Semenjak ada blog ni, aku dah makin gila amik gambar. Thanks to my phone camera, maka dapat aku amik gambar semasa aku di Sabah ni. Okies, stop the crap. Hari ni aku nak bawak korang jalan-jalan ke Papar. Papar ni kira around 45 minit dari Kota Kinabalu. Jarak, please don't ask me, aku tak kira jaraknya. Sebenarnya, aku dekat Papar dari semalam, hari ni sambung lagi di Papar. Okies, cut the things short, jom jalan-jalan.
Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan, ambil masa dalam kereta jer ni. Okies, sepanjang perjalanan dari KK, aku duk nampak laut jer. Especially bila lepas sikit dari Putatan (next trip aku akan cover citer pasal Putatan). So, ni 3 gambar laut yang di ambil. Cantik, cuma pengambil gambar jer tak reti nak amik.
Perjalanan bukan saja nampak laut, tapi nampak juga hutan dan sungai (aku hanya mampu ambil gambar jambatan, sungai tak nampak, pergerakan kereta sangatlah laju). Tenangkan? Okies, now jom kita tengok bandar Papar.
Di atas adalah serba sedikit keadaan gambar bandar Papar. Kedai-kedai kayu masih kelihatan di sini. Owhhh, terambil gambar lori KFC sekali.
Pasar Am Papar dan lorong sebelah pasar Papar tu. Aku tak sempat masuk pasar sebab kesuntukan masa.
Ni gambar landscape yang ada dekat pekan Papar. Aku rasalah, berdasarkan arca binatang yang ada, ternakan paling popular dekat sini musti lembu (lembu ke kerbau ek?).

Inilah gambar Majlis Daerah Papar. Taman landscape tadi, betul-betul depan bangunan ni.
Perpustakaan ni plak terletak di bahagian belakang Majlis Daerah Papar tadi. Tak hairanlah kalau bebudak dekat Papar pepandai, aku tengok masa amik gambar, ramai bebudak sekolah g sana.
Okies, ni last gambar aku. Gambar perhentian bas dan perhentian keretapi. Yang aku pelik, aku tak pernah nampak keretapi tu lalu pun. Okies, sekian sahaja perjalanan untuk hari ni. Akan ada banyak lagi entry Sabah di masa akan datang. Adios, bersama hos jaan-jalan Sabah anda, Encik Grunge. :P

41
comments