aKu BuKaN FaHRi

Ini adalah entry yang tak boleh blah tajuknya. Sila rujuk movie dan buku cerita "Ayat-Ayat Cinta."

Aku yakin ramai antara kita yang telah tengok cerita ataupun membaca buku cerita "Ayat-Ayat Cinta". Bila tengok cerita tu, yang awek-awek, pasti akan jatuh cinta pada watak "Fahri", watak utama dalam cerita tersebut (saya sungguh yakin Dart, Pinses mahupun Mimi telah jatuh cinta dan bermimpikan watak Fahri). Kalau awek-awek jatuh cinta dengan Fahri, yang balak-balaknya pun pasti mengimpikan untuk menjadi Fahri (sama ada sebab karektornya yang baik, ataupun sebab dibenarkan untuk berkahwin dua). Sungguh hidup watak Fahri tu kan.

Tapi dalam kehidupan kita, ada ke manusia yang mempunyai karektor seperti itu? Adakah kita mampu untuk berjumpa karektor secun tu dalam seribu, sepuluh ribu, seratus ribu atau sejuta (mungkin sejuta dalam satu) orang yang kita kenal dan jumpa? Aku pun, bila tengok cerita tu, jadi jatuh hati dengan kelembutan, kewarakan dan kebaikan watak Fahri tu. Aku cuba menjadi (mampukah aku?) seperti watak tersebut. Tapi yang nyata, aku tak mampu.

Aku bukan lelaki yang seperti dia. Masih mampu menahan sabar bila didatangi musibah. Aku tak kuat beb, baru kena tolak kereta sikit, dah mengadu dalam blog (wakakakaka, ayat bengong). Aku tak rasa, aku boleh boleh menolak cinta perempuan sebab aku bukan Fahri. Aku tak rasa aku boleh berkahwin hanya dengan "Takruf" (sesungguhnya, inilah konsep sebenar berkahwin didalam Islam). Aku masih ingin dating dan keluar tengok wayang dengan gf aku (bila aku sudah mempunyai gf).

Aku ingin menjadi sepertinya. Aku adalah aku dan tak mungkin menjadi sebaik watak tersebut. Aku insan yang lemah dan penuh kekurangan (tapi agak macho dan tough la-ayat puji diri sendiri).

"Aku bukan Fahri."

29 Response to "aKu BuKaN FaHRi"

  1. AiE bAhRi says:
    June 1, 2009 at 6:50 PM

    Saya juga bukan seperti Fahri.
    Yang penting saya adalah saya..Saiful Bahri..hehehe

  2. Dania says:
    June 1, 2009 at 7:23 PM

    omg i really love the story..it made me cry n when i hear the song or when i remember about the storyline..it reminds me of something..ergghhh ok stop it now..lol

  3. mimi mimi says:
    June 1, 2009 at 7:31 PM

    anda mmg bukan fahri..
    anda grunge

  4. me says:
    June 1, 2009 at 8:17 PM

    Aku masih ingin dating dan keluar tengok wayang dengan gf aku (bila aku sudah mempunyai gf).
    -euwwww ayat tak hingat ... bukankah anda suda ada gefprennnnn
    (ke aku bace dgn intonasi yg salah hahaha)

  5. devoted lily♥ says:
    June 1, 2009 at 8:34 PM

    hahah.. mimi btol mimi..
    sie ni jgk pelawak peribadi aku..
    name glamer *teeeeTTTT*..
    ta mo sebot t kamoo malu=p

  6. memymu says:
    June 1, 2009 at 8:34 PM

    pes...nak jd gf ko r...coz ley g jalan n tgk wyg...hehe..pas jln n tgk wyg kite clash r..ley??hehe

  7. GRuNGe says:
    June 1, 2009 at 9:07 PM

    Aie Bahri: Betul, anda Bahri, yang baru minggu lepas g Sure Heboh. ;)

    Dania: How are you dear? getting ok I hope.

    Mimi: Saya juga adalah bozo the clown, tak caya tanya pinses.

  8. GRuNGe says:
    June 1, 2009 at 9:10 PM

    Me: Girlfriend? Sapa yea? Kamoo ke me? Selamat datang ke Blog saya bukan fahri.

    Devoted Lily: Panggil le Pinses, nama saya. Tak kisah pong. :P

    Iyda7: Boleh ke nak kapel dengan aku ni Iyda? :P

  9. memymu says:
    June 1, 2009 at 9:13 PM

    ley2..di alu2kan...haha...tp cam aku ckp la...pas jln n tgk wyg clash r...no b*****e ea...=))....

  10. GRuNGe says:
    June 1, 2009 at 10:18 PM

    Iyda7: Apakah yang star star tu Iyda. Macam ku tahu jer apa itu. Wakakakaka.

