PaNTuN uNTuK FoLLoWeR - PaRT 2

Disebabkan aku tak punya entry untuk di kongsi dengan kalian, maka aku pun memerah kepala otak aku untuk menulis pantun. Mungkin pantun ni agak hambar pada bacaan korang. Tapi ini adalah yang terbaik yang mampu aku lakukan dikala ini. Kali ni, aku tulis mengenai 9 orang lagi follower aku. Aku tulis ni ikut turutan, so sabar yea menanti giliran pantun untuk korang (atau mungkin lepas ni aku tulis syair plak, who knows).

Cik Fakhitah suka berkebaya,
Blogsayamanis, nama blog dia,
Menceritakan perihal diri dan juga keluarga,
Kadang-kadang perihal kawan-kawannya.

MiszXoXo, Nurul namanya,
Si manis 18, itulah umurnya,
Perangai dia sangatlah ceria,
Berguling-guling di shoutbox, itulah kerjanya.

Devoted Lily ku panggil Pinses,
Kancil oren, idola hatinya,
Matanya kelabu akibat lenses,
Menjeling pewit, itulah hobinya.

Cikskaf penyabar orangnya,
Tokeh makanan segara, itulah perniagaannya,
Hatinya lembut, baik orangnya,
Tak pernah berburuk sangka kepada semua.

Cik Capiqa penggemar kucing,
Background kuning warna pilihan,
Suka main tagging-tagging,
Followernya ramai, sudah ketagihan.

Secret recipe makanan kegemaran,
The Mines tempat lepak kesukaan,
V|P Flora nama timangan,
Blognya membawa kita seperti di awang-awangan.

Innz seorang banyak celoteh,
Entrynya sehari tak terkira banyaknya,
Berblogging dia tak pernah letih,
Cubalah baca blog barunya, dia tengah buat novel.

Kimi Raikonen idola kegilaannya,
Mind spoken tema blognya,
Joyah panggilan bagi dirinya,
Segamat adalah tempat tinggalnya.

Yang ni pulak kawan MRSM PDRM Devoted Lili,
Sangat ingin pergi ke Langkawi,
UPSI tempat dia mengaji,
Itulah dia cik Mimi.

Seperti biasa, kalau ada yang terasa hati, aku mintak maaf. Aku tulis ni sebagai penghargaan buat korang sebab sudi follow blog aku. Jadi, maafkan aku, kalau penulisan ni tak sesuai. Sila email aku atau comment sekiranya korang tak suka. Aku akan cuba olah atau aku delete pantun yang korang rasa over. Okies?

WHeN THe GoiNG GeT TouGH, THe TouGH GeT GoiNG

When the going get tough, the tough get going. We always heard this things being said by people. But do we do apply this in our life? Our race always said this, but most of the time, we didn’t applied it in our life, especially in our working environment. Most of us, would like to have simple job, which require us to spent less time at the office and more time at home. But still, we aim for higher post and high salary.

When given complicated task, we always whine and complain. There are only few who will step ups. We always wonder why we are not given the opportunity that others have? We do not want to compete, that is why we always feel complaisant with what we have now. We want a lift to climb up and don’t want to use ladder like others.

I know, the world is not fair, but we have to fight for what we deserve. At the end, when we have given a good fight, it is ok for us to let go. I do believe it is ok for us to loss a good battle cause we know that we have give the best we have. When this happen, maybe it is time for us to move on. Make sure your move give an impact to them and will be missed by the company.

PaNTuN uNTuK FoLLoWeR - PaRT 1

Aku nak tulis pantun untuk follower aku. Tapi pantun ni, aku akan tulis part by part. Sebab aku tak mempunyai kekreatifan untuk menulis sekaligus follower ku yang ada. Lagi satu, aku kena lebih mendalami blog mereka untuk dapat idea. Bagi mereka-mereka yang aku belum tulis lagi, harap bersabar yea. Jangan merajuk dan terasa hati. Giliran kalian mungkin kemudian.

Dark, Ain, Notso_violet juga,
Dalam YM ku kenal mereka,
Blogku ini di sokong mereka,
Follower terawal ku, tentulah mereka.

Designer blogku namanya iyda,
Menolongku membuat blog itulah dia,
Bila dah malas, dia buat tak tau aja,
Aku berterima kasih sungguh, kepada dia.

