Showing posts with label Merepek. Show all posts
Showing posts with label Merepek. Show all posts

YaNG KiTa FiKiR TaK SeMeSTiNYa BeNaR

Situasi 1:

Di sebuah taman bunga terkenal di ibu negara. Kelihatan seorang remaja perempuan yang menangis teresak-esak. Tangan remaja tersebut ditarik oleh seorang lelaki bertubuh sederhana dengan muka yang menunjukkan perasaan marah.

Mesti ada di antara kita bila melihat perkara tersebut akan memikirkan pergaduhan di antara pasangan yang sedang bercinta. Tapi perkara-perkara berikut juga adalah satu kemungkinan juga seperti: -

Seorang adik perempuan yang lari dari rumah tapi telah dijumpai oleh abangnya dan dipaksa mengikut abangnya kembali ke rumah.

Seorang perempuan yang melarikan diri dari sindiket menjual wanita antarabangsa.

Pencopet (wanita) baru sahaja ditangkap oleh tuan punya dompet atau barang.


Situasi 2:

Di tengah malam yang tenang di sebuah lebuh raya di selatan tanah air. Seorang wanita berambut panjang melepasi bahu berbaju putih berjalan dengan perlahan di laluan kecemasan. Tiada kenderaan yang akan terlepas pandangan ke kelibat itu kerana bajunya yang seolah-olah memantulkan cahaya apabila terkena suluhan lampu kenderaan. Tiada kenderaan yang berani memberhantikan kenderaan mereka untuk melihat dan bertanya kepada wanita itu.

Sekiranya mengalami perkara diatas, pasti ramai yang akan terfikirkan wanita berkenaan sebagai jelmaan hantu, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sudah menonton cerita KARAK. Tapi, tidakkah terdetik di dalam hati yang: -

Seorang ibu tunggal kerosakan kereta sedang berjalan mencari telefon PLUS berhampiran untuk membuat panggilan kecemasan demi mendapatkan bantuan dari peronda PLUS. Anak-anaknya dibiarkan tidur didalam kereta kerana keletihan.

Seorang awek yang ditinggalkan boyfriend mereka sewaktu bersiar-siar menaiki motorsikal akibat dari selisih faham. Baju putih yang yang memantulkan cahaya yang dilihat oleh pemandu-pemandu lain merupakan baju keselamatan untuk penunggang dan pembonceng motorsikal.

Jadi, cuba kita fikir, adakah apa yang kita lihat dan fikir, merupakan benda yang benar-benar terjadi ataupun don’t jump into conclusion sebelum mengetahui perkara sebenarnya.

TaPi......................................

Pernah tak terfikir dalam kehidupan kita betapa besarnya impak dan keberkesanan perkataan TAPI dalam kehidupan seharian. Sebagai manusia, aku rasa kita tak dapat lari dari menggunakan perkataan tu.

"Saya dah belajar, TAPI masih tak dapat score subjek tu".

"Saya nak tolong buang sampah tu, TAPI sampah tu berat sangat la".

"Saya dah stayback untuk menghabiskan kerja-kerja saya, TAPI kerja-kerja tu banyak sangat sampai tak boleh habis".

"Saya suka dekat awak, TAPI boleh tak kita kenal-kenal hati budi masing-masing dulu".

Ada tak sesiapa yang tak pernah menggunakan perkataan TAPI dalam kehidupan mereka? Untuk aku, perkataan TAPI ni terlalu banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Selalunya perkataan ni aku gunakan sebagai alasan, or reason bak kata orang kampung aku. Kadang-kadang, terdetik dalam diri aku adakah perkataan TAPI itu direka cipta untuk membolehkan kita memberi alasan terhadap perkara-perkara yang tidak mampu kita lakukan atau tidak mahu kita lakukan. Boleh tak kalau kita hidup, tanpa menggunakan perkataan TAPI ataupun kita gantikan perkataan TAPI tu dengan perkataan lain yang lebih positif. Kerana pada pendapat aku, TAPI ni merupakan perkataan negatif yang kalau di amalkan boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang mempunyai 1001 alasan.

Sekadar renungan, coretan dan catatan seorang yang punyai banyak persoalan dalam kehidupan.

SaLaM 2011

Dah lama tak update blog ni. Rasa macam janggal bila nak berblog kembali. Sudah lama kekeringan idea untuk menulis. Akhir-akhir ni, banyak benda yang berlaku dalam hidup. Salah satu darinya adalah hijrah. Dengan rasminya, aku akan berhijrah pekerjaan baru. Harap hijrah ini adalah yang terbaik buat aku.

Semalam, selepas berborak dengan seseorang, tiba-tiba keinginan untuk menulis kembali meluap-luap. Tetiba jer macam dapat topik untuk diperkatakan. Aku cuba untuk menulis dan mengarang, tapi fikiran buntu. Ada topik, tapi tak boleh sampaikan idea tu dengan penulisan.

Hari tu, mungkin sebab dah terlalu lama sangat aku tak bukak blog dan tak update, blog aku ni dah digantung. Aku sendiri hampir-hampir lupa password aku dan akhirnya, terpaksa aku reset dan guna password baru.

Owh, aku baru dapat berita mengenai salah seorang rakan blog ku sudah melangsungkan perkahwinannya bulan 5 lepas. Ops, silap, sebenarnya ada 2 orang. Maaf kerana tidak dapat hadir. Disini aku nak ucapkan semoga kalian berbahagia.

