Masih belum mampu untuk tidur walaupun sudah jam 5 pagi. Selepas berbicara dengannya, hati rasa betul tak sedap. Tak taulah kenapa. Walaupun belum pernah bertemu, namun perasaan ni, masih menghargai dirimu. Yea, mungkin aku lelaki jahat, yang tidak reti menilai dirimu. Ataupun aku menghargai dirimu, lebih dari penghargaan yang kau pernah terima dulu?
Aku yakin, semua salahku. Aku tidak reti memulakan bicara. Penggunaan ayat ku kurang berhati-hati, inilah punca yang membuatkan hubungan ini seperti akan putus (atau sudah tidak akan berhubung lagi?). Tapi, aku rela sekiranya inilah yang terbaik. Padaku, biarlah kau ketahui keadaan apa yang mengganggu pemikiranku, dari kau membenciku kemudian nanti.
Sayang? Yea, aku amat menyayangimu sebagai seorang sahabat. Mungkin sedikit lebih dari sahabat-sahabat yang lain. Tapi maaf, kerana kata-kataku yang terus terang itu, telah menyakitkan hatimu. Aku fikir, aku perlu lebih berhati-hati bila menggunakan ayat-ayatku. Akan ku ambil ini sebagai iktibar, semoga tidak lagi berlaku di masa hadapan.
Maafkan aku untuk sekelian kalinya. Maafkan aku kerana mengukil kisah ini di sini. Kerana aku berharap kau dapat membaca tulisan ini. Aku tahu, aku telah mengambil kesempatan keatas dirimu, keatas perasaanmu kepadaku. Tapi, tidakkah ini terlalu pantas bagi kita. Sepantas kehilangan dirimu dari ku. Selagi aku tidak mengetahui yang kau telah memafkanku, dan menerimaku sebagai sahabatmu, aku tidak mungkin akan aman, tidak mungkin akan tenteram. Aku rela dianggap pengemis kepada persahabatan ini. kerana, mengemis persahabatan darimu, membuktikan bahawa aku ikhlas. Aku tahu, kita mungkin tidak akan seperti dulu, tapi berilah peluang persahabatan itu terjalin. Mungkin kau takkan terasa kehilanganku, tapi, aku pastinya terasa kehilanganmu.
Aku tidak bisa memaksa, tapi, aku bisa mengemis, dan mengharap agar tali persahabatan yang kita bina, terikat kuat dan erat. Sekali lagi, maafkan ku kerana membuatkan kau jauh hati. Dengan kata-kataku. Dengan perilaku diri ini.
Aku yakin, semua salahku. Aku tidak reti memulakan bicara. Penggunaan ayat ku kurang berhati-hati, inilah punca yang membuatkan hubungan ini seperti akan putus (atau sudah tidak akan berhubung lagi?). Tapi, aku rela sekiranya inilah yang terbaik. Padaku, biarlah kau ketahui keadaan apa yang mengganggu pemikiranku, dari kau membenciku kemudian nanti.
Sayang? Yea, aku amat menyayangimu sebagai seorang sahabat. Mungkin sedikit lebih dari sahabat-sahabat yang lain. Tapi maaf, kerana kata-kataku yang terus terang itu, telah menyakitkan hatimu. Aku fikir, aku perlu lebih berhati-hati bila menggunakan ayat-ayatku. Akan ku ambil ini sebagai iktibar, semoga tidak lagi berlaku di masa hadapan.
Maafkan aku untuk sekelian kalinya. Maafkan aku kerana mengukil kisah ini di sini. Kerana aku berharap kau dapat membaca tulisan ini. Aku tahu, aku telah mengambil kesempatan keatas dirimu, keatas perasaanmu kepadaku. Tapi, tidakkah ini terlalu pantas bagi kita. Sepantas kehilangan dirimu dari ku. Selagi aku tidak mengetahui yang kau telah memafkanku, dan menerimaku sebagai sahabatmu, aku tidak mungkin akan aman, tidak mungkin akan tenteram. Aku rela dianggap pengemis kepada persahabatan ini. kerana, mengemis persahabatan darimu, membuktikan bahawa aku ikhlas. Aku tahu, kita mungkin tidak akan seperti dulu, tapi berilah peluang persahabatan itu terjalin. Mungkin kau takkan terasa kehilanganku, tapi, aku pastinya terasa kehilanganmu.
