PeRGi YaNG TaK KeMBaLi

Maaf. Tidak dapat meluangkan masa yang panjang untuk melawat blog sahabat semua. Semalam selepas interview, keluar makan sekejap bersama Dart dan kawan lelakinya(adakah boyfriend kamu Dart?) Kemudian mendapat panggilan telefon kematian Tuk Ngah pada pukul 3:30. Dengan meminta izin, aku pun balik kerumah, rehat sebentar dan kemudian rushing pulang ke Kajang.

Jenazah dikebumikan pada malam tu juga. Rasa agak terkilan kerana tidak sempat untuk menatap wajahnya buat kali terakhir. Talkin habis dibaca tepat ketika azan Isya'. Malam tadi, tahlil habis pada pukul 10:50. Pulang kembali ke Shah Alam sudah hampir 12. Mandi, kemudian melawat blog. Tidur dan bangun untuk ke kerja.

Hari ni sungguh penat. Masih perlu menghadirkan diri ke tahlil arwah. Kepada pakcik, makcikku dan nek ngah ku. Redhokanlah pemergian arwah tuk ngah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.
"Sesungguhnya, setiap yang hidup, pasti akan mati."

9 Response to "PeRGi YaNG TaK KeMBaLi"

  1. VIP| fLoRa ™ © says:
    June 5, 2009 at 7:54 PM

    takziah sy ucapkan buat keluarga awk.. bnykn bsabar dan sentiasa berdoa smoga roh beliau ditmptkn dikalangan org mukmin.. amin..

  2. haruan tasek says:
    June 5, 2009 at 9:06 PM

    takziah saya ucapkan kepada keluarganya. semoga rohnya dicucuri rahmat

  3. GRuNGe says:
    June 5, 2009 at 9:16 PM

    VIP|Flora: Terima kasih. Harap keluarga lain dapat terima dengan hati yang tabah. Nenek kehilangan seorang adiknya.

  4. anak laut says:
    June 5, 2009 at 10:13 PM

    salam...

    saya mengucapkan takziah kepada saudara atas kepulangan Tuk Ngah menghadap Ilahi..saya mendoakan agar roh awrah dicucuri rahmat dan ditempat bersama orang2 yg soleh...amin.

    wasalamm

  5. GRuNGe says:
    June 5, 2009 at 11:05 PM

    haruan tasek & anak laut: Terima kasih kepada anda berdua.

  6. AiE bAhRi says:
    June 6, 2009 at 12:22 AM

    Salam takziah bang. Al-fatihah untuk almarhum. Ya!memang betul yang pergi takkan kembali.kita yang masih hidup perlu teruskan kehidupan sebagai hamba Allah.

    Saya juga baru kehilangan ayah 4 bulan yang lepas.

    Bang, cepat betul kamu update..lately saya bz sikit.

  7. GRuNGe says:
    June 6, 2009 at 1:05 AM

    Aie Bahri: Takziah kepada anda juga Aie dan terima kasih. Rindu nak baca update kamulah Aie. Btw Aie, sebagai anak lelaki, kamu memikul tanggungjawab yang agak besar kepada keluarga.

  8. AiE bAhRi says:
    June 6, 2009 at 1:35 AM

    Tq bang mengingatkan saya kepada tanggungjawab sebagai anak lelaki.Alhamdulillah saya semakin kuat untuk pikul tanggungjawab sebagai "ayah" walaupun saya masih mempunyai 2 orang abang kerana saya satu2nya anak lelaki yang masih belum berkahwin dan tinggal bersama emak.

  9. GRuNGe says:
    June 6, 2009 at 1:13 PM

    Aie: Tanggungjawab anak yang tinggal bersama ibu adalah agak besar. Saya percaya anda mampu lakukan tugas terbaik.