Berikanlah aku ruang bersendiri,
Untukku berfikir muhasabah diri,
Agar aku lebih mengerti,
Memahami diri sendiri,
Izinkan diri bermusafir kelana,
Agar ilmu penuh didada,
Kerana Rasulullah pernah bersabda,
Carilah ilmu sehingga ke negeri China,
Ingin aku mencari guru,
Agar tak tersilap mentafsir ilmu,
Kerana syaitan sentiasa mengelirukan kalbu,
Dengan dorongan hawa nafsu,
Cukupkah amalan kita?
Untuk kita bawa kesana?
Di tempat dimana hanya kita,
Bergantung pada diri kita semata-mata,
Bergantung pada amal dan kebajikan kita,
Tempat dimana pangkat dan harta,
Tidak dapat kita guna,
Ampunkanlah dosa-dosaku,
Tingkah laku dan perbuatanku,
Kerana aku, hanyalah aku,
Insan kerdil yang penuh kejahilan perilaku,
Sesungguhnya, aku berdosa atas segala yang berlaku.
WORDLESS WEDNESDAY - SOTO STATION
12 hours ago
May 31, 2009 at 11:14 PM
Ampunkanlah dosa-dosaku,
Tingkah laku dan perbuatanku,
Kerana aku, hanyalah aku,
Insan kerdil yang penuh kejahilan perilaku,
Sesungguhnya, aku berdosa atas segala yang berlaku..
sm0ga kita m'dpt pengampunan drNya..
InsyALLAH..
^_^
May 31, 2009 at 11:30 PM
p3perak: Insya-Allah. Yang buruk tu dari kita manusia, dan segala kebaikkan itu datang daripadanya (Allah).
June 1, 2009 at 1:29 AM
InsyALLAH..
smoga kita b'sama m'perjuangkn agamaNya..
June 4, 2009 at 7:57 PM
Spt kata Rasulullah "lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yg Allah sukai ialah AMALAN YANG BERTERUSAN WALAUPUN SEDIKIT".
En grunge sy yakin amalan sdkt yg mengikut keupayaan diri tetapi berterusan adalah lebih baik dr amalan yg banyak ttp terputus2 - di mana dilakukan hanya bila keinsafan datang menjengah.Muga Allah bantu awak, sy dan semua istiqamah dalam apa jua amalan baik yg cuba kita praktikkan.
June 18, 2009 at 12:23 AM
buat xuen fikir pasal dosa
erm gotta pray lotsa and ask god for forgiveness
June 18, 2009 at 9:22 PM
perghh..
terkenang hari2 semalam...
arghht