BaPaK ToYoL

Kes 1:

Sehari sebelum kertas World Civilization. Seorang budak lelaki sedang duduk di perpustakaan sambil membelek nota Tamadun Awal Mesopotamia. Budak lelaki tersebut sedang tekun menulis sesuatu di atas sehelai kertas A4 yang telah dilipat dua. Dengan tulisan yang kecil, budak tersebut dengan tekun menyalin kembali nota dihadapannya tanpa mempedulikan orang yang semakin ramai mengunjungi perpustakaan.

Jam 8, keesokan harinya. “Kesemua pelajar yang mengambil mata pelajaran World Civilization, sila masuk ke dewan peperiksaan sekarang. Pelajar-pelajar berpusu masuk ke tingkat empat perpustakaan. Budak lelaki (yang semalam menghabiskan masa menelaah di perpustakaan) masuk dengan tenang dan duduk berhampiran dengan kawan-kawannya. “Anda boleh membuka kertas peperiksaan anda semalam”. Budak lelaki tersebut membuka kertas, tersenyum dan terus menulis kerangka di kertas soalan tersebut. Selepas 30 minit, budak tersebut mula menulis di kertas jawapan. Cyber yang duduk disebelah budak tu, rasa takjub dengan kelancaran penulisan budak tersebut. Gila power Majid (budak lelaki itu, bukan nama sebenar) ni (detik hati Cyber). Mesti soalan yang dia target keluar.

“Masa tinggal satu jam sahaja lagi.” Cyber masih lagi terkial-kial menjawab soalan. Majid memandang Cyber, dan tanya, “Pstt, kau boleh jawab tak Cyber?”. Cyber menggeleng kepala tanda tak boleh. Majid pandang kiri, pandang kanan. Pemeriksa sedang sibuk mengagihkan kertas jawapan. Majid mengambil kertas soalan Cyber dan menggantikan dengan kertas soalannya. Cyber terdiam, tapi tanpa soal, terus membaca kerangka kertas soalan itu.

“Masa sudah tamat.” Kertas jawapan pun diambil kembali oleh pemeriksa. Majid dan Cyber berjalan keluar beriringan. “Gila power ko Majid, semua soalan ko spot keluar.” Kata Cyber kepada Majid. Majid tersenyum dan berkata, “Nasib baik jer, semua benda yang aku belajar semalam dekat library, keluar.”


Ini adalah antara kisah yang aku alami semasa belajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Negara ini. Aku rasa, tak lengkap hidup sebagai pelajar kalau tak menirukan. :P

7 Response to "BaPaK ToYoL"

  1. Cik Skaf says:
    May 26, 2009 at 10:37 PM

    wakakaka.. teruk betul pelajar universiti msh gler bwk toyol masuk dewan. huhu. x ramai mcm tu r...x berani. kalau kena tangkap mmg leh jd kes bsr. sy kenal toyol dan tau bawak toyol masuk dlm peksa cuma masa sekolah agama di johor dulu. dr drjah satu smpai kelas khas (selama 7 tahun) mmg bwk toyol masuk peksa. huhuhu.. harap2 msh ada berkat ilmu agama yg diterima. harap tu cuma duse2 kecil zaman nakal kanak2.

  2. GRuNGe says:
    May 26, 2009 at 10:57 PM

    Cik Skaf: Toyol.........Tu baru kes pertama. Tengok la kes-kes yang akan datang.

  3. SRISUFI says:
    May 27, 2009 at 1:28 PM

    sudah pernah mencekup budak pembawa toyol...impaknya besar kena gantung ngan HEP..

    HEHEHE...

  4. GRuNGe says:
    May 27, 2009 at 6:57 PM

    Srisufi: Paling sukar tangkap bapak toyol. Kita saksikan kes-kes berikutnya di entry akan datang.

  5. Cik Skaf says:
    May 28, 2009 at 3:57 PM

    salam2 SRISUFI..

  6. BadekGonzalez says:
    June 17, 2009 at 12:49 PM

    hahaha
    meniru beb..
    macam dalam darah..
    tapi,jangan dibuat selalu..
    tak true r kalu xdiri dengan kaki sendiri..
    biar merangkak..
    hoho

  7. Mrs Nurul says:
    June 23, 2009 at 6:04 PM

    bace tak post totol aku hahahah ramai bg nasihat jgn meniru. heh. itu la namenye lumrah semua org buat !! hahahaha