Nadd ni kenal semasa mula-mula berbloging,
Dekat shoutbox selalu paging,
Entrynya pulak banyak cerita pasal shopping,
Dah habis belajar, dia mungkin teaching.

Entrynya banyak dari berita,
Penulis blog ni, namanya JASA,
Followernya ramai tidak terkata,
Penulisannya pula membuka minda.

Srisufi diaries blog kesukaanku juga,
Penulisnya rupa agak jelita,
Tulisannya membuatkan ramai yang tergoda,
Gaya sopan tersusun kata.

Intan Ismail ku kenal lama,
Dah dua tahun tidak bersua,
Muka brutal, lembut hatinya,
Kalau tak betul, kena saman dengannya nanti, naya.

Milimilo Taiping asalnya,
Blognya comel, secomel orangnya,
Celik IT, boleh tanya dia apa sahaja,
Diminta tolong, cepat sahaja jawabnya.

Erolnukman dari Sarawak,
Underground music itulah kesukaannya,
Indie pula, itulah hidupnya,
Nak citer banyak pun, aku tak kenal sangat orangnya.


Maaf kalau pantun ni buat kalian terasa. Jangan pulak amik tindakan undang-undang dekat aku. Dalam pantun ni, dah la ada seorang lawyer dan seorang lawyer to be. Btw, thanks cause following me. I will follow you to.

aSaBiYaH (18PL)

"Majid, Amran kena pukul dekat Kampung Pinang Sebatang." Scud menjerit aku dari bawah rumah.

Aku tukar seluar jeans ku ke seluar trek, pakai kain ikat kepala menuju kepintu dengan gaya Pendekar Kundur. Aku kemudian menyarung kasut kungfu ku dan bergerak menuju Scud.

"Scud, ko dah panggil bebudak kampung kita berkumpul belum? Ni tak boleh jadi, kita kena balas apa dia orang dah buat dekat Amran. Takkan kita nak tengok jer budak kampung kita kena belasah. Nanti lagi naik lemak bebudak kampung seberang ni." Kataku kepada Scud.

15 orang budak kampung pinang dua batang mengerumuni Amran. Muka Amran yang masih lebam-lebam. Ke lima belas-lima belas pemuda itu membawa kayu dan kini manaiki motor menuju kampung sebelah untuk REVENGE perihal Amran.

Situasi di atas merupakan suatu kejadian yang biasa dilalui oleh budak lelaki. Aku pun pernah melalui kejadian seperti ni. Aku tau, benda ni terjadi kerana ikatan "Brotherhood" yang telah kita bina bersama kawan-kawan kita. Tapi betulkah applikasi "Brotherhood" dalam kamus hidup kita ni?

Aku malu, sebab kejadian begini, sentiasa berlaku sesama Melayu. Lebih memalukan, beragama Islam. Kenapa ek Melayu mahu bergaduh sesama Melayu? Kenapa Islam perlu bertelagah sesama Islam?

Aku rasa, Melayu dan Islam di Malaysia ni kuat. Kuat sekiranya bersatu. Tapi, yang kita dengar skang ni, puak sini, puak sana. Ades, lemahhhhh semangat. Kita ni terlalu banyak budaya Asabiyah.

1. Asabiyah kampung.
2. Asabiyah sekolah.
3. Asabiyah negeri.
4. Asabiyah Universiti (ada ke part ni?)
5. Asabiyah parti.

Cuba korang kategorikan, koang asbiyah tahap mana agaknya? Kenapa kita perlu ada semangat kekampungan? Semangat kenegerian?

Bukan ke, kampung mana sekalipun, negeri mana sekali pun, kita tetap Melayu. Okieslah, mungkin Melayu adalah tak kuat asasnya. Kita adalah Islam. Saudara seagama. Tak rasa ke, dengan bergaduhnya kita, orang-orang lain akan nampak kita lemah. Dan masa nilah kita akan diserang. Serangan dari dalam. Serangan yang kita tak sedari.

Sedarlah, walau mana kampung, sekolah, negeri, universiti dan parti mana sekalipun kita. Kita tetap melayu islam. Islamlah yang sepatutnya menyatukan kita. Bangunlah semua, kita yang ramai makin lemah. Makin dipijak. Mahukah kita jadi seperti negara jiran kita yang kecil. Dimana negara tu telah tergadai kerana melayu islamnya tidak bersatu? Binalah ukhwah sesama kita, berdasarkan tiang agama Islam.