  11. Nuyu Yusof says:
    June 1, 2009 at 10:51 PM

    ade cite yg baru nak kuar..tgk thriller die.lbih kurang cm ayat2 cinta gak kot.mcm islamic.

    tapi pelakon die cm pelakon baru je.x penah nmpk..huhu

  12. GRuNGe says:
    June 1, 2009 at 11:17 PM

    Nuyu farhan: Cite malaysia ke indonesia?

  13. Nuyu Yusof says:
    June 1, 2009 at 11:20 PM

    indonesia..huhuu

  14. GRuNGe says:
    June 1, 2009 at 11:30 PM

    Nuyu farhan: Akan saya tunggu kemunculan cerita itu. Ingin sangat melihat konsep islamic yang bakal dipaparkan.

    P/S: Tetap bukan Fahri.

  15. Ilham Liyana says:
    June 1, 2009 at 11:57 PM

    fahri! :D

  16. GRuNGe says:
    June 2, 2009 at 12:05 AM

    Ilham liyana: Bukan la. :P Erk, jangan bahan gambar saya dgn house mate kamoo yea Liyana. :P

  17. Milimilo says:
    June 2, 2009 at 12:16 AM

    nak jugak cakap diri sendiri macho n tough..hehe..yeah,kamu bukan fahri,kamu mr grunge..kalo impikan watak fahri, try la jd mcm dia..tp jiwa kena betul2 kuat la :)

  18. GRuNGe says:
    June 2, 2009 at 12:20 AM

    Milimilo: Masih tak kuat nak jadi Fahri. Masih tak cukup macho dan setough kamoo. Tak lepas lagi Bukit Larut tu. Lepas g Zoo Tepen je. Nasib tak kena makan singa dalam zoo tu. :P

  19. izzahfarhana says:
    June 2, 2009 at 12:38 AM

    anda labu labi

  20. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    June 2, 2009 at 2:58 AM

    tp u adalah fahri i :x hakhak
    ok seyes..ade kot zaman skang yg mcm watak fahri tu..
    i tgk crite tu. tp x impikan lelaki seperti tu.
    sebab sedar diri nih sape hehe.

  21. Ilham Liyana says:
    June 2, 2009 at 4:08 PM

    baiklah! haha. sy baik woh. kahkah.
    bukan mcm housemate sy. :P

  22. AiE bAhRi says:
    June 2, 2009 at 4:29 PM

    Pergh..malu la..siap cakap baru minggu lepas g Jom heboh..(dush3 untuk bro grunge!)

  23. GRuNGe says:
    June 2, 2009 at 7:35 PM

    Izzahfarhana: Labu dan labi....... Teringat ketuk ketampi dan lagu-lagunya.

    Notso_violet: Saya Fahri untuk awak yea? ;)

    Ilham Liyana: Wah wah wah, dah habis gelak, baiklah yea.

    Aie Bahri: Maaf, gurau je. Dusyum dusyum kembali.

  24. puspa says:
    June 2, 2009 at 9:35 PM

    hua2...
    kesimpulannyerrr...
    kamu bkn fahri..fahri bkn kamu...
    wakakaka.....

  25. GRuNGe says:
    June 2, 2009 at 10:14 PM

    Puspawarna: Betul betul betul (upin dan ipin). Mungkin leh jadi upin ipin kut. :P

  26. Cik Skaf says:
    June 4, 2009 at 8:13 PM

    *tersenyum2 msa baca entry nie n komen2*
    hohoho.. en fahri en fahri..
    en grunge adalah en fahri kepada notso violet eh? .. ok r tuh violet.. u bleh jdi Aisha nya.

    ** pssst sy prnah dgr taw en grunge seseorang btau seseorng yg lain yg lagu "ayat2 cinta" itu mau dijadikan lagu tema dorang...huahuahua..sungguh poyo dorang kan..?

  27. Cik Skaf says:
    June 4, 2009 at 8:22 PM

    En grunge..at least awk da ada niat nk mmbentuk diri b'pesonaliti cam fahri.. kira da melangkah setapak k hadapan r tuh..huhu. klau usaha sngguh2, istiqamah dlm mendidik diri, x mustahil 60% sifat2 fahri akan awk miliki. InsyaAllah. sy doakan.

    al-aqomi bkata : "sesapa yg meniru glongan yg soleh mka ia akan dimuliakan sptmana mrka dimuliakan, begitu jua sesapa yg meletakkan tanda2 kemuliaan ia juga akan dimuliakan sekalipun ia tidak mempunyai ciri2 yg mulia"

  28. GRuNGe says:
    June 4, 2009 at 11:53 PM

    Cik Skaf: Notso_violet bukan aisyah, dia Rai jer. :p

    Cik Skaf: 60%, kalau dapat 10% pun dah cukup bersyukur.

  29. Mrs Nurul says:
    June 23, 2009 at 6:06 PM

    erms ayat2 cinta zzz. lupe la plak plot nye.
    bolehke aku jd wanita yang boleh bg fahri kawen lain?heh noway.