"Aku mesti cari jalan untuk pengaruhi Tuk Penghulu untuk mencapai tujuan aku." Dhory dalam hatinya. "Aku perlukan sokongan Tuk Penghulu untuk menjamin kedudukan aku nanti." Sambung Dhory lagi. Dhory memikirkan rancangannya sebelum dia menemui Tuk Penghulu keesokan harinya. Dhory merencanakan apa yang perlu dibentangkan kepada Tuk Penghulu di dalam fikirannya sambil melelapkan mata. Badannya sekejap diiringkan ke kiri dan ke kanan sambil cuba untuk tidur.
"Tuan-tuan dan puan-puan. Hari ini, kita berbangga kerana kampung kita sudah dapat membina sebuah Dewan Serbaguna yang baru, menggantikan Dewan Serbaguna yang telah kita gunakan selama 15 tahun. Semua ini tidak akan dapat di capai sekiranya tiada bantuan dari anak jati kampung kita ini. Saya rasa bangga, kerana walaupun beliau sudah berjaya dan kaya, beliau masih tidak melupakan asal usulnya.Walaupun beliau dan seluruh keluarganya sudah tidak menetap di kampung ni, tapi beliau masih lagi sudi untuk menjengah kita di sini dan menyumbang bakti serta wang ringgit kepada kita. Dewan Serbaguna ini adalah buktinya. Tuan-tuan dan puan-puan, dewan serbaguna yang dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin, sebuah bilik komputer dengan 15 komputer Acer dan kemudahan internet jalur lebar Unify serta sebuah bilik perpustakaan pastinya akan memanfaatkan generasi muda kita dan menjadikan kampung kita celik IT." Tuk Penghulu mengakhiri ucapannya dengan sedikit linangan air mata, bukan kerana kegembiraan dengan kemudahan yang diterima dari Dhory, tapi kerana memikirkan dirinya yang mungkin tidak dapat memanfaatkan kemudahan internet kerana tidak tahu menggunakan komputer.
Dhory terjaga dari tidurnya. Owh, mimpi rupanya aku. Dhory tersengih memikirkan bagaimana terdesaknya dia untuk menggunakan pengaruh Tuk Penghulu sehingga terbawa-bawa dalam mimpi. Dia bingkas bangun selepas terdengar azan subuh berkumandang.
Tepat pukul 9:00 pagi, Dhory telah tercegat di muka pintu rumah Tuk Penghulu.
"Assalamualaikum Tuk Penghulu." Dhory memberikan salam.
"Walaikumsalam." Tuk Penghulu menjawab dari dalam rumahnya. Seminit kemudian, pintu rumah terbuka dan tubuh Tuk Penghulu pun kelihatanlah di balik pintu yang terbuka itu. "Oh, kau Dhory. Apa halnya kau datang ke rumah aku pepagi ni?" Tuk Penghulu bertanya.
"Saya ada hajat sikit ni Tuk Penghulu. Boleh kita berbincang di dalam Tuk Penghulu?" Tanya Dhory.
Tuk Penghulu mempersilakan Dhory masuk. Mereka berdua kemudian ke ruang tamu dan duduk disitu. Dhory memulakan bicaranya.
Sejam setengah kemudian. Kelihatannya Tuk Penghulu mengerutkan mukanya dan memandang tepat ke muka Dhory.
"Biar betul kau ni Dhory?" Tuk Penghulu bertanya kepada Dhory.
"Betul tuk, hanya tuk sahajalah harapan saya untuk berjaya. Tanpa sokongan dan tanpa menggunakan pengaruh tuk, saya tak rasa saya akan berjaya mendapat tempat. Percayalah tuk, budi baik tuk saya tak akan lupakan. Bila saya dah berjaya esok, saya akan pastikan tuk juga senang." Dhory menghabiskan ayatnya.
"Kau ni seorang pemuda yang baik Dhory. Kau juga bijak, punya perwatakan menarik, muka pun hensem. Tapi tang nak gunakan pengaruh aku mendapat tempat tu, tuk sedikit rasa kurang selesa. Nanti orang akan kata, kau berjaya sebab pengaruh. Aku pulak akan dituduh menggunakan engaruh aku untuk menaikkan nama kau." Tuk Penghulu menghembus nafasnya dalam-dalam selepas habis berkata.
"Tuk, tuk sahajalah harapan saya tuk. Apa guna sekiranya saya bijak, hensem dan punya perwatakan menarik? Itu semua tidak menjamin apa-apa tuk. Zaman sekarang, tanpa kuasa dan pengaruh, tak kemana. Saya sendiri dah lebih 2 tahun menganggur tuk." Dhory mengakhirkan kata-katanya dengan sedikit rasa sebak.
Tuk Penghulu terdiam. Beberapa minit kemudian. "Baiklah Dhory, aku akan gunakan kuasa dan pengaruh aku untuk bantu kau. Tapi pastikan janji-janji kau untuk senangkan aku bila kau dah berjaya esok kau tepati. Jangan pulak macam lagu KRU tu, Janji Tinggal Janji." Tuk Penghulu menghabiskan perbualan itu.
Dhory tersenyum sambil mengucapkan terima kasihnya kepada Tuk Penghulu. Selepas menghabiskan air kopi yang telah sedia terhidang, Dhory meminta diri.
Dalam perjalanan pulang, Dhory tersengih. Dia pasti, dengan kuasa dan pengaruh Tuk Penghulu dia pasti berjaya mendapatkan tempat dalam rancangan Realiti TV itu. Silap-silap memenanginya.
Cerita ini adalah rekaan semata-mata untuk memperlihatkan keadaan semasa. Nama dan watak-watak didalam cerita tiada kena mengena dengan mereka yang hidup ataupun sudah meninggal dunia.
Bayangkan keadaan sekarang ni, kuasa dan pengaruh adalah sesuatu yang telah mendominasi kehidupan kita. Pakej yang ada tidak akan lengkap tanpa mengambil kira faktor kuasa dan pengaruh. Jadi, fikir-fikirkanlah.

6
comments