Showing posts with label Feelings. Show all posts
Showing posts with label Feelings. Show all posts

PeLePaSaN CuKai

Perasaan amarah meluap-luap. Betul ke ada pelepasan cukai? Mari kita fikirkan.

Pelepasan cukai untuk kegunaan persendirian adalah sebanyak RM 8,000 setahun.

Kalau dibahagikan dengan 365 hari maka pelepasan cukai untuk kegunaan persendirian adalah sebanyak RM 21.92. Maka sebanyak itulah kita boleh berbelanja sehari.

Dengan adanya tax for consumables dari kerajaan, hampir setiap benda yang kita beli, akan dikenakan tax. Jadi RM 21.92 tu, kalau kita beli barang, maka akan kena tax. Jadi, berapa banyak kalikah duit kita di tax?

Katakanlah tax tu untuk jalanraya yang kita guna, bukankah jalanraya sendiri kita sudah membayar road tax?

Ishhh, awal-awal tahun ni, memang sakit hati bila fikirkan mengenai tax ni. Banyak benda pasal tax yang aku dengar lately ni, tapi masih tidak dapat dikongsi selagi belum confirmkan pasal maklumat yang didapati.

Perasaan sekarang, amatlah marah......................

WHaT THe FuCK

Aku terpanggil untuk menulis entry ni sebab aku rasa macam sedikit bengang la juga. Aku tak tahu la motif dia ni dan apa tujuan dia (mungkin mencari publisiti). Aku tak faham kenapa perlu membuatkan diri dia sebagai satu watak, seolah-olah manusia yang paling perfect dalam dunia ni. Yea, aku pernah kenal dengan dia secara life, tapi masa aku kenal dia dulu, dia tak la menunjukkan belang dia yang sebenar.

WTF nak komen perihal, watak dan penulisan orang? Adakah kau tersangatlah perfect? Kalau kau perfect, tak la suatu masa dahulu menjadi seorang penganggur terhormat (adakah masih lagi bergelar penganggur)? Huh, aku dah bosan dah dengan perangai kau tu. Perasan sebagai wanita melayu terakhir yang disukai dan digilai ramai, padahal, aku rasa, tak siapa nak kan kau kalau dah berjumpa dengan kau. Mungkin orang akan terkeliru dengan sikap pura-pura baik kau itu, tapi aku, cukuplah.

Di kesempatan ini, aku nak bagitau dekat kau, mulai hari ni, 2 Ogos 2009, aku tak kenal ko. Maybe ni yang terbaik. Ialah, kau kan perfect gila, aku tak boleh kawan dengan orang perfect macam kau ni. Sebab aku rasa, I am much more better than you. You sucks.

P/S: Sila abaikan perkataan-perkataan mencarut aku di atas. Entry ini ditujukan kepada orang yang tidak akan baca blog ini. Aku tulis entry ni sebab aku dah geram. Sekian terima kasih.

eCoNoMiC iN ouR LiFe

I am stuck. Can someone help me? I couldn't proceed with my current life. Need an escape route ("I need an exit," as what Neo - Matrix will said). Can someone show me the exit way? Show the path I should follow? What am I doing grumbling to all of you? I complaint, complaint and keep on complaining to all of you. Why? Because I know, all of you care. Really care about me although we never meet.

It is tough for me. As life is either or. You might have one thing but you might not have the other one. Who said Economic does not applicable in life? As the principles of Economic thought us of scarcity of resources. Life is full of shortage. You wont have the total 24 hours of time for yourself although you would love to have it for your own. You wont have all the money you wanted to although you work like hell. This is the reality of life.

Who said that opportunity cost not applicable in life? I will strongly disagreed with that. Life is full with choice. You can have luxury in life, but will the luxury provided you with comfort (sometimes or most of the times they do)? You might have an healthy life but would it guaranted you that you will have enough money?

If given the opportunity, I would like to have time to spend for my self. Would like a ot of things. But it would be near to impossible to have all the things in life. Because of the limited resources and because Allah is fair. Therefore, please don't get influence by the advertisement by Nike (is it Nike or Adidas?) whereby "Impossible Is Nothing". Ops, here I go again, being negative.

