Pernah tak merasa diri ini umpama mengemis sebuah persahabatan? Menghulurkan talian ukhwah dengan ikhlas tetapi tidak berbalas? Dipandang sepi dan dianggap punyai niat tersembunyi? Mungkin, inilah hakikat dunia maju masa kini. Di mana, manusia bersahabat kerana mempunyai agenda tersembunyi. Lebih-lebih di zaman sains dan teknologi ini. Di mana, harta, rupa, pangkat dan nama menjadi ukuran. Di mana hati, budi, pekerti dan pemikiran samakin dipinggirkan. Di mana, keikhlasan menjadi persoalan.
Kadang-kadang ego kita mengatasi akal dan fikiran. Kejadian lampau, mengajar kita menjadi lebih seorang yang buta mata hati. Adakah itu suatu jalan penyelesaian? Adakah sejarah mengajar kita untuk menutup pintu hati? Atau adakah kisah lampau, mengajar kita supaya lebih berhati-hati? Tetapi, adilkah untuk meminggirkan seseorang yang mengambil berat terhadap kita kerana perkara-perkara ini? Kita hidup, saling bergantung antara satu sama lain. Tapi ada juga yang mengaku tidak perlukan kebergantungan itu. Jadi, buat apa hidup di dalam masyarakat sekiranya kita boleh hidup seorang diri?
Ingatlah, bahawa hidup akan sepi, tanpa teman. Hidup akan muram tanpa seorang kawan. Hidup tidak bermakna sekiranya kita tidak boleh berkongsi dengan orang lain.

May 20, 2009 at 8:21 PM
entry nih menginsafkan diriku..uhuk..uhuk..
May 20, 2009 at 8:58 PM
Zarina: Akhirnya, ada juga insaf dengan entry ini. Erk, ada terkena batang hidungkah? :P
June 15, 2009 at 8:06 PM
teman hanya sekadar teman..
macam air di sungai..
air itu penting..namun, ianya hanya akan berlalu pergi jua..
hanya sedikit amat yang akan terus tinggal..
usah mangharapkan setinggi harapan..
namun, berilah setinggi pertolongan..
teman...arghht
tidak berapa penting sebenarnya..
asalkan datangnya hanyalah selepas agama dan keluarga.
June 21, 2009 at 1:06 AM
Kawan,teman, sahabat, rakan atau apa jua panggilannya adalah PENTING untuk mewarnai kehidupan kita.
Tanpa mereka pasti dunia akan suram.
Hargailah bila bersahabat.