aKu YaNG CoMPLiCaTeD (PaRT 3)

Aku rasa terpanggil untuk menulis lagi setelah membaca blog Imm. Kali ni aku ingin menceritakan mengenai ketagihan tegar aku since 1997. Yea, disini ingin aku akui, aku adalah kaki chat tegar. Aku rasa, pada mereka yang pernah baca tulisan aku dekat http://kleightunited.blogspot.com mungkin dah tahu betapa tegar ketagihan aku kepada chat ni. Cakap jer dimana ada tempat untuk chat, aku rasa, aku dah pernah chat dekat hampir kesemua tempat itu. Chat di YM? Chat di MIRC? Chat di TV3? Chat di 8TV? Chat di @15? Chat menggunakan handphone (dikelolakan oleh servis provider)? Semuanya aku dah berkecimpung. Hasilnya?????? Terlampau banyak sehingga aku memikirkan satu entry untuk tulis hasil chatting sahaja.

Sebenarnya
bila kita chat, kebanyakkan dari kita sebenarnya 1. Ingin mencari kenalan. 2. Mengisi masa lapang kerana bosan. 3. Menjadi seseorang yang kita tidak boleh jadi di alam nyata (kerana chat dikategorikan sebagai alam maya). Aku mungin dikategorikan dalam golongan no 1 dan 2. Bukan aku tidak mempunyai kawan diluar sana, tapi aku ingin menambah kenalan aku ketika aku mempunyai masa bosan dan lapang di rumah. Bila chat, kebanyakkan lelaki, ingin berkenalan dengan perempuan, dan yang perempuan ingin berkenalan dengan lelaki (ada juga perempuan yang ingin berkenalan dengan perempuan untuk kakak dan adik angkat). Aku rasa, aku juga tidak lari dari menjadi sebahagian besar lelaki (chatting untuk berkenalan dengan perempuan). Cuma, sejak akhir-akhir ni, kegilaan aku untuk chat secara private, sudah semakin berkurangan. Jadi, kebanyakkan masa aku akan berchat di public. Kerana disitu, aku akan dapat mengenali lebih ramai orang dan orang akan lebih mengenali aku.

Aku dah 4 hari
bertapa dari chatting (still on YM dan pm dengan kawan-kawan aku). Kali ni, aku sudah mempunyai ketagihan yang baru, iaitu blog. Stakat ni, aku rasa aku dah hampir setiap hari post entry untuk blog aku. Harap-harap, semangat untuk membuat blog ni, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam (aku cepat merasa bosan dengan sesuatu). Kepada semua, sekiranya anda mendapati blog ini kosong untuk tempoh yang lama, maknanya, aku sedang bertapa dan sedang menjauhkan diri dengan ketagihan blog aku.

4 Response to "aKu YaNG CoMPLiCaTeD (PaRT 3)"

  1. Cik Skaf says:
    May 25, 2009 at 8:49 PM

    > boleh sy berkongsi cerita di sini?

    Sy x pernah ketagih chatting, Tetapi pernah ketagih bersms dgn sesorang (mgkin utk melupakan seseorang yg lain.. haha). siang mlm non stop..(ya.kami kurang tido, mlh ada hari-harinya langsung x tido!). Namun syukur kegilaan itu x lama. msg2 tersedar - larut dalam perasaan spt itu bukanlah caranya utk bina hbungan yg diredhai tuhan. Ketagihan dan kemabukan bersms (dan bertelefon) ini perlu ditekan ke tahap yg palg minimum. hubungan ini perlu dijarakkan.
    Saya meyakinkan hati - bertenanglah. jika mmg dia yang ditakdirkan bersama saya utk saling menemani hingga ke hujung nyawa, maka nnti kami akan punya banyak masa utk mnyulam cinta...

  2. GRuNGe says:
    May 25, 2009 at 9:40 PM

    Wah wah wah cik Skaf.............. sungguh mendalam kata-kata tu.

  3. Cik Skaf says:
    May 31, 2009 at 4:01 PM

    eh mendalam ke kata2 sy tu..? huhu mcm tak biasa...wakakaka!

  4. CikYana(",) says:
    June 14, 2009 at 9:22 PM

    yana xdela ketagih chatting
    ketagih sms pun idak

    tp yana penah la chatting kt mirc
    skunk ni layan YM jela..
    huhuhu