Aku tidak bisa memaksa, tapi, aku bisa mengemis, dan mengharap agar tali persahabatan yang kita bina, terikat kuat dan erat. Sekali lagi, maafkan ku kerana membuatkan kau jauh hati. Dengan kata-kataku. Dengan perilaku diri ini.
June 21, 2009 at 8:09 AM
ermm gulp gulp ..... melankolik nyerr cerite
June 21, 2009 at 8:09 AM
June 21, 2009 at 8:15 AM
GARUNGE macam putus cinta je bunyinya tu..... dimana dia sekarang?
June 21, 2009 at 8:23 AM
hmmmmmmmmmmmmm
begitu la lumrah manusia. semasa disisi tidak dihargai, bila ianya tiada disisi, rindu akan menjelma...
aku sudah lalui semua itu, hukhuk...=)
June 21, 2009 at 10:17 AM
bro..cinta datang tidak diundang, cinta pergi tidak berjawab.cinta itu persahabatan - bak kata shah rukh khan dalam kuch kuch hota hai
June 21, 2009 at 10:21 AM
hoho
frust ke, rilek le...bunga bkn sekuntum
June 21, 2009 at 10:59 AM
hmm...kan aku da ckp...carefull...msti der yg tranggap lebih kang...x nak dongar ckp den..anyway...try r btolkan balik relationthip between u n 'her' kay..after dis b more carefull dlm berckp ngan org....coz ade manusia yg sgt mudah jatuh jati juz dgn kata2 n perwatakan seseorg..u should noe dats better than me...ok pes..juz relax..n so sori aku x de time ko nak kwn teman ckp mlm td...(ko nak ckp ngan aku btol ke..huhu)
June 21, 2009 at 11:27 AM
apa ceritanya ni.? mcm wat kesalahan yg besar saja..
June 21, 2009 at 11:46 AM
biasa manusia nie bermacam-macam....
adakalanya kita tak dapat nak memusakan semua orang walau itu yang kita mahukan...
June 21, 2009 at 11:52 AM
Salam,
Apesal ni?Sabar byk2.hati pompuan mmg sensitif.Harap2 akan pulih seperti sediakala.
June 21, 2009 at 12:40 PM
btol kata khairil bunga bukan sekuntum relekla grunge hohoh
June 21, 2009 at 12:56 PM
eyh pes??? ape cer ko ngan org tuh??? tak cter kat aku pon?? cmnh ar kwnnnn??!! ko ckp aku kan kwn 'laki' ko yang paling tak lelaki...hiksss...mehlah ctaaaaa...aku kan ade byk ms untuk ko..nt call aku tau :)
jgn takes things to serious k?? seb baek aku tak sensitip ms borak ngan ko...kan bro? ehehehe
June 21, 2009 at 1:01 PM
Grunge..
are u ok?
June 21, 2009 at 1:01 PM
Grunge..
are u ok?
June 21, 2009 at 1:15 PM
abang
nape nie?
cedey je yana baca
abg byk2 bersabar taw
abg masih ade Yana..kan2
keep smiling abang
(^_^)
June 21, 2009 at 1:29 PM
err....npe ne bro?ad masalah ngn sum1 kah?ngee~XD
*sje lil sis nk nyebok..hua3*
June 21, 2009 at 2:01 PM
sabar lah ye
minta petunjuk dari Nya
June 21, 2009 at 3:19 PM
hmm....agak x phm...tp lame2 baca phm sikit2...
kadang2 kita sndri x sedar bila dan kenapa kite sukakn seseorg...
dunt worry...be strong :)
satu ari ko akn jumpe seseorg yg mmg ditakdirkn jadi milik ko :)
June 21, 2009 at 3:19 PM
chill dude.
June 21, 2009 at 3:19 PM
chill dude.
June 21, 2009 at 3:20 PM
Umar Faiq: Melankolik. Hidupkan memang melankolik Umar.
Haruan Tasek: Tak lah kapten, emosi jer lebih tu.
BlueCity: Lumrah manusia, memandang kaca tu intan dan intan tu kaca.
Zanetti Be: Aku sedih sebab semalam Egypt tak masuk semi final. Huhuhuhu.
June 21, 2009 at 3:22 PM
Chipsmore: Anda akan faham nanti, selepas cendol habis. Lalalalala.
