Tempat : Perhentian bas berhampiran Lebuh Ampang (kami panggil pulau).
Waktu : Pulang dari sekolah (biasanya sekolah pagi).
Waktu : Pulang dari sekolah (biasanya sekolah pagi).
Aktiviti : Menunggu bas sambil melepak dengan kawan-kawan dan usha awek dari sekolah jiran (aku sekolah lelaki).
Masa ni aku form 4. Maklumlah, bila masuk form 4, masuk aliran Sains, perasaan bangga tu pastinya ada (kononnya budak aliran Sains lebih bagus dari aliran-aliran lain). Jadi untuk menunjukkan aku budak aliran Sains, maka sepanjang tahun semasa aku form 4 aku sentiasa mendakap buku Matematik Tambahan (buku yang kecil, tebal dan kaler ungu). Konon-kononnya nak show off dan nak impress awek sekolah sebelah la.
Tadi petang aku borak dengan Cik Na dalam telefon sambil menceritakan kisah di atas kepada dia. Fikir-fikir balik, rasa macam bengong jer (dulu tak fikir pun benda yang aku buat bengong). Aku mula-mula ingat, aku jer yang buat benda ni. Rupa-rupanya, Cik Na bagitahu aku, dia pun sama. Untuk melahirkan rasa bangganya dia sebagai budak Aliran Sains, dia pun duk kendong buku Matematik Tambahan (kadangkala buku Fizik, Biologi atau Kimia). Wah, mungkin ni trend zaman dulu-dulu (aku tak tau trend skang macam mana). Kami sama-sama gelak memikirkan, buku Add Math yang kecik dan sepatutnya muat dalam beg sekolah, saja jer dikendong untuk memberitahu umur bahwa aku budak aliran Sains.
"Poyo gak aku ni dulu"
May 26, 2009 at 7:48 PM
beb..lu mmg poyolah beb..huhuhu
May 26, 2009 at 8:31 PM
Wakakaka. agak poyo gak la. Skang tidak lagi (dengan nada yang puye-puye).
May 26, 2009 at 11:16 PM
ye ke tidak poyo grunge???
hahaha
May 26, 2009 at 11:33 PM
Devoted Lily: Rasanya, kurang poyo dah.....maklumlah, remaja tua
May 28, 2009 at 3:55 PM
muahahaha .. camtu ek? sy masa skolah x smpat nak mempoyokan diri sbb kat sklah semua kelas aliran sains.. hak2 (nie bwu poyo..!)
May 28, 2009 at 10:50 PM
Cik Skaf: Lupa nak cakap, perkara di atas tidak aplicable kepada Budak2 Sekolah Asrama Penuh dan MRSM.
June 17, 2009 at 12:47 PM
hoho..saya pon aliran sains..
tapi, saya xtaw pulak bendalah tu bule dibanggakan..
mungkin kerana sibuk huha sama member hingga lupa nak jadi poyo n lupa nak takel awek..
arghhht!!!!
aku nak gak jadi poyo!!
arghht!
September 16, 2010 at 8:20 PM
siyesly, aku pon camtu gak dulu.. ahahaha..