YaNG KiTa FiKiR TaK SeMeSTiNYa BeNaR

Situasi 1:

Di sebuah taman bunga terkenal di ibu negara. Kelihatan seorang remaja perempuan yang menangis teresak-esak. Tangan remaja tersebut ditarik oleh seorang lelaki bertubuh sederhana dengan muka yang menunjukkan perasaan marah.

Mesti ada di antara kita bila melihat perkara tersebut akan memikirkan pergaduhan di antara pasangan yang sedang bercinta. Tapi perkara-perkara berikut juga adalah satu kemungkinan juga seperti: -

Seorang adik perempuan yang lari dari rumah tapi telah dijumpai oleh abangnya dan dipaksa mengikut abangnya kembali ke rumah.

Seorang perempuan yang melarikan diri dari sindiket menjual wanita antarabangsa.

Pencopet (wanita) baru sahaja ditangkap oleh tuan punya dompet atau barang.


Situasi 2:

Di tengah malam yang tenang di sebuah lebuh raya di selatan tanah air. Seorang wanita berambut panjang melepasi bahu berbaju putih berjalan dengan perlahan di laluan kecemasan. Tiada kenderaan yang akan terlepas pandangan ke kelibat itu kerana bajunya yang seolah-olah memantulkan cahaya apabila terkena suluhan lampu kenderaan. Tiada kenderaan yang berani memberhantikan kenderaan mereka untuk melihat dan bertanya kepada wanita itu.

Sekiranya mengalami perkara diatas, pasti ramai yang akan terfikirkan wanita berkenaan sebagai jelmaan hantu, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sudah menonton cerita KARAK. Tapi, tidakkah terdetik di dalam hati yang: -

Seorang ibu tunggal kerosakan kereta sedang berjalan mencari telefon PLUS berhampiran untuk membuat panggilan kecemasan demi mendapatkan bantuan dari peronda PLUS. Anak-anaknya dibiarkan tidur didalam kereta kerana keletihan.

Seorang awek yang ditinggalkan boyfriend mereka sewaktu bersiar-siar menaiki motorsikal akibat dari selisih faham. Baju putih yang yang memantulkan cahaya yang dilihat oleh pemandu-pemandu lain merupakan baju keselamatan untuk penunggang dan pembonceng motorsikal.

Jadi, cuba kita fikir, adakah apa yang kita lihat dan fikir, merupakan benda yang benar-benar terjadi ataupun don’t jump into conclusion sebelum mengetahui perkara sebenarnya.

7 Response to "YaNG KiTa FiKiR TaK SeMeSTiNYa BeNaR"

  1. NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) says:
    July 7, 2011 at 9:41 PM

    welcome back bro!..

    yg kedua tu agak menakutkan la..haha

  2. Amal says:
    July 7, 2011 at 9:44 PM

    banyak salah eja.

  3. GRuNGe says:
    July 7, 2011 at 9:48 PM

    Mekasih Cikgu Nur. Welcome back selagi masih ada idea.

    Thanks Amal sebab prihatin terhadap ejaan. Dah diperbetulkan.

  4. Shila says:
    July 7, 2011 at 9:50 PM

    wow..ada yg tlg check ejaan.. :p

    jump terus ke conclusion, senang keje..

    tak buang masa nk fikir banyak2..

    hiihihi.. :P

    org skrg, bila ambil tahu perkara sbnr, di katakn bz body..

    tapi tu mungkin cara pendekatan kite salah kan...

  5. NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) says:
    July 7, 2011 at 9:52 PM

    haha.. amal dah boleh jadi cikgu..
    saya pun tak perasan ada kesalahan ejaan.. =)

  6. Masy says:
    July 8, 2011 at 10:11 AM

    kaki gatal. ok takde kaitan dgn entry. hehe

  7. patungcendana says:
    July 9, 2011 at 3:58 PM

    aku rasa kalau orang nampak aku berjalan2 di lebuhraya tengah2 malam...sure ramai tak berhenti juga...:-D