Harap kali ni, aku dapat menulis dan terus menulis. Aku harap penulisan ku semakin baik. Ini mungkin entry pertama untuk tahun ni, dan aku berharap ianya bukan entry terakhir aku.

uPDaTe SeDiKiT

Dekat 2 minggu aku tak update blog. Mungkin ramai yang ingat aku dah berhenti menulis balik. Macam biasa, naik cuti Raya, aku kena pergi outstation selama 2 minggu. Alhamdulillah, aku dah selamat sampai di rumah. Masih kepenatan, tapi nak buat macam mana, kerja perlu untuk menampung hidup. Bak kata member-member aku, kita bekerja ni untuk Bank. Mana taknya, hutang Bank melambak. Hutang kereta, rumah, credit card dan lain-lain lagi. Jadi kepada pelajar-pelajar semua, aku nasihatkan janganlah fikir kerja merupakan perkara yang mudah. Memang betul, cukup bulan je dapat gaji, tapi gaji kerja sebulan tu, dalam masa sehari boleh habis. Dapat gaji 28hb, hari tu juga boleh nampak akaun bank hampir sifar. Aku tengah fikir nak buat contest lagi dekat blog ni. Aku akan umumkan contest tu dalam masa yang terdekat. Btw, kepada pemenang contest aku dulu yang masih belum menuntut hadiah mereka, boleh e-mail kepada aku. Aku rasa masih ada yang belum lagi menuntut hadiah mereka. Contest kali ni aku harap akan memberi manafaat kepada mereka-mereka yang memasukinya. Jadi kepada mereka yang berminat, just tunggu akan pengumuman contest aku ni. Aku lupa kita masih di ambang Raya. Maaf kepada mereka yang menjemputku ke rumah tapi aku tak dapat hadir, jadual kerja luar menyebabkan aku tidak dapat hadir. Maaf juga masih belum sempat membuat rumah terbuka. Harap suatu hari nanti aku akan dapat membuatnya.

P/S: Maaf masih belum jumpa topik menarik untuk ditulis.

TiaDa TaJuK

Two different mind might agreed or might not agreed with each other.

Situasi 1:

Seorang lelaki berkata di dalam hati, "Kenapa aku selalu dilukai? Setiap kali bercinta, mesti ada sahaja yang tidak kena. Ada sorang awek aku tu cakap badan aku berbau petai. Ada lagi sorang cakap, aku ni mulut bau longkang. Mentang-mentang aku tak hensem, tak kaya. Mula-mula boleh terima. Tapi lepas jumpa pakwe hensem dan kaya, kena tinggal la aku".

Seorang perempuan menangis teresak-esak sambil mulut terkumat-kamit berkata, "Sampai hati boyfriend aku tinggalkan aku. Dulu masa aku slim, beriyea-iyea nak dekat aku. Skarang aku dah naik 1kg, dia nak tinggalkan aku pulak".

Kenapa perempuan selalu salahkan lelaki dan yang lelaki selalu salahkan perempuan? Kenapa tidak terima je yang perhubungan tu dah tamat dan move on your life?

Situasi 2

Pelajar A: Buat apa aku nak belajar sungguh-sungguh. Dah grad nanti susah jugak nak dapat kerja. Baik aku buat biasa-biasa je asal lulus. Nanti dah grad, aku guna la pengaruh family aku untuk dapat kerja. Sekarang ni, baik aku main-main dulu dan enjoy. Cari boyfriend banyak-banyak. Untung-untung leh dapat yang hensem dan kaya. Aku jugak senang kemudian hari.

Pelajar B: Kalau aku tak belajar bersungguh-sungguh macam mana aku nak jadi pelajar cemerlang dan banggakan keluarga aku? Dah la aku anak harapan keluarga, anak sulung. Akulah harapan ibu bapa aku untuk tanggung perbelanjaan pelajaran adik-adik aku bila dah kerja esok.

Adakah belajar sekadar untuk dapatkan Ijazah ataupun belajar untuk kepuasan diri dan keluarga? Kebanyakan kita sekarang, belajar untuk dapatkan kerja, bukannya demi kepentingan ilmu itu sendiri.

Aku rasa entry kali ni tak ada kena mengena dengan starting words aku. Mungkin aku akan guna lagi sekali starting words aku di masa akan datang dimana entry akan ada kena mengena dengan starting words aku.

P/S: Mood makin tiada untuk menulis. Gaya penulisan semakin hambar. Mood cuti dan raya sudah ke penghujung. Lepas ni busy kembali dengan kerja dan outstation. Tapi aku tahu, aku pasti boleh survive walaupun muak tahap maksima dengan environment kerja.

BeRKuaLiTi aTau TiDaK

Cerita ni aku tulis based on personal experience. Wakakaka, personal experience, macam dah banyak beno munyik experience aku ni kan. Jap jap, tahun ni umur dah 32, banyak la tu experience, dah hidup 32 tahun. Wakakaka.

Dalam hidup semua orang nak benda yang berkualiti. Tak kira la dari segi pelajaran, pakaian, taraf hidup mahupun pasangan kita. Apa maksud kualiti? Kalau ikutkan, kualiti adalah sesuatu yang sesuatu yang terbaik menepati kehendak kita atau sesuatu yang menepati standard minima kita. Jika sesuatu benda cap ayam  (tak termasuk sardin cap ayam sebab sardin cap ayam paling best) kita beli, tapi bila kita gunakan melebihi jangkaan kita, kita akan cakap benda tu baik, murah tapi baik. Sekaligus menepati maksud berkualiti.

Dari segi pakaian, kita pasti nak cari sesuatu yang branded. Kalau pakai jeans tu, mesti nak Dorothy Perkins (Masy la ni). Kalau nak kereta, kalau boleh nak pakai Mercedez, BMW, Honda ataupun Toyota (untuk aku, hanya mampu cakap nak pakai, belum mampu nak beli). Tak pernah pulak kalau tanya bebudak skolah (sebab orang dah kerja selalu akan cakap nak beli ikut kemampuan) ada yang cakap dah besar nanti nak beli kereta Kelisa je ataupun beli kereta Proton Saga. Sebab pada zaman bebudak lagi, dah ada konsep kualiti dan tak kualiti. 

Kalau dari segi pelajaran, ramai yang akan cakap kalau boleh nak hantar anak gi sekolah berasrama penuh (SBP), tak pun MCKK/TKC tak pun MRSM. Takde pulak yang nak hantar anak dia orang gi sekolah jenis kebangsaan mahupun Henry Gurney (konpim tak ada yang nak hantar anak sana, bengong betul aku ni). Kenapa, sebab sekolah-sekolah tu berkualiti dan menjamin masa depan (menjamin masa depan ke?). 

