Sebenarnya, aku baru sahaja tukar tempat kerja dan kemudiannya berhenti. Baru tak baru, sempat jugak la aku berpuasa sebulan dekat tempat baru aku tu. Tempat baru aku, aku dah tak buat audit dah, aku kembali membuat akaun. Aku dah terlupa bagaimana peritnya buat akaun ni sebab dah bertahun tak praktis. Tapi Alhamdulillah, masih lagi mampu handle.
Apa kena mengena citer aku tukar kerja dengan tajuk entry? Mesti ramai (macam ramai jer yang follow dan baca blog aku ni) yang tertanya-tanya kan. Sebenarnya, kalau korang tahu, dulu aku kerja di sebuah pasara raya besar. Seperti biasa la, bila sebut pasara raya jer, orang akan fikir kerja tak glamour. Tapi, biarlah persepsi orang, asalkan kerja halal yea tak?
Skarang, aku kerja dekat sebuah company yang agak gah dari segi nama. Mungkin kerana kewujudannya yang lama dan specialtynya dalam bidang-bidang tertentu menyebabkan company tu menjadi salah satu company yang orang nak masuk bekerja. Aku jugak tak terkecuali.
Masa mula-mula masuk, aku siap shopping sakan beli baju kerja, maklumlah, masa kerja dekat pasar raya besar dulu, aku tak pernah beli baju kerja. Pakai baju apa yang ada dan kebanyakkan masa, aku pakai baju pasar raya besar tu. Baju jer, aku rasa dekat 8-9 helai aku beli, tali pinggang 2, tali leher lebih kurang 5 dan siap beli BB, kononnya dress to success and to impress. Masa tu aku lupa success and impress is all about knowledge.
Fisrt day aku kerja, boss aku kasi task untuk monitor department. Satu tugas yang berat pada aku, tapi aku cuba pikul amanah tu. Seminggu, aku belajar apa yang perlu dibuat dan analyse on what to improve. Masuk minggu kedua, aku tulis proposal on project yang perlu di implement. Masa aku tulis tu, aku dah rasakan tanggungjawab aku dan kerja aku adalah satu kerja yang agak sukar. Mana taknya, kerja yang patutnya dilakukan semasa company tu mula set up, tidak dibuat. Reason senang, sebab no one care and no one want to take the initiative. Sedikit demi sedikit perasaan suka aku mula bertukar kepada rindu company lama. Aku mula rasa menyesal.
Tapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Semuanya kerana nama besar dang ah yang membuatkan aku decide to join. Aku hanya mampu bertahan dua bulan jer dekat situ, kemudian aku gamble resign. Masa resign tu, agak best ar sebab CEO company tu panggil aku untuk discuss why and what will make me stay. However, disebabkan aku dah tau apakah kesinambungannya kalau aku stay, aku decided to leave. Maka dengan itu, bermulalah pengembaraan aku (pengembaraan la sangat) sebagai seorang penganggur. Untuk sedapkan diri aku, aku cakaplah aku sedang mengambil career break. Alasan untuk menyedapkan hati bila berhenti bodoh tanpa ada kerja lain.
Antara memori yang masih segar dalam fikiran aku ialah semasa aku tinggal dengan wan aku dekat Sungai Way. Atuk aku seorang polis, tinggal di kuarters polis Sungai Way. Disebabkan aku masih kecil, mungkin ketika itu berumur dalam lingkungan 4-5 tahun, aku dah lupa nombor blok kuarters atuk aku. Yang aku ingat, balai dekat depan, dan kemudiannya ada pagar untuk masuk ke flet kuarters polis. Kalau tak silap aku, flet ada 3 je, tengah-tengah flet tu, ada satu pokok dan kawasan ala-ala parking dan tempat perhimpunan. Dekat pokok tu lah tempat belajar silat untuk penduduk disitu.
Depan balai polis tu, ada sebuah pasar, dimana aku selalu ikut wan aku untuk membeli keperluannya untuk memasak. Tiap kali aku ikut pergi pasar, pasti akan mintak wan aku belanja aku makan roti canai. Memang aku rasa, aku hantu roti canai masa aku kecik. Wan aku tak pernah menghampakan permintaan aku tu.
