Hari tu aku dah cerita mengenai ketrampilan diri. Kali ni aku nak tekankan mengenai persediaan. Aku rasa, ramai yang tau apa persediaan yang perlu dilakukan. Okies, just nak refresh untuk korang. Persediaan yang aku maksudkan adalah dari segi mental dan mental. Kerana, jarang ada interview yang memerlukan persedian fizikal, kecuali korang dalam teknikal line (itu pun bukan semuanya memerlukan persediaan fizikal).
2. Sebelum interview, anda hendaklah tahu dimana tempat interview anda. Sekiranya tidak menjadi keberatan, korang kena g survey dulu tempat interview korang. Ini untuk memastikan korang tidak sesat. Pastikan jarak masa perjalanan anda dan pastikan anda bertolak dari tempat anda 2 jam lebih lewat. Korang tahulah KL ni, unexpected hours pun boleh jem (sila refer kepada keadaan jalan di Federal Highway). Kalau masa interview pukul 10 pagi, korang dinasihatkan sampai pukul 9, sebab korang kena ingat, ada kertas yang banyak perlu diisi.
3. Buat background research mengenai company yang memanggil anda untuk temuduga. Perkara ni mungkin adalah tidak penting, tapi interviewer akan melihat ini sebagai extra point. Sebab, bila anda dapat bercerita dan bertanya mengenai hal ehwal company tu, interviewer akan dapat melihat minat anda terhadap company itu.
4. Hendaklah membawa sijil dan resume lebih untuk tatapan dan belekan para interviewer. Part ni, orang selalu lupa. Biasanya, interview akan dilakukan oleh panel, kebiasaannya 2 orang atau lebih. Satu representative dari HR dan satu lagi representative dari jabatan yang anda apply. Sila beri mereka sorang satu resume dan atleast satu copy sijil anda. Jangan lupa membawa sijil asal sekiranya mereka ingin meneliti kesahihan sijil tersebut.
5. Latih diri anda bercakap dalam bahasa inggeris. Kebiasaannya, interview akan dijalankan dalam bahasa inggeris. Walaupun mempunyai penguasaan bahasa inggeris yang kukuh, keadaan kita yang nervous, akan membuatkan kita menjadi gagap, atau lupa apa yang ingin kita cakapkan. Jadi, untuk menyenangkan anda, sila practiose soalan standard ini. “Tell me about yourself”. Ini merupakan soalan bocor untuk mana-mana interview. Anda hendaklah bercerita mengenai diri anda, sekolah, universiti dan pengalaman kerja anda. Sekiranya anda rajin, anda boleh menyediakan teks ucapan dan praktis menggunakan teks tersebut. Insya-Allah, anda akan boleh bercerita dengan lancer mengenai soalan ini.
6. Pastikan anda tahu apakah post yang anda apply. Apabila sudah mengetahui post itu, anda dikehendaki membuat kajian mengenai tugas-tugas untuk post tersebut. Kepada Fresh Graduate, kerana anda tidak mempunyai pengalaman bekerja, cuba relatekan tugas-tugas post tersebut dengan perkara-perkara yang anda telah pelajari.
7. Knowledge adalah penting. Sebagai contoh, untuk mereka yang mempelajari IT, hendaklah mengetahui jargon and terms dan sila gunakannya pada tempat yang betul. Ini akan dapat impress para penemuduga. Untuk yang apply post account exec, sila ingat debit credit anda dan untuk finance post, sila ingat financial ratio anda. Kerana ini mungkin akan membantu anda semasa temuduga. Rasanya cukup setakat ini. Mungkin akan disambung lagi akan dating atau mungkin ini adalah pengakhiran tips.
Rasanya, kesemua perkara yang penting sudah dinyatakan dalam dua entry mengenai interview tips.
P/S: Sila lihat entry TiPS iNTeRVieW - PaRT 1 untuk no. 1.