Kepada mereka yang single mingle (macam aku kut), mesti ada ciri-ciri pasangan yang mereka akan cari. Ciri-ciri yang di cari tu bolehlah di anggap sebagai kualiti (boleh ke?). Tapi kita sentiasa lupa, ciri-ciri sendiri setelah kita mengadakan ciri-ciri pasangan yang kita cari............ (part ni agak konpius, tak faham boleh tanya dengan lebih lanjut dengan aku). Adakah kita punyai ciri-ciri kualiti (ciri minima pun dikira berkualiti tau, sila rujuk definasi di atas) untuk orang memilih kita sebagai pasangan? Part ni, aku sendiri susah nak jawab. Sebab aku selalu tertanya-tanya adakah aku berkualiti? Kalaulah ada orang boleh bagitau ciri-ciri kualiti minima yang dicari, pasti senang untuk setiap orang untuk menjaga kualiti tersebut.

Ades, aku pun dah tak faham apa yang aku merepek. Cuma aku terpanggil untuk menulis je, maklumlah, blog aku dah lama bersawang. Aku siap jumpa spiderman buat rumah masa aku bukak balik blog aku. Wakakakaka. Ops, merepek, mari kita pergi ke konklusi yang aku buat. Mahaf jika konklusi aku tak sama dengan konklusi korang. Sebenarnya, kualiti ni merupakan sesuatu yang subjektif dan mengikut pandangan individu (konklusi yang paling senang sebab tak memihak kepada sesapa, wakakaka). Kalau korang rasa, benda cap ayam korang beli tu bagus, maka secara automatiknya benda tu berkualiti. Kalau korang memang berkualiti, hantar sekolah Henry Gurney sekalipun boleh menjamin masa depan korang dan akhir sekali, sebelum menetapkan ciri-ciri kualiti semasa mencari pasangan, kita sendiri hendaklah menjaga kualiti diri kita (atleast sama dengan ciri-ciri yang kita tetapkan). Akhir kata, semoga Ramadhan ini memberikan keinsafan dan menjadikan diri kita lebih baik.

P/S: Harap maaf, kualiti penulisan memang tidak mencapai tahap minima. Layannnnnnnn.



Kepada Masy

Masy,
Wa tak tau cemana wa boleh baik dengan lu,
Wa rasa, maybe sebab wa ada janji nak baca blog lu dari awal sampai akhir,
Lu kata wa gila, nak baca blog lu dari entry tahun 2007,
Memang betul telahan lu, wa memang tak sempat baca sampai habis,
Tapi wa akan pastikan suatu hari nanti wa baca sampai habis gak blog lu,
Sebab wa nak lu kategorikan wa sebai FANATIK lu.

Masy,
Lu punya pasal, tiap kali wa dengar lagu Exist, mesti wa teringat dekat lu,
Padahal, wa tak pernah pun dengar lu nyanyi lagu Exist,
Cuma wa tahu, lu memang FANAT gila dengan Exist,
Sebab tu kekadang tu, bila wa tengah dengar lagu Exist,
Wa rasa nak nyanyi, wa pasti akan call lu,
Wa tau lu memang berbulu, sebab suara wa yang ala-ala katak puru,
Tapi, wa tetap nak nyanyi untuk lu.

Masy,
Wa tau lu brutal gila beb,
Setakat sepak terajang tu, memang tak ada hal,
Kalau lu geram, memang lu starlight jer kepala orang,
Tapi tak sangka, lepas baca entry jiwang lu hari tu,
Baru gua tahu dalam hati lu ada taman,
Bukan sebarang taman beb, taman tema air lagi besar dari Sunway,
Taman tasik lebih besar dari Titiwangsa,
Yang wa tak tahan tu, banyak rama-rama tu.

Masy,
Lu memang cute beb,
Part tu memang aku tak leh nak tipu,
Kena pula tahi lalat dekat muka lu,
Memang cair beb aku,
Tapi lu lupa pesan wa beb,
Keluarkanlah gambar lu dekat blog lu tu,
Sumpah, gambar tu memang tak menggambarkan ke cun an lu tu,
Dengan pipi gebu,
Tolongggggglah, keluarkan la gambar tu dari blog lu.

Masy,
Lu memang best beb,
Aku tak tau kenapa lu best,
Yang aku tahu, aku gembira jer bila lepak dengan lu,
Tak kisah la lu pow gua, tapi gua happy,
Kalau lu nak tau, lu antara member-member wa yang wa cari kalau wa tengah biol,
Sebab wa tau, lepas cakap dengan lu, mesti wa bertambah biol,
Atleast lu buat wa ketawa lah kan beb.

Masy,
Terima kasih sebab layan jer wa ni,
Walaupun lu selalu kena kutuk,
Lu sabar jer,
Nanti la, wa dah kaya nanti, wa belikan jeans Dorothy Perkins satu untuk lu,
Next year kalau ada rezeki, wa hadiahkan henbeg masa bufday lu,
Insya-Allah.

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa ke halnya post aku kali ni. Hahahaha, saja jer nak kasi gelemer member aku bernama masy. Thanks for being my friend.

uPDaTe

Assalamualaikum.

Betul la, bulan puasa ni memang agak mencabar bagi aku. First sekali, last minutes arrangement untuk ke Sabah selama 11 hari. Bila dah sampai Sabah pula, nak adjustkan diri dengan keadaan dekat sini. Lepas tu, beberapa hari lepas aku sakit perut, sampai lembik aku. Last sekali, blog aku ni pun dah bersawang sebab dah lama tak update. Harap maaf kerana tidak dapat update, kekurangan masa.

Owh, sepanjang bulan puasa di Sabah ni, aku hanya makan sehari sekali. Berbuka tu lah makanan aku berbuka, dan berbuka itulah makanan aku untuk sahur. Bukannya hotel tak sediakan makanan untuk bersahur, tapi aku tidak larat bangun untuk sahur (alasan orang malas). Jadi, aku rasa balik semenanjung aku mungkin akan kehilangan 10kg (perasan akan kurus).

Owh, pertandingan top commentor hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Aku dah ready duit untuk di bankin kan. Tapi aku masih belum kira siapakah top commentor buat masa ini. Kepada Lolly, memang counter akan menjadi kosong setiap awal bulan kerana scriptnya adalah top commentor untuk bulan itu. Buat masa ni, rasanya Innz masih menjadi top commentor, tapi belum confirm kerana aku belum kira. Insya-Allah, akan mengira bila sampai waktunya.

