at 8:31 PM

    Durian runtuh: betul, tu yang paling tak boleh tahan. Satu kampung 2-3 masjid sebab berlainan fahaman politik.

  16. ░♥si lampu neon♥░ says:
    June 18, 2009 at 8:36 PM

    takut la..keganasan berleluasa skang...=(

  17. AiE bAhRi says:
    June 18, 2009 at 8:56 PM

    Assabiyah negeri biasa berlaku di mana2 universiti.Tak perlu menyalahkan mana2 negeri sebab itu yang kita boleh lihat suasana di kampus.Memang begitu..

    Boleh berubah ke untuk tidak menjadikan semangat berpuak2?

    Ya!jawapannya sudah tentu sebabnya semuanya bermula dalam diri sendiri kita sendiri.Jika kita pandai bercampur dengan semua pihak tak kira mana asalnya, pasti assabiyah tak akan berlaku.

  18. GRuNGe says:
    June 18, 2009 at 9:11 PM

    Lampu Neon: Keganasan sana sini. Manusia ni skarang dah jadi huru hara.

    Aie Bahri: Harap-harap, tak la semakin mudarat. Harap-harap di masa depan, akan menjadi lebih erat hubungan ukhwah berdasarkan agama Islam.

  19. mamai says:
    June 18, 2009 at 9:11 PM

    semangat asabiah nie dah wujud lama dalam diri manusia....sejak dari zaman para nabi lagi....

    wa pernah joint member sekampung pie repeat pasal member kena belasah...lepas tu orang yang kena belasah pulak bawa satu kampung repeat..last-last sudah kat balai hehehehe

  20. AiE bAhRi says:
    June 18, 2009 at 9:13 PM

    harap2 begitulah kan..
    Lama tak menziarahi saya. Terlalu sibukkah anda?

  21. xuen adyla says:
    June 18, 2009 at 9:15 PM

    asabiyah camni scary la
    xbertempat ja

    asabiah kampung setakat kenduri okla
    lain2 xuen xsetuju habis

  22. k.e.r.i. says:
    June 18, 2009 at 9:54 PM

    asabiyah memang merosakkan bangsa dan negara.

    re : terpaksa tinggalkan jejak kat sini sebab takde chatbox. huhu

  23. Cik Skaf says:
    June 18, 2009 at 10:00 PM
    This comment has been removed by the author.
  24. GRuNGe says:
    June 18, 2009 at 10:13 PM

    Mamai: Biasalah kan mamai, zaman muda-muda, assabiyah kampung.

    Aie: Ada, saya sedang menziarah blog anda la ni Aie.

    Xuen Adyla: Biar kita berpegang pada paksi yang benar.

    K.e.r.i.: Adalah shoutbox. Hehehehe. Selamat datang, akan kunjung kembali blog anda.

  25. lili11 says:
    June 18, 2009 at 10:22 PM

    Kalu Melayu ngan Melayu bergaduh kat skolah, kepala haku tak ler sesengal mengal seperti bila Melayu bergaduh ngan India atau Cina. Lagik haru biru. Siksa haku melayan kerenah mak bapak ... Sakitttt!
    Tapi haku tak dek ler menggalakkan Melayu ngan Melayu gaduh heh ...

  26. GRuNGe says:
    June 18, 2009 at 10:36 PM

    lili11: Wah, kesian anda sebagai pendidik. Keadaan seperti telan mati mak, luah mati bapak.

  27. Att Ashburn says:
    June 19, 2009 at 12:13 AM

    betullah tu..
    asabiyah merata..
    boleh x klo cko kekdg i rase org kelantan pun asabiyah tinggi..
    duk geng2 die je,..
    klo kite ckp dgn diorg, ckp dlm dialek kelantan..
    just my opinion..
    diorg still mix, tp kekdg more to their own people..

  28. Att Ashburn says:
    June 19, 2009 at 12:15 AM

    sory2..bkn mksdnye org klntn klo ckp dgn kite, kekdg mmg diorg pekat dialek klantan ade..
    cume kekdg klo dh campur2 negeri tu, kn elok ckp bm standard..
    kekdg kecik ati sbb x fhm ape diorg ckp, pastu tnye diorg xmo terangkan lak..

  29. KhairiL's says:
    June 19, 2009 at 12:37 AM

    dalam politik lg la

    huhu

  30. GRuNGe says:
    June 19, 2009 at 1:01 AM

    Att Ashburn: Mungkin kamu perlu lebih memahami mereka. Saya dulu saing2 ramai orang Kelate. Sampai saya yang KL ni pun orang ingat Kelate.

    Khairil's: Betul, politik paling banyak. Dah kembali ke zaman jahiliah kut dunia ni. Tanda dunia akhir zaman.

  31. eKyN says:
    June 19, 2009 at 1:08 AM

    asabiah?..oh
    jgn ler hndaknye kganasan blaku berleluasa d merate rate..

    wanita sume..ayuh pertahankn diri kite, blajar r taekwando ke silat ke..silambam pon ok gak

    n_n

  32. dark says:
    June 19, 2009 at 2:21 AM

    melayu sama melayu gado susah2,yg bukan melayu naik diam2..
    ruginye kite..
    mane makne perkataan `majmuk` eyh?

  33. GRuNGe says:
    June 20, 2009 at 3:47 PM

    Ekyn: Betul tu. Kena ada seni bela diri untuk perempuan. Pastu, kena sedia pepper spray.

    Dark: Hehehehe. Biasalah tu.

  34. nuyu farhan says:
    June 20, 2009 at 8:43 PM

    senang je,
    2 benda ni yang penting.
    selagi ada iman dan islam dalam diri,sumenya akan baik.
    btol x?

  35. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    June 20, 2009 at 9:26 PM

    wah seb bek da blaja silat hahah.
    Eh pompuan gaduh camne ek, x pnh tgk plak. Macam xde kaitan jer komen ni haha

  36. GRuNGe says:
    June 21, 2009 at 5:23 AM

    Nuyu Farhan: Kalau ada ultrawomen pun, lebih bagus. (aku sudah mula merepek lagi)

    Notso_violet: Perempuan gaduh, main tarik-tarik rambut kut mot.