Setelah penat lelah bekerja di Kuala Terengganu (padahal 3 hari setengah jer, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa separuh hari), maka aku pun bertolak ke Kuantan. Owh, pada hari Selasa bersamaan 11 Ogos 2009, pukul lebih kurang 11:00, aku telah berjumpa dengan seorang rakan blogger (lebih kepada adik). Adik aku tu memang femes, kalau tak, takkan follower dia sampai beratus-ratus. Tapi malangnya, dapat jumpa kejap jer sebab aku rushing untuk wrap up audit aku dekat sana. Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Yana kerana sudi jumpa, walaupun aku ni muka tak siap. Terima kasih juga kerana Yana tak mengepau abang (kalau pow pun abang tak kisah....... :P). Hehehehehe.
Aku habis wrap up around 4:30 p.m. waktu pantai timur. Terus bertolak ke Kuantan. Sampai Kuantan around 8:00 p.m. Sampai Kuantan, perut dah menggelodak. Mandi, siap-siap, terus telefon lagi seorang blogger, Patungcendana a.k.a. werewolf hunter (jangan marah kay) untuk bawak aku gi dinner. Owh, aku tak pernah buat macam ni, jumpa 2 bloggers dalam sehari. Dia datang around 9:15 p.m. dan terus bawak aku gi Pantai Teluk Cempedak. Kami makan dekat tepi pantai tu. Terima kasih yea sebab sudi bawak aku yang tengah kebulur gi makan Patung.
Rewind..............................Ini adalah dinner aku pada hari Sabtu 8 Ogos 2009. Lokasi Heritage Resort (aku main bedal jer, tapi memang ada perkataan Heritage tu la). Atas sekali adalah sepinggan Sata, makanan gelemer di Terengganu dan Kelantan (erk, betul ke Kelantan pun gelemer dengan Sata?). Owh, ABC yang aku tunjuk tu, khas untuk dilihat oleh Jard, aku rasa pasti kalah ABC Froodo ko tu Jard. :P Harga ABC tu, tahun lepas RM 10, tapi tahun ni, sudah meningkat ke RM 12, meningkat dengan kadar inflasi. :P Tahun lepas ABC dia best giler, sebab tu kita orang datang. Tapi, hari tu, memang tak sedap. Kurang manis, maybe ikut saranan kerajaan, kurangkan manis dalam makanan, lebihkan dalam senyuman (padanlah waitress dia senyum ada manis).
Rewind ............................................Ini adalah hasil kerja tangan aku. Gambar atas tu menunjukkan betapa sibuknya aku untuk check dokumen (menyepahkan meja untuk ambil gambar). Gambar berikutnya adalah tulisan aku yang tak cantik, lagi tak cantik dari blogger yang mendakwa tulisan tak cantik (jangan marah, gurau jer Cik Nurfatehah). Owh, korang nampak tak tulisan aku? Kalau tak nampak, sila guna mikroskop (konpim Dart tak nampak sebab dia tak buat spec lagi).
Akhir sekali, ni la gambar aku. Kepada yang nak tahu cemana agaknya rupa aku. Erk, tajuk entry adalah gimik untuk menarik perhatian orang tengok entry ni yang kurang dari segi pengisian. :P
Owh, harap kalian semua boleh melihat gambar aku. Tengok, betapa tak siap muka aku sampai blog pun riject aku post picture. :P
P/S: Masih berada di Kuantan, ada sapa-sapa mahu berjumpa aku? Sila buat appointment dengan P.A. aku di number 01X 2XX XX XX. Lalalalalala.
Owh, maaf kerana kurang update dan tidak dapat menjawab semua komen di entry-entry yang lepas. Agak kesuntukan masa. Maaf juga kerana tidak dapat singgah dan komen. Tapi masih menjadi silent reader.
Kepada follower baru, terima kasih kerana sudi singgah dan follow, akan follow kalian juga.