Esok aku akan meninggalkan Kota Kinabalu untuk ke Tawau. Flight pukul 9:40 pagi. Setakat ni, aku dah pack beg aku dah. Letih gak, bergerak-gerak bulan puasa ni. Tapi nak buat macam mana, dah lumrah kerja aku. Buat jer la. Kali ni, aku tiada cerita menarik nak diceritakan di kala aku di Sabah. Ialah, semua kerja perlu di habiskan dalam masa satu hari. Jadi, kami menggunakan semua masa yang ada untuk cuba menghabiskan audit sebelum waktu berbuka. Tapi kebiasaannya, kami akan berbuka dengan air dahulu sebelum kami makan (kerana exit meeting habis hampir waktu berbuka).

Harap aku dapat tabah menjalani pekerjaan aku di bulan puasa ni. Ada lagi 4 hari jer sebelum aku pulang ke Shah Alam. Aku dah rindukan kuih muih (aku tak jejak pasar ramadhan lagi di KK ni) dan segala lauk pauk yang dijual di Shah Alam. Maknanya, balik jer dari Sabah, aku akan bekerja selama lagi 5 hari dan kemudian bercuti seminggu.

Sedar tak sedar, dah dekat nak penghujung Ramadhan dah. Pasti kita semua akan merindukan solat terawih kan. Owh, salam sayang aku kepada kalian semua kerana sudi singgah ruangan blog aku. Aku cuba untuk ke blog kalian, tapi berjaya masa 3 hari pertama aku di Sabah jer. Lepas tu, aku flat, penat rehat dan tidur. Akan ke blog kalian untuk update mengenai kalian kemudian. Owh, aku pun dah lama tak post poem dekat dalam blog aku. Kekeringan idea untuk menulis sejak akhir-akhir ni.

-Salam Ramadhan dari Kota Kinabalu, Sabah-

TaK TeRuPDaTe

Assalamualaikum. Perghhh, lama siut aku tak update. Busy dengan HiNGGa HuJuNG NoKTaH. Bulan ni tak ada outstation, tapi masih lagi kena pergi Store yang jauh-jauh untuk audit. Owh, hari ni dah empat hari kita berpuasa dan lima malam kita berterawih. Alhamdulillah, attendance full. Owh, masih lagi sempatkan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua.

Hari pertama dan kedua puasa aku, merupakan hari yang tidak produktif bagi aku. Bangun baring dan tidur jer kerja. Ini merupakan suatu ujian bagi perokok tegar macam aku. Nampak sangat rokok telah buat aku jadi lembik. Hari ketiga, audit di Alamanda Putrajaya, alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Hari keempat, agak malas, tapi masih berjaya menyempurnakan audit aku.

Esok, sepatutnya jadual pergi ke Nilai, tapi jadual bertukar last minit. Ber_uwang, maaf, mungkin tiada rezeki dan jodoh lagi untuk kita berjumpa. Aku akan bagitahu bila aku ke Giant Nilai lagi nanti. Tapi, esok masih kena keluar. Tempat, adalah di Prima Saujana.

Owh, aku mahu participate contest Jard. Sebab hadiah dia lumayan. Tapi terpaksa fikir balik, sebab kena taruk gambar sendiri. Aku bukan tak nak letak gambar aku, tapi tiap kali aku cuba letak, maka gambar itu akan direject oleh blog. Sebabnya, aku pun tak tahu.

Untuk kalian yang mengikuti cerita HiNGGa HuJuNG NoKTaH, aku harap korang semua boleh bersabar. Novel akan di update kemudian. Aku masih memikirkan ending yang suspen. Kalau ikut jahat aku, nak jer aku tulis ending macam ni.

"Dah berapa banyak noktah dah, korang still nak suruh aku sambung ke. Okies, ni noktah terakhir aku."

Tapi kalau aku wat gitu, sure korang akan bakar blog aku ni kan. Jadi, nantikan lah cerita 18PL SX SG dan dot dot dot aku tu kemudian hari yea.

Owh, maaf kerana entry ini tidak membina. Entry ini hanyalah untuk suka-suka dan untuk makluman kepada semua jer. So akhir kata, senyum-senyumlah dan banyakkan beramal. Owh, lupa nak minta maaf sebab jarang ada kesempatan untuk melawat blog kalian. Aie, Lampu Neon, Orang Lidi, Patung Cendana, Mamai, Anak laut, Biru, Lili11 dan yang lain-lain, kadang-kadang, aku datang, tapi tak tinggalkan jejak kaki jer.

uPDaTe PaNTaS DaRi KuaNTaN - aDa GaMBaR aKu .............................

Setelah penat lelah bekerja di Kuala Terengganu (padahal 3 hari setengah jer, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa separuh hari), maka aku pun bertolak ke Kuantan. Owh, pada hari Selasa bersamaan 11 Ogos 2009, pukul lebih kurang 11:00, aku telah berjumpa dengan seorang rakan blogger (lebih kepada adik). Adik aku tu memang femes, kalau tak, takkan follower dia sampai beratus-ratus. Tapi malangnya, dapat jumpa kejap jer sebab aku rushing untuk wrap up audit aku dekat sana. Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Yana kerana sudi jumpa, walaupun aku ni muka tak siap. Terima kasih juga kerana Yana tak mengepau abang (kalau pow pun abang tak kisah....... :P). Hehehehehe.

Aku habis wrap up around 4:30 p.m. waktu pantai timur. Terus bertolak ke Kuantan. Sampai Kuantan around 8:00 p.m. Sampai Kuantan, perut dah menggelodak. Mandi, siap-siap, terus telefon lagi seorang blogger, Patungcendana a.k.a. werewolf hunter (jangan marah kay) untuk bawak aku gi dinner. Owh, aku tak pernah buat macam ni, jumpa 2 bloggers dalam sehari. Dia datang around 9:15 p.m. dan terus bawak aku gi Pantai Teluk Cempedak. Kami makan dekat tepi pantai tu. Terima kasih yea sebab sudi bawak aku yang tengah kebulur gi makan Patung.

