Sebenarnya, dah agak lama aku nak menulis pasal ni. Tapi, ketepuan otak tahap maksima telah menyebabkan aku tak mampu untuk menyiapkan artikel ni. Aku terpanggil untuk menulis entry ni selepas melihat betapa fanatiknya manusia ni terhadap sesuatu bentuk hiburan.
Aku rasa, ramai antara korang yang tahu mengenai gejala “Shuffle” dan “Gothic” yang melanda Negara kita sekarang ni (aku rasa, bukan Malaysia sahaja, perkara ni berlaku di Negara-negara lain juga).Seperti biasa juga, akan ada dua pihak berlainan generasi dan berbeza pendapat bila memperkatakan mengenai hal ini. Golongan remaja yang terlibat akan menyatakan apa salahnya mereka melakukan aktiviti ini kerana ianya bukan kegiatan tidak bermoral dan agak sihat. Golongan dewasa pula akan mengatakan betapa budak-budak yang mengikuti aktiviti ini sebagai tidak menghormati budaya dan mengikut adapt resam orang timur.
Aku tidak mahu memperkatakan soal yang tiada jalan penyelesaian ni. Aku Cuma nak menanyakan satu soalan. Sampai bila mahu jadi begini? Shuffle, Goothic, Rock, Punk, Skin, Metal mahupun Grunge adalah satu budaya pembawakan yang di ambil dan disadur dari luar. Perkara ini bukan sesuatu yang asing bagi negara dan masyarakat negara kita. Kalau diundurkan kembali, kita boleh melihat rentetetan budaya saduran yang diikut oleh generasi muda negara. 70’an kita dapat melihat betapa budaya hippies menjadi ikutan. 80’an pula memperlihatkan budaya seperti rock dan breakdance. 90’an kita dapat melihat kemunculan grunge, rap (abang kepada hip hop) dan hardcore. Manakala di new millineum ni kita boleh lihat shuffle, gothic dan rave.
Aku pernah bertanya kepada seorang remaja gothic sampai bilakah dia akan mengikuti gothic? Dia menjawab dia akan mengikuti gothic sampai bila-bila. Aku kemudian senyum dan berlalu. Bukan apa, aku Cuma memikirkan bagaimana remaja ni nak mengothickan dirinya apabila pergi interview kelak. Adakah dia akan memakai baju dan seluar belang hitam putih? Mekap muka dengan bedak putih dan memakai celak serta bertindik di mulut ketika interview? Aku tak rasa perkara itu mustahil.
Aku pernah melihat seorang hard core punk, dating ke gigs bersama isterinya dan baby (mungkin berusia kurang dari 2 tahun) didalam stroller. Masih dengan image punknya. Malah, anaknya itu juga telah dipunkkan dengan mewarnakan rambut anaknya dengan warna hijau. Owh, sungguh kurang sesuai pula fakir ku. Cukup-cukuplah fanatic ketika zaman remaja dan muda, tapi bila dah berumahtangga, lebih baik tinggalkan sahaja.
Owh, bercakap lupa pula menceritakan pasal aku yang grunge ni. Sebenarnya, grunge aku hanyalah pada lagu dan jiwa. Aku rasa, aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang tidak terlalu fanatik. Aku tidak berambut panjang (terpaksa gunting demi untuk interview esok hari). Aku tidak memakai jeans koyak semasa bekerja (sebab tak boleh, kalau boleh memang aku dah pakai kut). Cuma jiwa jer, jiwa yang sedikit memberontak.
Ok. Apa kesimpulan yang dapat dibuat (ada kesimpulan ke)? Aku rasa, tak kira apa juga benda yang remaja tiru skang. Aku yakin, suatu hari nanti, mereka akan kembali seperti orang lain. Benda ni Cuma sementara ja (kecuali kalau dia orang ni tak sedar diri). So, tak payah la nak marah-marah, Cuma kita perlu lihat, kawal dan selia je. Sebab, aku rasa, ramai antara kita masa muda remaja dulu, ada gak terikut dengan benda-benda macam ni. Kalian semua masih lagi menjadi manusia bukan?