Kali ni biar aku membawa korang untuk berfikir seketika. Isu adalah agak berat. Mungkin sedikit sensitif. Sedikit menyayat hati. Aku rasa korang semua pernah tengok Bersamamu dekat tv3. Apa korang rasa ek bila tengok cerita (boleh ke dikategorikan sebagai cerita?) tu? Ada yang sedih sampai nanes (Capiqa konpim nanes). Ada yang tak sanggup tengok lantas menukar ke chenel lain. Ramai yang tengok, kesian, simpati. Ada juga yang mencerca dan memaki.
Kali ni aku tak nak citer mengenai golongan yang cerca dan maki (golongan ni mungkin tak punya hati dan perasaan). Cuma aku nak tanya korang, dalam Bersamamu, berapa ramaikah keluarga Melayu atau berapa ramaikah yang beragama Islam? Rasanya, kalau ikut statistik kaum Bumiputera 70%, India 20% dan Cina 10% (dah keluar dah number aku-maklumlah, terlampau fanatik dengan number-orang account la katakan-mungkin data statistik adalah kurang tepat). Kenapa macam ni yea?
Aku tak bisa menjawab persoalan di atas. Cuma aku masih ingat, satu episod yang menunjukkan ada sebuah keluarga yang tinggal di Gombak (Gombak masih di kategorikan sebagai Lembah Klang) yang hidup daif. Sebenarnya, aku tak pernah fikir yang ada lagi rakyat Malaysia, duduk di sebuah bandar Metropolitan yang hidup dalam keadaan daif. Bila tengok kisah tu, aku terus insaf. Aku bersyukur (aku selalu mengeluh) yang aku masih dapat hidup dengan sempurna (tak mewah tapi mampu).
Prihatinkah kita? Kalau mengikut adat berjiran dalam Islam, sekiranya terdapat jiran kita yang sedang kelaparan (seingat aku, aku belajar ni masa form 4), maka masyarakat di situ terpaksa menanggung dosa (betul ke apa yang aku ingat?). Dan konteks jiran dalam Islam adalah orang yang hidup 40 pintu dari rumah kita (tak silap aku, ustaz aku cakap, 40 pintu tu termasuk, rumah di kiri, kanan, depan dan belakang, dan kalau kita ikut pengiraan, 160 buah rumah).
Entry kali ni mungkin agak berat. Cuma, aku tulis untuk mengingatkan diri aku, dan untuk mengajak kalian semua menjadi masyarakat prihatin. Sebab, aku rasa kita dapat membendung kemiskinan (kemiskinan yang bukan di cari seperti berjudi, dadah, arak dan wanita) dalam masyarakat kita. Fikir-fikirkanlah.

May 30, 2009 at 6:53 PM
bagus2! kalau semua rakyat prihatin macam lu, confom xde fakir miskin..
May 30, 2009 at 7:06 PM
Oranglidi: Tu semua tanggungjawab kita menjadi masyarakat prihatin. Sekarang, masing-masing bersikap individual beb. Ramai sangat yang tak kenal jiran memasing.
May 30, 2009 at 7:18 PM
setuju. tapi kena tengok juga relevan atau tidak. saya komen secara umum, hanya mengambil beberapa sampel untuk menggambarkan populasi.
kenapa ramai melayu/islam dalam program tu? populasi besar tu satu hal. tengok saja kuasa ekonomi di tangan siapa. satu perkara lagi, mentaliti orang kita. kalau tengok dari segi usaha, boleh nampak bezanya.
isu jiran tu tengok juga. kalau dah duduk taman perumahan mencecah seratus ribu, takkan lamada yang berlapar juga. (jiran2ku ada yang kelaparankah? huhu..)
eh, tapi apa-apa hal pun, prihatin itu perlu. dan rasanya majoriti rakyat malaysia cukup prihatin. hal yang tak sepatutnya pun ada yang ambil berat kan? haha..
*saje mention nama kte part nangis2 kan*
May 30, 2009 at 7:58 PM
bkn xknl weh..tp dorg ni mls nk knl..xmo tau pn..dorg pk, nnti ckp busy body la..pe la..haha
bkn 160 buah umh kot aku rse..brt daya,laut , tenggara, timur laut pn kne amik kire gak..haha
pas2 klau umh flat..atas,bwh..sng cite r sekeliling@360..haha
May 30, 2009 at 8:30 PM
grunge tp kan.. klu nk tlg.. tiap ari nk g die mkn.. t die ta nk usaha sndri.. pada die.. 'buat ape susah2 kan jiran aku ade.' mgkin sbb tu rmai y mnjadi tidak perihatin dgn semena2..huhu..
May 31, 2009 at 2:07 AM
Capiqa: Sebenarnya, kalau ikutkan zakat yang ada, rasanya dah boleh membantu. Mungkin cara membantu sekarang ni perlu diubah. Kita perlu mengajar mereka berdikari.
A Little Less Conversation: Terima kasih kerana menjenguk. Busy body bertempat, bukan tak kena tempat. Orang kita ni banyak busy body tak bertempat, contohnya, busy body mengumpat dan bercerita mengenai hal orang lain. Tak bermanfaat kan tu.
Devoted Lily: Macam yang saya katakan, kita menajar mereka berdikari. Konsep sekarang ni, mungkin tak mengajar mereka berdikari. Ambil contoh, kita kasi dia orang ikan, sepatutnya, kita mengajar mereka menangkap ikan atau ternak ikan (Harap pinses tak blur dgn perumpamaan ini). :P
May 31, 2009 at 10:52 AM
grunge.. smpat lg kamoo mmperkatakan ttg ke-blurr-an pinsess ni..hehehe.. perlu bnyak belajar dr kamoo n baiki ke-blurr-an itu..
May 31, 2009 at 1:19 PM
saya percaya begini - menderma, bersedekah, amal jariah jika dibuat tanpa ikhlas bukan semata2 kerana Allah maka hati akan banyak bersangka2. "Aku bersedekah, nnti mereka naik lemak, tak mau usaha, menjadi semakin malas, hanya mengharap sedekah org sahaja" atau "penat2 aku kerja siang malam,sendiri pun madang tak cukup, ni nak pulak bersedekah kat org" dan pelbagai lagi umpatan dalam hati. maka konsep sedekah/derma dah lari. Dan menunjukkan sgt kita masih tak faham konsep sedekah itu sendiri.
saya meyakinkan hati,amalan sedekah adalah amalan kita,utk diri kita sndiri, yg mengharapkan keikhlasan kita (tuk meringankan beban dan penderitaan org lain itu)akan mmndapat pehatian dr Allah dan seterusnya berharap amalan kecik itu dapat mmbantu menebus dosa2 kecik kita dan mendatangkan ketenangan dalam diri. Jadi samada wang atau harta benda kta disalah gunakan oleh org yg menerima sedekah itu, itu 1 cerita yg lain. Itu urusan mereka pula dengan Allah.
Bukankah hati lebih tenang jika segala apa yg dilakukan adalah untuk mencari redha Allah semata2 dan hanya mengharap2 balasan dariNya sahaja..? (skdr bkongsi rasa)
May 31, 2009 at 2:43 PM
Devoted Lily: Pinses, kamoo masih muda dan masih banyak yang boleh dipejari. Pasal blurr tu, just gurau-gurau jer. Jangan ambil hati yea.
Cik Skaf: Awak terima kasih kerana berkongsi rasa. Banyak juga yang boleh dipelajari daripada awak, cuma awak ni malu nak berkongsi pengetahuan awak. Rasa rendah diri awak tu terlalu menebal.