Rewind..............................




Ini adalah dinner aku pada hari Sabtu 8 Ogos 2009. Lokasi Heritage Resort (aku main bedal jer, tapi memang ada perkataan Heritage tu la). Atas sekali adalah sepinggan Sata, makanan gelemer di Terengganu dan Kelantan (erk, betul ke Kelantan pun gelemer dengan Sata?). Owh, ABC yang aku tunjuk tu, khas untuk dilihat oleh Jard, aku rasa pasti kalah ABC Froodo ko tu Jard. :P Harga ABC tu, tahun lepas RM 10, tapi tahun ni, sudah meningkat ke RM 12, meningkat dengan kadar inflasi. :P Tahun lepas ABC dia best giler, sebab tu kita orang datang. Tapi, hari tu, memang tak sedap. Kurang manis, maybe ikut saranan kerajaan, kurangkan manis dalam makanan, lebihkan dalam senyuman (padanlah waitress dia senyum ada manis).

Rewind ............................................



Ini adalah hasil kerja tangan aku. Gambar atas tu menunjukkan betapa sibuknya aku untuk check dokumen (menyepahkan meja untuk ambil gambar). Gambar berikutnya adalah tulisan aku yang tak cantik, lagi tak cantik dari blogger yang mendakwa tulisan tak cantik (jangan marah, gurau jer Cik Nurfatehah). Owh, korang nampak tak tulisan aku? Kalau tak nampak, sila guna mikroskop (konpim Dart tak nampak sebab dia tak buat spec lagi).

Akhir sekali, ni la gambar aku. Kepada yang nak tahu cemana agaknya rupa aku. Erk, tajuk entry adalah gimik untuk menarik perhatian orang tengok entry ni yang kurang dari segi pengisian. :P


Owh, harap kalian semua boleh melihat gambar aku. Tengok, betapa tak siap muka aku sampai blog pun riject aku post picture. :P

P/S: Masih berada di Kuantan, ada sapa-sapa mahu berjumpa aku? Sila buat appointment dengan P.A. aku di number 01X 2XX XX XX. Lalalalalala.

Owh, maaf kerana kurang update dan tidak dapat menjawab semua komen di entry-entry yang lepas. Agak kesuntukan masa. Maaf juga kerana tidak dapat singgah dan komen. Tapi masih menjadi silent reader.

Kepada follower baru, terima kasih kerana sudi singgah dan follow, akan follow kalian juga.

uPDaTe DaRi KT

Assalamualaikum. Masuk hari ni, dah 3 hari aku dekat Kuala Terengganu yang aman dan damai ni. Bertolak dari Shah Alam dalam pukul 10 pagi, kami singgah di Genting Sempah pukul 11 untuk breakfast dan meneruskan perjalanan pukul 12. Yea, aku ngaku tidak solat Jumaat, tapi bukan ke aku dalam keadaan musafir (alasan sokmo). Dalam perjalanan, aku tidur je kije. Kemudian sampai di Kemaman, cari makan, makan dekat Telaga Simpuh (ke Telaga Simpul?).

Lepas lunch, teruskan perjalanan. Jam dah menunjukkan 3:30 petang (sampai Kemaman dalam pukul 2:30). Berenti di Dungun, isi minyak (serta buang lebihan yang ditanggung kereta, hehehehe, sendiri mahu faham la yea) dan teruskan perjalanan. Kami sampai Kuala Terengganu dalam pukul 6:00.

Sampai, aku call member aku, nak inform dia aku dah sampai Kuala Terengganu. Ingat nak rest and keluar lepak dan borak-borak dengan dia masa makan malam. Sekali dia jawab, "Kita keluar sekarang, sebab pukul 9:00 aku nak tengok Nur Kasih". Cheh, tak pe lar. Rindu dekat kau punya pasal keluar skang pun skang la. Aku solat, siap-siap kemudian dia sms cakap dia dah sampai. Dia bawak aku g makan sotong goreng dan keropok lekor.

Hahahaha. Mesti korang bosan kan dengar citer update dari KT aku ni dah la bosan, takde gambar plak tu. Yea, aku memang sengaja tak amik gambar. Lalalalala. Jangan marah yea. Aku masih ketiadaan masa dan mood untuk update. Maaf yea. Owh, aku sudah lihat UDM dan UMT. Aku juga telah melihat tempat paling happening di KT ni, Mydin Mall. Lalalalala.

Okies, esok aku rajin, aku update lagi. Maaf, tak sempat nak jenguk blog korang. Nanti aku singgah, baca dan komen. Esok Isnin kan? Aku dekat KT ni, terasa macam hari Isnin walaupun hari Ahad. Akan ada dekat sini sampai Selasa tengahhari. Ada sesapa yang nak secure date sama aku? Boleh saja, tapi kena datang amik aku. Aku takde kenderaan. Owh, kalau rasa nak secure date, sila call atau sms PA aku di number 01*- 2** ** **. Lalalalala. Salam dari KT.

TaK aDa MooD

Tak tahu kenapa, hari ni memang aku betul-betul tidak ada mood. Semua gara-gara sms pagi tadi dan petang tadilah. Hmmmmm. Dekat opis, kerja menulis report masih tak habis. Tapi alhamdulillah, berkat kerajinan menulis di blog (rajin ker?), aku mampu melakukan kerja-kerja menulis report dengan kelajuan Gaban (0.03 saat untuk bertukar dari manusia menjadi Space Cop Gaban).

Owh, sebab kerja aku routine check, jadi kebanyakkan report adalah lebih kurang sama. Jadi, apa lagi, cut and paste la. Kecuali sekiranya ada new and unussual findings. Masa tu kira berguna gila skill blogging aku (wahahahaha, skill blogging tuhhh). Petang, aku punya banyak masa, jadi aku dah start buat cerpen dekat opis. Ingat cuba nak habiskan, tapi memikirkan member2 aku ada yang belum siap report dan kami akan ke Kuala Terengganu Jumaat ni dan semua report kena submit before keluar, maka aku dengan baik hatinya menghulurkan bantuan, membuat report kawan aku (baikkan aku?). Jadinya, cerpen aku tu terbengkalai.

