JoM KePoH (BuKaN VeRSi aie)

Tempat: TS (Bukan Times Square) dan tempat-tempat lain yang sewaktu dengannya.

Masa: Setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 12:00pm sehingga 6:00pm.

Pakaian: Sepelik yang mungkin. Contoh: Baju kaler pink yang berkilat dan mempunyai gold dusk dipadankan dengan seluar jingga tiga suku. Topi yang dipakai senget. Kasut selain dari kasut kulit. Rantai basikal. Spek mata biru sebesar mata belalang. Rambut perlulah dikaler selain dari kaler hitam dan perang (kaler pink, oren dan kuning). Bertindik dimerata tempat seperti di mata (kalau boleh tindik dekat anak mata), gigi dan sebagainya. Mekap kaler hitam, kaler lain adalah tidak dibenarkan (sempena mengikut gaya sedih orang mati).

Aktiviti: Melepak bersama kawan-kawan sambil buat freak fashion show. Usha awek-awek dan balak-balak seangkatan. Bergaduh dengan puak-puak lain (kira asabiyah la ni). Mengganggu ketenteraman awam dan lalu lintas (kesesakan lalu lintas kerana pemandu menyangka mereka telah terjumpa sekumpulan makhluk asing lantas memperlahankan kenderaan mereka untuk mengambil gambar kenang-kenangan). Menari dengan gaya bebas (tak kira shuffle, breakdance, pogo, poco-poco dan sebagainya).

Kelebihan menyertai aktiviti ini: Mengurangkan berat badan (menari gaya bebas mengeluarkan peluh). Mendapat kenalan dari pelusuk Malaysia. Dapat membebaskan diri dari tekanan mental (sebab orang yang melihat mempunyai peratusan yang besar untuk mendapat penyakit mental, terutamanya golongan ibu bapa mereka yang terlibat).

Marilah beramai-ramai menyertai aktiviti yang tidak berfaedah ini.

P/S 1: Kalau nasib tak baik, kena tangkap polis dan kena senduk (pinjam ayat pinses) dengan parents.

P/S 2: Bukan aku yang sebarkan poster ni, Qarin aku yang suruh buat. Jadi kepada peminat aktiviti ni, jangan marah aku. Wakakakaka.

P/S 3: Inilah antara perkara pelik tapi benar yang berlaku di Malaysia. Tak kira di KL, mahupun di Tepen (Pinses bagitau aku gejala ni dah sampai Tepen, tapi aku tak pernah nampak lagi).

P/S 4: Maaf Aie, masih gunakan nama kamu. Nanti saya kasi royalti yea.

10 Response to "JoM KePoH (BuKaN VeRSi aie)"

  1. devoted lily♥ says:
    June 2, 2009 at 8:44 PM

    kamooo..btol ahh kamoo..
    t kamoo dtg cni roger pinses..
    kite g singkap misteri kt TS tu..
    hahahahha

  2. GRuNGe says:
    June 2, 2009 at 9:18 PM

    Devoted Lily: Baiklah pinses, nanti saya roger. Itu pun kalau kamoo tak balik ke kebun sawit kamoo. :P

  3. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    June 2, 2009 at 9:49 PM

    Kalau dulu budak-budak main guli.
    Zaman dah berubah huhuh.
    Merepek lagi sori yer:D

  4. GRuNGe says:
    June 2, 2009 at 9:59 PM

    Notso_violet: Zaman akan datang, bebudak tak kuar umah, duk berblog je. Tapi aktiviti ni agak sihat la. :P

  5. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    June 2, 2009 at 10:28 PM

    sihat ah. budak2 pon makin sihat sebab berblogging kan hohhoh

  6. AiE bAhRi says:
    June 3, 2009 at 12:05 AM

    Saya datang untuk menuntut royalti ni.
    lalala~~~

  7. Fakhitah Muhammad Iqbal says:
    June 3, 2009 at 12:07 AM

    haha..stuju2..lepak2 ngn aksi2 bukan2..dressing pelik2 mmg xbfaedah jee..mnyakitkn mate yg memandang je..=)

  8. Nuyu Yusof says:
    June 3, 2009 at 8:00 AM

    hilang sifat tradisional melayu dalam diri..huhuu
    kesian nenek moyang yang habis habisan memperjuangkan melayu

  9. GRuNGe says:
    June 3, 2009 at 9:33 PM

    Notso_violet: Kamu pun sihatkan mot? ;)

    Aie Bahri: Akan saya tunaikan janji........ Sabar sket yea Aie. (Tengah nak cari satu buku untuk library kamu).

    Fakhitah: Wah wah, terima kasih atas komen kamu. Memang sakit mata, tapi nak buat macam mana.

    Nuyu: Tu la pasal, karang suruh dia orang peragakan warisan kita, dikatakan kita tak ikut perkembangan semasa.

  10. BadekGonzalez says:
    June 19, 2009 at 3:51 AM

    anak muda dan sifat ingin memaksimumkan kemeracahan mereka...
    dah d tegur..
    xnak ubah..
    dah d bendung..
    xnak ubah..
    dah d larang..
    xnak ubah...
    ujong cerita?
    lingkup di masa depan..

    apa kite nak buat??
    aku taw..
    mari ramai2 gelakkan kerana kebodohan mereka!!
    hahahaha
    yearghhh