Khairil's: Masih sedih, tak dapat menang free domain setahun.
Iyda7: Adeh, ko telah mandapat peluang untuk perli aku Iyda. Silakan, peluang terbuka luas. :P
Anak laut: Manusia tak lari dan lepas dari melakukan kesilapan anak laut. :)
June 21, 2009 at 3:29 PM
kamu dgn dia mcm mn skrg?? adakah sudah beransur pulih?? semoga semuanya ok.. :)
June 21, 2009 at 3:32 PM
wuits...komen kali ni x de niat pon nak perli ko...sowie beb kalo trase..seyes aku ckp nih..juz bg nasihat..tu pon kalo ko nak dgr..aku juz komen..so sorry..de pape hal msg la aku ea..
June 21, 2009 at 3:36 PM
Mamai: Betul tu beb. Kita hanya mampu melakukan yang terbaik. Tak dapat memenuhi dan memuaskan semua orang.
Aie Bahri: Ishhh, bukan pasal perempan la Aie. Ni semua gara-gara bola semalam ni. Lalalalala.
Notso_violet: Haah, napak makin banyak bunga yang DBKL tanam dekat tepi jalan.
Hariq-Sha: Wuits Ain, takde apa la, saja jer buat gimik.
June 21, 2009 at 3:50 PM
Anak laut: Alhamdulillah, ok jer anak laut. Terima kasih atas keprihatinan anda.
Cik Yana: Ishhh, abang okies jer Yana. Sentiasa senyum ni Yana.
Misz Nurul: Ishhh lil sis, mana ada masalah dengan sum1. Sum2 jer. Wakakaka. Wuits, tak baca pantun lagi ke Lil Sis?
K.A. Terima kasih kawan. Sama-samalah kita bersabar.
June 21, 2009 at 4:02 PM
eleh....yelah wat gimik
June 21, 2009 at 4:06 PM
Sha89: Kalau tak faham, buat-buat faham. Kalau faham, tak perlu fahamkan sangat. Saya sendiri pun tak faham.
Melon: Am chilling out now.
V|P Flora: Adeh, tak ada apalah. Entry ditulis pukul 5 pagi, memang bunyi semacam sikit.
Iyda7: Adeh, aku tak terasa lar beb. Aku gurau jer dengan ko. Kau ni, apa lah, takkan tak kenal aku lagi (memang tak kenal pun sebab tak pernah jumpa). :P
June 21, 2009 at 4:54 PM
wahhh~ mesti terharu org yg baca tu...dun worry ok dia mesti fhm punye...kite hanyalah insan biasa..
June 21, 2009 at 5:07 PM
nak tinggal lagi kumen, nak nek ranking hoho.
yela mesti tergaru si dia grunge. Nanti tolong garu2 kan lagi dia hohoh. Eh tah pape i komen kan.. Tau takpe haha. Adeh.
June 21, 2009 at 5:33 PM
Hariq-Sha: Betul la Ain, buat gimik jer. :P
Misz Nana: Adakah dia akan terharu?
Notso_violet: Meh sini I garukan you. :P
June 21, 2009 at 5:34 PM
heh yeke gimik. ni real ni..
ala lelaki, senang je cari lain sudey.
best tak komen aku?
June 21, 2009 at 5:42 PM
psst lampu neon, perempuan pun boleh cari lain jugak kan hohoh. Grunge i rasa da komen byk da knape tak naik2 jugak ranking huhuh.
June 21, 2009 at 5:47 PM
selamat ari bapa jugak utk kamoo
=)
June 21, 2009 at 5:48 PM
hmm..
sama laa kite kn..
xrapat ngn bah sgt..
aten dah bca dah pantun tu..
mekaceh awk..
terharu2..
hihihi
;))
nk tnye mcm mne nk wat top commnt tu?
uhuhu
dah lma crik..
tapii xtau nk wat..
June 21, 2009 at 5:59 PM
yeke?? sguh merisaukan.. huhu.. :p
June 21, 2009 at 6:34 PM
maafkan bilaku tak sempurna..
Cinta ini tak mungkin ku cegah..
June 21, 2009 at 7:23 PM
Si lampu neon: Lampu sportlight, kekasih boleh dicari ganti, kawan, itulah sampai mati. Wah, pandai betul ko ek.