Sampai rumah, bosan. Mood hilang. Sebab apa? Nantikan kemunculannya di entry akan datang (ntah bila ntah aku nak tulis lagi).

P/S: Adeh, aku bakal rindukan sofa three seater aku di urmah lagi la sepanjang 9 hari outstation ni. Destinasi berikutnya, Kuala Terengganu dan Kuantan. Owh, masih tiada mood dan dalam keadaan yang kacau jiwanya.

Owh, maaf, sejak akhir-akhir ni tidak berkesempatan untuk reply comment.

Owh, UPM mungkin tidak berkesempatan untuk buat bisnes. UKM, UM dan Uni yang sekitar KL, ada sesapa yang berminat nak propose apa dekat aku?

Owh, maaf kalau tidak berkesempatan melawat blog kalian. Insya-Allah akan kunjung komen.

TRaNSFoRM

Aku sebuah panggung wayang. Suatu masa dahulu, aku kerap dikunjungi oleh ratusan, malah ribuan manusia di zaman kegemilanganku. Kerap kali aku menayangkan filem-filem kegemaran mereka. Tapi, kerana peredaran masa, aku dilupakan.

Aku mengalami zaman kemerosotan. Mereka menganggap aku musuh mereka setelah sebuah sekolah dibina di sebelahku. Mereka bilang, aku penyumbang terbesar gejala ponteng sekolah dan juga gejala sosial di kawasan ku. Aku pasrah............................. Pihak perbandaran kemudiannya menutupku.

Apalah nasibku.................... Nasib ku mula berubah. Sebuah syarikat telah mengambil aku, menukar aku kepada sebuah pasar raya. Kini aku sudah TRANSFORM macam transformer. Manusia kini kembali mengunjungiku, tak kira pagi, petang dan malam. Kini aku kembali gelemer.

Beginilah rupaku sekarang........






Gambar di atas menunjukkan bagaimana sebuah panggung wayang bertukar menjadi tempat simpan barang sebuah pasar raya terkemuka (nama perlu di rahsiakan). Wakakakaka. Saja jer aku buat citer macam karangan sekolah menengah. So, korang nak gambar pemandangankan? Aku tak sempat amik lagi la. Nanti dah sempat, aku post gambar pemandangan Sabah. Adios, entry cepat dan merepek.

SeLaMaT TiNGGaL

Maafkan aku. Aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada semua. Bukan niat aku untuk membelakangkan kalian. Berat hati ini ingin menyampaikan berita ini, tapi aku terpaksa khabarkan juga kepada semua. Semoga kalian tidak tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada diriku. Aku sangat ingin melihat blog ini dibaca, tapi aku terpaksa membekukan seketika bahan bacaan kalian.

Semoga kalian tidak lupa kepadaku. Aku terpaksa pergi. Pergi dan melupakan blog ini untuk suatu waktu yang agak panjang. Sejak akhir-akhir ini, aku tak dapat memberikan waktu untuk blog aku dan blog kalian. Aku sudah jarang dapat komen entry-entry dari kamu semua.

Masa itu terlalu mencemburui aku. Aku terpaksa pergi. Pergi demi kerja.

Perghhhhhh, ayat gila sadis bunyi. Okies lah, malas nak cakap ayat berbunga-bunga. Aku just nak inform korang, yang aku mungkin tidak dapat membaca blog kalian untuk seketika. Esok, aku akan pergi Ipoh menghantar adinda tercinta untuk menambung pengajiannya. Sejurus kembali, aku akan berangkat ke Kota Kinabalu (29/06/2009) atas urusan pekerjaan. Sudah sampai waktu sibuk aku untuk bersiar-siar demi GIANT yang ku sayang.

Kalau aku rajin, mungkin aku akan bawa lappy ku dan broadband untuk update blog dari Kota Kinabalu. Tapi sekiranya anda semua melihat tiada entry atau komen-komen aku, maknanya, 2 minggu aku tidak akan update entry aku.

Owh, aku tidak akan lupa korang semua. Aku rasa, macam nak beli suvenir dari Sabah (kalau aku masih kaya) dan buat competition (still dalam pertimbangan). Wah, competition lagi ke? Macam nak beli pearl (bukan pearl jam) dekat Sabah. Adeh, konpim kepenatan aku dekat sana.

Jangan rindu-rinduan kepada aku (ayat yang sungguh poyo, silap-silap tetiap hari aku update, aku ni gila addicted dekat blog). Apa-apa pun, doakan aku selamat pergi dan pulang.

PaNTuN uNTuK FoLLoWeR - PaRT 2

Disebabkan aku tak punya entry untuk di kongsi dengan kalian, maka aku pun memerah kepala otak aku untuk menulis pantun. Mungkin pantun ni agak hambar pada bacaan korang. Tapi ini adalah yang terbaik yang mampu aku lakukan dikala ini. Kali ni, aku tulis mengenai 9 orang lagi follower aku. Aku tulis ni ikut turutan, so sabar yea menanti giliran pantun untuk korang (atau mungkin lepas ni aku tulis syair plak, who knows).

Cik Fakhitah suka berkebaya,
Blogsayamanis, nama blog dia,
Menceritakan perihal diri dan juga keluarga,
Kadang-kadang perihal kawan-kawannya.

MiszXoXo, Nurul namanya,
Si manis 18, itulah umurnya,
Perangai dia sangatlah ceria,
Berguling-guling di shoutbox, itulah kerjanya.

Devoted Lily ku panggil Pinses,
Kancil oren, idola hatinya,
Matanya kelabu akibat lenses,
Menjeling pewit, itulah hobinya.

Cikskaf penyabar orangnya,
Tokeh makanan segara, itulah perniagaannya,
Hatinya lembut, baik orangnya,
Tak pernah berburuk sangka kepada semua.

Cik Capiqa penggemar kucing,
Background kuning warna pilihan,
Suka main tagging-tagging,
Followernya ramai, sudah ketagihan.

Secret recipe makanan kegemaran,
The Mines tempat lepak kesukaan,
V|P Flora nama timangan,
Blognya membawa kita seperti di awang-awangan.

Innz seorang banyak celoteh,
Entrynya sehari tak terkira banyaknya,
Berblogging dia tak pernah letih,
Cubalah baca blog barunya, dia tengah buat novel.