Takbir.

P/S: Maaf sekiranya entry ini menyentuh sensitiviti sesetangah pihak. Tujuan menulis untuk menyedarkan bangsa melayu Islam supaya bangkit dari perpecahan yang sedang berleluasa.

SPoNGe BoB SQuaRe PaNT


Semasa menulis entry ini, teringat akan kata Mimi yang inginkan patung sponge berwarna kuning dan berseluar petak. Harap suatu hari dia akan mencapai cita-citanya untuk mendapat patung itu pada masa hadapan.

Owh, entry ni bukan pasal Mimi yea. Entry ni adalah mengenai cerita kartun Sponge Bob yang ditayangkan setiap hari di TV9 pada pukul 5:00 petang sehingga pukul 6:00 petang. Yea, aku seorang kanak-kanak ribena yang masih sukakan kartun (wah, buang tebiat betul orang tua sorang ni). Aku takmo citer pasal citer kartun dia. Aku nak korang tengok sendiri. Dalam citer ni, ada beberapa watak, yang sebenarnya banyak di kita temui dalam kehidupan kita sehari-hari. Kalau korang tak caya, korang tengok citer tu, dan baca entry aku. Biar aku kenalkan watak-watak utama dalam citer kartun ni.


1. Sponge Bob. Seorang yang ceria, baik dan mengambil semua perkara negatif menjadi positif. So, dalam kata lain, sponge bob ni adalah Mr. Positif dalam kehidupan kita seharian. Sure korang boleh fikirkan siapakah orang yang punyai sifat sebeginikan dalam kehidupan korang.

2. Patrick Star Fish. Kawan baik kepada sponge bob. Dia digambarkan sebagai manusia yang dungu. Tidak memahami sesuatu perkara dan selalu salah tafsir perkataan dan perbuatan orang. Orang macam ni pun tidak kurang dalam masyarakat kita.

3. Mr Crab. Dia ni pula merupakan majikan sponge bob. Digambarkan sebagai bakhil, suka menindas pekerjanya dan seorang yang tamak (kira duniawi la dia ni). Part ni, korang kena tengok majikan korang. Kalau korang rasa dia macam ni, korang boleh la menggelar dia sebagai Mr Crab.

4. Cindy Si Tupai. Cindy merupakan rakan sponge bob dan patrick. Digambarkan sebagai watak wanita dan digambarkan sebagai seorang yang genius. Genius tak genius lah dia dalam citer ni, dia leh wat rumah atas pokok dalam laut. Geniuskan?

5. Squidwert. Ni watak utama terakhir aku nak kenalkan. Kenapa aku nak kenalkan watak ni terakhir? Sebab aku tak nak korang jadi macam watak ni. Watak ni digambarkan sebagai seorang yang asik menyesali nasib sendiri. Macam-macam usaha dilakukan, tapi masih lagi tidak berjaya. Selalu enganggap diri malang. Selalu dengki dengan sponge bob, padahal sponge kuning tu tak pernah buat apa pun dekat dia. In simple words, watak ni adalah watak "Looser".


Ok, cukup aku citerkan pasal katun kegemaran aku. Sebenarnya, banyak gak benda kita leh pelajari dari katun. Yang penting, kita kena lihatnya dari sudut yang berbeza. Katun menghiburkan, tapi masih punyai mesej. Apapun, korang janganlah pulak gunakan entry aku ni untuk melabel orang disekeliling korang. Tak pasal-pasal aku gak yang dapat share. Hehehehe.

iNSuRaN

Sebenarnya dah lama aku ingin tulis mengenai perkara ini. Sebab aku masih rasa, kita masih kekurangan pengetahuan dalam hal ini. Kalau tahu, ramai antara kita yang tidak mengendahkan fakta-fakta yang sahih lagi benar.

First sekali, aku nak tanya, berapa ramai antara anda semua mempunyai insuran polisi sendiri? Maksud aku, insuran polisi hayat atau kesihatan? Berapa ramai pula antara anda yang ibu bapa telah mengambil polisi insuran untuk anda? Berapa ramai pula antara kita sedar kepentingan insuran?