Notso_violet: Jap lagi naik la tuh mot. :P
Cik Ateen: Masalahnya, kamu kena ucap dekat ayah saya, bukan saya. Cik Ateen, cuba g dekat blog penyubiru, leh dapat dari sana.
V|P Flora: Hehehehe, merisaukan dan menyeramkan juga tak? Lalalalala.
@xim: Ko memang mengetahui lagu feveret aku. Ayat-ayat Cinta. Tapi, aku tetap bukan Fahri.
June 21, 2009 at 7:34 PM
michael scofield slaloo kata dalam prison break,
everythin' gonna be allrite..
jgn sedey2 bro.
ini hari adalah hari ceriaku..
kuharap kamu jua begitu.
=)
June 21, 2009 at 7:50 PM
ceh,,nak auta pasal bola plak ye.Bola dan pompuan kan ada persamaan.Confirm psal pompuan.
June 21, 2009 at 7:52 PM
Berkawan memanglah mudah tetapi untuk mengamalkan ciri2 seorang sahabat begitu sukar sekali.Dalam menjalinkan persahabatan,seseorang itu harus seharusnya mempunyai cara yang tersendiri bagi merealisasikan keinginan untuk menjadi sahabat yang disegani dan dihormati.Syarat utama untuk menjadi seorang sahabat yang sebenar ialah ikhlas dan jujur..Tanpa keikhlasan dan kejujuran, sikap saling percaya dan mempercayai tidak akan wujud dalam diri masing2..
Bukan mudah untuk menjadi seorang sahabat yang benar2 memahami kehendak naluri kita..kalau ada pun mungkin 1 di antara 1001 orang itu..Maka beruntunglah bagi mereka yang memiliki sahabat sebegitu...
Dan..memang mudah untuk mencari seorang kawan tetapi begitu sukar untuk mencari seorang sahabat apatah lagi untuk mencari seorang teman..
June 21, 2009 at 7:53 PM
Sori..dh terbuat satu entri palk dalam ruangan komen ni..lalala =P
June 21, 2009 at 8:25 PM
sabo le grunge..nanti dapat le awek yg lagi best~
ceh,aq ckp mcm aq ade awek lak
tuntungkita.blogspot.com
June 21, 2009 at 9:09 PM
kata yang terang?? ek.. dia gurl ek?
`hati wanita itu sgt snsftf.. hehe..
next time. b creful ek...=)
June 21, 2009 at 10:02 PM
emm,kalo die tahu ko da tau salah ko,mesti die terime ko balik..mesti die akan maafkan..
manusia ni kalo kite pujuk2,cakap elok2,mesti die cair punye..tak kire la laki ke pompuan ke..tambah kalo da kwan lame
June 21, 2009 at 10:42 PM
Miss Gaza: Michael Scofield dalam prison break tu. Tak tahan betul quotation dari kamu. Thanks Miss Gazza.
Aie Bahri: Betul betul, pasal game bola semalam. Lalalala. Aie, entry komen kamu sungguh bagus, dapat berkongsi sesuatu di sini. Terima kasih
Cik Zahora: Lelaki pun sensitif juga la Zahora.
Durian Runtuh: Terima. Terima kasih ke? Lalalalala.
June 21, 2009 at 10:43 PM
Tuntung: Terima kasih atas nasihat anda. Terima kasih kerana sudi komen.
June 21, 2009 at 10:55 PM
weyh..ayat kao..sastera la grunge~
pergh..
menusuk kalbu kalo i la kwn tu..
June 21, 2009 at 11:08 PM
dan aku mengerti
amacam teror x xuen?
June 22, 2009 at 12:34 AM
Enyheartdiamond: Setiap yang lahir dari hati, pasti akan manis.
Xuen Adyla: Sis, you are funny sis. Seriusly, cute, adoreable and funny.
June 23, 2009 at 1:03 AM
agak merisaukn pemikiran sy.. seram x naik bulu rema pn.. wakaka.. :p
June 23, 2009 at 1:05 PM
sedihnya
bingkisan rasa nukilan hati ini
June 23, 2009 at 9:53 PM
En grunge tgh frust ke? huhuhu.. rilex r. Tenangkan fikiran, Mari kita mengecat rumah!Tuko kaler pulak r. Yang hijau jd kuning, yg purple jd hijau. ok?
June 30, 2009 at 5:35 PM
wahh.....
mmg true from your heart ke nie??
:p