Kalau tak silap aku juga, dekat sebelah pasar tu, ada sebuah panggung wayang. Aku rasa, dekat situlah pertama kali aku menonton wayang buat kali pertama dalam hidup aku. Makcik-makcik aku yang bawak aku. Aku masih ingat, ada satu hari tu makcik aku kata anak polis boleh tengok wayang secara percuma. Dia mengajak aku untuk menonton pada waktu malam. Cerita, zaman awal 80-an dulu aku rasa pawagam Malaysia ni femes dengan cerita Hindustan. Jadi kami tengok cerita Amitabh Bachan masa muda tajuk cerita Qurbani. Aku tak ingat sangat jalan cerita tapi aku ingat ada gaduh-gaduh. Part paling aku ingat ialah masa kereta terbakar dan meletup. Aku rasa, disebabkan faktor ni lah, aku minat sangat Amitabh Bachan dan citer hindustan. Makcik-makcik aku memang hantu citer hindustan. Dulu, citer hindustan ditayangkan pada khamis malam jumaat (kalau tak silap aku) dan juga petang jumaat (ini memang aku sangat pasti).
Semua ni tinggal memori je. Memori aku dan wan aku. Wan aku dah kembali ke rahmatullah 3 tahun lepas selepas menderita penyakit angin ahmar selama 5 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.
Kalau ikut akulah, nak ajer aku pakai baju melayu tahun-tahun yang lepas. Tapi memikirkan yang mak aku selalu cakap "Nanti nenek kau bising pakai baju melayu yang sama jer" jadi aku terus mematikan niat suci murni aku nak berjimat tu. Kadang-kadang, aku fikir juga, betul ke nenek aku yang cakap atau mak aku? Takkanlah nenek aku boleh hafal baju melayu yang aku ada. Kalau aku pakai tiga tahun lepas (adakah masih muat lagi baju melayu tersebut? Hahahaha), masih dapatkah nenek aku cam? Tapi aku abaikan sahaja persoalan-persoalan tersebut jauh dalam hati. Takkan aku nak melawan cakap mak aku pulak kan? (Walaupun aku rasa aku tak perlukan baju melayu baru sebab aku pakai setahun dua kali sahaja dan hanya pakai paling lama seharian, itupun seluar baju melayu kadang2 dah campak pakai jeans sahaja.)
Mengimbas kembali raya semasa kecik dulu, paling aku suka sebab masa tu la aku dapat kumpul duit raya dengan banyaknya. Memandangkan aku ni bukan dari keluarga berada, jadi bila duit raya tu cecah ratus-ratus, memang satu jumlah yang agak banyak. Tapi aku ni jenis boros, bila dah dapat duit raya tu, habis macam tu je. Aku pun tak pernah ingat apakah barang yang pernah aku beli menggunakan duit raya aku. Yang pasti, aku beli benda-benda mewah macam air tin dan makanan-makanan ringan (mewahnya benda-benda tu masa zaman aku dulu).
