JaLaN-JaLaN SaBaH - PaRT 4

Hari ni, aku akan buat edisi jalan-jalan Sabah, edisi Axim, edisi makan-makan. Hehehehe. Sebenarnya, aku tak punya kesempatan update belog, aku ada banyak gambar dan idea untuk memblog, tapi tak tercapai kerana waktu tidak mengizinkan (sangat lah tipu, hari-hari jenguk kampung dekat Travian). Okies, jom kita jalan. Destinasi, Seri Selera Kampung Air.




Okies, Sri Selera Kampung Air terletak di Kampung Air, Kota Kinabalu. Tempat ni memang banyak kedai menjual seafood. Kalau korang pergi, korang akan nampak macam kedai Cina dekat semenanjung jer. Tapi jangan khuatir, tempat ni adalah Halal, no pork and lard dan juga ramai orang Islam makan disini. Mari kita tengok keadaan di sini.







Wah, ramaikan orang disini. Tempat ni memang happening waktu malam. Menyediakan makanan seafood yang Fresh. Bagi sesapa yang suka main mata (macam Aie), tempat ni ada ramai sumandak untuk di pandang. Tak caya, meh kita tengok.



Ops, terlebih sudah. Gambar ni aku amik secara curi-curi. Kalau awek tu baca blog aku, aku minta maaf dan minta halal gambar ni dekat dia orang. Okies, skang aku nak tunjukkan korang apa yang disediakan dekat sini. Korang tak caya ek makanan sini Fresh. Meh kita tengok gambar ikan, udang dan macam-macam lagi yang ada dekat sini.






Korang tengok, ada ketam, ada ikan, ada lala dan udang dalam botol. Semua masih hidup tau.






Gambar di atas menunjukkan spesis udang yang ada. Dari udang kecik, sederhana, kepada besar dan sangat besar. Korang boleh nampak lobster yang masih hidup. Innz, ni aku dah tunjuk gambar kaum kerabat udang yang ko request ari tu. Lalalala. Jangan lupa lolipop aku.


Kelihatan para auditor sedang berbual menantikan kedatangan makanan. Sambil Complex Manager (baju biru tak nampak muka) menggelengkan kepala dan berkata dalam hati, habis aku kena pow malam ni. Lalalalala. Jom tengok apa yang kami telah order.


Lauk utama (main dishes, erk betul ker main dishes tu?). Ikan kerapu sweet sour.




Lauk sampingan. Udang goreng, ketam masak black pepper dan sayur manis Sabah goreng biasa-biasa aje. Jemput makan semua, jangan lupa baca doa makan.


Muka Raj dan Vincent yang kekenyangan. Raj ni, memang room mate aku tiap kali out station.


Sedap tak sedap la kan, korang tengok jer pinggan aku yang licin ni. :P Tinggal tisu jer dan tulang ikan, kulit ketam dan udang. Lalalalalala.

Okies, sedikit info tambahan. Dekat sini, biasanya ada persembahan kebudayaan. Tarian rakyat Sabah. Tapi aku tak bernasib baik, sebab malam ni takde. Last year, aku sempat tengok dan menari tarian guna buluh tu (tarian sumazau, erk, betul ke?). Okies, akan datang, ada lagi entry makan-makan aku dekat KK. Tapi kali ni, western sikit. Adios. Aku akan balik hari Jumaat ni kalau tiada aral melintang.

JaLaN-JaLaN SaBaH - PaRT 3

Semalam aku buat audit dekat One Borneo. Kalau korang nak tahu, One Borneo ni merupakan shopping complex paling gempak dekat KK ni. Kira taraf-taraf KLCC dan Times Square lar. Kalau korang masuk jer One Borneo ni, mesti korang ingat korang sudah berada di KL kembali. Okies, dipersembahkan gambar-gambar di One Borneo.





Gambar One Borneo dari luar. Now, aku nak tunjuk sket la gambar landscape One Borneo ni.





Erk, tak lawa langsung aku amik gambar landscape. Takpe, layannnnn.



Nilah main entrance One Borneo. Ramai gila orang. Maklumlah, hari minggu bah.


Gambar Conciarge One Borneo.



Masa aku datang ni, ada pameran kereta Kia......... Kia ke Hyundai, aku pun dah tak ingat.






Gambar shopping mall One Borneo.






Antara kedai-kedai yang ada di One Borneo. Banyak wooo kedai yang ada. Ari tu KFC interprem, kali ni aku interprem dengan McDonald plak. :P





Yang ni memang aku nak share sangat-sangat dengan korang. Aku rasa kerusi ni memang unik. Aku tak pernah tengok kerusi macam ni dekat mana-mana shopping complex dekat KL. Hanya di Sabah bah.



Gambar dua di atas adalah untuk Puan Lili11 yang meminta aku publish bunga. Bunga yang ko mintak, aku jumpa dalam shopping complex. Hehehehe. Sorry Lili11, ni jer yang mampu aku jumpa buat setakat ni.




Ni gambar kawasan seberang jalan One Borneo. Masih hijau walaupun membangun. Itulah Sabah bah.






Korang percaya tak kalau aku bagitau yang gambar sebelah ni aku amik disebelah One Borneo? Percayalah wei. Memang sebelah One Borneo tu masih ada kampung lagi wei.

Okies, cukuplah aku bawak korang ke One Borneo. Next entry, aku tak tau mana lagi aku akan bawak korang jalan-jalan kemana lagi. Mungkinkah aku akan bawak korang jalan-jalan ke Giant yang ada di KK ni? Lalalalala.