SeLaGi KiTa MaKaN GaJi - BuKaN Kau BaYaR GaJi aKu PuN

"What the fuck you do? I ask you to give me the report yesterday, not today."

"Awak melawan la cakap saya, saya akan pastikan awak tak dapat bonus dan increment tahun ni."

"Saya akan pastikan awak ditukarkan ke pendalaman dan tidak akan dapat balik ke Kuala Lumpur lagi."

Macam pernah dengarkan ayat ni. Ni antara ayat-ayat seorang bos kepada pekerjanya. Ramai antara bos kita selalu menganggap diri mereka adalah besar. Kadang-kadang, mereka menganggap diri mereka seumpama tuhan (kerana mereka anggap, merekalah yang menentukan tangga gaji, kenaikan pangkat dan gaji dan kedudukan seseorang-umpama pemberi rezeki-maaf, mungkin penggunaan perkataan tuhan itu terlalu besar, tetapi aku menggunakannya hanya untuk menunjukkan betapa angkuhnya golongan ini). Kau bukan tuhan untuk tentukan rezeki seseorang. Kalau hari ni kau sekat rezeki pekerja kau, esok lusa, Allah akan balas dengan menyekat rezeki kau. Bukan kau kasi duit gaji pun dekat pekerja kau, syarikat yang bayar. Lain la syarikat tu kau punya.

Adakah mereka pernah terfikir bahawa mereka juga adalah pekerja di syarikat itu? janganlah terlalu taksub, takbur dan bongkak hanya kerana menjawat kedudukan yang agak tinggi. Kerana kita tidak tahu keadaan kita pada masa hadapan. Bukannya syarikat itu tidak boleh kehilangan orang seperti kau, kerana, sebelum kau masuk, syarikat tu telah sedia beroperasi. Memang hari ni syarikat agung-agungkan kau. Tapi esok lusa, mana tau kau di caci. Masa tu, tak ada yang ambil peduli. Sebab kau punya hasad dengki dan busuk hati.

Kau ingat pekerja bawahan kau akan sentiasa duduk di bawah kau ke? Mana tahu, esok lusa, kau pindah syarikat lain, kau tengok, bos kau tu dulu pekerja kau yang kau selalu caci dan maki. Kalau tak pun, mana tahu, anak kau pulak kerja bawah dia. Hidup ni umpama roda bos, hari ni kita dekat atas, tapi roda tetap akan berpusing kebawah. Bila kau duduk bawah bos, masa tu kau tau langit tu tinggi atau rendah.

Untuk bos-bos yang berlagak dan tak berhati perut, aku nak tujukan ayat ni dekat korang.

"Selagi kau makan gaji, janganlah kau berlagak. Ikutlah resmi padi, makin berisi, makin tunduk. Sebab, kedudukan tu, bukan untuk kau selamanya. Kau pun makan gaji jer, bukannya bayar gaji."

1 Response to "SeLaGi KiTa MaKaN GaJi - BuKaN Kau BaYaR GaJi aKu PuN"

  1. badek_gonzalez says:
    June 16, 2009 at 8:07 PM

    manusia bro..
    prangai mmg xbule blah.
    masing masing mahu mengapai bintang.
    namun, terlalu ramai yang terlupa untuk kekal berpijak dibumi yang nyata...
    ahahaha
    gelakkan mereka
    terserah kepada mereka yang mahu bersifat membabi buta.