Mungkin ramai yang akan tanya, kenapa perlu ambil insuran? Okies, biar aku berikan kalian semua sebab kenapa anda perlu mempunyai insuran. Harap, apa yang aku ceritakan ini, akan membuka minda kita semua dan menyedarkan kita kenapa insuran itu penting.

1. Kepada mereka yang bekerja dan mempunyai keluarga. Adalah dinasihatkan untuk membeli insuran hayat dan kesihatan. Kenapa? Jawapannya mudah sahaja. Sekiranya berlaku apa-apa kepada anda, bagaimanakah anda ingin membantu keluarga anda. Ambil contoh, jika seorang yang sihat, jatuh sakit (penyakit kritikal), adakah anda mampu lagi bekerja selepas itu? Adakah company anda akan menerima lagi anda untuk bekerja dimana pada ketika itu kadar produksi anda rendah? Sekiranya anda diberhentikan kerja, dimakah anda ingin mencari duit untuk membiayai bil perubatan anda? Sekiranya anda mengambil insuran hayat, sekurang-kurangnya, apabila kita tiada, kita sudah tahu bahawa kita sudah meninggalkan sedikit bekalan wang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Dengan insuran kesihatan, kita dapat meringankan beban bil perubatan kita.

2. Kepada ibu bapa, adalah dinasihatkan untuk mengambil insuran kesihatan untuk anak-anak dan juga insuran pengajian (kebiasaannya tarikh matang insuran adalah apabila anak berusia 18 tahun). Kenapa? Insuran kesihatan adalah untuk urusan perubatan, alasannya sama seperti di atas. Insuran pelajaran? Mesti ramai yang cakap, kenapa nak ambil insuran pelajaran. Kan dah banyak tabung dan biasiswa mahupun pinjaman disediakan. Disinilah saya ingin menceritakan kesilapan kita sebagai Melayu (maaf sekiranya entry ini agak kasar). Kita terlalu mengharapkan kepada dana untuk menuntut ilmu. Cuba kita lihat kaum lain, Cina khasnya. Mereka sanggup bersusah payah menabung dan mengambil insuran untuk menyekolahkan anak mereka. Seorang nyonya menjual sayur pernah cerita dekat aku, menceritakan betapa dia dan keluarganya sanggup bersusah payah dan menyimpan untuk menghantar anaknya ke luar negara. Mereka mengambil insuran pelajaran untuk anak mereka. Kenapa kesedaran ini hanya ada pada kaum lain dan bukan kaum kita?

Entry ini bukan bertujuan untuk menjual insuran. Aku bukan agen insuran. Tujuan aku, cuma ingin berkongsi dengan kalian semua. Kita perlu menjadi Melayu "Generasi Baru" yang bebas dari subsidi. Kerana sampai bila harus kita harapkan subsidi? Harap kalian dapat menerima mesej aku ini.

P/S: Marilah jadi generasi Melayu Baru, bebas korupsi, bebas jenayah, bebas subsidi dan mampu bersaing. Sampai bila kita mahu disokong dan disuap?

KaWaNKu

Aku bukan jenis yang tak reti berkawan. Aku mempunyai kawan yang ramai. Cakap sahaja di ceruk negeri di Malaysia ni, rasanya, semua negeri, atleast aku ada seorang kawan. Kena pulak sekarang ni, aku bekerja di sebuah pasaraya besar yang punyai cawangan di seluruh Malaysia. Bila dah ramai kawan, mesti lah banyak pula ragam dan perangainya. Ada yang banyak bercakap, ada yang kurang bercakap. Ada yang terlebih pandai, ada yang biasa-biasa aja. Ada yang miskin, ada juga yang kaya. Semua ni lumrah. Rasanya korang semua mesti punya rakan jenis-jenis yang aku ceritakan ni kan.

Okies, cut the crab and make it short. Aku nak citer sorang kawan aku yang agak berahsia orangnya. Kawan aku sorang ni, aku tak lah kenal dia dengan rapat sangat. Seorang perempuan, yang berasal dari patai timur. Korang jangan buat gosip pulak, ni betul kawan, bukan gf ataupun skandel. Dia ni masih belajar lagi di sebuah IPT di pantai timur. Seorang yang agak agresif. Tapi kalau korang tengok orangnya, dengan kaca matanya, mesti korang rasa dia ni terlalu pemalu dan senyap orangnya.

