oNLiNe SHoPPiNG

Sebenarnya aku terdetik untuk menulis entry ni selepas membaca entry dari Cik Nad (sila rujuk http://lifeofnad87.blogspot.com), entry bertajuk "Online and offline". Rasanya, Malaysia sekarang ni makin maju dan semakin ramai antara kita yang memilih untuk membeli-belah secara online(lagi ramai yang suka membeli belah secara traditional, tak caya, cuba tengok karnival membeli-belah yang sedang berlangsung sekarang ni). Kalau ikut member-member aku yang study and kerja dekat Europe, trend membeli-belah secara online ni dah. If I am not mistaken, since late 90's.

Adakah masyarakat kita ni sudah bersedia untuk menjadi online shoppers? Sebenarnya, aku rasa, dengan kemajuan teknologi sekarang ni, masyarakat Malaysia secara am nya sudah bersedia untuk online shopping. Cuma ada beberapa perkara la yang perlu di ambil kira. Perkara pertama, adakah transaksi itu selamat? Aku ada seorang kawan, yang shopping secara online. Buyer dari Malaysia dan Seller dari Malaysia juga. Kawan aku beli laptop online. Tapi selepas membuat settlement, selepas sebulan, masih tidak dapat laptop itu. Bila call that seller, seller tu dah deactivated the number. Buat report polis, no case sebab no record of transaction. So at the end, kawan aku ni terpaksa la bear losses from the transaction.

Bukan nak menakutkan, cuma nak ajak semua berhati-hati. Sebenarnya, banyak jer pengusaha yang betul-betul mengusahakan online shop ni. Ialah, modalnya murah kalau nak dibandingkan dengan membuka kedai sebenar. Ramai juga yang telah berjaya dengan usaha ini. Cuma, mereka yang tak bertanggungjawab sahaja yang telah membuatkan orang yang betul-betul mengusahakan online shop ni kurang mendapat sambutan. Ialah, "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".

Hmmmm, sedikit tambahan. Ini cuma satu pertanyaan. Adakah online shopping ni aka membuat kita menjadi masyarakat yang malas? Rasanya, part yang ni, aku sendiri tak boleh jawab. Mungkin korang boleh share oppinion korang dalam comment untuk soalan ni.

3 Response to "oNLiNe SHoPPiNG"

  1. notso_violet : seindah bunga seri pagi says:
    May 25, 2009 at 5:50 PM

    online shopping ada kelebihan dan kekurangan. kelebihan dia, senag nak cari barang yang kita nak, takyah bazir tenaga dan minyak, kekurangan tuh...tak dapat tengok barang dulu. Tapi saya lagi suka C.O.D dapat barang terus bayar, klu barang tuh ada defect ke ley mintak tukar dan tak payah bayar wang pos:D. Tapi tak rasa pun diri nih malas. Rasanya online shopping nih bagi lagi banyak masa tuk kita buat benda yang lain dari sibuk2 nak pergi dari kedai ke kedai nak cari barang.

  2. GRuNGe says:
    May 25, 2009 at 8:04 PM

    Notso_violet: Online shopping best tak? Pernah tak online shopping? Macam I, biasa COD jer, window shopping, survey barang dan material, ada duit terus beli.

  3. Anonymous Says:
    July 17, 2009 at 4:43 PM

    On9 shopping maybe lebih jimat kos. X perlu keluar duit minyak.

    Online shopping juga banyak product indipendent skarang ni. Kita boleh tengok tapi tak dapat rasa. Kalau tuan punya online shop tu tak mahir describe, susah untuk kita mengetahui kualiti barang yang nak dibeli tu.

    Kadang2 kedai on9 terlau simple penerangan sehingga pembeli sukar faham dan meningkatkan risiko terbeli barang tidak seperti kehendak.
    Lebih teruk kalau tidak boleh dikembalikan.