Ada satu peristiwa yang paling aku tak dapat lupakan masa raya ialah masa aku sekolah rendah. Di sebabkan kami sepupu-sepupu semuanya berumur lebih kurang sama (kita orang ni macam ikut batch), maka perangai pun lebih kurang la. Jadi malam raya tu, as ussual pakcik-pakcik kami pun memberi kami bunga api untuk kami main selepas takbir raya. Sebagai cucu sulung, aku pun dipertanggungjawabkan untuk memantau aktiviti bermain bunga api. Korang ingat tak bunga api asap yang tangkai dia tu macam diperbuat dari kertas je tu? Kalau korang suka main bunga api tu masa kecik2, mesti korang buat macam aku gak. Konon-kononnya kreatif la, potong kecik-kecik bunga api tu, letak dekat tanah dan bakar. Bila bakar, maka bunga api tu akan bertempiaran la, jadi nampak macam cantik sikit. Kadang-kadang sampai boleh melompat. Lagi satu bunga api yang popular ialah bunga api tangkai besi. Aku dulu kalau nak beli mesti cari yang plastik dia gambar kucing. Bunga api ni agak bosan, sebab tak leh wat apa. Paling gempak, main tulis-tulis nama guna bunga api tu. Di sebabkan kebosanan main bunga api tu, bila dah nak habis jer terbakar bunga api tu, aku akan campak bunga api tu ke bukit depan rumah nenek aku. Sebab aku dah start, maka adik aku dan sepupu aku lagi sorang pun mengikut la. Syok sangat main bunga api, kita orang tak sedar yang ada kebakaran kecik berlaku dekat bukit tu (mungkin disebabkan bunga api kita orang). Aku rasa, aku orang pertama sedar. Aku cuba amik air dan padamkan, tapi tak berjaya. Lepas tu, seperti budak-budak kecik lain yang cuba menyembunyikan kesalahan mereka, aku buat2 tak nampak. Kemudia, salah seorang sepupu aku yang masih kecil jerit api-api. Aku, adik aku dan sorang lagi sepupu aku pura-pura nak padamkan kebakaran tu (sebab kita orang rasanya yang mulakan). Api makin besar. Pakcik-pakcik aku dah suruh masuk. Api tu naik sampai ke atas bukit dan 15-20 minit kemudian, kita orang dengar bunyi bomba. Kebakaran bukit depan rumah nenek aku berjaya dikawal oleh pihak bomba. Aku, adik aku dan sepupu aku diam dan berpandangan sesama sendiri. Aku rasa, sampai sekarang benda ni masih kami rahsiakan.
Ni merupakan sebahagian pengalaman raya aku. Di kesempatan ini aku nak mengucapkan maaf zahir dan batin kepada semua bloggers yang rajin mengunjung ke blog aku ni. Semoga Aidilfitri ini memberikan kita lebih banyak keberkatan. Salam Aidilfitri dari aku.
Aku dan kawan aku pergi uni pada hari Ahad untuk study di library. Tapi nasib kami malang, kerana library tak bukak. So aku dengan kawan aku membuat keputusan study dekat food court. Gila poyo aku masa tu, konon (nawaitu aku) nak menampakkan aku ni mat study la. Dua jam kami study, datang geng-geng junior lepak untuk makan. Member aku suruh aku pandang dekat awek sorang dalam geng junior-junior tu. memang taste dia, cerah dan gebu. Aku yang masa tu dah tahap tepu study, terus cakap dekat kawan aku, ko nak tengok tak dia tak senang duduk.
Secara kebetulan geng junior tu duduk depan meja kita orang. Awek tu plak duduk bertentangan dengan aku. Aku pun, start la perangai suka jeling aku. Dari dia duduk sampai dia borak, aku pandang direct jer dekat awek tu. 5 minit, kemudian 10 minit. Awek tu dah mula terasa yang aku pandang dia. Dia dah start rasa serba tak kena. gerak kiri kanan, betul-betulkan tudung. 5 minit kemudian, dia membisikkan sesuatu kepada kawan lelaki yang duduk depan dia. Kawan dia kemudian memandang kebelakang kearahku. Kemudian kawannya gelakkan dia. 5 minit kemudian, dia bangun membeli makanan, masih duduk ditempat yang sama. Aku mash jeling dia. Satu suap satu suap aku tengok. Sampai 10 suap, dia minta tukar tempat duduk dengan kawan dia. Aku pandang member aku dan senyum. Member aku time tu dah malu dah dengan perangai aku.
Owh, cerita ini iada moral of the story. Apa yang boleh disimpulkan ialah, gunakanlah mata anda dengan bijaksana.
Pastu, bila dapat duit elaun dari penaja, mulalah keluar sesama. Tengok wayang, makan fast food (kebiasaannya, fast food merupakan makanan mewah bagi student). Pastu, siap leh beli present bagai. I give you one present, you give me back one present. Kena awek demand, I give you want, you give me three. Dapat duit penaja, beli henpon sedondon, maklumlah, bercinta.
