Showing posts with label Home Deco. Show all posts
Showing posts with label Home Deco. Show all posts

iSTaNa HiNGGaP PaKCiK aKu





Ni antara gambar di kebun kepunyaan pakcik aku dekat sungai gabai. Memang kaya. Apa yang ada di kebun pakcik aku? Okies, dia ada sebuah tasik buatan sendiri, kalau korang tengok, besar gak tasik tu. Atas tasik, ada sebuah pondok, ala-ala restoran terapung nelayan, complete dengan dapur untuk memasak dan grill untuk memanggang. Bahagian atas, dia tanam pokok buah-buahan. Ada satu corner, dia buat tempat untuk ternak kambing, ayam dan itik. Seberang tasik, dia buat pondok dua tingkat. Sebuah rumah untuk pekerja dan sebuah rumah tempat dia dan family members berehat. Ada sebuah kolam renang kecil, atas bukit, yang di buat umpama air terjun. Giler best kan. Kalau aku datang lagi sekali, aku akan ambil gambar cantik-cantik dan share dekat blog aku lagi.

TeRaTaK BuRuK aKu

Kali ni aku nak tunjuk gambar teratak buruk kecil aku. Aku baru cat apartment aku ni tahun lepas. Sebab aku rasa bosan dengan pilihan kaler yang diberikan oleh ex owner rumah ni. Boleh dia cat rumah ni dengan guna cat kaler coklat kapur jer. Mula-mula masuk rumah ni, boleh dikatakan daif lar keadaanya (sebab tuan punya rumah daif). Sebenarnya, aku dah duduk rumah ni since 2006. Sah jadi owner 2007. Masa mula-mula masuk, rumah ni memang terlalu kosong. Sekarang, rumah ni dah complete. Cukup segalanya. Rasanya, mungkin kalau ada rezeki, aku akan upgrade lagi umah aku ni (tak tau samada nak upgrade or aku nak beli landed property). Kalau ikut plan aku la, aku akan beli landed property in 2-3 years time. Okies ler, cukuplah aku merepek meraban. Sila-sila jemput masuk teratak buruk aku ni.




Ni merupakan ruangan favourite aku. Di mana aku bersantai tengok astro, chat dan update blog aku. Three seater sofa tu memang tempat aku merehatkan badan setelah selesai kerja, kebiasaannya aku baring dekat situ dan jadi couch potato (lately ni aku lebih banyak duduk sebab melayan lappy aku). Aku nak tunjuk keseluruhan rumah aku, tapi perlu ke aku masukkan gambar bilik air dengan dapur aku? Rasanya, cukuplah bawak korang semua sampai ruang tamu aku jer kan. Apa-apa pun, aku sayang rumah aku.

"Sesungguhnya
, rumah ku itu adalah syurga bagiku."