Sebenarnya, dalam diam dan rahsia dia tu, ada satu rahsia yang amat besar disimpan olehnya. Aku sebagai kawan dia pun tak tau sehinggalah aku terbaca mengenai runtuhan stadium di Terengganu. Dari situ, barulah aku tau bahawa, kawan aku tu adalah seorang ULTRAMAN. Yea, aku ulangi lagi sekali, kawan ku adalah seorang ULTRAMAN wanita pertama di Malaysia. Kalau tak kerana blog yang ditulisnya, aku takkan tahu, Cik Nuyu yang berkaca mata dan suka naik kuda adalah ULTRAMAN NUYU.

P/S: Nukilan ini hanyalah kesinambungan hasil tulisan Cik Nuyu diblognya. Tiada kena mengena dengan apa juga kejadian yang berlaku.

aKu DiNGoRaT LeLaKi

Aku tak tau la, masa aku sekolah dulu, aku pernah dingorat kaum sejenis aku sebanyak beberapa kali. Nak kata muka aku jambu, tak la jambu mana pun (kalau betul jambu, sure dah punya gf masa zaman sekolah, paling tidak pun punya secret admirer). Kat sini, aku nak citer dua kejadian yang paling aku tak leh lupa la.

Kejadian 1


Masa aku habis SPM dulu, Bukit Bintang adalah tempat aku melepak dan berjumpa dengan kawan-kawan. Ada sekali tu, sedang menunggu bas (dekat depan 7-eleven Bukit Bintang) kerana nak balik rumah, aku perasan ada seorang lelaki berbangsa Cina memandang kepada aku. Aku buat tak tahu je sebab aku tak kenal dia. Kemudian aku menyalakan rokok. Ketika tu, aku pakai seluar jeans dan baju Tasmania Devil (gambar kartun) dan baju itu agak singkat (betul2 dekat pinggang aku). Lelaki Cina itu kemudiannya datang kepada aku meminta pinjam lighter. Aku pun seluk seluar dan berilah lelaki tu lighter. Kebetulan, semasa menyeluk seluar, baju aku sedikit ternaik menampakkan pusat. Lelaki itu memandang ku.

Selepas menyalakan rokoknya dan memberi aku rokok. Dia kemudian memulakan perbualan. Dia bertanya aku hendak kemana. Memperkenalkan dirinya dan bersalaman dengan tanganku. Ketika bersalaman, aku dah rasa semacam. Mana taknya, dia salam dan seolah-olah mengusap tapak tangan ku. Keadaan ini berlaku agak lama, dimana lelaki normal yang aku kenal tak pernah buat begini. Dia kemudian mengeluarkan statement yang membuatkan bulu roma ku berdiri. "I tengok perut you tadi, dekat pusat you ada bulu. Seksi la you ni." Kalau bukan kerana aku penyabar, memang aku dah terajang dan mamat ni tadi. Secara kebetulan datang sebuah bas. Aku menyatakan kepadanya yang aku perlu menaiki bas itu (sebenarnya, aku sendiri tak tau arah tuju bas itu). Nasib bas tersebut pergi ke Kota Raya.

Kejadian 2

Kisah berlaku semasa aku di tingkatan 5. Ketika itu, aku di arahkan menyertai kem motivasi, yang dikhaskan kepada pelajar yang mempunyai potensi untuk lulus SPM (aku merupakan kategori pelajar yang di cop mungkin akan gagal SPM). Kem motivasi ni dibuat di Port Dickson (Youth Camp). Pada waktu malam, kami dibenarkan membuat acara bebas, dari pukul 9 ke atas. Aku dan kawanku, telah pergi ke tepi pantai (melarikan diri dari murid-murid lain) kerana ingin menghisap rokok. Sedang aku duduk di tembok tepi pantai. Datang seorang lelaki, yang agak jambu mukanya. Memberi salam dan menanyakan aku bagaimana hendak ke Blue Lagoon. Aku pun memberitahu dia yang Blue Lagoon arahnya ke atas lagi dari tempat kami itu.