Cuti semester pulak, plan reramai, pergi bercuti. Semua couple2 jer yang pegi. Maklumlah, nanti bila dah cuti, lama lagi baru bersua kembali (kalau tak kena dismiss). Nak jumpa masa cuti, sorang utara sorang selatan, jadilah macam citer kutub utara kutub selatan (sebenarnya takde kena mengena pun dengan citer ni). So pergilah vacation.
Masa cuti plak, internet dan henpon jadi penghubung. Chat dekat YM, lepak-lepak dekat blog (kesemua ini hampir jarang berlaku zaman aku study, kerana zaman tu, henpon dan internet amatlah mahal). Lepas chat dekat internet, sambung plak dekat henpon, gayut sampai pagi. Maklumlah cuti, esok boleh bangun tengah hari.
Jadi, bestkan bercinta masa zaman universiti?
Semasa muda remajaku (mengaku bahawa aku sudah tua), aku tidak lari dari kenakalan. Aku rasa, aku antara bebudak yang kalau dilihat dari segi luaran, akan dikategorikan orang sebagai budak jahat. Aku jadi begini apabila aku memasuki tingkatan 5. Ialah, masa tu dah jadi senior dekat sekolah. So, berlagak macam pailanglah. Setiap pagi, aku akan melepak di kedai mamak berhampiran sekolah ku untuk makan roti canai dan minum teh tarik. Selepas tu hisap rokok. Balik sekolah, aku akan melepak di stesen bas, sambil mengganggu awek sekolah sebelah (aku bersekolah tidak campur) lalu.
Kebiasaannya, bila menaiki bas, aku dan rakan-rakan ku selalu akan melihat, sama ada dalam bas tu terdapat ramai awek ke tak. Kemudian, kami membiarkan mereka menaiki bas dahulu. Kerana kami pernah menaiki bas dahulu, kemudiannya, kami dapati, bebudak perempuan tidak naik bas tersebut (mungkin kerana tidak suka dan jelik dengan perangai kami di dalam bas). Bila naik, kami akan duduk di belakang sekali dan mula mengorat (atau dengan kata yang lebih tepat, mengacau awek) yang naik bas itu. Kami memang bising dalam bas dan selalu ketawa dengan nada yang menjengkelkan.
Ada sekali tu, aku bertiga. Seorang tu junior aku dan seorang lagi kawan setingkatan dengan aku. Oleh kerana korum kami tidak cukup, maka kami tidak dapat duduk bahagian belakang. Bahagian belakang telah di conquer oleh budak-budak perempuan. Kerana korum tidak cukup, maka kami jadi senyap. Budak-budak perempuan yang ada dibelakang lebih gamat dari kami. Pada masa tu, bebudak perempuan tu (tingkatan 3 dan sedang ulangkaji pelajaran PMR) membuka buku pengajian Islam tingkatan 3. Dengan lantangnya, mereka membaca dengan kuat satu perenggan didalam buku itu.
“Hukum orang yang mengganggu ketenteraman awam adalah dibuang daerah.”
Aku, junior aku dan rakan ku, berpandangan sesame sendiri. Kami tersentap dengan ayat itu. Mana taknya, kumpulan itulah yang seringkali kami target bila kami ramai. Kami diam dan pura-pura tidur manakala geng bebudak perempuan itu, ketawa dengan kuatnya melihat gelagat kami.
P/S: Moral of the stories. 1. Jangan membuli budak perempuan ketika anda ramai. 2. Jangan naik bas yang ramai budak perempuan yang anda telah usik ketika anda tidak mempunyai cukup geng, konpim kena buli balik punya.
