Bila baca topik ni, mesti orang tertanya-tanya mengapa dan apa yang telah terjadi pada diri aku. Terus-terang aku katakan, bahawa hari ini merupakan hari yang agak mengecewakan bagi aku. Kecewa kerana perempuan? Cukup-cukuplah aku dikecewakan. Dah berkali-kali menghadapi perkara ni dan aku rasa, aku dah lali dengan benda seperti ni. Kecewa dengan kehidupan? Bolehkah kita kecewa dengan hidup yang kita lalui? Dimana kesemua keputusan, kita yang tentukan? Aku mungkin kecewa dengan diri aku sendiri, dengan apa yang pernah aku buat, tapi kehidupan, perlu diteruskan.
Hari ini aku mempunyai tugasan di luar. Hari ini juga, aku mempunyai temu janji dengan "Head Hunter" (aku kurang pasti apakah selepas terjemahan ianya dipanggil pemburu kepala atau pemburu pekerja) pada waktu petangnya. Tiba waktu yang dijanjikan, aku pun bertemu dengan "Head Hunter" tersebut. Buat pengetahuan semua, aku merupakan seorang yang yakin terhadap diri dan kebolehan diri aku. Tapi aku mempunyai kelemahan aku tersendiri. Pada pengamatan aku, aku akan berasa gugup bila berhadapan dengan orang yang aku rasa lebih bagus dari aku. Aku yang pada mulanya rasa yakin, kini menjadi seorang yang kurang keyakinan. Aku yang perasan diri ku sudah cukup bagus, kini rasa diri ku ini terlalu kecil. Penemuduga meminta aku menceritakan perihal diri aku. Aku dengan bersahaja, menceritakan sedikit sebanyak perihal diri aku. Aku tersentap pabila aku kaku bila menceritakan perihal diri aku dalam Bahasa Inggeris. Lantas aku teringat kekurangan diri aku yang akan menjadi kurang fasih bila bercakap dalam Bahasa Inggeris bila aku merasakan aku kurang bagus dari orang yang sedang aku hadapi.
Selepas temuduga tidak rasmi itu, aku rasa agak kecewa dengan diri aku dan terhadap prestasi aku. Ku fikirkan kembali apakah yang membuatkan aku menjadi kaku sedangkan aku menggunakan Bahasa Inggeris dalam pekerjaan aku seharian. Apakah aku kurang mempraktikkan bahasa itu atau aku memang kaku. Rasanya, aku perlu mencari seseorang yang boleh membantu aku memperbaiki kemahiran bertutur ku dalam Bahasa Inggeris. Jadi, mulai hari ini, aku bertekad untuk memperbanyakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pertuturan aku seharian. Mungkin adalah benar, aku masih lemah dalam penguasaan aku dalam bahasa ini, mahu di dalam pertuturan, atau di dalam penulisan.

2
comments