Dia kemudian bersalaman dengan aku (caranya sama seperti lelaki di kejadian 1). Dengan tidak meminta izin, dia duduk sebelah aku, kemudian menyalakan rokok. Dia tanya apa yang aku buat disitu. Aku pun menceritakan mengenai kem motivasi dan aku keluar kerana ingin berjalan dan menghisap rokok. Aku menyatakan aku datang dengan kawanku, sambil menjeling memandang kawan aku yang sedang berjalan-jalan seorang diri. Kemudian dia memperkenalkan dirinya dan menceritakan serba sedikit mengenai dirinya. Dia kata, dia seorang cabin crew (Steward) dan part time model. Sedang bercerita, dia meletakkan tangan ke peha aku, dan mula meraba peha aku. Aku tak berani berbuat apa-apa, kerana dia lebih besar dari aku. Tapi sumpah, aku rasa nak terajang dia. Hampir 5 minit dia buat begitu (aku rasa geli gila dan teramat tidak suka), kawan aku menghampiri aku dan menyatakan kami kena pergi kerana curfew tamat (pandai sungguh rakan ku mereka cerita). Kami meminta diri. Lelaki tersebut memberikan nombor telefon dan meminta aku menghubunginya (nombor itu aku terus buang) dan bersalaman lagi dengan aku (salam yang aku tak leh terima). Kami melintas jalan dan dalam perjalanan balik, aku memarahi kawan aku kerana lambat untuk menyelamatkan aku. Nasib baik aku tak kena noda.

Beginilah dua cerita yang aku tidak boleh lupa. Pengalaman dingorat oleh kaum sejenis. Seriau aku. Jadi, katahuilah kalian, aku adalah lelaki normal lagi straight.

MuSiM KaHWiN YaNG MeNYeKSaKaN

Musim perkahwinan. Masa ni adalah masa yang paling tidak digemari oleh mereka yang berumur 25 tahun ke atas, masih single dan tidak mempunyai teman istimewa. Masa ni, kalau ada kenduri perkahwinan, golongan yang disebutkan di atas pasti akan mencari-cari alasan untuk tidak menghadiri kenduri tersebut. Bukannya apa, jenuh telinga nak dengar ayat dari saudara-mara yang berbunyi lebih kurang begini, "Sepupu kau ni yang baru grad ni pun dah nak kahwin, kau tu, dah 31, bila lagi nak kahwin". Tak pun ayat yang berbunyi, "Kau takde girlfriend ke? Bawak-bawaklah jumpa emak. Kalau kau takde, mak leh carikan untuk kau. Tu anak Pak Long Mail ko tu ada. Lawa budaknya. Mak berkenan. Kalau kau ok, mak pergi risikkan". Tak kurang juga berbunyi, "Kau ni, rasanya kena pergi mandi bunga bawah jambatan la. Susah benar nak dapat jodoh. Adik kau pun dah anak dua dah".

Apa pun bunyi ayatnya, persoalannya adalah tetap sama. Bila mau kahwin? Adeh, satu soalan yang tak dapat dijawab. Tapi tak kisahlah, kalau soalan ni diajukkan masa kenduri kahwin. Tapi yang buat lagi tekanan, tak kira la kenduri apa sekalipun, soalan cepumas ni, tetap akan diajukan. Sampaikan, semasa kenduri tahlil arwah pun, akan diajukan soalan begini. Mau jadi gila golongan di atas.

Harapan aku, golongan di atas hendaklah bersabar. Kalau susah sangat, korang jawab lah jawapan setendet seperti, "Belum jodoh lagi, nak buat macam mana". Tapi kalau mahukan jawapan lebih extreme, jawablah "Saya tidak berminat dengan perempuan la mak". Maka, akan senyaplah mereka yang bertanya soalan ini.

P/S: Sesungguhnya adakah aku tergolong dalam golongan yang diceritakan di atas? Hehehehehe. No komen.

TiPS iNTeRVieW - PaRT 1

Aku rasa, minggu lepas dan minggu ni, merupakan minggu yang busy bagi student-student IPTA di Malaysia. Kemana-mana blog yang aku singgah, ramai yang bercerita mengenai result mereka. Aku teringin gak nak kongsi result aku, tapi aku takde apa result nak kongsi. Aku bukan student, aku tak amik apa-apa peperiksaan pun.