Kejadian 1
Masa aku habis SPM dulu, Bukit Bintang adalah tempat aku melepak dan berjumpa dengan kawan-kawan. Ada sekali tu, sedang menunggu bas (dekat depan 7-eleven Bukit Bintang) kerana nak balik rumah, aku perasan ada seorang lelaki berbangsa Cina memandang kepada aku. Aku buat tak tahu je sebab aku tak kenal dia. Kemudian aku menyalakan rokok. Ketika tu, aku pakai seluar jeans dan baju Tasmania Devil (gambar kartun) dan baju itu agak singkat (betul2 dekat pinggang aku). Lelaki Cina itu kemudiannya datang kepada aku meminta pinjam lighter. Aku pun seluk seluar dan berilah lelaki tu lighter. Kebetulan, semasa menyeluk seluar, baju aku sedikit ternaik menampakkan pusat. Lelaki itu memandang ku.
Selepas menyalakan rokoknya dan memberi aku rokok. Dia kemudian memulakan perbualan. Dia bertanya aku hendak kemana. Memperkenalkan dirinya dan bersalaman dengan tanganku. Ketika bersalaman, aku dah rasa semacam. Mana taknya, dia salam dan seolah-olah mengusap tapak tangan ku. Keadaan ini berlaku agak lama, dimana lelaki normal yang aku kenal tak pernah buat begini. Dia kemudian mengeluarkan statement yang membuatkan bulu roma ku berdiri. "I tengok perut you tadi, dekat pusat you ada bulu. Seksi la you ni." Kalau bukan kerana aku penyabar, memang aku dah terajang dan mamat ni tadi. Secara kebetulan datang sebuah bas. Aku menyatakan kepadanya yang aku perlu menaiki bas itu (sebenarnya, aku sendiri tak tau arah tuju bas itu). Nasib bas tersebut pergi ke Kota Raya.
Kejadian 2
Kisah berlaku semasa aku di tingkatan 5. Ketika itu, aku di arahkan menyertai kem motivasi, yang dikhaskan kepada pelajar yang mempunyai potensi untuk lulus SPM (aku merupakan kategori pelajar yang di cop mungkin akan gagal SPM). Kem motivasi ni dibuat di Port Dickson (Youth Camp). Pada waktu malam, kami dibenarkan membuat acara bebas, dari pukul 9 ke atas. Aku dan kawanku, telah pergi ke tepi pantai (melarikan diri dari murid-murid lain) kerana ingin menghisap rokok. Sedang aku duduk di tembok tepi pantai. Datang seorang lelaki, yang agak jambu mukanya. Memberi salam dan menanyakan aku bagaimana hendak ke Blue Lagoon. Aku pun memberitahu dia yang Blue Lagoon arahnya ke atas lagi dari tempat kami itu.
Dia kemudian bersalaman dengan aku (caranya sama seperti lelaki di kejadian 1). Dengan tidak meminta izin, dia duduk sebelah aku, kemudian menyalakan rokok. Dia tanya apa yang aku buat disitu. Aku pun menceritakan mengenai kem motivasi dan aku keluar kerana ingin berjalan dan menghisap rokok. Aku menyatakan aku datang dengan kawanku, sambil menjeling memandang kawan aku yang sedang berjalan-jalan seorang diri. Kemudian dia memperkenalkan dirinya dan menceritakan serba sedikit mengenai dirinya. Dia kata, dia seorang cabin crew (Steward) dan part time model. Sedang bercerita, dia meletakkan tangan ke peha aku, dan mula meraba peha aku. Aku tak berani berbuat apa-apa, kerana dia lebih besar dari aku. Tapi sumpah, aku rasa nak terajang dia. Hampir 5 minit dia buat begitu (aku rasa geli gila dan teramat tidak suka), kawan aku menghampiri aku dan menyatakan kami kena pergi kerana curfew tamat (pandai sungguh rakan ku mereka cerita). Kami meminta diri. Lelaki tersebut memberikan nombor telefon dan meminta aku menghubunginya (nombor itu aku terus buang) dan bersalaman lagi dengan aku (salam yang aku tak leh terima). Kami melintas jalan dan dalam perjalanan balik, aku memarahi kawan aku kerana lambat untuk menyelamatkan aku. Nasib baik aku tak kena noda.
