KiTa MaNuSia MuDaH LuPa


Kita manusia mudah lupa,
Masa kita kecil, mendengar kata,
Bila dah besar dah pandai, kita pula mula mengata,
Kononnya ilmu penuh di dada,
Kononnya pengalaman dah banyak ada,
Tapi semuanya bak lagu Najwa Latif,
Kosong ........ Kosong .......... Kosong

Kita manusia mudah lupa,
Dunia ni bukan kita yang punya,
Keupayaan kita tak kekal selamanya,
Kejelitaan yang ada, botox semata,
Sekali ditarik oleh yang maha kuasa,
Jatuh terduduk tak bangun semula,
Kerana keupayaan ditarik sekali dan serta-merta

Kita manusia mudah lupa,
Zaman naik basikal, tu pun tumpang kawan punya,
Bila dah senang sikit, orang minta tolong buat dek aje,
Dikata kawan tu malas berusaha,
Sudah lupakah pertolongan yang pernah ada?
Walaupun bukan orang dan sumber yang sama,
Tak salah kalau kita membantu orang yang memerlukannya.

Bagaimana mahu mencapai zuhud?
Bagaimana mahu wasatiah?
Bagaimana mahu menjadikan Islam is the way of life?
Tolong bimbingi daku.

iKHLaS aTau TiDaK

Assalamualaikum semua. Berjumpa lagi kita pada hari ini untuk memperkatakan isu berkaitan ikhlas atau tidak.

Pernah tak korang tolong kawan-kawan korang tanpa berharap akan balasan? Pada yang tak pernah tu, tak tahulah apa nak jadikan. Tapi aku percaya ramai antara kita yang memang menolong dengan perasaan ikhlas. Contoh, tolong kasi pinjam duit, tolong hantarkan resume dan berbagai-bagai contoh lain. Tapi betul ke kita benar-benar ikhlas?

Pernah tak korang terfikir menyesal tolong (di kemudian hari) bila korang mengalami kesusahan, dan tiada pertolongan diberikan oleh kawan-kawan yang telah dan pernah kita tolong? Jadi, bagaimana yea nak cakap ikhlas tapi menyesal di kemudian hari?

Boleh ke ikhlas tu wujud semasa menolong dan kemudian ikhlas tu jadi tak ikhlas bila kita mengharapkan kembali balasan pertolongan ketika kita memerlukan di kemudian hari? Terus terang, aku ada perasaan macam ni sekarang.

Ada tak sesiapa yang boleh terangkan dekat aku konsep ni sebab aku takut, di kala ada perasaan yang sebegini akan timbul hasutan syaitan untuk menyalahkan ketentuan dimana boleh menggugat keimanan aku nanti (e.g. timbul persoalan kenapa time aku susah tak ada pun orang nak tolong aku kepada Allah dan mungkin mempertikaikan adilkah ketentuannya). Harap ada yang dapat membantu.