Kimi Raikonen idola kegilaannya,
Mind spoken tema blognya,
Joyah panggilan bagi dirinya,
Segamat adalah tempat tinggalnya.

Yang ni pulak kawan MRSM PDRM Devoted Lili,
Sangat ingin pergi ke Langkawi,
UPSI tempat dia mengaji,
Itulah dia cik Mimi.

Seperti biasa, kalau ada yang terasa hati, aku mintak maaf. Aku tulis ni sebagai penghargaan buat korang sebab sudi follow blog aku. Jadi, maafkan aku, kalau penulisan ni tak sesuai. Sila email aku atau comment sekiranya korang tak suka. Aku akan cuba olah atau aku delete pantun yang korang rasa over. Okies?

PaNTuN uNTuK FoLLoWeR - PaRT 1

Aku nak tulis pantun untuk follower aku. Tapi pantun ni, aku akan tulis part by part. Sebab aku tak mempunyai kekreatifan untuk menulis sekaligus follower ku yang ada. Lagi satu, aku kena lebih mendalami blog mereka untuk dapat idea. Bagi mereka-mereka yang aku belum tulis lagi, harap bersabar yea. Jangan merajuk dan terasa hati. Giliran kalian mungkin kemudian.

Dark, Ain, Notso_violet juga,
Dalam YM ku kenal mereka,
Blogku ini di sokong mereka,
Follower terawal ku, tentulah mereka.

Designer blogku namanya iyda,
Menolongku membuat blog itulah dia,
Bila dah malas, dia buat tak tau aja,
Aku berterima kasih sungguh, kepada dia.

Nadd ni kenal semasa mula-mula berbloging,
Dekat shoutbox selalu paging,
Entrynya pulak banyak cerita pasal shopping,
Dah habis belajar, dia mungkin teaching.

Entrynya banyak dari berita,
Penulis blog ni, namanya JASA,
Followernya ramai tidak terkata,
Penulisannya pula membuka minda.

Srisufi diaries blog kesukaanku juga,
Penulisnya rupa agak jelita,
Tulisannya membuatkan ramai yang tergoda,
Gaya sopan tersusun kata.

Intan Ismail ku kenal lama,
Dah dua tahun tidak bersua,
Muka brutal, lembut hatinya,
Kalau tak betul, kena saman dengannya nanti, naya.

Milimilo Taiping asalnya,
Blognya comel, secomel orangnya,
Celik IT, boleh tanya dia apa sahaja,
Diminta tolong, cepat sahaja jawabnya.

Erolnukman dari Sarawak,
Underground music itulah kesukaannya,
Indie pula, itulah hidupnya,
Nak citer banyak pun, aku tak kenal sangat orangnya.


Maaf kalau pantun ni buat kalian terasa. Jangan pulak amik tindakan undang-undang dekat aku. Dalam pantun ni, dah la ada seorang lawyer dan seorang lawyer to be. Btw, thanks cause following me. I will follow you to.

SPoNGe BoB SQuaRe PaNT


Semasa menulis entry ini, teringat akan kata Mimi yang inginkan patung sponge berwarna kuning dan berseluar petak. Harap suatu hari dia akan mencapai cita-citanya untuk mendapat patung itu pada masa hadapan.

Owh, entry ni bukan pasal Mimi yea. Entry ni adalah mengenai cerita kartun Sponge Bob yang ditayangkan setiap hari di TV9 pada pukul 5:00 petang sehingga pukul 6:00 petang. Yea, aku seorang kanak-kanak ribena yang masih sukakan kartun (wah, buang tebiat betul orang tua sorang ni). Aku takmo citer pasal citer kartun dia. Aku nak korang tengok sendiri. Dalam citer ni, ada beberapa watak, yang sebenarnya banyak di kita temui dalam kehidupan kita sehari-hari. Kalau korang tak caya, korang tengok citer tu, dan baca entry aku. Biar aku kenalkan watak-watak utama dalam citer kartun ni.


1. Sponge Bob. Seorang yang ceria, baik dan mengambil semua perkara negatif menjadi positif. So, dalam kata lain, sponge bob ni adalah Mr. Positif dalam kehidupan kita seharian. Sure korang boleh fikirkan siapakah orang yang punyai sifat sebeginikan dalam kehidupan korang.

2. Patrick Star Fish. Kawan baik kepada sponge bob. Dia digambarkan sebagai manusia yang dungu. Tidak memahami sesuatu perkara dan selalu salah tafsir perkataan dan perbuatan orang. Orang macam ni pun tidak kurang dalam masyarakat kita.

3. Mr Crab. Dia ni pula merupakan majikan sponge bob. Digambarkan sebagai bakhil, suka menindas pekerjanya dan seorang yang tamak (kira duniawi la dia ni). Part ni, korang kena tengok majikan korang. Kalau korang rasa dia macam ni, korang boleh la menggelar dia sebagai Mr Crab.

4. Cindy Si Tupai. Cindy merupakan rakan sponge bob dan patrick. Digambarkan sebagai watak wanita dan digambarkan sebagai seorang yang genius. Genius tak genius lah dia dalam citer ni, dia leh wat rumah atas pokok dalam laut. Geniuskan?

5. Squidwert. Ni watak utama terakhir aku nak kenalkan. Kenapa aku nak kenalkan watak ni terakhir? Sebab aku tak nak korang jadi macam watak ni. Watak ni digambarkan sebagai seorang yang asik menyesali nasib sendiri. Macam-macam usaha dilakukan, tapi masih lagi tidak berjaya. Selalu enganggap diri malang. Selalu dengki dengan sponge bob, padahal sponge kuning tu tak pernah buat apa pun dekat dia. In simple words, watak ni adalah watak "Looser".


Ok, cukup aku citerkan pasal katun kegemaran aku. Sebenarnya, banyak gak benda kita leh pelajari dari katun. Yang penting, kita kena lihatnya dari sudut yang berbeza. Katun menghiburkan, tapi masih punyai mesej. Apapun, korang janganlah pulak gunakan entry aku ni untuk melabel orang disekeliling korang. Tak pasal-pasal aku gak yang dapat share. Hehehehe.