Beginilah dua cerita yang aku tidak boleh lupa. Pengalaman dingorat oleh kaum sejenis. Seriau aku. Jadi, katahuilah kalian, aku adalah lelaki normal lagi straight.
Masih aku ingat semasa aku berumur 19 tahun. Masa tu aku masih belajar di IPTA. Suatu hari raya, seperti biasa, aku, sepupu aku dan adik aku akan mengunjungi pusaraya arwah atuk aku. Seperti kebiasaan, kami akan pergi bertiga, tanpa mengikut ayah-ayah kami atau pakcik-pakcik kami. Kebiasaannya, aku akan menggunakan kereta ayah aku untuk kesana.
Bila sampai dikawasan perkuburan. Kami pun mulai membaca alfatihah dan berdoa kepada arwah atuk, onyang dan atuk saudara kami (arwah tok pin). Selepas menghadiahkan alfatihah dan berdoa, aku dan sepupu aku akan merokok. Adik aku, bertugas untuk cover line, melihat sekiranya ada pakcik-pakcik kami yang datang menziarah. Sedang aku dan sepupuku asyik menikmati kenikmatan Mr Dunhill 20, adik aku berlari ke arah kami. Dia memberitahu kami bahawa Pak Long datang untuk menziarah kubur. Kami membuang rokok kami, pergi ke arah Pak Long dan keluarganya dan bersalaman dengan Pak Long dan anak-anaknya. Sepupu aku (anak Pak Long) tersenyum kepada kami. Kami pun beredar dan pergi ke rumah tok ngah (arwah) untuk beraya.
Beberapa ketika setelah kami di rumah tuk ngah, keluarga Pak Long pun tiba. Pak Long dan keluarganya masuk. Aku dan sepupuku memandang sesama kami (adik aku tak rasa apa-apa sebab dia tak merokok). Sejurus selepas duduk, Pak Long mula membuka cerita.
"Tadi Pak Long pergi kubur arwah atuk, Pak Long nampak kubur atuk berasap tau" kata Pak Long ku membuka perbualan di tengah rumah.
"Ko biar benar Long" mak aku tenya dengan keadaan konpius.
Keadaan menjadi gamat dengan gelak tawa. Aku dan sepupu aku, lantas keluar dari ruang tamu dan duduk di luar rumah.
Moral of the story: Jangan merokok di kawasan tanah perkuburan.
Ada sekali tu, ada sorang budak darjah dua (bukan satu eklas dengan aku) memberitahu cikgu Suraya ni, cikgu, saya suka la dekat cikgu, cikgu ni cantik. Saya nak kahwin dengan cikgu (pergh, gila berani budak tu, kecik-kecik dah pandai ngayat). Pastu cikgu tu jawab, awak, saya ni lagi tua dari awak. Awak kecik lagi, mana boleh kahwin. Budak tu jawab lagi. Nanti saya besar, saya nak kahwin dengan cikgu. Cikgu Suraya menjawab, kalau kamu dah besar, cikgu pun dah tua masa tu. Dah tak cantik. Dah kerepot.
Owh, gatal juga aku ni masa darjah dua. Bukan gatal mengayat macam dak kelas lain tu. Gatal dari segi mengusha. Seb bek la skang ni dah tak gatal lagi. :P
4 orang budak lelaki memasuki bilik Profesor manakala ada seorang lagi rakan mereka menunggu diluar bilik di hadapan pintu. Dua orang dari mereka memulakan perbualan dengan professor itu. Pelajar pertama, “Professor, any tips for the final exam you can tell us?” Professor, “As I have announce in class, I have given the question that I would give for my final exam. There will be 10 essay question, as in the paper that I have distribute. Want I want is the exactly same answer and examples from my lecture. If you can give me that, I’ll guarantee you an A.”