Kepada kalian yang score dan berjaya naikkan CGPA kalian, aku nak ucapkan tahniah. Kepada yang gagal, bukan makna yang anda adalah seorang looser. Kalau nak citer pasal looser, aku leh citer pasal diri aku yang looser ni. Korang percaya tak kalau aku cakap, sijil kita hanyalah satu tiket bagi kita untuk mendapat pekerjaan. Tak dinafikan, dalam keadaan sekarang (maksud aku pasaran perkerja lebih banyak dari pekerjaan), majikan akan bertindak memilih calon-calon pekerja mereka dengan lebih banyak songeh lagi. Sebagai seorang Fresh graduate, dengan ketiadaan pengalaman bekerja, para majikan akan melihat candidate mereka dari beberapa sudut. Kepada kalian, anggaplah ini adalah tips yea (rasanya, tips ni sama jer dari yang korang pernah dengar).

1. Ketrampilan diri. Hendaklah beketrampilan menarik. Baju hendaklah bersesuaian dengan kehendak interview. Bagi perempuan, baju kurung atau jika hendak nampak lebih modern, adalah dinasihatkan memakai suit. Dengan memakai suit, anda akan kelihatan lebih korporat. Kepada lelaki, janganlah poyo dengan memakai suit, kerana anda bukan datang untuk interview jawatan Manager and above. Dinasihatkan memakai baju lengan panjang. Adalah lebih sesuai jika memakai pakaian cotton (walaupun kain cotton susah hendak digosok). Seluar kebiasaannya berwarna gelap dengan kasut kulit kilat. Tali leher adalah perlu dan hendaklah disesuaikan dengan warna baju dan seluar (takkan pakai baju kaler biru nak pakai tali leher kaler pink kut?). Rambut hendaklah kemas. Pastikan juga anda berbau wangi (kepada mereka yang mempunyai body odour (betul ke tak ejaan aku ni), dinasihatkan untuk memakai deodorant dan perfume bagi mengelakkan bauan yang tidak digemari. Pastikan kuku jari anda telah dipotong kerana sesetengah interviewer akan melihat kuku anda ketika mereka bersalaman dengan anda.

Macam panjang la pulak tips aku. Aku ingat nak senaraikan tips untuk korang bebanyak, tapi buat masa ni, aku kasi satu dulu. Sila tunggu untuk tips yang lain.

NeW GaDGeT & aND BeGiNNiNG oF CoMPeTiTioN

Aku nak ucapkan terima kasih kepada Kapten Haruan Tasek dan Cik Milimilo kerana telah mengajar aku bagaimana untuk menyenaraikan nama para pengomen blog aku. Dengan ini, aku nak isytiharkan satu competition. Dimana top commentors akan mendapat hadiah dari aku.

Hadiah

Top 1 Commentor: RM50
2nd Top Commentor: RM30
3rd Top Commentor: RM20
4th - 10th Top Commentor: RM10

Hadiah akan dibankin kan kedalam akaun Maybank pemenang secara online.

Tempoh pertandingan

Tempoh pertandingan bermula hari ini 14/6/2009 dan akan berlangsung selama 3 bulan. Tarikh akhir pertandingan adalah pada 13/9/2009 (kira kalau menang, hadiah duit rayalah tu).

Untuk membuatkan pertandingan ini adil semua commentor akan start dari kosong. Tuan punya blog akan menolak secara manual comment2 awal dari pembaca (saya tidak reti bagaimana untuk resetkan htmlnya kepada 0). Berikut adalah yang akan ditolak (bagi memastikan competition ini bersifat telus dan tidak berat sebelah).

notso_violet : seindah bunga seri pagi (38)
Cik Skaf (34)
AiE bAhRi (23)
iyda7 (19)
mamai (19)
haruan tasek (16)
DeVoTeD LiLy (16)
nuyu farhan (11)
~Imm~ (10)
zarina (10)
CaPiQa (9)
puspawarna (9)
anak laut (9)
+MisZ NuRuL+ (8)
░♥si lampu neon♥░ (8)
Dania (8)
SRISUFI (7)
rhapsody LiN (7)
milimilo (6)
mimi mimi. (5)
MISZ NaNa (4)
I n n z (4)
Umar Faiq (3)
Ukgm7W1vgZ3sIQnxZUiMIdVwVg-- (3)
oranglidi (3)
VIP fLoRa ™ © (3)
izzahfarhana (3)
KhairiL's (3)
badek_gonzalez (3)
sarahas (2)

Keputusan pengadil adalah muktamad. Pemenang akan dihubungi melalui email untuk urusan pengkreditan hadiah.