I think, this entry does not really open ups mind. I wish I can write more entry that can stimulate our brain to think. By the way, Innz, maybe you can use some of the things in this entry to better understand your Economic subject.

P/S: This is not a schedule entry. Thanks, for encouraging me to write offently. I am really flattened.

MaaFKaN aKu (HaNYa Kau YaNG TaHu DaN FaHaM)

Masih belum mampu untuk tidur walaupun sudah jam 5 pagi. Selepas berbicara dengannya, hati rasa betul tak sedap. Tak taulah kenapa. Walaupun belum pernah bertemu, namun perasaan ni, masih menghargai dirimu. Yea, mungkin aku lelaki jahat, yang tidak reti menilai dirimu. Ataupun aku menghargai dirimu, lebih dari penghargaan yang kau pernah terima dulu?

Aku yakin, semua salahku. Aku tidak reti memulakan bicara. Penggunaan ayat ku kurang berhati-hati, inilah punca yang membuatkan hubungan ini seperti akan putus (atau sudah tidak akan berhubung lagi?). Tapi, aku rela sekiranya inilah yang terbaik. Padaku, biarlah kau ketahui keadaan apa yang mengganggu pemikiranku, dari kau membenciku kemudian nanti.

Sayang? Yea, aku amat menyayangimu sebagai seorang sahabat. Mungkin sedikit lebih dari sahabat-sahabat yang lain. Tapi maaf, kerana kata-kataku yang terus terang itu, telah menyakitkan hatimu. Aku fikir, aku perlu lebih berhati-hati bila menggunakan ayat-ayatku. Akan ku ambil ini sebagai iktibar, semoga tidak lagi berlaku di masa hadapan.

Maafkan aku untuk sekelian kalinya. Maafkan aku kerana mengukil kisah ini di sini. Kerana aku berharap kau dapat membaca tulisan ini. Aku tahu, aku telah mengambil kesempatan keatas dirimu, keatas perasaanmu kepadaku. Tapi, tidakkah ini terlalu pantas bagi kita. Sepantas kehilangan dirimu dari ku. Selagi aku tidak mengetahui yang kau telah memafkanku, dan menerimaku sebagai sahabatmu, aku tidak mungkin akan aman, tidak mungkin akan tenteram. Aku rela dianggap pengemis kepada persahabatan ini. kerana, mengemis persahabatan darimu, membuktikan bahawa aku ikhlas. Aku tahu, kita mungkin tidak akan seperti dulu, tapi berilah peluang persahabatan itu terjalin. Mungkin kau takkan terasa kehilanganku, tapi, aku pastinya terasa kehilanganmu.

Aku tidak bisa memaksa, tapi, aku bisa mengemis, dan mengharap agar tali persahabatan yang kita bina, terikat kuat dan erat. Sekali lagi, maafkan ku kerana membuatkan kau jauh hati. Dengan kata-kataku. Dengan perilaku diri ini.

SiGNaL oH SiGNaL

Kisah 1

Sebuah kereta Volvo kaler pink memasuki Lebuhraya persekutuan. Pemandunya memandu dengan perlahan. Dari lane sebelah kiri ke sebelah kanan seolah-olah jalanraya itu dibina oleh ayahnya untuk dirinya. Paling mengagumkan, kereta Volvo S60 itu, menukar lane tanpa memberikan signal. Apakah kereta Volvo memang di manufacture tanpa signal kiri dan kanan?

Kisah 2

Sebuah motor dari lane tengah tiba-tiba membelok masuk ke simpang. Kereta kelisa kelabu yang memandu dengan agak sederhana perlahannya terpaksa brek dengan tiba-tiba kerana motor itu tidak memberikan signal ketika membelok. Akibatnya, 3 kereta terlibat dalam kemalangan bertunda. Akibat kemalangan itu, Lebuhraya Guthrie mengalami kesesakan lalulintas sepanjang 3 kilometer.