Dua budak lelaki yang masuk sekali dan berdiri agak hampir dengan pintu sedang memerhatikan bilik Professor itu ketika perbualan itu berlaku. Majid berbisik kepada Joe sambil menunjukkan selonggok test pad yang disusun berhampiran coffee table di dalam bilik itu. “Joe, tu dia kertas jawapan yang dah bercop yang Professor akan guna esok.” Majid dan Joe perlahan-lahan menghampiri meja itu dan dengan berhati-hati mula mengambil kertas tersebut sedikit demi sedikit. Kertas etrsebut kemudian di berikan kepada rakan yang menunggu di luar bilik.
15 minit kemudian, keempat-empat pelajar terbabit keluar dari bilik Professor itu. Pelajar pertama, “Majid, Joe, berapa banyak kertas korang dapat amik tadi?” Majid menjawab, “aku rasa, adalah dalam 7 helai sorang. Apa lagi, jomlah kita balik. Ada 10 essay nak kena salin dekat kertas tu.” Kelima-lima mereka berlalu dengan tersenyum. Satu bahana dah lepas, tinggal esok jer cemana nak seludup masuk kertas tu masa exam.
Ada sekali tu bila hantar homework matematik. Puan Syarifah memanggil aku kedepan. Aku masa tu bangga la, sebab ingat kerja rumah matematik aku bagus. Pastu, satu tamparan hinggap ke muka aku. Aku terkedu. Dia Tanya aku, tahu tak kenapa dia tampatr aku. Aku jawab tak tau. Pastu, dia tunjukkan kerja aku. Berapa kali saya dah cakap, kayu tu, buat sampai sembilan, masuk yang kesepuluh, awak pangkah kayu yang awak lukis tu. Ni awak buat sepuluh, pangkah satu. Kan dah jadi 11.
Tapi, apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih kepada cikgu aku Puan Syarifah. Kalau tak kerana dia, mungkin aku tak minat nombor dan tak pandai mengira. Terima kasih cikgu.
Malam Jumaat dah sibuk pergi rumah Encik Ali,
Minta tandatangan kad untuk keluar keesokan hari,
Hari Sabtu berebut nak bangun pagi,
Breakfast dekat Trolak Utara menunya nasi,
Semua orang berebut handak pergi,
Mana taknya,
Hari minggu kita habiskan masa ke pasar pagi,
Makan di stesen keretapi,
Tengah hari lepak di Bidor,
Main snooker dan makan KFC,
Cukup time kita kembali,
Ke hostel yang kita cintai.
Kepada sahabat-sahabat MSM Trolak intake 1997, masih ingatkah kalian semua dengan kenangan ini?
Didalam sebuah jamban, seorang budak lelaki dengan khusyuk membelek nota. Membaca sambil mulut terkumat-kamit. Lepas satu, satu mukasurat dibelek budak lelaki itu.
Diluar jamban tersebut. Seorang lelaki pertengahan usia melihat jam tangannya. “Budak ni berak batu apa, dah dekat 20 minit dalam tandas ni” bisik lelaki itu di dalam hati.
Budak lelaki itu mengoyakkan notanya dengan halus, membuang nota tersebut didalam mangkuk tandas dan memflush jamban tersebut. Paip air dibuka seolah-olah mencuci sesuatu.
Lelaki di luar tadi mengetuk pintu jamban, “Awak ni buang air besar ke awak buat apa didalam tu?” Budak lelaki, menutup air paip, memandang mangkuk jamban untuk melihat sama ada masih ada sisa kertas ataupun tidak. Kemudian budak lelaki itu membuka pintu tandas sambil tersengih dan berkata kepada lelaki itu, “Maaf encik, saya sakit perut sangat-sangat tadi. Malam tadi salah makan kut”.
Lelaki tadi kemudian memeriksa tandas itu dan kemudian mengiringi budak itu keluar ke dewan peperiksaan sehingga ke majanya.
Budak lelaki itu berkata didalam hati, “Pergh, nasib baik semalam aku buat nota pasal elasticity dengan marginal rate of return. Dapat aku jawab dua soalan essay ni. Masa pun ada sejam setengah ni untuk Managerial Economic.