Tujuan pertandingan adalah untuk suka-suka sahaja dan harap maaf kerana hadiah pertandingan tidaklah selumayan mana. Peserta perlulah menggunakan ID yang mempunyai email untuk memudahkan pihak penaja (akulah tu) untuk membuatkan pengumuman. Dengan ini, pertandingan top commentor dimulakan.

eNTRY BoSaN

Aku sampai dah tak reti menulis entry. Aku rasa, bukan setakat aku jer yang berperasaan macam ni, kebanyakkan bloggers pun akan mempunyai perasaan sebegini setelah berblogging. Hari ni, aku nak menceritakan apa yang aku buat semalam di rumah. Sesuatu yang boring.

Semalam, Sabtu bersamaan 13 June 2009. Aku telah bangkit dari tidur pukul 2:30 petang (tentunya sesudah Subuh, sambung tidur semula). Kemudian, selepas bersiap, pergi ke rumah makcik untuk khatam Quran sepupu aku. Aku dah tunjukkan ayah aku hasil kerja mekanik kereta dan ayah ku amat berpuas hati dengan kerja mekanik tersebut.

Petang, kembali dari kenduri, aku tengok tv, spongebob, adeh, sekali lagi ulangan. Kemudian buka blog, baca blog dan post entry. Cuba membuka YM, tetapi masih tidak berjaya dari semalam.

Handphone N96 pula masih membuat hal since Jumaat. Adeh, tiap kali aku gunakan direction pad dan ingin tekan, pastinya ianya akan lari. Harap, by esok, keadaan handphone aku kembali normal. Jari jemari aku ni, selain dari tekan keyboard, suka bebeno tekan keypad henset. Tapi sekiranya henpon tu masih tak elok, aku terpaksalah menghantarnya ke worksyop (adeh, duit lagi).

Aku kebosanan. Entry aku hari ni pun, bosan untuk aku. Jadi, korang pun bosan-bosankanlah diri korang untuk baca entry aku. Selamat hari Ahad, dan selamat hari Isnin (I hate Monday).

BuaT SeoRaNG SaHaBaT - aie BaHRi (http://aiebahri.blogspot.com)

Gambar mu yang berkaca mata itu,
Dengan gaya rambutmu yang pendek,
Pasti membuka hati para gadis,
Untuk mengenali dirimu.

Bicara sopanmu di blog,
Meruntun si dara,
Untuk mendampingi blogmu,
Serta ketagihan hasil penulisanmu.

Kata-kata dan penulisan entrymu,
Menunjukkan empunya diri,
Seorang pimikir,
Seorang yang berilmu,
Seorang yang berwawasan dan berpendirian.

Sepanjang ku kenal kamu,
Tiada riak yang ku lihat,
Hanya perasaan rendah diri,
Walaupun ku tahu,
Ilmu yang kau ada,
Tidaklah secetek mana.

Kau tidak pernah lokek,
Berkongsi apa yang kau tahu,
Kau jalinkan persahabatan,
Dengan keikhlasan,
Demi ukhwah Islamiah.

Sekiranya hanya melihat gambarmu itu,
Pasti ramai yang sangka,
Kau seorang ulat buku,
Yang tiada rasa humor,
Tapi itu semuanya silap,
Kerana ayat kamu,
Seringkali menggeletek hatiku,

Ku harap persahabatan yang terjalin,
Berpanjangan,
Walaupun kau sudah berteman istimewa,
Kerana aku masih ingin belajar darimu,
Menjadi insan cool yang penuh muhasabah diri.

Seperti yang bro katakan tadi. Memang terdetik untuk menulis puisi untuk Aie. Sebagai menghargai kamu, sahabat. Sila rujuk ke http://aiebahri.blogspot.com untuk mengenali sahabat aku ini (rasanya kalian pembaca juga telah menjadi sahabat dia). Harap suatu hari kita dapat bersua secara offline.

P/S: Menghargai seorang sahabat lelaki tidak bermakna aku seorang gay. Aku masih lelaki yang menyukai wanita.