Korang mesti pernah melalui keadaan dimana kereta korang di pangkah oleh kenderaan lain tanpa signal. Apa korang rasa ek masa tu? Aku ni plak, jenis keras kepala. Kalau aku dah nampak kereta nak pangkah kereta aku tanpa signal, dengan sengaja aku melajukan kenderaan aku merapati kereta depan aku. Akibatnya, pemandu kereta yang nak pangkah kereta aku tu, musti mukanya tekanan. Wakakakaka. Padan muka dia. Kadang-kadang aku rasalah, penat jer manufacturer kenderaan, design kereta siap dengan signal, tapi manusia bengong ni tak reti nak guna plak. Ni membuatkan aku geram. Kadang-kadang, aku rasa macam.

“Nak je aku pecahkan lampu signal kenderaan dia orang dan patahkan signal mereka.”

Aku rasa, aku bukanlah pemandu berhemah (masih memecut semasa lampu kuning). Tapi, aku masih menghayati dan tahu bagai mana nak guna signal kenderaan aku. Buat mereka-mereka yang tak guna signal tu.

“Sila-silalah patahkan signal kenderaan anda dan pecahkan lampu signal itu. Bukan korang tau guna pun.”

aKu BuKaN FaHRi

Ini adalah entry yang tak boleh blah tajuknya. Sila rujuk movie dan buku cerita "Ayat-Ayat Cinta."

Aku yakin ramai antara kita yang telah tengok cerita ataupun membaca buku cerita "Ayat-Ayat Cinta". Bila tengok cerita tu, yang awek-awek, pasti akan jatuh cinta pada watak "Fahri", watak utama dalam cerita tersebut (saya sungguh yakin Dart, Pinses mahupun Mimi telah jatuh cinta dan bermimpikan watak Fahri). Kalau awek-awek jatuh cinta dengan Fahri, yang balak-balaknya pun pasti mengimpikan untuk menjadi Fahri (sama ada sebab karektornya yang baik, ataupun sebab dibenarkan untuk berkahwin dua). Sungguh hidup watak Fahri tu kan.

Tapi dalam kehidupan kita, ada ke manusia yang mempunyai karektor seperti itu? Adakah kita mampu untuk berjumpa karektor secun tu dalam seribu, sepuluh ribu, seratus ribu atau sejuta (mungkin sejuta dalam satu) orang yang kita kenal dan jumpa? Aku pun, bila tengok cerita tu, jadi jatuh hati dengan kelembutan, kewarakan dan kebaikan watak Fahri tu. Aku cuba menjadi (mampukah aku?) seperti watak tersebut. Tapi yang nyata, aku tak mampu.

Aku bukan lelaki yang seperti dia. Masih mampu menahan sabar bila didatangi musibah. Aku tak kuat beb, baru kena tolak kereta sikit, dah mengadu dalam blog (wakakakaka, ayat bengong). Aku tak rasa, aku boleh boleh menolak cinta perempuan sebab aku bukan Fahri. Aku tak rasa aku boleh berkahwin hanya dengan "Takruf" (sesungguhnya, inilah konsep sebenar berkahwin didalam Islam). Aku masih ingin dating dan keluar tengok wayang dengan gf aku (bila aku sudah mempunyai gf).

Aku ingin menjadi sepertinya. Aku adalah aku dan tak mungkin menjadi sebaik watak tersebut. Aku insan yang lemah dan penuh kekurangan (tapi agak macho dan tough la-ayat puji diri sendiri).

"Aku bukan Fahri."

aNNoYiNG aND iRRiTaTiNG

"You are such an annoying person."

I don’t know how many times I have heard people telling me this. Maybe, I am an irritating person after all. I think, I don’t think after all when I voice out my word, my thinking and my opinion. I do admit that I am quite a sharp tongue person when I start to speak up. Especially when I think I am right. But a friend of mine did advise me to tone down. Because I can’t be right all time.

“You are such an irritating person.”