Lagi satu kisah aku semasa berada di sebuah IPTS tempatan. Nasib baik aku tak kantoi, kalau tak, memang kena gantung aku. ;)
Sehari sebelum kertas World Civilization. Seorang budak lelaki sedang duduk di perpustakaan sambil membelek nota Tamadun Awal Mesopotamia. Budak lelaki tersebut sedang tekun menulis sesuatu di atas sehelai kertas A4 yang telah dilipat dua. Dengan tulisan yang kecil, budak tersebut dengan tekun menyalin kembali nota dihadapannya tanpa mempedulikan orang yang semakin ramai mengunjungi perpustakaan.
Jam 8, keesokan harinya. “Kesemua pelajar yang mengambil mata pelajaran World Civilization, sila masuk ke dewan peperiksaan sekarang. Pelajar-pelajar berpusu masuk ke tingkat empat perpustakaan. Budak lelaki (yang semalam menghabiskan masa menelaah di perpustakaan) masuk dengan tenang dan duduk berhampiran dengan kawan-kawannya. “Anda boleh membuka kertas peperiksaan anda semalam”. Budak lelaki tersebut membuka kertas, tersenyum dan terus menulis kerangka di kertas soalan tersebut. Selepas 30 minit, budak tersebut mula menulis di kertas jawapan. Cyber yang duduk disebelah budak tu, rasa takjub dengan kelancaran penulisan budak tersebut. Gila power Majid (budak lelaki itu, bukan nama sebenar) ni (detik hati Cyber). Mesti soalan yang dia target keluar.
“Masa tinggal satu jam sahaja lagi.” Cyber masih lagi terkial-kial menjawab soalan. Majid memandang Cyber, dan tanya, “Pstt, kau boleh jawab tak Cyber?”. Cyber menggeleng kepala tanda tak boleh. Majid pandang kiri, pandang kanan. Pemeriksa sedang sibuk mengagihkan kertas jawapan. Majid mengambil kertas soalan Cyber dan menggantikan dengan kertas soalannya. Cyber terdiam, tapi tanpa soal, terus membaca kerangka kertas soalan itu.
“Masa sudah tamat.” Kertas jawapan pun diambil kembali oleh pemeriksa. Majid dan Cyber berjalan keluar beriringan. “Gila power ko Majid, semua soalan ko spot keluar.” Kata Cyber kepada Majid. Majid tersenyum dan berkata, “Nasib baik jer, semua benda yang aku belajar semalam dekat library, keluar.”
Ini adalah antara kisah yang aku alami semasa belajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Negara ini. Aku rasa, tak lengkap hidup sebagai pelajar kalau tak menirukan. :P
Waktu : Pulang dari sekolah (biasanya sekolah pagi).
Masa ni aku form 4. Maklumlah, bila masuk form 4, masuk aliran Sains, perasaan bangga tu pastinya ada (kononnya budak aliran Sains lebih bagus dari aliran-aliran lain). Jadi untuk menunjukkan aku budak aliran Sains, maka sepanjang tahun semasa aku form 4 aku sentiasa mendakap buku Matematik Tambahan (buku yang kecil, tebal dan kaler ungu). Konon-kononnya nak show off dan nak impress awek sekolah sebelah la.
Tadi petang aku borak dengan Cik Na dalam telefon sambil menceritakan kisah di atas kepada dia. Fikir-fikir balik, rasa macam bengong jer (dulu tak fikir pun benda yang aku buat bengong). Aku mula-mula ingat, aku jer yang buat benda ni. Rupa-rupanya, Cik Na bagitahu aku, dia pun sama. Untuk melahirkan rasa bangganya dia sebagai budak Aliran Sains, dia pun duk kendong buku Matematik Tambahan (kadangkala buku Fizik, Biologi atau Kimia). Wah, mungkin ni trend zaman dulu-dulu (aku tak tau trend skang macam mana). Kami sama-sama gelak memikirkan, buku Add Math yang kecik dan sepatutnya muat dalam beg sekolah, saja jer dikendong untuk memberitahu umur bahwa aku budak aliran Sains.
"Poyo gak aku ni dulu"