Hujan
Manusia menadah tangan memohon hujan,
Di kala kepanasan melanda,
"Dimanakah dikau wahai hujan?",
"Sedangkan kami kepanasan",
"Ternakan kami mati",
Sang hujan memandang kebumi,
Memandang dengan nada yang mencemuh,
"Kau salahkan aku kerana panas?",
"Bukankah pemanasan global, kerana keangkuhan mu sendiri?",
"Untuk menunjukkan bahawa kalian boleh melawan alam",
"Kau boleh tumbangkan pokok yang berkali ganda besar dari kau",
"Kau tunjukkan bagaimana kau boleh meratakan gunung",
"Kau buktikan kau boleh membuat laut dan menghasilkan sumber air",
"Kenapa kau masih memohon untuk kami turun?",
"Sedangkan bila kami turun, kalian merungut",
"Merungut tidak dapat pergi bercucuk tanam",
"Merungut banjir",
"Padahalnya, kami cuma ingin membantu",
"Menyuburkan ladang kalian",
"Memenuhkan sumber air kalian",
"Dituduh membawa kemusnahan",
"Kami punya perasaan",
"Sekarang, kalian rasakan",
Manusia yang dengar terkedu,
Menyesali kekhilafan diri,
Lalu berlalu pergi,
Rasanya, kita ni banyak sangat meminta dan merungut. Cuba kita belajar bersyukur. Belajar untuk mengambil berat mengenai alam sekitar. Kerana, apa yang berlaku sekarang ini, adalah hasil dari kita sendiri.