KaWaNKu

Aku bukan jenis yang tak reti berkawan. Aku mempunyai kawan yang ramai. Cakap sahaja di ceruk negeri di Malaysia ni, rasanya, semua negeri, atleast aku ada seorang kawan. Kena pulak sekarang ni, aku bekerja di sebuah pasaraya besar yang punyai cawangan di seluruh Malaysia. Bila dah ramai kawan, mesti lah banyak pula ragam dan perangainya. Ada yang banyak bercakap, ada yang kurang bercakap. Ada yang terlebih pandai, ada yang biasa-biasa aja. Ada yang miskin, ada juga yang kaya. Semua ni lumrah. Rasanya korang semua mesti punya rakan jenis-jenis yang aku ceritakan ni kan.

Okies, cut the crab and make it short. Aku nak citer sorang kawan aku yang agak berahsia orangnya. Kawan aku sorang ni, aku tak lah kenal dia dengan rapat sangat. Seorang perempuan, yang berasal dari patai timur. Korang jangan buat gosip pulak, ni betul kawan, bukan gf ataupun skandel. Dia ni masih belajar lagi di sebuah IPT di pantai timur. Seorang yang agak agresif. Tapi kalau korang tengok orangnya, dengan kaca matanya, mesti korang rasa dia ni terlalu pemalu dan senyap orangnya.

Sebenarnya, dalam diam dan rahsia dia tu, ada satu rahsia yang amat besar disimpan olehnya. Aku sebagai kawan dia pun tak tau sehinggalah aku terbaca mengenai runtuhan stadium di Terengganu. Dari situ, barulah aku tau bahawa, kawan aku tu adalah seorang ULTRAMAN. Yea, aku ulangi lagi sekali, kawan ku adalah seorang ULTRAMAN wanita pertama di Malaysia. Kalau tak kerana blog yang ditulisnya, aku takkan tahu, Cik Nuyu yang berkaca mata dan suka naik kuda adalah ULTRAMAN NUYU.

P/S: Nukilan ini hanyalah kesinambungan hasil tulisan Cik Nuyu diblognya. Tiada kena mengena dengan apa juga kejadian yang berlaku.

eNTRY BoSaN

Aku sampai dah tak reti menulis entry. Aku rasa, bukan setakat aku jer yang berperasaan macam ni, kebanyakkan bloggers pun akan mempunyai perasaan sebegini setelah berblogging. Hari ni, aku nak menceritakan apa yang aku buat semalam di rumah. Sesuatu yang boring.

Semalam, Sabtu bersamaan 13 June 2009. Aku telah bangkit dari tidur pukul 2:30 petang (tentunya sesudah Subuh, sambung tidur semula). Kemudian, selepas bersiap, pergi ke rumah makcik untuk khatam Quran sepupu aku. Aku dah tunjukkan ayah aku hasil kerja mekanik kereta dan ayah ku amat berpuas hati dengan kerja mekanik tersebut.

Petang, kembali dari kenduri, aku tengok tv, spongebob, adeh, sekali lagi ulangan. Kemudian buka blog, baca blog dan post entry. Cuba membuka YM, tetapi masih tidak berjaya dari semalam.

Handphone N96 pula masih membuat hal since Jumaat. Adeh, tiap kali aku gunakan direction pad dan ingin tekan, pastinya ianya akan lari. Harap, by esok, keadaan handphone aku kembali normal. Jari jemari aku ni, selain dari tekan keyboard, suka bebeno tekan keypad henset. Tapi sekiranya henpon tu masih tak elok, aku terpaksalah menghantarnya ke worksyop (adeh, duit lagi).

Aku kebosanan. Entry aku hari ni pun, bosan untuk aku. Jadi, korang pun bosan-bosankanlah diri korang untuk baca entry aku. Selamat hari Ahad, dan selamat hari Isnin (I hate Monday).

PeRMaiNaN TRaDiSioNaL - BoLa TePuK


Championship Manager.
Lara Croft Tomb Raiders.
Fifa
Sonic
Half Life
Counter Strike

Korang mesti pernah main atau paling tidak pun dengar nama game-game ni. Ni semua adalah antara game-game zaman kini yang ada di pasaran sekarang ni. Aku pasti juga korang biasa dengan nama-naam permainan seperti: -

Konda-kondi
Galah Panjang
Tengteng
Baling Selipar
Batu Seremban
Tutup Botol

Ni semua antara permainan-permainan tradisional (boleh dikira tradisional ke?) yang pernah korang main masa kecik dulu. Tapi pernah tak korang dengar mengenai permainan bola tepuk? Aku boleh bet (makan KFC dinner plate 10 pinggan) yang tak ramai yang tau bagaimana cara nak main permainan ni.

Ok, biar aku terangkan cemana permainan ni. Permainan ni dimainkan oleh dua orang. Mula-mula, cari kotak kasut (kotak yang korang dapat dari pasaraya tidak boleh digunakan kerana ketebalannya). Kemudian, potong kotak kasut tu 4cm (untuk tapaknya) dan panjang 10cm-12cm. Sila potong sehingga minimum 10 keping dan maksima 22 (seperti jumlah pemain bolasepak). Sekarang, lipat dua kepingan-kepingan tersebut (lipat tengah). Kemudian dirikan kepingan tersebut. Sekarang anda sudah mendapat pemain untuk bola tepuk anda. Untuk buat gol keeper, buat dua kali ganda kepingan yang anda buat tadi. Gol untuk permainan bola tepuk diperbuat dari kertas. Manakala bola untuk bola tepuk perlulah diperbuat dari kertas timah (biasanya didapati dari kotak rokok). Anda perlu membuat padang berskala kecil dan anda sudah bersedia bermain permainan ini.

Cara permainan adalah amat senang. Tepuk sahaja kotak anda, pass ke pemain anda dan jaringkan gol. (Aku sudah agak kemalasan untuk menulis dengan panjang lebar) Sekiranya ada sebarang kemushkilan, sila Tanya kepada Aie Bahri atau pun Kapten Haruan Tasek dan Borther Mamai bagaimana permainan ini dimainkan.

Sekian majulah sukan untuk negara.