Sound the same as the first paragraphs. What should I do? I might really have to tone down myself, be calm and keep most of what I think to myself. Why? Because whenever I speak, people will say this to me. Is there anything I can do to improve myself? I guess, what I should do is to become humble. Can I do that, when I am kind of person who like to be in the spotlight? I think, I can always try. No harm for me to try and become a humble person.

“Respect is something you must gain and earn.”

This is something I am aiming at now. Should I earn it by become a humble person, so let it be. After all, it is much better to become someone which, is respected rather that to become someone people irritated and annoyed with.

“After all, I am just a human being who is not perfect and prompt to make mistake.”

i aM NoBoDy

For the thousand times, I feel like I am stranded. Stranded with my works, the company I work for and stranded in life? I need to move forward. But I don’t know how. In the world nowadays, brain alone would not help us to become someone. The most important things nowadays are the connection. The phrase who you know becomes more significant compare to what you knew. It is just unfair. Unfair for someone like me who knew nobody. Can I be success in life? The answer is absolutely yes. But I have to work twice harder than those who use their connection.

I am
getting old. As each year passed by, I am getting near to death. But yet, I am still far away from my goals. I am still nobody. I am still without my qualification. I am still far away from wealth and I am no near to success. I still pray, one day I can become a successful, qualified and wealthy person.

If
this becomes reality, I will be proud of myself. Proud with the effort and the struggle I have gone through. As it is, my pure effort to become successful, qualified and wealthy person.

CoReTaN BuaT TeMaN

Pernah tak merasa diri ini umpama mengemis sebuah persahabatan? Menghulurkan talian ukhwah dengan ikhlas tetapi tidak berbalas? Dipandang sepi dan dianggap punyai niat tersembunyi? Mungkin, inilah hakikat dunia maju masa kini. Di mana, manusia bersahabat kerana mempunyai agenda tersembunyi. Lebih-lebih di zaman sains dan teknologi ini. Di mana, harta, rupa, pangkat dan nama menjadi ukuran. Di mana hati, budi, pekerti dan pemikiran samakin dipinggirkan. Di mana, keikhlasan menjadi persoalan.

Kadang-kadang ego kita mengatasi akal
dan fikiran. Kejadian lampau, mengajar kita menjadi lebih seorang yang buta mata hati. Adakah itu suatu jalan penyelesaian? Adakah sejarah mengajar kita untuk menutup pintu hati? Atau adakah kisah lampau, mengajar kita supaya lebih berhati-hati? Tetapi, adilkah untuk meminggirkan seseorang yang mengambil berat terhadap kita kerana perkara-perkara ini? Kita hidup, saling bergantung antara satu sama lain. Tapi ada juga yang mengaku tidak perlukan kebergantungan itu. Jadi, buat apa hidup di dalam masyarakat sekiranya kita boleh hidup seorang diri?

Ingatlah, bahawa hidup akan sepi, tanpa teman. Hidup akan muram tanpa seorang kawan. Hidup tidak bermakna sekiranya kita tidak boleh berkongsi dengan orang lain.

aKu MeRaJuK DeNGaN KaMu

Aku masih lagi merajuk dengan kamu. Tapi, rasanya kamu masih tidak mahu memahami aku. Tapi tak apalah, mungkin ni semua adalah kesalahan diri aku sendiri. Aku yang masih berdegil, untuk menunggu kamu memujuk ku. Tapi, rasanya tak salah kalau kamu pujuk aku. Cuma dengan klik pada YM aku, ketika aku online atau pun dengan sms aku. Bukannya kamu tidak dapat melihat bila aku online. Aku dengan sengaja, tukar mode dari invisible mode, kepada online mode bila nampak kamu online. Bukan kamu tidak ada number henset aku. Tapi, mungkin kamu punya jawapan tersendiri. apa pun sebab kamu, aku still masih merajuk dengan kamu (hari ni dah masuk hari kedua/ ketiga merajuk semenjak kamu balik dari Kuching Sarawak). Aku akan tunggu, menunggu kamu untuk bertanyakan khabar pada diri aku. Masih akan menanti kamu sms dan pm aku. Semoga kamu membaca coretan ini.